CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3984|Reply: 15

Oh, Tidak! Ambil Gambar Wanita Di Korea Boleh Dipenjara 5 Tahun?

[Copy link]
Post time 20-9-2017 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Orang yang suka bergambar ni, duduk di mana-mana sahaja dia akan bergambar. Lagilah kalau melancong.




Foto: Chartered Institute of Public Relations




Sebenarnya sesiapa sahaja yang melancong pasti akan ralit bergambar untuk kenang-kenangan, kan? Baik gambar pemandangan, diri sendiri, mahupun orang tak dikenali.


Pun begitu, mungkin ada yang tak tahu beberapa negara ini ada peraturan dan pantang larangnya yang mungkin kedengaran agak pelik dan mengarut.


1. Amsterdam, Netherlands





'Red Light District' di Amsterdam ini adalah sebuah kawasan pelacuran yang terkenal dan mempunyai tarikan pelancong seperti persiaran terusan yang indah serta kedai kopinya.


'Ibu bapa ayam' cukup pantang kalau orang luar mengambil gambar pelacur di kawasan ini. Janganlah bawa kamera jika berada di kawasan pelacuran ini kalau tak mahu kamera dicuri atau lebih parah, dibelasah berjemaah!




2. Korea Selatan





Negara ini mengharamkan mengambil gambar wanita tanpa izin mereka terlebih dahulu walaupun di tempat awam.


Jika ada yang 'terkantoi', mereka boleh didakwa melakukan serangan seksual. Jika sabit kesalahan, boleh didenda 10 juta won (RM37 ribu) dan penjara maksima lima tahun!




3. Amerika Syarikat (AS)




Undang-undang mengambil gambar di AS longgar sedikit berbanding di Korea Selatan. Bagaimanapun, pelancong tak dibenarkan mengambil gambar harta persendirian tanpa meminta izin terlebih dahulu.




4. Emiriah Arab Bersatu (UAE)





Di UAE, pesalah akan berdepan hukuman penjara satu hingga tiga bulan dan denda ASD1,361 (RM5,700) jika mengambil gambar di tempat yang dilarang.


Di sesetengah tempat, penduduk tempatan percaya kepada kepercayaan karut, sekali gus melarang penggunaan kamera.


Bangunan kerajaan, sesetengah jambatan serta istana adalah sama sekali dilarang untuk mengambil gambar.




5. Korea Utara





Semua yang anda nak lakukan di negara ini adalah dilarang selagi tidak mendapat kebenaran, termasuk mengambil gambar. Malah, anda tak dibenarkan meninggalkan hotel tanpa diiringi.




6. England





Anda bebas bergambar di negara ini KECUALI untuk tujuan komersial yang memerlukan kebenaran khusus.


Sebagai contoh, mana-mana penggambaran iklan di Dataran Trafalgar dan Dataran Parlimen perlu mendapatkan kebenaran daripada Datuk Bandar London.




7. Jepun


Foto: BrightSide



Negara ini melarang mengambil gambar di sesetengah kuil dan patung Buddhanya kerana bimbang mengganggu ketenteraman dewa.




Kalau nak ambil gambar tu boleh, tapi pandai-pandailah cover. Jangan sampai terkantoi, okey? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 02:11 PM | Show all posts
oo baru tau . tq
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:21 PM | Show all posts
ooo...kisahnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ade jugak...di mahkamah...
Satu lagi bagus juga kalau Malaysia wat peraturan takleh amik gambar mana2 wanita tanpa kebenaran...takdelah selalu viral gambar wanita yangvtak senonoh kadang2 melanggar privasi dan maruah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:22 PM | Show all posts
Sebab tu penting tahu peraturan asas sesebuah negara yang kita lawati tu jangan main buat ikut suka tak pasal2 kena denda.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:43 PM | Show all posts
ada yg dh terbuat...nasib baik x kena tindakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 02:32 PM | Show all posts
Ohh... Noted...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:08 PM | Show all posts
bahaya jgk kalo terlanggar peraturan negara2 lain.. susah nak lepas nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 08:57 AM | Show all posts
yang ni kat bdr2 besar di msia pun sama, perlu ada permit dr local authority

6. England



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 03:16 PM | Show all posts
wah baru taw ada undang2 macam ni, selalu pergi bercuti ke negara org main belasah jew bergambar
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 10:01 AM | Show all posts
mengganggu ketenteraman dewa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 07:10 AM | Show all posts
jaa139 replied at 20-9-2017 08:51 PM
Malaysia ade jugak...di mahkamah...
Satu lagi bagus juga kalau Malaysia wat peraturan takleh amik g ...

setuju

org yg viral maruah org kena hukum ,baru bilangan maruah tercalar kurang atau sgt terkawal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang lain ok laa..Korea selatan tu takot indah kabar dari kpop ke..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for this tt
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 12:09 PM | Show all posts
owh kisah nya... nasip bace dhlh jns segala jambatan / istana nk ambik gambo hahahah aduiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2018 05:36 PM | Show all posts
Ok. Good info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.460729 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list