Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
1234
View
58
Reply

Nota cinta semalam (part 10 update.)

[Copy link]

Author: Sigadiskidal    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 6-9-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, kalau update tag saya ya, thankss
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-9-2017 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuat_makan replied at 6-9-2017 11:12 AM
TT, kalau update tag saya ya, thankss


Belum sempat tulis lagi.
Idea ada cuma kekangan masa.
Petang ni insyaallah sy up lagi.
Lagipun saya xpasti ada org baca x.huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sigadiskidal replied at 6-9-2017 11:18 AM
Belum sempat tulis lagi.
Idea ada cuma kekangan masa.
Petang ni insyaallah sy up lagi.

Tag saya jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 08:46 AM | Show all posts

dah baca... seronok ye Aid..dapat peluang teman Nia..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-9-2017 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sigadiskidal at 7-9-2017 10:36 AM

Maaf lambat update

Part 7


             Malam itu ,Ziyad Amsyar resah gelisah.Dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada drama melayu yang ditayangkan di kaca televisyen.Fikirannya mengelamun jauh. Perkhabaran Aisya mahu berpindah tempat kerja membuatkan hatinya gundah gulana.


"Ishh, dia cuti 3 bulan ni pun aku dah rindu bagai nak gila, inikan kalau dia pindah.?", dia bicara sendiri sambil menggaru-garu kepalanya. Sesekali dia menjeling handphone nya kalau-kalau Aisya membalas mesejnya namun hampa tiada balasan dari Aisya.

"Ala, belum tentu dapat lagi tukar.baru mohon",dia memujuk hati sendiri.

"Yang penting esok Aisya datang KL." monolognya sendirian. Senyumannya terukir saat itu.Wajah polos gadis kesayangannya itu bermain-main di fikiran nya .

"Tidur awal lah,esok nak kerja."bisik Amsyar sendiri sambil memadamkan televisyen.

         Raniatul Aisha dan Ziyad Amsyar sama-sama bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Rania merupakan staff nurse di jabatan O&G manakala Amsyar pula merupakan pembantu perubatan .

           Sikap Nia yang tenang dan bersahaja membuatkan Amsyar selesa berada di sisi nya. Sudah berkali-kali Amsyar cuba meluahkan perasaan nya pada Nia tapi hampa Nia menganggap dirinya tidak lebih dari teman biasa.Mungkin faktor usia dia yang lebih muda berbanding Nia menyebabkan cinta nya ditolak mentah-mentah.

      Sebelum Raniatul Aisha muncul dalam hidupnya, ada seorang gadis yang terlebih dahulu menjadi suri hatinya, Sofia Inara. Namun percintaan mereka dari zaman universiti berakhir  ditengah jalan apabila Inara memilih untuk bersama lelaki lain. Hancur hatinya saat itu hingga dia pernah terfikir untuk membunuh diri.


       Dek kerana episod cinta luka itu, Amsyar bertekad tidak mahu jatuh cinta lagi. Namun perkenalannya dengan Nia ketika sama-sama menyertai kem bina negara di Kundasang mengubah prinsipnya itu.

"Boleh nak kawan dengan aku, tapi janji jangan jatuh hati dengan aku please, I'm loveable person," ujar Nia dalam nada bergurau saat Amsyar menyatakan hasrat hatinya untuk berkawan dengannya.

Wow.interesting,such a challenge".fikirnya saat itu.

         Sejak berkawan  dengan Raniatul Aisha, senyuman nya kembali terukir dan hatinya yang berdarah kembali terubat.Sikap positif gadis itu juga banyak mempengaruhinya.

        Selesai solat Isyak, Amsyar memadamkan lampu utama ,bersedia untuk tidur. Saat tubuh bujangnya menghenyak katil, fikirannya menerawang jauh memikirkan betapa robeknya hatinya saat dicurangi Inara.

"Kenapa you berubah Inara setelah bermacam-macam dugaan kita harungi bersama. Why Inara why? " Pedih hatinya  masih terasa hingga kini.

    " Argh lupakanlah dia.Barang lepas usah dikenang,Sudah menjadi hak yang lain,". bisiknya sendiri .


                      ********************

          Pagi yang ditunggu-tunggunya  telah tiba, Aidan bangkit awal dari tempat tidur dan terus bergegas mandi. Sejuk air perigi terasa hingga ke tulang putih. Mengigil badannya usai mandi.

Emaknya, Ciknab sebelum subuh lagi sudah ke masjid.

         Dia bersiul-siul riang saat merapi rambut hitamnya. Dia memilih untuk mengenakan kemeja polo lengan panjang berwarna putih . Dilipat nya lengan baju nya itu ke lengan menampakkan urat tangan jantannya. Jean biru pudar melengkapkan gayanya .Minyak wangi Calvin Klein Euphoria Men dicalit sedikit di urat nadi tangannya.

"Baru pukul 8.00pagi. Janji pukul 9 pagi.Awal lagi ni.dia ngomel sendirian.

Emaknya juga masih belum pulang dari masjid.

"Ada tai chi la tu kalau balik lambat ni."

Emaknya itu aktif dengan persatuan tai chi sejak dari dulu lagi.Bosan menunggu di dalam rumah, Aidan terjengah-jengah ke laman rumah Nia.

"Mana Nia ni.dah bangun ke belum."
monolognya lagi.

Cik Salmah yang sedang menyiram bunga melambai-lambai tangan nya memanggil Aidan.

"Alamak. Kantoi la pulak "ujar Aidan sambil menggigit bibirnya.

(Ko pun Aid ,tak sabar-sabar.marahnya pada diri sendiri)

Dia berjalan menghampiri ibu kepada Raniatul Aisha itu dengan senyuman.

"Aid dah sarapan ke,mak ada kat rumah?" mesra sekali Cik Salmah menyapanya.

"Belum lg Cik Sal.Baru nak keluar sarapan kat warung depan taman tu.Mak belum balik,ke masjid pagi tadi. Ada latihan tai chi kot."

