CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 960|Reply: 9

[Tempatan] perkara biasa: Tabung derma pusat tahfiz dilarikan pasangan dipercayai suami ist

[Copy link]
Post time 18-9-2017 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Tabung derma pusat tahfiz dilarikan pasangan dipercayai suami isteri

18/09/2017 3:15pm



KEMAMAN - Satu pasangan dipercayai suami isteri disyaki telah melarikan tabung derma pusat tahfiz di sebuah stesen minyak di Kerteh dekat sini semalam.

Perbuatan lelaki dan wanita yang masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an dan 30-an tersebut melarikan tabung derma yang diletakkan di atas kaunter juruwang kedai serbaneka pada pukul 2 petang terbabit telah berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menggunakan modus operandi berpura-pura membeli barangan dan berborak dengan dua juruwang yang bekerja di kaunter tersebut bagi melekakan mereka.

"Berdasarkan rakaman CCTV kedai serbaneka stesen minyak terbabit, suspek lelaki berpura-pura bertanyakan tentang barangan yang kononnya hendak dibeli manakala suspek wanita pula membuat helah kononnya mahu membuat pembayaran.

"Sebaik sahaja kedua-dua juruwang itu leka, suspek lelaki dilihat mengambil tabung kutipan derma terbabit sebelum keluar dari premis itu menerusi pintu hadapan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn tabung derma tu selalu di rantai ke....
Mcmana dia sesenang je hangkut....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 04:02 PM | Show all posts
hurmmmmm knp la nk rembat
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 04:06 PM | Show all posts
kalau dah terdesak apa aje pun rembat
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 04:07 PM | Show all posts
Nampak tutup mata depa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 04:18 PM | Show all posts
Mesti dah biasa curi tabung kat tempat lain juga  sebelum ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2017 04:22 PM | Show all posts
perlu ke ttup mata org tu, mcm mana nk kesan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 04:24 PM | Show all posts
Nasib baik ada CCTV.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 05:08 PM | Show all posts
harap kena tangkap la nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:15 AM | Show all posts
hokey warga kemaman, sila detect pencuri hanat nih.. kot2 uols kenal.

kalau org luar, hrp2 org lan alert ngn muke deols yg bertutup mata nih. motif ko tutup n blurr kan?? mcmne nk cari wei.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.054842 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list