CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4835|Reply: 56

[Tempatan] Dituduh rogol anak kandung, isteri kata suami ‘tidak salah’

  [Copy link]
Post time 21-9-2017 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Dituduh rogol anak kandung, isteri kata suami ‘tidak salah’

KAJANG, 20 Sept ― Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan dan mengelar pergelangan tangannya.

Tertuduh yang berumur 37 tahun dan merupakan seorang tukang kebun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang  dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.

Bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di rumahnya di sini antara bulan Mac tahun ini hingga Julai lepas antara pukul 1 pagi hingga 3 pagi.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Siti Noor Hafizan Zakaria tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana mangsa adalah anak kandung tertuduh dan perbuatannya menyebabkan anak sulungnya itu mengalami tekanan sehingga bertindak mengelar pergelangan tangannya.

Beliau berkata mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini  kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital dan berada dalam pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memberitahu mahkamah dia tidak melakukan perbuatan itu sebaliknya dia hanya memukul anaknya itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir sebagai penjamin turut berkali-kali memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak bersalah dan dia tidak mempunyai wang untuk menjamin suaminya.

Hakim Surita tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas faktor keselamatan mangsa dan menetapkan 17 Okt untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. ― Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 08:21 AM | Show all posts
biar betull..
ank sendiri ker..anak angkat tu
macam mana mak boleh ckp  macam tu
takut hilang laki ker..
serammmmm nya..dpt mak mcam niii..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal berlaki.. mak x guna..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
And the wife of the year award goes to...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:45 AM | Show all posts
and yet still ramai yg mempersoal, kenapa anak  x buat report awal2..bila buat report camni pulak jadinya...sian la anak tu...mak x support langsung, so mmg stress la...siapa lg yg dia boleh bergantung harapan dalam hidupnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:47 AM | Show all posts
Isteri tertuduh yang turut hadir sebagai penjamin turut berkali-kali memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak bersalah dan dia tidak mempunyai wang untuk menjamin suaminya.


x guna punya mak, sanggup back up laki dan salahkan anak dlm kes ni ek??

pompuan jenis ape ko nih??

sian anak dia, bapak x leh harap, mak plk menangkan laki. lagi la stress hidup dia. jahanam btl
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 08:47 AM | Show all posts
betul ke anak dia cakap tu? ntah2 dah kena ngap dgn boyapren tuduh bapa,
supaya bapa masuk penjara
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 08:48 AM | Show all posts
Oh my. Apa punya jenis mak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
g ramai2 ke mahkamah kajang for 2nd kes. Kita serang mak dia ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:04 AM | Show all posts
anak sampai sanggup kelar tangan mak lagi nak bekap laki....

sangap batang ape??
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:11 AM | Show all posts
the next 20 yrs, bila anak dah besar dan tak nak jupa mak pak..semua salahkan anak.. sedangkan anak tu dulu dinafikan hak nya

mak pulak asal konsep ada laki, biar anak gelap masa depan pun tak pa.. asal sendiri blh survive..

i wonder mak pak nie asal keluarganya mcm mana...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:13 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 21-9-2017 08:48 AM
Oh my. Apa punya jenis mak ni

Mak Melayu....apa mau heran....
Pompan melayu nie..takde duit , makan miss pon takpe janji Malam Jumaat mesti nak kena rodok...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:24 AM | Show all posts
and what if??
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu ade istilah innocent until proven guilty. Ade je kes ank tuduh mcm2 kt ayah. Kes ni ntahlah. Mgkn betul ayah buat. Stress plak rase
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:26 AM | Show all posts
anak sulungnya itu mengalami tekanan sehingga bertindak mengelar pergelangan tangannya.

yg mana dulu ckp mngsa2 semua bakal ketagih dan jeaolous kalo ayah dia ada mngsa baru...ni contoh betapa trauma dan seksa nya mangsa diperlakukan begitu memberontak tanpa sapa peduli,,

sedihnya...mak dia pun haihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:27 AM | Show all posts
kesian nya budak tuh...da la kene rogol..mak sendiri pon xcaye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
jangan kita cepat menuduh .biarkan disiasat oleh pihak berwajib.kita bukan kenal pun keluarga ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:32 AM | Show all posts
biar betoi mak dia nih.... lagi nak bekap bapaknya... anak tu siap kelar tangan sendiri kot...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:32 AM | Show all posts
ramai je perempuan mcm ni

contohnya salma mentor

biasanya isteri terdesak mempunyai  nafsu tinggi
akan pertahankan suami masing2

sebb taknak suami masuk penjara
nnt tak daptt.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 21-9-2017 08:21 AM
biar betull..
ank sendiri ker..anak angkat tu
macam mana mak boleh ckp  macam tu

Syurga bini di bawah tapak kaki suami sis, so wajib la back up kalau tak bak masuk.neraka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 1.342321 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list