"Kalau macam itu ,sarapan umah Cik Sal je lah.jemputlah naik.Nia tu belum siap lagi.biasalah perempuan.",

"Tak menyusahkan ke ni ? " Aidan tidak sedap hati bimbang-bimbang menyusahkan Cik Salmah pula.

"Tak de apa yang susahnya ,jom masuk."


             Sementara menunggu Cik Salmah menyiapkan sarapan, Aidan mengambil peluang duduk dengan ayah Nia, pakcik Abu.Pakcik Abu hanya tersenyum lemah saat Aidan menyapa.Raut tua ayah Nia itu mengingatkannya pada arwah ayahnya yang telah pergi. Dipicit-picit kaki pakcik Abu perlahan-lahan. Sesekali batuknya datang, Aidan mengurut-ngurut lembut belakang ayah Nia itu.

        Pakcik Abu menderita penyakit jantung kronik dan penyakit saraf sejak beberapa tahun yang lalu.Percakapannya cukup kurang jelas dan masanya banyak dihabiskan dengan tidur dan berehat sahaja.

         Nia pula sedang kelam kabut bersiap , malam tadi dia tidak dapat tidur lena kerana senggugut teruk.

"Macam mana nak jalan jauh ni .Kalau 'bocor', habislah.dia kebimbangan.

"Ketika dia melangkah keluar keluar dari bilik air, ibunya memberitahu ;

"Aidan ada kat bilik ayah tu,ibu ajak dia sarapan sama ,kamu cepat siap"

"Alamak, aku ni pakai tak cukup kain,kena cepat-cepat ni nanti dia nampak."dia mengeluh sendiri.

          Nia berlari-lari anak menuju ke bilik.Tanpa di sangka ketika itu Aidan baru keluar dari bilik pakcik Abu menuju ke dapur .Mereka bertembung dan  bertentangan mata untuk beberapa saat sebelum Nia tunduk malu dan  melangkah laju masuk ke biliknya.

           Aidan tersenyum sendiri .Jantungnya berdegup kencang.Cantiknya Nia.bisik hatinya sendiri.

"Eiii.malunya. Dah la aku freehair.mamat tu sengih-sengih. Tumbuk kang baru tau." bebel Nia sambil mengeringkan rambutnya yang panjang mengurai itu.

         Nia bersiap ringkas. Dia mengenakan baju blouse labuh berwarna hijau tua dah jean hitam.Tudung Sugarscarf berwarna krim  dililit cantik. Tudung itu pemberian bekas tunang nya dulu, Shahrol .Entah mengapa dia masih memakai tudung itu.

"Apa khabar la dia agaknya. "

Sesekali Nia terfikir kan juga bekas tunangnya itu.Namun cepat-cepat dipadamkan segala khayalannya itu.

"Biarlah dia dengan dunianya,aku dengan dunia ku. "

       Kisah disebalik mengapa Nia mengambil keputusan untuk putus tunang itu Nia simpan rapi. Ada sebab mengapa dia memilih untuk merahsiakan perkara itu.Dia belum bersedia untuk bercerita kepada sesiapa tentang perkara itu.Biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan bekas tunangnya.

      Suara ibunya memanggil-manggil dari dapur kedengaran mematikan memori yang mengetuk hatinya kembali.Nia bingkas mencapai beg dah keluar.



               xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



"Jaga diri baik-baik", kata Cik Salmah sambil memeluk Nia.Jangan risau pasal ibu dan ayah ,malam nanti abang kamu balik.

"Haa kamu Aid jangan nakal-nakal, tengok-tengokkan Nia ya.bawa kereta elok-elok. " Panjang lebar Cik Salmah berpesan. Risaukan anak dara nya itu.Aidan mengangguk-angguk tanda paham.


"Baik ibu,apa-apa Nia call ibu nanti ye."


        Aidan singgah di rumahnya sekejap untuk bersalaman dengan emaknya sebelum bertolak. Ciknab juga seperti ibu Nia, menitipkan pelbagai pesanan untuk mereka berdua.


"Kita ikut LPT ya," Aidan bersuara ketika menghidupkan enjin kereta.

"Okay" Nia menjawab ringkas.


         Aidan menyanyi-nyanyi kecil menghilangkan suasana kekok .Lagu sempurna nyanyian Andra and the backbone sedang ke udara di radio.;

""kau begitu sempurna
dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu

disetiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisaku bayangkan
hidupku tanpa cintamu

janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa


kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku ku begitu
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku""

       Setiap bait lagu yang dia nyanyikan dia mengerling ke arah Nia dengan harapan gadis itu faham isi hatinya.Nia hanya mendiamkan diri .Dia sebenarnya dalam keadaan tidak selesa akibat sengugut teruk yang dialaminya.  

"Nia okay ke.nampak pucat je ni" ,Aidan bertanya

"Hmm.Nia period pain.Sakit sangat" ujar Nia malu-malu.

"Alamak, macam mana ni. Apa yang Aid boleh tolong", gusar suara Aid bila mengetahui keadaan Nia .

"Nia nak baring kat belakang tak? Selesa sikit."

"Boleh ke? Aid tak kisah?"Nia keberatan .

"Boleh. kejap Aid berhenti tepi jalan. Nia tukar duduk kat belakang ye".

Kereta dihentikan dan Nia berpindah ke tempat duduk belakang.

"injam bantal ya", katanya seraya memandang pada Aidan.Perutnya terasa mencucuk-cucuk sakitnya.

"Ok", jawab Aidan ringkas

           Dia tersenyum melihat Nia memeluk bantal kepunyaannya itu. Dia ingin mengusik gadis itu lagi namun dibatalkan hasrat hatinya itu bila melihat muka Nia merah menahan sakit.

         Nia berbaring sambil menutup mukanya dengan bantal. Terasa sedikit lega perutnya apabila berbaring.Matanya dipejam rapat.


