CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14471|Reply: 184

[Tempatan] Kedai dobi layan diri untuk muslim sahaja

  [Copy link]
Post time 23-9-2017 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Biar suci, bersih

Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my





Johor Bahru: “Falsafahnya bukan asing, tidak asing, tetapi untuk memastikan yang masuk itu tidak najis,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut ketika diminta mengulas isu tular dobi layan diri dikhaskan kepada individu beragama Islam di Facebook (FB), kelmarin.

Beliau berkata, setiap individu Muslim dan bukan Muslim perlu memastikan pakaian dihantar untuk dicuci di kedai dobi layan diri dalam keadaan bersih daripada najis mughallazah iaitu najis berat.

“Sekarang yang Islam perlu pandang isu najis mughallazah sebab najis dan kotor lain (berbeza), kotor boleh buat sembahyang.

“Sebab itu mesti dibersihkan dulu (pakaian hendak dicuci) dan baru masuk dalam mesin basuh, ini penting,” katanya memperincikan mengenai konsep pembersihan najis yang perlu dibersihkan pada pakaian sebelum dicuci menggunakan mesin basuh.

Katanya, ketika ini mesin dobi layan diri ada yang patuh syariah bahkan air digunakan mengalir.

“Sebaliknya apa yang menjadi masalah sekiranya air berkenaan tidak mengalir, tapi peringkat awal bercantum dengan air bernajis.

“Dalam isu ini, kedua-dua pihak sama ada Muslim atau bukan Muslim perlu pastikan najis terdapat pada pakaian dibersihkan terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, Mufti Negeri Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, isu berkenaan tidak sepatutnya menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan bukan Muslim memandangkan perkara berkaitan kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam.

Mengenai reaksi perkara itu katanya, jika ada ia sangat baik kerana ketika ini terdapat umat Islam yang ragu-ragu untuk menggunakan khidmat dobi layan diri.

“Saya belum tahu (melihat tular), kalau betul (wujud) cantik, sebab ada dalam kalangan kita ragu-ragu, tapi benda itu tidak mengapa.

“Tetapi kalau ada lebih cantik supaya tidak ada ragu-ragu dari segi kebersihan dan kesucian dan ia banyak menolong kita,” katanya.

Ditanya mengenai konsep dobi dan Islam katanya, syarat perlu diberi keutamaan adalah terhindar daripada najis berat atau mughallazah.

“Syaratnya supaya tidak ada najis mughallazah dan ringan, sebab ada menyebabkan kita (umat Islam) tidak berani nak hantar takut tercampur.

“Jadi bila benda itu dipisahkan sangat bagus dan mudah-mudahan ia berjaya dan tidak jadi sesuatu yang iri hati kepada pihak lain,” katanya.

Terdahulu tular mengenai dobi layan diri di Muar, dekat sini, sejak kelmarin, mendakwa dobi berkenaan dikhaskan kepada pelanggan Islam saja.

Ia berdasarkan sekeping daripada dua keping gambar tertera perkataan Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja dan Kasut Sila Tanggalkan Di luar.

Selepas 19 jam ia dimuat naik, status berkenaan dikongsi lebih 100 pengguna yang rata-rata memuji dan mendakwa ia bukan bertindak kerana perkauman, sebaliknya bagi menjaga kesucian pakaian dan mesin yang digunakan.

Malah, kain rentang yang dipasang memaklumkan kepada Muslim saja dan boleh digunakan saudara baru tanpa mengira kaum dan jantina.

Bagaimanapun, keunikan status berkenaan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen terutama mereka yang mempersoalkan kewujudan kedai dobi layan diri seperti itu, selain menyifatkan papan tanda diletakkan di depan kedai berkenaan mengelirukan pelanggan.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/09/266235/biar-suci-bersih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi hati kau yg hitam ligam penuh dgn noda rasisme dan prejudis tak boleh dibersihkan dgn lautan clorox sekali pun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:28 PM | Show all posts
lepasni kluarkan pula wang kertas ut k org islam je
kita tak tau wang kertas tu dah kne tangan yg pegang anjing dan babi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal masukkan babi panggang dalam mesin basuh ka? Awat loqlaq?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal masukkan babi panggang dalam mesin basuh ka? Awat loqlaq?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah susah2...buat je peraturan orang bukan Islam kena pakai sarung tangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hhhihhhhg speechless asal boleh je ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 10:28 PM | Show all posts
yang tak leh dok secara bermasyarakat ngan bangsa agama layen tu ... mohon dok dalam gua atau dok dalam hutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu buat gelas asing utk keling, ni dobi asing pulak, nanti buat duit hanya utk Moslem pulak ... lepas tu mungkin setiap Moslem akan bawak tabung oksijen memasing kerana tak boleh sedut udara yg dihembus nafas kapir najus mughalazoh  ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kedai dobi yang terima semua bangsa mendobi. Tak jadi hal.

