CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 1

[Tempatan] Publisiti teruk Ketua Bahagian UMNO, SPRM kena teguran

[Copy link]
Post time 19-8-2017 01:49 AM | Show all posts |Read mode
Rais tegur SPRM, Isa dapat publisiti teruk

KUALA LUMPUR – Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Persekutuan, Tan Sri Dr. Rais Yatim kurang senang dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membiarkan media membuat liputan besar-besaran proses penahanan dan pengeledahan kediaman bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Beliau mempersoalkan adakah tindakan mensensasikan penahanan itu sebagai wajar ketika yang dituduh hanya dalam proses siasatan.

“Dalam akhbar hari ini dilaporkan apa yang dicari dan dirampas, apa harta yang hendak dibeku dan tidak dibekukan oleh SPRM hasil geledahan di premis Isa yang amat jelas kesnya sedang disensasikan oleh media atas pendedahan itu.

“Wajarkah ini? Semua rampasan, taktik siasatan, pengumuman terhadap Isa dunia sudah tahu. Bukankah ini akan memprejudiskan kes beliau?” soalnya dalam status yang dimuat naik menerusi akaun facebook beliau hari ini.

Pada Rabu, Isa direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, bagi membantu siasatan berhubung isu salah guna kuasa dalam pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London antara tahun 2014 dan tahun 2015.

Perintah reman itu bermula 16 hingga 20 Ogos ini dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Pagi semalam, SPRM menyerbu pejabat Isa di Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) di Kuala Lumpur dan sebelum ini turut menyerbu tiga kediaman Ahli Parlimen Jempol itu di Bandar Baru Nilai, Senawang dan Linggi di Negeri Sembilan.

Menurut Dr. Rais, beliau menasihatkan pihak berkuasa supaya teliti dan tidak menggembar-gemburkan sesuatu kes yang masih disiasat dan buktikan semua itu di mahkamah.

“Akta Keterangan 1950 amat adil, begitu juga Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Ikuti dan patuhilah,” katanya.

Beliau berkata, Islam tidak membenarkan seseorang itu nampak dipersalahkan sebelum hukuman dijatuhkan.

“Isa pun belum didakwa atau dicaj di mahkamah. Dia baru direman, tapi sudah macam dijatuhi hukuman melalui publisiti teruk,” katanya sambil meminta penasihat SPRM memperbetulkan kelemahan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2017 03:07 AM | Show all posts
Rais ni macam la tak tau, yang megsensasikan , yang gembar gembur kan adalah pihak media.. masing masing nak bagi laku produk.. SPRM jalankan tugas dia jer..

kalau yang kena tu dari belah lagi satu kau tak bising pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053871 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list