"Tidurlah .nanti sampai Aid kejutkan", ujar Aidan lembut .

        Aidan menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Dia memperlahankan volume radio takut-takut menganggu tidur Nia.Jalan raya yang agak lenggang melancarkan perjalanannya. Sesekali matanya mengerling ke belakang melihat Nia

"Kesian Nia sakit", bisiknya.


                    xxxxxxxxxxxxxxxxxx





"Kita kat mana ni? Suara serak basah Nia yang baru terjaga dari tidur mengejutkan Aidan.

"Kita dah nak sampai Kuantan. Aid exit Kuantan ye kita lunch dulu.Aid lapar.Nia macam mana,sakit lagi?"

(Ish .Lamanya aku tidur.dah nak sampai Kuantan dah. Nia bermonolog dalam hati)

"Rasa okay sikit. Sorry Aid.Nia tertidur lama.
Mengantuk tak?Nak Nia drive?"

"Tadi mengantuk juga.Tapi lepas Nia mengigau sebut nama Aid,Aid...
terus mata Aid tak ngantuk dah", Aid mula mengusik Nia .

"Tipu lah " cebik Nia .

"Nia tidur mana Nia tau" Aidan ketawa kecil sambil curi-curi melihat reaksi Nia di tempat duduk belakang.

"Jom makan ikan patin"!! hampir serentak mereka berdua berkata.

Errr Awkward... Nia berbisik dalam hati.

"Mak Aid cakap kalau cakap serentak tu ,jodoh kuat tau."

Nia menggeleng kepalanya laju tanda tidak setuju.

"Aid berhenti petrol pam kejap boleh. Nia nak pergi tandas ."

"Okay. Aid pun nak kena  isi minyak ni."


         Selesai urusan di stesen minyak mereka menyambung perjalanan. Nia mengambil tempat duduk di depan,di sebelah Aidan. Aidan senyum meleret melihat Nia duduk disebelahnya.

"Macam ni baru semangat Aid nak drive",
Kita makan dekat Ayob patin house ye, Aidan memberi idea.

"Nia okay je.Pernah makan situ dulu,sedap juga, ".Perut Nia juga sudah lapar.


       Usai makan dan menunaikan solat jama' takdim, mereka meneruskan perjalanan.Nia meminta izin Aidan untuk memandu.Asalnya Aidan keberatan namun beralah juga dengan Nia .Mereka bertukar tempat duduk.

"Betul Nia okay nak drive ni?" ,Aidan meminta kepastian . Sebenarnya dia ragu-ragu dengan kebolehan perempuan memandu.

"Nia okay. Aid tidurlah.lagi 3 jam sampai lah ni".

"Aid teman Nia drive lah.Aid belum mengantuk."

       Nia menyanyi-nyanyi kecil sambil matanya tertumpu pada jalan raya.Jam menunjukkan pukul 1.30 petang.Pukul 4.30 petang sampai lah ni bisiknya sendiri.


Dengkuran kecil Aidan mengejutkan Nia.

"Lah,dah tidur rupanya ,"omel Nia .

        Kesian pula Nia melihat Aidan terhanguk-hanguk tidur .Kejap ke kiri ke kanan.Waktu berhenti di lampu isyarat,Nia meraba ke belakang mencari bantal kecil. Disendalnya bantal itu ke sebelah tingkap dan kepala Aidan ditolak perlahan-la ke bantal itu.

"enat betul ni .tak sedar pun"bisik Nia dalam hati.

        Wajah Aidan direnung lama.Lain betul dengan waktu kecik dulu.Dulu waktu kecik gempal dan comot je.Sekarang ni ,kacak pulak mamat ni.

           Nia akui Aidan Mikael lelaki yang baik. Sikap gentleman nya itu mampu mencairkan hati mana-mana perempuan. Namun seakan ada  "barrier " menghalangnya dari membuka hatinya untuk mengenali Aidan dengan lebih rapat.  

         Hon kereta belakang mengejutkan Nia yang sibuk menilik wajah Aidan.Kelam kabut Nia memecut kereta. Apa kena dengan aku ni.,malu Nia sendirian.


Bersambung..













      




















Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-9-2017 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
@epis @Kuat_makan @Sitisifir7 jemput baca n komen ya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sigadiskidal replied at 7-9-2017 10:37 AM
@epis @Kuat_makan @Sitisifir7 jemput baca n komen ya.

Dah baca .suka part 7 nie.sedap le pulok nama masing-masing.

Raniatul Aisha
Aidan Mikael
Ziyad Amsyar
Sofia Inara
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak imagine Aid tu mcm taeun, nia tu eunho, Amsyar tu daehwi .

Maafkan acik bawang.boyprend tekdek.jedek kete tempeng berengen desene seje
imageproxy.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2017 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai tt..baru je nk lepak2 bod ni..haha
Btw..jalan cter ok..senang nk phm n hadam..
Tp teringin gak nk tahu sbb apa nia putus tunang..keep it up..i follow je baca..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2017 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrizumi at 9-9-2017 09:26 AM

Confident tinggi btul si aidan ni..
Menarik bila selit2 lagu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile nk sambung lagi ni huhu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2017 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts

Part 8


         Nia menghentikan kereta yang dipandu di parkir rumah sewanya.Alhamdulillah dah sampai ;bisiknya sendiri seraya mengerling ke arah Aidan.

"Mak aih lena betul mamat ni tidur, tak bangun-bangun."Ujar Nia sambil menilik wajah lelaki itu.

"Tang kumis tu yang kacak teruk.Ah,time dia tidur je aku berani pandang,kalau dia jaga,mau gugur jantung tengok mata dia,"
Nia bicara sendiri.

        Nia cuba berdehem kuat beberapa kali cuba mengejutkan Aidan  namun lelaki itu masih lagi lena.