Yang mana nak gi kedai dobi muslim, silakan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 23-9-2017 11:07 PM

Kebabian warga Moslem Malaya ni buat akak tak nyesal dilahirkan sebagai ummah cawat namun mampu berfikiran seperti ummah first world country.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kene le ade mesin samak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:15 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-9-2017 07:10 PM

Amat melmalukan. Saya akui saya orang Islam tetapi... Membuatkan saya semakin tidak suka dengan lobai agama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya la hai. Yang bertudung berserban lebih kotoq dari tandas dbkl tu oi. Belum lagi yang makan duit haram, berjubah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni macam salah faham.

Isu ni timbul atas sebab bukan muslim tidak tahu/peka tentang cara membersihkan pakaian yg terkena najis menurut syariat agama kita. Buat apa depa nak ambik tau kan? Depa agama lain.

Hang pa ni baca balik kata ustaz tu. maksud dia kalau baju kena najis (tahi contohnya), kena buang dulu fizikal najis tu dari baju. Kuis dulu, dah ilang jasad tahi tu baru boleh masuk dalam mesin basuh. Baru sah cara bersihkan  najis. Org bukan islam mana ada belajar pasal ni.  Logiknya depa mungkin main buh ja dlm mesin.

Kalau ada  yang islam tapi tak tau jugak, sila lah pergi belajar. Ilmu fiqah ni wajib dipelajari.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 23-9-2017 11:19 PM
Korang ni macam salah faham.

Isu ni timbul atas sebab bukan muslim tidak tahu/peka tentang cara  ...


Kalo dah macam tu beli je la mesin sendiri..  Kemudahan awam ni untok semua..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 23-9-2017 11:19 PM
Korang ni macam salah faham.

Isu ni timbul atas sebab bukan muslim tidak tahu/peka tentang cara  ...

Mana ko tau orang bukan Islam main humban ja baju bertahi dalam mesin? Hagak2 la kot ye pun nak buat assumption. Sepanjang akak kapir dulu tak pernah akak buat gitu. Ingat umat Islam jah pembersih?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi haru kalau baju kena najis dari anjing - kencing, muntah, ayaq lioq etc.

Tapi kalau kita tak tau, tak pasti baju sebelum tu najis ka tidak - tak pa kot?  Macam konsep duit yg bermacam2 tangan, tempat mana datang nya - mana kita nak tau.

Tapi, kalau pun ada dobi utk muslim saja, pasai apa hangpa nak mengelupoq? Banyak ja dobi lain yg multiracial. Pi la sana. Hangpa ni memang saja nak jadikan isu.  Penat la cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
GincuPurple replied at 23-9-2017 11:26 PM
Lagi haru kalau baju kena najis dari anjing - kencing, muntah, ayaq lioq etc.

Tapi kalau kita ta ...

Asal dpt kutuk islam dik....

Byk dobi lain yg blh pergi kenapa nk mngeluporkannn....mula lah kaitkn dgn hati hitam berkeladak...yg mngutuk tu pd aku lg berkeladak....tak senang org nk buat apa   
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan tak boleh adakan perkhidmatan khusus mcm ni kalau ada demand di kalangan pengguna. Tp dlm hidup bermasyarakat, patutnya lebih sensitif dgn penggunaan signage. Contohnya, kalau sediakan reflection corner di airport dan kemudian letak sign kata Christians only, tentulah orang lain marah. Tp kalau dilabel sbg chapel dan ada ruang lain dilabel musollah dsb, kurang la org yg marah. Kalau buka kelas bahasa Sanskrit kemudian kata hindu sahaja, org akan marah. Kalau buka kelas mengaji kitab Veda, takde/kurang agaknya penganut agama lain nak masuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.085088 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list