CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2199|Reply: 29

[Tempatan] suami isteri menipu tender telur hospital

  [Copy link]
Post time 20-9-2017 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri didakwa buat tuntutan palsu tender pembekalan telur dan susu hospital

20/09/2017 3:58pm



KUALA TERENGGANU
- Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM211,646 terhadap tender pembekalan telur dan susu Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini antara Februari dan Julai lalu.

Pengurus sebuah syarikat pembekalan, Mohd. Fikri Izani, 26, dan isterinya Noormazida Mukhtar, 28, yang merupakan Pembantu Tadbir Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga keempat, Mohd. Fikri dan Noormazida didakwa mengemukakan dokumen tuntutan palsu berhubung pembekalan telur berjumlah keseluruhan RM113,066 yang sebenarnya tidak wujud kepada Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ antara 12 Februari dan 31 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam pula, kedua-dua tertuduh didakwa mengemukakan dokumen tuntutan palsu pembekalan susu berjumlah RM98,580 yang sebenarnya tidak pernah dibekalkan kepada Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ pada 9 Jun dan 3 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai barangan atau RM10,000, mana lebih tinggi. - K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 04:44 PM | Show all posts
xde telur ke bang sampai sanggup nak claim tipu bekal telur ke spital ratus2 ribu?


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:45 PM | Show all posts
comelnyaaa hakak sprm itu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:52 PM | Show all posts
makan duit rasuah smpi gendut  laki bini, tak rasa bersalah ke makan duit haram tu
pelik aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Time terima supply tulur jota2 tu sapa yg sign D.O tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ohoi..
aku ngah pening telur habis kat umah ni
dah.la ada order esok.subuh dia nak...
ko main main plak tender telur...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh piang bini tu...dah kokeja elok elok kat sepital gomen tu...in the end ko kena buang keja dpt laki lahanat mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:11 PM | Show all posts

pipi mcm telur gitewww

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 05:12 PM | Show all posts
shernazz replied at 20-9-2017 04:54 PM
ohoi..
aku ngah pening telur habis kat umah ni
dah.la ada order esok.subuh dia nak...

ko buat bis aapa tu?

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 20-9-2017 05:12 PM
ko buat bis aapa tu?

buat kuih..
haha
acik ni beriya soh buat utk.dia..
dah la uujan ni...nak kuar pung rasa malas aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gems macam badak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gems macam badak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pengarah hospital, what say you?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:36 PM | Show all posts

kau nak kenal dia ea.  nak tgk dia comel ke idok kau cuba lah hantar tuntutan palsu ke hsnz..  untung2 dapat jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan takde org yg check brg dah terima ke belum..or bini dia yg buat penerimaan brg..boss plak pakai main sign je ke...memalukan giler bila baca kes mcm ni..sbb benda tu sgt2 tak logik..beli telur smp beratus2 ribu, tapi sebutir pn tak de..bukannya pembelian terus, tapi tender .
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan takde org yg check brg dah terima ke belum..or bini dia yg buat penerimaan brg..boss plak pakai main sign je ke...memalukan giler bila baca kes mcm ni..sbb benda tu sgt2 tak logik..beli telur smp beratus2 ribu, tapi sebutir pn tak de..bukannya pembelian terus, tapi tender .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 05:48 PM | Show all posts
comelnya, pipi pau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 05:48 PM | Show all posts
sakurahati replied at 20-9-2017 05:39 PM
Takkan takde org yg check brg dah terima ke belum..or bini dia yg buat penerimaan brg..boss plak pak ...

like father like son
MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun bahawa tandatangan Perdana Menteri pada dokumen 1MDB adalah semata-mata memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya justeru beliau tidak bersalah.
Muhyiddin menyifatkan alasan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya mempunyai pengetahuan dalam menandatangani dokumen 1MDB sebagai kenyataan ‘bodoh’.
“’Bodohnya peguam… kalau saya, saya tidak akan memilihnya jadi peguam saya, kerana akan kalah. Mana boleh kita tanda tangan dokumen transaksi penting sambil lewa?
“Najib perlu mendalami segala dokumen yang ditanda tangan dan bukannya meluluskan sesuka hati,” katanya di forum ‘Pidato Selamatkan Malaysia’ yang dihadiri 1,000 peserta di sini semalam.

Forum itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, NGO Gabungan Selamatkan Malaysia.
“Semua dokumen dalam transaksi 1MDB perlu kelulusan Perdana Menteri (Najib). Mana poleh tandatangan sahaja seperti ‘sign’ buta?
“Najib tidak boleh terlepas kerana dia individu yang membuat kelulusan. Perkara itu juga telah disebut di dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:48 PM | Show all posts
oo ini kes susu dikerakan telur dibahulukan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Logik ke tak ek supply susu dgn telur sebyk tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.728310 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list