"Takpelah ,biar jelah dia tidur,aku nak hantar buah kejap je"

        Nia membuka bonet belakang kereta dan mengambil buah-buahan yang dia  bawa khas untuk rakan serumah nya ;Milah dan Erna. Mereka tinggal bertiga di rumah sewa empat bilik itu sejak dua tahun yang lalu.

"Assalamualaikum" Nia memberi salam.

"Eh tak keje ke budak-budak ni, "bisik Nia bila melihat kasut Erna dan Milah ada di luar rumah.

     Nia cuba membuka pintu .Tak berkunci rupanya.

"Weh weh hensem gila mamat tu wei.sapa tu,,untungnya kalau jadi bf aku.,terdengar suara separa berbisik di balik langsir .Milah dan Erna terkekeh-kekeh ketawa sambil mencuri-curi intai Aidan yang sedang nyenyak tidur.

"Woi korang buat apa ni,aku bagi salam  tak jawab," Nia bersuara keras.

"Eh niaaaaa..  serentak mereka terjerit dan berpaling ke arah Nia.

     Mereka bertiga semuanya bekerja di hospital yang sama, HKL namun berlainan jabatan. Erna seorang juruteknologi makmal Mikrobiologi. Milah pula seorang Pegawai farmasi .Erna dah Nia sudah bersahabat sejak zaman universiti lagi.

"Rindu kat hang .hang sihat ka?sapa weh mamat segak tu weii ..hensem sungguh noh.. pandai hang cari.. "Erna mengomel dalam loghat kedahnya  sambil menyambut buah-buahan yang dibawa Nia.

",Korang tak kerja ke arini.Ke off shift",Nia menukar topik.

"Off. Kebetulan hari ni dengan esok kami berdua off"

"Banyak rambutan,manggis,lama tak makan. Thanks Nia  ", Erna mula mengupas rambutan tanpa perlu dijemput.

        Si Milah masih lagi mengintai dari celah langsir sambil melambai-lambai ke arah Nia.

"Sapa weh mamat tu " Erna belum puas hati selagi belum mendapat jawapan Nia .

"Tu Aidan,anak jiran aku.", Jawab Nia sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

"Yang hang citer dulu tu,"?? Yang hantar video nyanyi main gitar masa birthday hang time kita dekat upm dulu?Lagu kru tu kan.Tajuk apa dah,aku lupa,jap jap .nak ingat balik. Haa! Lagu apa saja kan." Bersungguh Erna meneka.

"Aish, ingat lagi kau ni, Ha yang tu la. "Nia menjawab malas-malas.

         Tiba-tiba saja Erna mengambil tempat di depan sofa,menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah sedang membuat persembahan.

"Apa saja untukmu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja kan ku laksana
Permaisuri kau bertakhta dujiwa
Apa saja untukmu
Ke dasar lautan biru
Bertaruh nyawa andai kau kau damba
Mutiara... di hari lahirmu

Kita menuju gemilang asmara
Tiada cinta setanding kita
Ku rela sehingga ke akhirnya
Tunai segala mimpimu
Uhh... ratuku. "

       Penuh perasaan Erna menyanyi mengusik Nia membuatkan Nia teringatkan kenangan lama.Dia masih menyimpan video itu di dalam handphone nya.Sudah 10 tahun berlalu sejak saat itu. Aidan selama ini tidak pernah putus asa memikat Nia cuma Nia saja yang masih belum terbuka hatinya.

      Teringat Nia pada sepupunya, Khaisarah yang tergila-gilakan Aidan sejak zaman kanak-kanak lagi .Sampai bergaduh-gaduh dia dengan Nia kerana cemburu melihat keakraban Nia dan Aidan.Bila Khaisarah menangis merayu pada Nia supaya menjauhkan diri dari Aidan, Sejak itu, Nia mula mengelak dari berjumpa dengan Aidan.

        Bertahun-tahun sudah berlalu, Khaisarah sudah pun menjadi isteri orang setelah cintanya pada Aidan tidak berbalas.Nia dan Aidan juga yang masih bersendiri.


"Weh dah,jangan melalut,makanlah ni,", Nia cuba menamatkan "persembahan" Erna tidak mahu lagi mengingat kenangan lama.

         Erna kembali ke meja makan, Milah pun turut duduk sekali.


"Tapi.... Nampak lain pulak. Makin berusia makin kacak noh. Nampak manly maybe sebab dah berkumis dan berjanggut kot." Erna

      Milah mengangguk-angguk setuju dengan kata-kata Erna .

"Rembes abes aku tengok.."Milah berkata sambil mengupas rambutan yang di bawa Nia.

"Kalau aku jadi hang Nia, aku tambat dah mamat segak macam ni,mana nak dapat lagi woi kacak-kacak gini,hang ja complicated sangat" Erna membebel-bebel .Tangannya tidak berhenti mengupas rambutan .

       Nia sengih malas nak bertekak dengan Erna .

"Eh ,aku belum cari hotel mamat tu lagi."Nia tiba-tiba teringat.

"Aku singgah nak hantar buah-buahan ni dulu,lepas mamat tu check in hotel ,aku balik sini balik " kelam kabut Nia bangun  mengambil kunci kereta.

"Kirim Salam Aidan noh..cakap adik manis  Erna nak berkenalan; Erna bersuara berbaur bergurau.

"Dinner kat umah tak Nia?Nak aku masak?" Milah bertanya.

"Belum tau lagi tengok mamat tu macam mana"

"Okay korang bye.."

      Erna dan Milah melambai-lambai dari belakang sambil tangan tak lekang  mengupas buah-buahan.

"Dah bangun rupanya ," Nia yang terkocoh-kocoh keluar dari rumah nampak Aidan tengah menggosok-gosok matanya.

"Niaaa"...suara Aid berbunyi manja bila Nia membuka pintu kereta.

"Napa tak kejut, Aid tertidur.. aduhai.. memalukan betul.." suaranya berbaur geram..

