Adatlah sekiranya peminat berasa tak puas hati apabila penyanyi kesukaannya tersingkir daripada melangkah ke peringkat seterusnya.
Perkara sama turut dirasakan pengasas produk kecantikan D’ Herbs Datuk Aliff Syukri yang mempertikaikan keputusan juri tetap program AF Megastar Datuk Ramli MS kerana tidak memilih bintang kegemarannya, Mila Jirin untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Saya tak puas hati lah. Kenapa penyanyi kegemaran saya, Mila tersingkir?
Saya rasa Datuk tak reti pilih ni," katanya.
Lucu pula apabila Ramli MS dengan selamba menyuruh Aliff untuk membuka siaran televisyen (TV) sendiri.
“Besok buka TV sendiri, boleh pilih siapa yang nak pilih. Duit banyak.” balasnya.
Foto/Video: IG Datuk Aliff Syukri
Menerusi video berkenaan, kelihatan Michael Ang juga turut sama tertawa dan mengiakan jawapan Ramli itu.
Daripada 24 bintang yang berentap pada malam konsert homecoming 1 dan 2 baru-baru ini, hanya 12 terpilih untuk mara pusingan seterusnya iaitu Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal.
Foto: mStar Online
Betullah tu. Datuk Aliff kan kaya, nanti bolehlah pilih sendiri semua penyanyi kesayangan sebagai pemenang kalau buka TV sendiri, tak begitu? - CARI |