CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 6

[Tempatan] dr mahathir juga lobi jutaan ringgit untuk jumpa bush

[Copy link]
Post time 17-9-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Anak lelaki Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub menegaskan bekas menteri itu pernah membantu Tun Dr Mahathir Mohamad mengatur pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat George W Bush di White House dengan membayar jutaan ringgit pada Mei 2002.

Megat Fairouz Junaidi berkata bapanya telah membantu mengatur pertemuan itu kerana beliau sangat setia kepada Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri pada masa itu.

“Dalam pengetahuan saya, adalah benar yang Tan Sri Megat Junid telah diarah untuk mengaturkan pertemuan antara Tun Dr Mahathir dan Presiden George W Bush. Inisiatif untuk mengadakan mesyuarat itu bermula pada April 2001,” kata Megat Fairouz yang dipetik The Star.

“Ayah saya telah bertemu dengan orang-orang tertentu, termasuk membayar pelobi, untuk memastikan pertemuan itu menjadi kenyataan. Mesyuarat itu akhirnya diadakan pada bulan Mei 2002,” katanya.

Megat Junid adalah timbalan menteri dalam negeri ketika Dr Mahathir memimpin portfolio kementerian dalam negeri pada 1980-an, dan menjadi menteri berkaitan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan dari 1997 hingga 1999.

Beliau meninggal dunia akibat kanser pada 2008.


Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menempelak Dr Mahathir sebagai hipokrit kerana bekas perdana menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas presiden AS pada 2002.

Ketika mendedahkan perkara itu, Najib berkata Dr Mahathir pernah membayar RM7 juta untuk melobi dan berjumpa Bush melalui seorang pelobi yang bermaustatin di Hong Kong.

“Dr Mahathir gunakan arwah Tan Sri Megat Junid sebagai perancang utamanya. Bayaran dibuat melalui kontrak TNB Batu Arang… berjuta-juta dibayar kerana hendak sangat jumpa Bush.

“(Dr Mahathir), Janganlah jadi hipokrit. Tetapi (Dr) Mahathir tidak mendapat sambutan macam saya dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J Trump,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 penyokong yang memberi tepukan gemuruh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan mendakwa Najib tersilap jika beliau fikir pertemuannya dengan Donald Trump pada 12 September lalu telah membantu memenangi hati rakyat Malaysia.

Pemimin berusia 92 tahun itu mendakwa maklum balas dari lapangan menunjukkan orang ramai “sakit” dengan apa yang berlaku semasa pertemuan antara Najib dan Trump di Washington.

Beliau juga mendakwa Najib tidak diberi layanan yang sesuai sebagai ketua kerajaan semasa lawatannya ke AS tanpa penerimaan rasmi atau sesi jamuan formal oleh pejabat presiden.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
same je.tak boleh kata mengata.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak Kata @NAT_11 cerita lama jgn lah ungkit
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi Mahadet masa tu tak kena troll Jimmy Fallon, takde kena label Malaysian crook bagai oleh Newsweek kheeeeeeeen.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 08:04 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 18-9-2017 08:21 AM

Who are Usssss Megat Fairoz, dah lahir ke lom, masa hubungan
US-MALAYSIA tegang, siap Bush & Carter elak ruang udara
Malaysia, nak ke Filipin.....................??????

Korang dah lupa ke, NAJIB bermegah-megah, zaman dialah
bermulanya hubungan MESRA US-M'sia. Apa kes, Tun Mahadir
nak lobi berbillion, nak jumpa Bush anak beranak, sedangkan
jawab telefon Bush senior merayu-rayu supaya Malaysia sokong
US mengebom Iraq, Tun Det tak mahu terima. Dia kata, "This is
Sunday, and I am not working on weekend!"


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Heh babi, pape jer lar. Now mvm mn kau nak mend balik kejatuhan sebab angkara ngkau sume sialll??!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2017 09:40 AM | Show all posts
bijan bayar bape?
bayar mahal2 pastu kena layan cam anjing
ahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.097623 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list