"Ala, takpelah Nia ok je drive sorang."

"Tak gentleman lah biar awek drive sorang-sorang, Aid tidur ," suaranya masih berbunyi kecewa.

"Takde apa la.Nia ok.Ni rumah sewa .Nia singgah hantar buah.Jom cari hotel Aid."

"Aid okay ke hotel kat sini kebanyakannya hotel budget je? Nia bertanya minta kepastian.

"Okay je.nak tidur je pun,siang mesti nak dating  dengan Nia ." Aid menjawab bersahaja.

Nia pura-pura tidak mendengar.

       Mereka sampai di sebuah hotel budget; Hotel Tm Taman Melawati ,Hotelnya sedikit kecil dan terletak di sebelah jalan besar. Selesai check in,Nia meminta Aid menghantarnya pulang ke rumah sewa.

"Malam nanti kita dinner sama ye. Aid jemput Nia "

"Aid teringin nak makan apa",

"Hmm.Char kuey teow ada yang sedap kat sini? Terasa nak makan pulak.

" Ada.ada.,kat Malis Corner. Malam nanti jemput Nia pukul 8 ye."

       Aidan memerhatikan Nia sehingga Nia masuk ke rumahnya sebelum kembali ke hotel untuk berehat.Dia gembira hari ini Nia tidak lagi berat mulut bercakap dengan nya.

Dia memecut kereta laju balik ke hotel  sambil bersiul-siul riang.


                      xxxxxxxxxxxxxxxxxx


       Jam sudah pukul 7.20malam. Selesai menunaikan solat maghrib, Nia bersiap-siap untuk keluar, dia memilih untuk berpakaian ringkas saja.Dia jarang bersolek kecuali jika ada majlis-majlis rasmi.

        Ketika menuruni tangga ke tingkat bawah, Erna menegurnya;

"Weh, Nia hang pakai macam ni ja nak pergi dating? Hang nak p dating ka nak pegi jogging ni?" Erna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ala,aku nak pegi makan dekat Malis je pun, tak kan nak pakai dress bagai .Ok la ni, Nia membela dirinya. Dirasakan pakaiannya sudah cukup okay untuk keluar makan malam dengan Aidan.

"Milah hang mai sini sat.Hang pegang budak Nia ni,aku nak tonyoh mekap sikit muka dia ni.pucat semacam"

"Weh korang ,tak perlu kot makeup bagai. Aku makan tepi jalan ja wei, pehal tetiba nak kena makeup bagai ni, " Nia mula rasa tidak selesa dipaksa kawan-kawannya.

"Masalah sekarang Nia, Aidan tu hot,sure semua mata pandang dia.ko nak ke orang cakap";

"Kesian pakwe dah hensem, awek dia hmmm sedihhhh." Milah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata begitu.

"Betui, betui. Aku setuju, Sesia boyfriend segak, awek pakai macam nak pegi berkebun"

"Alah korang ni," Nia kehabisan kata-kata.
Dia tidak punya pilihan kecuali mengikut cakap kawan-kawannya itu.

"Hah baju ni lawa dengan hang. Erna menghulurkan baju blouse berwarna putih dengan bunga-bunga  kecil berwarna merah. Kulit putih Nia pasti terserlah dengan baju ni,fikir Erna.

"Hang padankan dengan jean hang yang color khakis tu mesti cun.tudung ni dah okay dah."

"Kau biar betul Erna. Aku nak kena pakai lawa-lawa nak pergi malis corner je pun, Nia masih lagi belum berpuas hati.

"Haip, jangan banyak cakap, dengar la cakap aku ni"  

"Duduk sat aku makeup. Light makeup ja jangan risau"

"Milah tolong ambil sat makeup set kat bilik aku"

       Bersungguh Milah dan Erna menyiapkan Nia untuk keluar makan malam dengan Aidan .Walaupun kurang senang, Nia terpaksa mengikut saja kerana malas mendengar kawan-kawannya membebel.

"Haa.macam ni kan cun. Baru lah orang cakap bagai pinang di belah dua, kan Erna kan "

"Yelah korang ni, malu la wei makeup gini, belum pernah lagi Aidan melihat wajahnya bermakeup, tiba-tiba sahaja harini dia bermakeup;

"Mesti nanti dia ingat aku nak ngorat dia ni," haih ,buat malu je lah.Nia memprotes dalam hati.

         Lamunan Nia terhenti bila handphone nya berbunyi.

"Dah sampai." Ringkas mesej Aidan.

      Nia rasa berdebar-debar pula.

"Haih harap dia tak perasan la yang aku bermakeup ni. Segannya aku." Dia cuba menenangkan diri nya.

"Makan sopan-sopan naa,jangan gelojoh cam jantan pulak nanti", Erna berpesan .Milah tersengih-sengih melihat Nia sambil mengangkat ibu jari.

"Lawa hang malam ni"katanya

Nia mencebik bibir malu sebenarnya.


       Dari jauh Aidan melihat kelibat Nia  Cantik nya bisik hatinya.

    "Cantik Nia malam ni "puji Aidan bila Nia melabuhkan punggung di tempat duduknya.

Nia sekadar diam sahaja.

Nia dah call ibu bagitau dah selamat sampai ?

"Dah.Nia dah call petang tadi .Abang long Nia ada kat umah jadi taklah risau sangat." ujar Nia

"By the way, Aid tak tau jalan ni, boleh guide?"

"Oh sorry Nia lupa, Aid terus aja dan ambil simpang kanan nanti.".         

Aid mengangguk-angguk.

      Sesekali Aid menjeling melihat Nia, Terpesona sungguh Aid melihat Nia malam ni.Makeup nipis nya menambahkan aura kecantikannya itu.


    Tidak ramai orang di Malis Corner malam ini, Nia dan Aidan memilih untuk duduk di hujung gerai jauh sedikit dari bising hiruk-pikuk pelanggan-pelanggan lain.

