CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2199|Reply: 47

[Jenayah] Malaysia gagal dapatkan kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB

  [Copy link]
Post time 20-10-2017 08:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 20-10-2017 08:26 AM

syabas jib



MALAYSIA tewas kepada Afghanistan, Nepal, Pakistan dan Qatar dalam cubaan untuk menduduki satu daripada 15 kerusi dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut kenyataan PBB, undian Perhimpunan Agung dibuat oleh undian rahsia dalam kalangan 193 negara.

"Ahli yang baru dipilih untuk Majlis Hak Asasi Manusia Geneva adalah Afghanistan, Angola, Australia, Chile, Republik Demokratik Kongo, Mexico, Nepal, Nigeria, Pakistan, Peru, Qatar, Senegal, Slovakia, Sepanyol dan Ukraine.

"Kesemua negara akan berkhidmat dalam tempoh tiga tahun bermula 1 Januari, 2018 sehingga 2020."

Ini merupakan kali ketiga Malaysia membida kerusi untuk Majlis Hak Asasi Manusia selepas tewas pada 2006-2009 dan 2010-2013. Malaysia menerima 129 undi.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tewas daripada 16 negara yang bersaing untuk 15 kerusi selepas Maldives menarik diri.


PBB berkata, 15 ahli baharu dipilih berdasarkan kuota untuk empat kerusi setiap satu untuk Afrika dan kawasan Asia Pasifik, tiga kerusi untuk Amerika Latin dan negeri Caribbean, dua untuk negara timur Eropah dan dua untuk barat Eropah dan negara lain.

"Kerusi majlis itu turut diperuntukkan kepada lima kumpulan serantau. Negara Afrika, 13 kerusi, negara Asia Pasifik 13 kerusi negara Eropah Timur, enam kerusi dan negara Amerika Latin dan Caribbean, lapan kerusi dan Barat Eropah dan negara lain, tujuh kerusi."

Ahli majlis yang berkhidmat dalam tempoh tiga tahun dan tidak layak untuk undian segera semula selepas berkhidmat dua tahun berturut-turut.

Diilhamkan pada Perhimpunan Agung PBB pada 2006, 47 ahli majlis bertanggungjawab memperkasakan promosi dan perlindungan hak asasi manusia di seluruh dunia dan mengetengahkan situasi pelanggaran hak asasi manusia dan memberikan cadangan kepada mereka.

Dalam kalangan lima negara yang bersaing untuk mendapatkan kerusi Majlis Hak Asasi Manusia yang diperuntukkan kepada Asia Pasifik, Malaysia berada di tangga kedua ranking kebebasan.

Menurut laporan Freedom House 2017, Malaysia mencatatkan 44/100 dala indeks kebebasan manakala Nepal mendapat 52/100, Pakistan 43/100, Qatar 26/100 dan Afghanistan 24/100. (0 adalah kurang dan 100 adalah rating oaing tinggi kebebasan).

Laporan tahunan itu meletakkan penarafan sesebuah negara berpandukan keadaan hak politik dan kebebasan awam. – 18 Oktober, 2017.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak ucap takziah ke tahniah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Significance please?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:14 PM | Show all posts
jgn sedih. cuba lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-10-2017 09:14 PM
jgn sedih. cuba lg

negara pprt je pun dpt kerusi kekdahnya.... nak jeles ngan negara taliban pakistan ke guane?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya. Mana malaysia ada hak asasi?

Sesuka hati ketuanan melayu, islamic extreamist?
Kaum minoriti dan non muslim ditindas, mmg tak layak
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:30 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 20-10-2017 09:21 PM
negara pprt je pun dpt kerusi kekdahnya.... nak jeles ngan negara taliban pakistan ke guane?

baru perasan indeks kebebasan Nepal lg tinggi... Negara Taliban pun nampak wangi di mata PBB. Malaysia kena mandi bunga bawah jembatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 20-10-2017 09:30 PM
baru perasan indeks kebebasan Nepal lg tinggi... Negara Taliban pun nampak wangi di mata PBB. Mala ...

