CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 3

[Jenayah] hero malaya tewas di Republika ng Pilipinas

[Copy link]
Post time 20-10-2017 08:20 AM | Show all posts |Read mode
syabas filipina

Presiden Filipina sahkan militan Mahmud Ahmad terbunuh



PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte malam tadi mengesahkan, militan Malaysia yang dijangka menjadi pemimpin baharu kumpulan Islamic State (IS) di Asia Tenggara, Mahmud Ahmad, terbunuh .

Tentera Filipina menggambar Mahmud sebagai “sasaran amat bernilai” yang membiayai serangan militan pro-IS di bandar selatan Marawi Mei lalu dan menghubungkan pemberontak tempatan dengan militan di Asia Barat.

Duterte berkata Mahmud pemimpin militan terbaharu terbunuh dalam pertempuran hampir lima bulan di Marawi susulan kematian Isnilon Hapilon, ketua IS di Asia Tenggara dan sekutunya Omarkhayam Maute, Isnin lalu.

"Kini, satu lagi yang mereka gelar 'Doc', ada tiga kesemuanya: Isnilon, Omar dan 'Doc' itu (Mahmud), mayatnya dibawa tengah hari ini, sekali gus melengkapkan kisah mereka," kata Duterte pada sidang media di Manila.

Beberapa jam sebelum sidang media Duterte, Ketua Turus Kakitangan Tentera Jeneral Eduardo Ano, berkata pasukan bersenjata sangat yakin Mahmud antara 13 militan terbunuh dalam pertempuran malam kelmarin, memetik keterangan tebusan yang dibebaskan.

Jurucakap tentera Mejar Jeneral Restituto Padilla berkata satu ujian DNA akan dijalankan ke atas mayat didakwa adalah Mahmud.

Lelaki bersenjata pro-IS mengepung beberapa bahagian di bandar ini sejak 23 Mei lalu, mencetuskan pertempuran hebat yang kini mengorbankan lebih 1,000 orang serta meruntuhkan bangunan di pusat bandar Marawi.

Kelmarin, Duterte mengisytiharkan Marawi bebas pengaruh pengganas namun tentera berkata, pertempuran masih diteruskan untuk memburu sekurang-kurangnya baki 20 militan.

Susulan kematian Isnilon, pakar keganasan Ahmad Kumar Ramakrishna dari Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam Singapura berkata jika Mahmud terselamat, beliau mungkin mengambil alih kepimpinan militan dikaitkan IS di selatan Filipina.

"Beliau bertanggungjawab menghubungkan secara langsung Isnilon dengan kumpulan lebih besar IS. Mahmud yang menyediakan dana diperlukan untuk kepungan Marawi," kata Padilla.

Institut Analisis Dasar Konflik berpusat di Jakarta menggambarkan Mahmud sebagai bekas pensyarah universiti yang duduk dalam lingkungan struktur arahan Marawi.

"Mahmud mengawal pengambilan militan serta pembiayaan dan menjadi orang hubungan untuk mana-mana orang asing yang mahu menyertai pakatan pro-IS di Filipina," kata satu laporan pada Julai. – AFP, 20 Oktober, 2017.
@shamsadis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 08:50 AM | Show all posts
gambar tu ke mahmud?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 08:52 AM | Show all posts

tak kan ali pula
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:06 AM | Show all posts

ingat ali tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 1.569120 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list