"Sedap lah Char kuey teow sini", Aid memuji sambil menyuap ke mulutnya. Nia selalu makan sini?

" Tak selalu ,kalau teringin baru Nia datang,tapi selalunya tapau, jarang makan sini" terang Nia .

         Mata Aidan tak lepas memandang gadis pujaannya itu, Raniatul Aisha. Sinaran cahaya dari lampu jalan menambahkan kejelitaan Nia .

"Boleh tak jangan pandang Nia macam nak makan? " Nia bersuara tidak selesa dengan pandangan Aidan.

Aidan tergelak kecil sambil menyambung;

"Bukan nak makan lah, Nia ni macam ada magnet .Mata Aid tak boleh nak alih. Asyik nak tengok Nia je", Aid berterus-terang.

Yelah tu, Nia mencebik

"Lama lagi Aid cuti?"Nia bertanya

"Lagi 2minggu. Lepas tu balik Melaka balik."

"Seronok jadi lecturer?Mesti ramai student minat Aid kan ", Nia menduga.

      Aidan merupakan seorang pensyarah bidang kejuruteraan di Utem, Melaka. Selepas habis belajar di UMT, Aidan ditawarkan mengajar di Utem.Sudah hampir 7 tahun dia mengajar di situ.Dia juga sudah membeli rumah di Melaka untuk memudahkan keluarganya datang bermalam

" Hmmm.Aidan menarik nafas panjang.

"Peminat tu ramai la tapi hati Aid ni degil sungguh. Nak juga pada orang yang tak sudi ", Aidan berkias-kias.

"Nia,, Aidan bersuara.

Nia hanya memandang padanya. Mata mereka bertentangan. Nia dapat rasakan dadanya berdebar kencang.

"Boleh tak bagi Aid peluang buktikan pada Nia yang Aid ikhlas dan sepenuh hati cintakan Nia ," suara Aidan antara dengar tak dengar di telinga Nia.

      Nia mengeluh.Dia sebenarnya tidak bersedia untuk mendengar soalan itu.

" Sejujurnya,Nia belum bersedia.Tapi i think, i should give u a chance  " entah mengapa ayat itu meluncur laju dari mulut Nia.

        Aidan meraup kedua-dua belah tangannya ke muka.Dia gembira bukan kepalang.Dia tersenyum penuh bermakna memandang Nia,

Nia tertunduk malu.
Waktu bagai terhenti seketika; bagai terdengar lagu kali ke dua, nyanyian KRU;


""Tiba-tiba, tak diduga
Dikau berdiri di hadapan mata
Mengembalikan nostalgia, memori bersama
Membisu seribu makna, rahsia terbenam didada

Tak ku sedar sekali lagi
Ku jatuh hati dengan kewanitaanmu
Pada malam yang sempurna
Terpegun daku terpesona
Keanggunan lembut bicara
Kita berdua bagai rela
Jatuh cinta untuk kali kedua""


  Bersambung..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sigadiskidal at 11-9-2017 11:35 PM

Jemput baca @epis @sitisifir7 @kuat_makan @mrizumi @elle_mujigae. Maaf lambat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2017 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk lebih menjiwai cerita ,sila layan utube lagu kru dalam part 8 ni

Lagu Apa saja ,dengan kali ke dua,
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sigadiskidal replied at 11-9-2017 11:33 PM
Jemput baca @epis @sitisifir7 @kuat_makan @mrizumi @elle_mujigae. Maaf lambat

Tu diaaa..kwn2 nia lawak btul habaq hang..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2017 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mrizumi replied at 11-9-2017 11:53 PM
Tu diaaa..kwn2 nia lawak btul habaq hang..

Boleh bayangkan kawan2 kepochi duk mengendap blkg langsir.hehe.tq sudi baca.tgh menulis part 9 pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sigadiskidal replied at 11-9-2017 11:56 PM
Boleh bayangkan kawan2 kepochi duk mengendap blkg langsir.hehe.tq sudi baca.tgh menulis part 9 pul ...

Haha..ok..xda hal..tq jgk sbb tag..nnti i follow je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in. Lagu kru tu mengimbau kenangan sungguh la noh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 06:08 PM | Show all posts

wow!menarik sungguh jalan ceritanya. tak sabar nak tau apa jadi selanjutnya. Goob Job TT
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-9-2017 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sigadiskidal at 13-9-2017 02:40 PM

Part 9.

          Belum sempat Nia mengetuk pintu rumah, Erna dan Milah muncul di muka pintu.

"Eh mak kau.Terkejut aku," latah Nia

"Korang mengendap lagi ke?"

          Milah dan Erna  tersengih-sengih sambil melambai-lambai ke arah Aidan.

"Weh lambai la wei marka hang nak balik dah tu ," Erna bersuara.

"Aku masuk dulu la korang " ujar Nia malas melayan kawan-kawannya itu.

         Nia menghenyakkan tubuhnya ke sofa. Matanya di pejam malas. Tangan kanannya diletakkan di atas dahi.Dia sedikit menyesal memberi harapan kepada Aidan .

"Apsal la mulut aku ni gatal nak cakap gitu . Tak pasal-pasal kau dah bagi harapan palsu dekat dia.Jangan mainkan hati orang Nia, tak baik. Kalau kau betul nak bukak hati, baguslah  ,jangan hanya sebab nak sedapkan hati dia je "

Dia bermonolog menasihati diri sendiri.

"Laa. awat hang ni, balik dating muka kelat gitu. "Erna berkata seraya duduk di sebelah Nia.

Milah juga mengambil tempat bersedia mendengar cerita.

"Takde apa lah.aku penat je. "

"Jangan nak bohong sangat aih. Macam aku tak kenal hang. Cer citer please."

"Sungguh takde apa la korang . It just aku rasa macam aku mainkan perasaan dia. Entahlah aku pun tak faham dengan perasaan aku ni, "Nia mengeluh.

