|
|
Comel sajalah Farid Kamil ni. Hanya kerana mewarnakan rambutnya dengan warna perang, seminggu dia bersembunyi dalam rumah sebab malu!
 Foto: mStar Online
Bimbang dikecam peminat kerana warna rambutnya itu, Farid memilih untuk berdiam diri di dalam rumah sahaja. Pun begitu, isterinya, Diana Danielle menyakinkan imejnya itu sesuai dengannya.
"Kalau diikutkan, selepas mewarnakan rambut seminggu saya tak keluar rumah sebab malu dengan warna rambut 'blonde' saya ni.
"Walaupun isteri saya kata ia kelihatan okey sahaja tetapi saya rasa macam lain.
 Foto: IG Diana Danielle
"Saya perlu mewarnakan rambut kerana watak saya dalam drama itu (Lafazkan Kalimah Cintamu) sebagai lelaki kacukan Mat Saleh dan Melayu dan bukannya suka-suka," katanya kepada mStar Online.
Sampai macam tu sekali malunya Farid Kamil ni ya. Tak macam sesetengah orang lain yang bangga menayangkan warna rambut yang kadang-kadang kelihatan jelik di mata.
 Foto: IG Farid Kamil
Diana Danielle cakap Farid Kamil sesuai dengan rambut blonde, anda pula? - CARI |
|