View: 869|Reply: 16
|
[Tempatan]
Singapore Airlines muktamad beli 39 pesawat boeing.
[Copy link]
|
|
Bersaing dengan MAS, walaupun SIA mengalami kerugian dgn membuat keputusan utk membeli 39 buah pesawat boeing.
Berbeza di Malaysia, isu ini dipolitikkan sebab ada pihak2 tertentu tahu ada rakyat Malaysia yg boleh diperbodohkan utk menarik sokongan. dan bagi menanam kebencian setiap perkara yg kerajaan buat.
Singapore Airlines muktamad beli 39 pesawat Boeing
SINGAPURA: Singapore Airlines Ltd akan memuktamadkan tempahan 39 pesawat Boeing bernilai AS$13.8 bilion (RM58.33 bilion) apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melawat Washington DC minggu depan.
Syarikat penerbangan itu pada Februari lalu berkata, ia akan menempah 20 pesawat jenis 777-9 and 19 pesawat jenis 787-10 sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk memodenkan angkatan pesawatnya bagi tempoh sedekad akan datang.
Namun perjanjian itu belum dimuktamadkan dan sudah dimasukkan di dalam kontrak pesanan Boeing sebagai tempahan daripada Singapore Airlines.
Perjanjian itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Airbus SE yang sedang giat bersaing melawan Boeing dalam pasaran berbadan lebar.
Airbus dilihat ketinggalan jauh berbanding Boeing dari segi tempahan yang diterima dalam sembilan bulan pertama tahun ini, dengan hanya menerima tempahan sebanyak 271 unit setakat akhir September lalu berbanding Boeing yang menerima 498 unit tempahan.
Hsien Loong berkata, kepada CNBC semalam yang beliau berharap satu perjanjian akan ditandatangani dengan Boeing bagi membeli lebih banyak pesawat untuk Singapore Airlines semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) dari 22 Oktober hingga 26 Oktober ini.
Butiran lanjut mengenai pembelian itu akan didedahkan selepas majlis menandatangani itu yang akan diadakan di Washington berlangsung, kata jurucakap syarikat penerbangan terbabit.
Singapore Airlines pada Februari lalu berkata, ia juga mempunyai pilihan untuk menempah enam lagi pesawat bagi setiap jenis.
Boeing pada Jun lalu menerima tempahan bagi 20 pesawat 777X dan 19 pesawat 787-10 daripada pelanggan yang tidak dapat dikenal pasti, menjadikannya terdapat kemungkinan bahawa pesawat Singapore Airlines sudah pun termasuk di dalam tempahan pada tahun ini.
Boeing enggan mengulas perkara itu.
Singapore Airlines melabur untuk mendapatkan pesawat yang moden dan cekap bahan api sambil pada masa sama melaksanakan semakan semula strategik bagi membantu mengurangkan kos, di tengah-tengah meningkatnya persaingan daripada syarikat penerbangan China dan Asia Barat. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
jadi gomen pap spore abang angkat dapig pun turut ikut nak pulihkan ekonomi us ke. ingatkan pok jib je yg terhengeh hengek .hairan plk aku.trump plk yg digelar bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
ekonomi US ekonomi pekerja.
kalau ikut logik currency us mahal singapore rendah malaysia rendah tp sibuk nak beli sana untuk bagi rakyat amerika pekerjaan. apa motif timbal balik? wallahuallam
kalau lepas ni thailand, indon, vietnam beli boeing juga maksudnya misi utama misi lawan china di laut china selatan.
lg pun singapore kan ada skandal 1mdb |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa Malaysian yg bakal jadi Martyr menghalang flight PM Singapura ke negara si "Bodoh" ni nanti, Lim Guan Eng ke....
|
|
|
|
|
|
|
|
SQ beli kapalterbang untuk dia sendiri pakai dan untuk lease out.
Khazanah melalui Penerbangan Malaysia beli kapalterbang lepas tu lease kat MAS. Tak nak pakai pun kena amik jugak..
tak kan tak nampak beza kot. |
|
|
|
|
|
|
|
eh awat la ni semua dok tumpu kat boeing pulak ye? airbus okay ape? tapi dreamliner i tengok nice jugak, itu subjectivelah, tapikan dari sego kos ....? u rasa awat negara SEA ni dok pulun kumpul fleet ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kena tanya mamat kat atas tuuuu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
SIA pun sign LOI Feb 2017, MAS pulak sign sejak 2016 lagi, tinggal pi umum kat sana & signed jerrr, kena serta kan rhetoric sikit laaaa, kan Trump ehhh si Bodoh kata LGE ni suka be-retorik....
----------------------
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/15/putrajaya-beli-boeing-tidak-guna-duit-rakyat/
“Pada Julai 2016, MAS dilaporkan menandatangani perjanjian untuk membeli lebih 50 pesawat Boeing 737 MAX, dengan tempahan untuk 25 pesawat, dan hak untuk membeli 25 pesawat lagi dalam perjanjian bernilai AS%5.5 bilion,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana boleh Adik biarkan Abang piii menghadap si "Bodoh" kat DC, mustahil tak derrr yg berani pi save leader PAP ni.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pyropura at 21-10-2017 03:38 AM
dcruins replied at 20-10-2017 10:26 PM
SIA pun sign LOI Feb 2017, MAS pulak sign sejak 2016 lagi, tinggal pi umum kat sana & signed jerrr, ...
Tahun 2016 tu order 737Max untuk fokus regional routes, yg jadi isu, tetiba nak order Dreamliner, tu bezanya Mas dgn SQ ... |
|
|
|
|
|
|
|
SQ rugi, tapi tak bengkrap macam Mas, tu bezanya, paham dak, Tt? |
|
|
|
|
|
|
|
In February, SIA agreed to place firm orders with Boeing for 20 777-9s and 19 787-10 Dreamliners, for additional growth and fleet modernisation through the next decade.
In February, SIA agreed to place firm orders with Boeing for 20 777-9s and 19 787-10 Dreamliners, for additional growth and fleet modernisation through the next decade.
Singapore Airlines spokesman Nicholas Ionides confirmed that the aircraft order announced as a letter of intent earlier this year is expected to be formally signed during PM Lee's visit to Washington.
|
|
|
|
|
|
|
|
7 highlights of PM Lee Hsien Loong's interview with CNBC
SINGAPORE - Prime Minister Lee Hsien Loong fielded questions on political succession, foreign relations and domestic issues in a wide-ranging interview with US news channel CNBC.
1. ON US PRESIDENT DONALD TRUMP
2. ON TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP (TPP) TRADE PACT, WHICH THE US HAS WITHDRAWN FROM
3. ON THE MISSILE AND NUCLEAR THREATS FROM NORTH KOREA
4. ON SINGAPORE'S RELATIONS WITH CHINA
5. ON BALANCING RELATIONS WITH CHINA AND US
6. ON THE DISPUTE WITH HIS YOUNGER SIBLINGS OVER THE OXLEY ROAD HOUSE
7. ON WHO WILL BE SINGAPORE'S NEXT PRIME MINISTER
for more details ....
http://www.straitstimes.com/poli ... interview-with-cnbc
|
|
|
|
|
|
|
|
prime minester sepanjang hayat lettew ..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|