"Dah dekat 8 bulan Nia kau putus tunang,apa salahnya kau bagi peluang untuk kau dan Aidan tu kenal hati budi masing-masing, " lembut bicara Milah menasihati Nia.

Erna mengangguk-angguk setuju sambil menambah;

"Aku setuju.Tak salah pun hang nak bagi dia peluang, cubalah mana tu,cinta lama berbunga kembali."

"Aku cuma takut kecewa lagi je." Nia bersuara perlahan.

"Kau kena percaya pada jodoh Nia. Kita manusia ni hanya mampu merancang je. Allah lebih tahu."

"Lama dah si Aidan tu jadi penunggu cinta kau, Nia. Dari zaman tak bersunat sampai dah boleh jadi bapak budak,"Milah menyambung.

Nia hanya diam memeluk bantal.

                  Erna mula menyanyi cuba menghiburkan Nia yang sedang kusut fikiran.Dia menggengam tangan seolah-olah memegang mikrofon. Rambut pendeknya yang persis lelaki itu diselak ke belakang , seolah-olah sedang menjiwai lagu.

Telah lama ku rasa sebegini,
Meniti masa silih berganti,
Ku harapkan engkau datang kepadaku,
Walau sekadar mimpi,

             Erna dan Milah  memang suka berkaraoke sejak dulu lagi. Mereka lah yang selalu jadi penghibur di saat Nia dalam kesedihan. Walaupun Erna kadang-kadang suka bercakap lepas, namun hatinya memang baik.Dia sangat menghargai kawan-kawan disekelilingnya.

          Penuh perasaan Erna menyanyi lagu, biar aku jadi penunggu,nyanyian Ronnie Hussein itu.


           Milah pula menyambung; Dia pun tidak mahu kalah gaya, Dicapainya cermin mata hitam yang berada di atas meja makan sambil mula menyanyi ;

Ku cuma mengejar bayanganmu,
Makin ku genggam ia terlerai,
Sedari diri kian menjauh,
Jauh terpisah dari diri kamu,


             Nia sedikit terhibur melihat gelagat Erna dan Milah menyanyi. Dia ikut menyanyi lirik lagu itu perlahan.

Bila sampai part chorus, serentak Erna dan Milah menyanyi;

Biar hatiku menanti,,,
Biar ku terus menunggu,,,
Di dalam kegelapannnn tan..,,

"Eh dah la korang, jom tidur, dah larut malam,"
Nia mematikan duet kawan-kawannya.

"Hang ni Nia, potong stim la, tengah part best ni",  bentak Erna sambil membuntuti Nia naik ke tingkat atas.

Milah bersuara ; "korang tidur la dulu la, aku tengah tunggu buah hati call",

         Tersengih-sengih Milah saat menyebut perkataan buah hati itu, terbayang-bayang cinta hatinya , Dr. Fakrul yang bertugas di hospital yang sama.

"Untunglah orang ada buah hati",Erna menjerit dari atas pura-pura cemburu.


                          xxxxxxxxxxxxxxxxx


               Pagi ini Nia perlu ke tempat kerjanya untuk menguruskan permohonannya bertukar ke hospital Besut .Dia bersiap-siap sementara menunggu Aidan menjemputnya.

"Hang balik bila kampung Nia" Erna bertanya sambil bermalas-malasan menonton televisyen, Erna dan Milah off shift arini.

"Kalau settle hari ni,pagi esok aku balik kampung" Nia membalas tanpa menoleh ke arah Erna.Dia sedang sibuk membetulkan tudungnya.

"Apa kata kita keluar dinner ramai-ramai?"
Milah yang sedang berbaring bangun tiba-tiba memberi idea.

"Kau bawa Aidan, aku bawa Fakrul, Erna..." Milah belum sempat menghabiskan ayatnya Erna sudah bersuara.

"Yela,aku takde boyfriend macam korang,",suara Erna berbaur merajuk.

"Ala ,kau ajak lah Amsyar ,kau kan suka dia,"
Milah menyambung.

"Aku jer suka dia, dia suka Nia," bertambah teruk rajukan Erna mendengar cadangan Milah itu.

        Nia memandang Milah tajam sambil menggeleng-gelengkan kepala kurang senang dengan idea Milah.

Milah menjungkit bahu merasa dia tidak bersalah.

"Ala,Erna,aku dengan Amsyar tu kawan-kawan je lah,lagipun,dia muda dari aku, tak sesuai. Kalau dengan kau,hmmm memang cun sangat kan Milah kan,kan", Nia memeluk bahu Erna cuba memujuk.

"Betul-betul betul, hang dengan Amsyar memang sepadan.Sorang mulut murai, sorang pendiam, sorang malu-malu kucing, Sorang tak tau malu, Eh", Milah menutup mulut tanda dia tersalah cakap begitu. Dia cepat-cepat berjalan ke dapur membawa cawan milonya, takut dimarahi Erna,

"Hang ni Milah,nak kena ni,dalam puji pun sempat mengata aku",

          Erna bingkas bangun cuba mengejar  Milah yang terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi Erna.


Nia senyum sendiri terhibur dengan telatah kawan-kawannya itu.


"Aku keluar dulu  ya,jumpa nanti," ujar Nia seraya menutup pintu rumah.


                            Xxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Lena tidur malam tadi?", Aidan bersuara sambil tersenyum manis mengerling ke arah Nia .

"Lena la kot,sedar-sedar dah subuh" Nia menjawab acuh tak acuh.

"Lapar.nak makan mana ni?Nia bersuara lagi.

"Aid ikut Nia je,"

"Kita makan dengan cafe hospital la, nak ?" Nia memberi idea.

"Okay boleh je.


              Aidan berasa sungguh senang hati hari ini mengingatkan peristiwa semalam.Dia tidak menyangka Nia sudi memberi dia peluang. Sudah bertahun dia menunggu saat ini.

"Aku tak kan mensia-siakan peluang ini" bisik hati kecilnya.


