CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22377|Reply: 49

[DUNIA] Bapa Dari Neraka - Kurung anak dara 24 tahun, rogol sebanyak 3000 kali sampai da

  [Copy link]
Post time 21-8-2017 05:28 PM | Show all posts |Read mode
'ABI DARI NERAKA'

Malaysia digemparkan dengan berita seorang remaja diliwat bapanya sebanyak 600 kali. Tapi tahukah anda ada pada tahun 2008 ada kes yang lebih dahsyat pernah mengemparkan dunia jenayah.

Kisah bermula 1983 di Vienna Austria, seorang gadis kecil berusia 15 tahun cuba melarikan diri dari rumah. Keluarganya membuat aduan. 3 minggu kemudian polis menjumpainya semula.

Siapa gadis tersebut? Mengapa dalam usia begitu muda sudah sanggup mengambil langkah yang sebegitu? Elisabeth Fritzl itulah namanya.

Pada usia 11 tahun dia sudah menjadi mangsa penderaan seksual bapanya sendiri Josef Fritzl. Namun dia tidak pernah menceritakan pada sesiapa. Hinggalah pada usianya 15 tahun dia mendapat peluang menyertai latihan sebagai pelayan di A1 autobahn. Dapat belajar dan tidur bersama rakan-rakannya Elisabeth rasakan inilah peluang untuknya untuk lari dan memulakan kehidupan baru.

Tapi sayang cubaannya gagal.




28 Ogos 1984 bapanya meminta bantuannya untuk memasang pintu bilik bawah tanah rumah mereka. Josef kemudiannya menekup mulut anaknya itu dengan kloroform dan mengheretnya ke bilik rahsia yang dibina secara terancang.

Josef Fritzl sebenarnya adalah seorang bekas jurutera. Dia juga seorang yang berpengaruh di kalangan komuniti setempat. Dengan reputasinya dia berjaya mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan bagi merenovasi rumahnya.

Tanpa disedari Josef turut memodifikasi sebuah bilik bawah tanah yang kalis bunyi lengkap dengan dapur, peti sejuk, televisyen, VCR dan bilik air. Semuanya ini dibina perlahan lahan sejak tahun 1978 lagi.



Elisabeth dirantai dan dikunci. Dia dipaksa menulis surat yang mengatakan dia telah lari dan menyertai kumpulan ajaran sesat. Josef memandu 100 batu dan mengepos surat itu ke rumahnya sendiri. Sejak itu bermulalah kehidupan neraka kolong bawah tanah Elisabeth.

1989, Elisabeth melahirkan anak yang pertama Kerstin. Bayangkan dalam bilik yang lembab Elisabeth hanya dibekalkan buku panduan bersalin, tuala dan gunting bagi memotong uri.

1990, Stefan anak ke-2 dilahirkan.

1993, Lisa anak ke-3 dilahirkan.

Kerap menangis, kondisinya semakin teruk. Josef mengambil keputusan meletakkannya dalam bakul di depan pintu rumah beserta nota tulisan paksa. Lisa kemudiannya dihantar ke hospital dan di diagnosis mempunyai masalah jantung. Dia kemudiannya di bela di tingkat atas rumahnya.

1994, anak ke-4 Monika dilahirkan.



Monika juga turut dibawa ke tingkat atas. Dengan keadaan anak semakin membesar dan bertambah atas permintaan Elisabeth bilik bawah tanah kemudiannya di perbesarkan lagi. Untuk itu mereka anak beranak mengorek tanah setiap hari.

1996, sepasang kembar Alexander dan Michael dilahirkan.

Michael mengalami masalah pernafasan. Hari kedua dia meninggal dunia. Mayatnya dibakar oleh Yosef sehingga menjadi abu. Alexander turut di besarkan di tingkat atas menggunakan modus operandi lebih kurang sama.

Disember 2003 Felix anak ke-7 dilahirkan.

April 2008, anak pertama iaitu Kerstin jatuh sakit. Usianya 19 tahun ketika itu. Elisabeth merayu agar dia dihantar ke hospital. Josef akhirnya akur. Sampai di hospital doktor yang merawat menjadi pelik dengan keadaan pesakit.

Kebanyakan giginya rosak teruk dan kulitnya terlalu pucat, tiada rekod kesihatan, doktor serta merta membuat laporan polis. Mereka juga membuat pengumuman di televisyen yang mereka memerlukan penjaga Kerstin untuk tampil membantu perubatan Kerstin. Elisabeth yang menonton dari televisyen bilik bawah tanah merayu pada Josef agar dia dibawa ke hospital.





Josef membawa Elisabeth keluar dengan syarat yang ketat. Selesai urusan dengan doktor giliran pihak polis pula menyoal siasat Elisabeth. Mulanya Elisabeth enggan bekerjasama, setelah diugut untuk dipisahkan dengan anaknya, Elisabeth akhirnya membocorkan rahsia. Kes kehilangan Elisabeth 24 tahun dahulu kemudiannya dibuka semula.

Penghujung April 2008, Josef ditangkap, dakwaan dibuat. Dia disabitkan kesalahan dan didapati bersalah mengurung dan merogol anak sendiri sebanyak 3000 kali selama 24 tahun sehingga melahirkan 7 orang anak serta membunuh (Michael).

19 Mac 2009, hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan kepada Josef Fritzl.

Pada 2015, sebuah filem bertajuk 'Room' telah dihasilkan inspirasi dari kisah ini. - Muhamad Khair





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lagi gila
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:47 PM | Show all posts
masih hidupkah bapanya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dah nama perogol tu..mmg jahanam la..babi ludah aje muka depa.neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2017 05:48 PM | Show all posts

siapa ada link download  filem Room tu share sini. aku nak download

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:49 PM | Show all posts
Allahuakbar...sejak tgk filem korea Silenced tu...lps tu kluar crita psl bapa cabul anak sdiri...dgn kisah nie.....i can't brain this
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2017 05:50 PM | Show all posts



tengah mereput dalam penjara.. bodohlah, gelap dan terbazir macam tu je kehidupan muda anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ya allah ya tuhanku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 06:21 PM | Show all posts
Dasar mental elok campak masuk kandang singa buat lauk
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 06:25 PM | Show all posts
chacon replied at 21-8-2017 05:50 PM
tengah mereput dalam penjara.. bodohlah, gelap dan terbazir macam tu je kehidupan muda anak di ...

ya.. masih hidup rupanya..


mengikut Wikipedia :

In May 2017, Josef Fritzl changed his name to Josef Mayrhoff
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Keji btul bapak dia..ksian..24thn tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Keji, kejam perangai bapak dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tgk movie Room ni kat astro..mmg membara je rasa tgk citer tu..tak sangka bdasarkn kisah benar rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 10:48 PM | Show all posts

.. sesak nafas baca .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:08 PM | Show all posts
sampainya hati buat macam ni kat anak sendiri. habis tu anak2 dia ke cucu dia? sampainya hati buat macam ni.

yang rogol and liwat anak kat Malaysia ni pun patut dikenakan hukuman paling teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:40 PM | Show all posts
ni link die kot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 11:52 PM | Show all posts
apa hukuman terhadap josef nih.. mmg dia ni takde isteri ke... ke dah bercerai.. mmg kesian lah... dkt elizabelth... binatang pnye jantan... mmg gila..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 08:59 AM | Show all posts
ya Allah kejinya insan bernama bapa
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:09 AM | Show all posts
keji nye..me dah save link later nak tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:13 AM | Show all posts
kesiannya Elisabeth  

derita...terseksa

akhirnya pasrah sbb kesian dgn anak2  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.089538 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list