CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 1

[Tempatan] Purata trafik Internet bulanan Malaysia 222.3 Gbps

[Copy link]
Post time 22-8-2017 04:25 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Purata trafik Internet bulanan Malaysia melonjak 1,200 peratus kepada 222.3 gigabit sesaat (Gbps) pada 2017, daripada 6.4Gbps yang dicatatkan pada 2012.

Malaysia Internet Exchange (MyIX) satu inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), berkata perangkaan itu dikira berdasarkan kepada purata penggunaan enam bulan antara Januari hingga Jun bagi 2012 dan 2017.

"Pertumbuhan kukuh dalam tempoh lima tahun itu adalah petunjuk yang sangat baik bagaimana landskap Internet negara telah membangun dengan begitu pesat sejak beberapa tahun lepas," kata Pengerusinya, Chiew Kok Hin.
Beliau berkata kemuncak trafik tertinggi bulanan rangkaian MyIX meningkat pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) 53.5 peratus tahun ke tahun sejak 2012, dan naik sehingga setinggi 248.9Gbps seperti yang dicatatkan pada Mac 2017.

"Aliran meningkat ini dijangka berterusan pada masa depan, kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang menggunakan Internet dan mahukan sambungan lebih pantas dan berterusan daripada penyedia perkhidmatan Internet dan komunikasi mereka," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak pergi mana or buat apa2 pun semua nak pakai duit, so duduk rumah surf internet je keja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.954503 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list