             Sesampai mereka di hospital, mereka jalan beriringan ke cafe hospital.Sesekali mereka berselisih dengan kakitangan hospital, Nia berbalas senyuman.

"Aid ambil makanan dulu , Nia cari tempat",

         Kafe agak penuh pagi ini, ramai kakitangan hospital sedang menjamu selera sementara waktu rehat.

"Eh syaaaaa,apa khabar,dah habis cuti ke?" Tegur mesra Suhaila yang merupakan kawan sekerja Nia.

Nia terlupa kejap namanya Aisya kerana kerap dipanggil dengan nama Nia.

"Eh Sue, rindunya ,"mereka berpelukan mesra.

         Mereka berbual rancak maklumlah lama sudah tidak bersua.Macam-macam hendak diborakkan.

"Eh tu sapa tu, bf baru ke", Suhaila mula mengusik sambil memandang ke arah Aidan yang berjalan ke arah mereka.

"Bukan lah, jiran je ",Nia membalas menepis usikan rakannya itu.

"Oh jiran.Aku naik dulu la , Sya jumpa nanti lah," Suhaila berlalu sambil tersenyum kepada Nia dan Aidan yang baru melabuhkan punggung di meja makan itu.

"Nia ambil makanan jap, Aid makan dulu "
Nia berlalu meninggalkan Aid sendiri di meja makan.

           Aidan mengangguk-angguk kepalanya. Laparnya getus hatinya. Dia mencuit sikit makanannya sambil menunggu Nia .

       Baru saja Nia ingin mengisi nasi dalam pinggan nya, Ada suara garau lelaki menegurnya.

"Eh syaaa, sihat?,lama nya tak jumpa,sorang je ke?", Amsyar menyoal sambil memandang wajah yang dia rindukan selama ini.

"Hai Am,sihat je, Aku dengan kawan aku tu,kat sana",kata Raniatul Aisya sambil menunjuk ke arah Aidan .

Amsyar memandang ke arah meja Aidan dan berbisik geram dalam hati,

"Sapa pulak mamat ni, nak kata bekas tunang Nia, macam lain"

"Okaylah Am,aku pegi sana ya,"Nia berlalu meninggalkan Amsyar yang masih berteka-teka siapa gerangan lelaki yang bersama Nia itu.

"Eh nak makan sekali la", Amsyar mengikut Nia dari belakang ke meja makan.

Di meja makan, Nia memperkenalkan Aidan kepada Amsyar.

"Aid, kenalkan ni kawan kerja Nia, Amsyar.
Amsyar,ni kawan sekampung aku, Aidan.

Aidan dan Amsyar berbalas senyuman.

"Hmmm.dia panggil Aisya ,Nia,maksudnya mesti dia rapat dengan Aisya ni. Yeke kawan sekampung je ni, entah-entah.. hmmm."Amsyar sedang bercakap-cakap sendiri dalam hatinya.

Kehadiran Aidan membuatkan dia kurang selesa untuk bersembang dengan Aisya.

Aidan juga sama,sedang menilik Amsyar atas bawah memikirkan siapa gerangan lelaki itu.

"Hmm.sapa dia ni,panggil Nia Aisya pulak tu, orangnya boleh tahan kacak, boleh tergugat aku ni,Aidan bermonolog sendiri.

"Eh korang apsal diam je ni", Nia bersuara kerana dapat mengesan suasana kekok antara mereka bertiga.

"Lepas ni, Nia nak Aid ikut ke macam mana. Aid bersuara.

Aid, Nia..hmm.manjanya panggilan . Amsyar tak habis-habis menganalisis kelakuan Aisya dan lelaki itu.Dia berasa sedikit cemburu melihat keakraban mereka.

"Aid tinggal je lah Nia sini, takut Aid boring pulak, nanti dah settle Nia call aid datang ambil, sementara tu,boleh lah Aid cuci mata kat shopping mall" mesra suara Nia.

"Yes,yes, mamat ni nak blah."Amsyar bersorak dalam hati.

"Okay", Aidan mengikut sahaja cadangan Nia.


"Eh, Am masuk kerja dulu la Sya , Free nanti Am melawat kat ward ye." Kata Amsyar seraya melihat jam nya.

"Jumpa lagi"dia bersalaman dengan Aidan sebelum berlalu pergi.


"Boyfriend Nia ke tu?"Aid bertanya sekadar menduga.

"Aah boyfriend" ,sengaja Nia menjawab begitu untuk membuat Aidan cemburu.

Aidan memandang tepat ke arah mata Nia ,geram dengan jawapan Nia.

"Betul la tu boy-friend .Kawan lelaki", Nia cuba bergurau.

" Ish,gigit kang Nia ni," getus Aidan geram namun dalam hatinya dia gembira Nia mula bersikap terbuka dengan nya.

Nia tersenyum mendengar respon Aidan , entah mengapa hatinya rasa sedikit gembira bersama Aidan.

"Aku dah jatuh cinta ke ni?, Nia tertanya-tanya sendiri.


bersambung ..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-9-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemput baca @epis @sitisifir7 @kuat_makan @mrizumi @elle_mujigae. @zamzam2013
Jemput komen juga klau2 ada apa yg boleh sy improve kan.thanks
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:20 PM | Show all posts
sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-9-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ovina replied at 13-9-2017 02:20 PM
sambung lagi...

Tengah mengarang.hehe.sorry ada kesalahan nama dan ejaan  sikit yg part 9 tu.dah betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki karok ke kwn2 dia ni..
Kalau nia tu jual mhal gle2 n ex tunang dtg balik..msti gempak..nk konflik je aku ni..haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:58 PM | Show all posts
Sigadiskidal replied at 13-9-2017 01:37 PM
Part 9.

          Belum sempat Nia mengetuk pintu rumah, Erna dan Milah muncul di muka pintu.

makin menarik cerita ni... keep it up TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063132s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list