CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6868|Reply: 159

[Tempatan] Tahfiz Seremban Diarah Tutup - Tahniah Bomba

  [Copy link]
Post time 19-9-2017 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 19-9-2017 08:57 PM

Asrama tahfiz di Seremban diarah tutup
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
tuty@bh.com.my


Share

Tweet

Share



SEREMBAN: Tiada kunci pintu kecemasan dan asrama terlalu sempit antara penemuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan pada pemeriksaan mengejut di pusat tahfiz di sini, hari ini.

Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata pada pemeriksaan bermula jam 3 petang itu, pihaknya mendapati murid dan warden sendiri, tidak mengetahui tempat simpanan kunci pintu menghubungkan bilik asrama dengan tangga kecemasan.

Katanya, selain itu, banyak lampu kecemasan yang menjadi panduan laluan keluar di premis itu tidak berfungsi, malah ada kawasan tangga tidak dilengkapi lampu berkenaan.

Selain itu, Norazam berkata, pihaknya turut menemui seterika dan ubat nyamuk jenis lingkaran diletakkan berhampiran katil murid yang boleh menjadi penyebab kebakaran.

Secara keseluruhan, beliau berkata, mereka mendapati rumah kedai itu tidak sesuai dijadikan asrama kerana pemeriksaan turut mendapati setiap bilik menempatkan sehingga 20 pelajar berusia antara tujuh hingga 17 tahun, sekaligus menjadikan kawasan itu sempit dan kurang selesa.

"Kita akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran kepada pengurusan pusat tahfiz itu, Isnin ini.

"Kita berharap mereka dapat mematuhi garis panduan ditetapkan termasuk mengemuka pelan keselamatan kebakaran yang belum diserahkan sehingga kini," katanya ketika mengetuai pemeriksaan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak pengurusan juga diarahkan menutup asrama itu sehingga mereka dapat memastikan segala garis panduan keselamatan kebakaran dipatuhi.

Sementara itu, Norazam berkata, pihaknya akan memanggil semua pihak pengurusan sekolah agama dan pusat tahfiz yang berdaftar di negeri ini untuk sekali lagi diberi taklimat mengenai pelan keselamatan kebakaran, dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pada 2015 dua pusat tahfiz masing-masing di Rembau dan Tampin dikenakan denda oleh mahkamah kerana dikesan gagal mematuhi arahan keselamatan ditetapkan.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedeh betul aku pasal sekolah yg menempatkan budak2 x de ciri keselamatan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:28 AM | Show all posts
GOOOD!!!!
Semoga bomba menruskanusaha murni ini bukan je di N.Sembilan,
bahkan di seluruh Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:30 AM | Show all posts
sebu1 replied at 19-9-2017 09:26 AM
Sedeh betul aku pasal sekolah yg menempatkan budak2 x de ciri keselamatan ni..

mana avvy kamu..suka tgk avvy yang ada munge tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti bom meletup / kebakaran, mana lari?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:31 AM | Show all posts
iol berharap sgt la usaha camni berterusan..jgn mcm hot hot chicken shit je..tgh kes panas lg semua kelam kabut nak check itu ini..menteri pun kluarkan arahan itu ini..hujung2 kes dah sejuk terus sendu di aidilfitri kekdahnya..x nak la kes yg sama berulang kembali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2017 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 19-9-2017 09:30 AM
mana avvy kamu..suka tgk avvy yang ada munge tu

Nah utk.kamu.  aku dah insof

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:36 AM | Show all posts
Tahniah! bagus. pi check jugak rumah kebajikan, anak yatim dll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 09:36 AM | Show all posts
pulauturtle replied at 19-9-2017 09:30 AM
Nanti bom meletup / kebakaran, mana lari?

diorg tgh check la tu....yg ko sibuk naper?
dari ko sibuk kat sini, baik ko gi cuci penang yg berselut tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:36 AM | Show all posts
jgn hangat2 tahi aym sudahlah ye sister
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:38 AM | Show all posts
sebu1 replied at 19-9-2017 09:33 AM
Nah utk.kamu.  aku dah insof

syukurrrrrr....elok kak sebu beli inner ninja duck supaya rambut tu tak terkeluor

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-9-2017 09:36 AM
diorg tgh check la tu....yg ko sibuk naper?
dari ko sibuk kat sini, baik ko gi cuci penang yg ber ...

Sohai, penang bukan kelantan, over satu mlm dah clear dan clean dah.

Bukan mcm kelantan berbulan2 masih berselut
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 19-9-2017 09:26 AM
Sedeh betul aku pasal sekolah yg menempatkan budak2 x de ciri keselamatan ni..

Kannnn..mcm aku dulu duk serawak.. byk sekolah yg kat ulu tuu cam daiffff sgt.  Patut kerajaan tutup jah sekolah csm tuuu.. rasanya cf pun tak de tuu.. even rumah kat sane pun burukkkk jah.. pun patut kerajaan tutupkan jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-9-2017 09:38 AM
syukurrrrrr....elok kak sebu beli inner ninja duck supaya rambut tu tak terkeluor

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:39 AM | Show all posts
pulauturtle replied at 19-9-2017 09:38 AM
Sohai, penang bukan kelantan, over satu mlm dah clear dan clean dah.

Bukan mcm kelantan berbula ...

ek leh apektua kominis ni, kalau dah terkena bala tu mengaku je la...sibuk nak kaitkn dgn kelantan pehal? aku bukan org kelantan pun

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-9-2017 09:39 AM
ek leh apektua kominis ni, kalau dah terkena bala tu mengaku je la...sibuk nak kaitkn dgn kelantan ...

U tiba2 kaitkan dgn penang boleh pula? Pi la sohai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 09:41 AM | Show all posts
bagus saranan pihak bomba - dan luaskan pantauan di premis yg melibatkan kekanak  juga. macam taska etc etc.

sebab kena bermula dari sekarang la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:43 AM | Show all posts
bagusla dorang dah mulakan langkah. jangan nanti ada yg mati lagi baru menggelupur.

Jangan pulak ada yg kata bias ke.. dengki ke hape. Kita pon nak kan tahfiz2 ni hidup umur panjang untuk jadi manusia berguna kepada agama bangsa dan negara. Bukan sekadar jadi anak jaminan syurga ibu bapa mereka sahaja.

apa usaha kita? aku reply kt forum ni pon salah satu usaha kecil aku utk suarakan pendapat aku... agar para tahfiz ini terbela... dan berjaya keluar sebagai hafiz... membantu dalam mendidik masyarakat kita yang dah nazak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dek! Keji sgat kan letak 20 org satu bilik?? Pati rohingyucks pon lagi mewah drpd kau org.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:44 AM | Show all posts
sebu1 replied at 19-9-2017 09:33 AM
Nah utk.kamu.  aku dah insof

kamu in real life pakai munge dkt kepala jugak ke?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.210041 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list