bkn nak kata... zaman bijan ni lg bebas dr zaman che det propa yg cemolot ngan anwar.... siap doa bagai...., kelako politik kite.... yg bodoh ttp pencacai totok politik haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:41 PM | Show all posts
kenapa ye malaysia tak layak?
apa criteria yang malaysia tak penuhi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerusi yang dipenuh kan oleh negara negara diantara atas lebih memerlukan resolution yang memerlukan human right ... meanwhile yang di malaysia katanya tidak cukup human rights buka lah mata.... u guys bukan lagi tidur di tepi tembok jalan ... ketua human rights pun saudi ...... mostly negara taliban.... motif mahu sama kan negara seperti taliban ? ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak percaturan di ambil .... australia negara berkecuali di masukkan untuk neutral di antara kerusi.... fikir lah sendiri nanti ada ummah hina ke hulu ke hilir pula...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:17 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 20-10-2017 09:53 PM
Kerusi yang dipenuh kan oleh negara negara diantara atas lebih memerlukan resolution yang memerlukan ...

Religious minorities including Shiites face discriminatory treatment that is often ignored by the government, though some ruling party members articulate the need for a tolerant and inclusive form of Islam in Malaysia. Muslims are subject to Sharia (Islamic law), leading to unequal treatment particularly of women and LGBT persons. Free expression faces a range of restrictions, many of which have recently spread to the internet. The government can suspend or revoke publishing licenses and censorship is common. The government engages in legal harassment of critical voices using a range of laws at its disposal.

https://freedomhouse.org/report/freedom-world/2017/malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:20 PM | Show all posts
ala....awatnyer tak dapat sebab

kita in majlis keselamatan - apa achievement kita - yes we did something to israel kan last december ke after obama resigned? before the US trump  taking over the admin?

then atas sebab  comango - apa gang gang liberal hak asasi manusia ni buat?


so , tak mengejutkan saya . kita akan jadi terlalu berpengaruh.

sedangkan  kita banyak indicator pelopr keamanan juga - rohingyas, palestine...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 20-10-2017 06:17 AM
Religious minorities including Shiites face discriminatory treatment that is often ignored by the  ...

Not enough begitu..... sebelum puak shiite buka mulut di humban ke majlis ugama untuk insof... kalau muslim sunni sendiri suara kan hak mereka mungkin..... but siapa berani nanti di tuduh kafir ... selama nya didalam closet .... at least liberals perlu suara kan hak mereka .... but again no one ... siapa boleh dengar unless di media internet
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 20-10-2017 06:20 AM
ala....awatnyer tak dapat sebab

kita in majlis keselamatan - apa achievement kita - yes we did so ...

Perlu bagi special kerusi sebab ummah meratib hal palentine dan rohingya ?
Hello..... resolution israel dan palestine di usul di un since 1940 's  still tiada resolution masing masing ada hak .... so ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
See.. dats why la beria sgt nak bela rohingya. Nak something in return
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
sinalegna replied at 20-10-2017 07:53 AM
See.. dats why la beria sgt nak bela rohingya. Nak something in return

Something in return i tidak pasti but yang i tahu sebelum eropah flooded dengan refugees di sempadan ummah malaysia diam saja... ummah north africa dan syria ... suaka politic tidak dapat di malaysia... apa bila keganasan perang di syria menjadi hot cake di medìa baru lah mereka ini di beri peluang...  1 family i tahu wife dari morocco dan husband dari syria + 4kids  tidak dapat suaka akhir nya terbang ke germany untuk perlindungan ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 21-10-2017 12:02 AM
Something in return i tidak pasti but yang i tahu sebelum eropah flooded dengan refugees di sempad ...

Kalo open pon refugees belah ereb sana x minat pon dgn asian countries. Diorang prefer europe

Beggars can be choosers too
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sinalegna replied at 20-10-2017 08:07 AM
Kalo open pon refugees belah ereb sana x minat pon dgn asian countries. Diorang prefer europe

B ...

Bukan semua u.... yang memilih itu jenis baru keluar gua... di gula gula kan better life di western country .... so far if di malaysia i selalu ikut my dad jumpa mereka ini ada dari yemen ,syria ,morocco ,afghan etccc yang sudah menetap di malaysia... still ada lagi rakyat malaysia yang baik hati ambil mereka but (really?)... untuk bekerja actually jv untuk food industries majority ... even tho capital 95% dari immigrants guna nama untuk setup   yang tiada duit ini lah perlu menagih simpati di western country ...
U jangan terkejut ada yang buka business di bukit bintang untuk pole dance,belly dance worse even ada jadi mafia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.142582 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list