CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15910|Reply: 163

Mana Ada Drama Undang Simpati - Shahir

  [Copy link]
Post time 23-10-2017 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Siapa tengok persembahan Shahir di pentas akhir AF Megastar malam tadi? Mesti ramai kata dia buat drama nak raih simpati penonton kan?








Memetik mStar Online, Shahir menafikan 'mulut orang' yang berkata dia sengaja berdrama. Namun, Shahir akui dia gagal mengawal emosi sepanjang menyampaikan single terbaharu berjudul ‘Mama Jangan Pergi’.

“Saya agak sensitif apabila bercakap soal ibu dan rasanya semua orang pun begitu. Sebenarnya dari peringkat awal saya dah mula rasa sebak tapi saya tahan kerana takut mengganggu persembahan.

“Tapi ketika selesai persembahan saya dah tak boleh nak control. Kalau ada yang kata saya sengaja berdrama...sebenarnya saya pernah berlakon dan perkara yang paling susah saya nak buat ialah babak air mata.

“Saya pernah jalani penggambaran dan pengarah terpaksa tunggu lama untuk dapatkan babak saya menitiskan air mata. Jadi, kalau saya menitiskan air mata ia ikhlas dan bukanlah dibuat-buat,” katanya.




Foto: Astro Gempak





Air mata Shahir tu untuk siapa sebenarnya?

“Nyanyian itu terang-terang untuk ibu saya, bukan untuk Erra mahupun Mona. Dalam sedutan video yang dipaparkan sebelum persembahan tadi pun saya ada sebut, lagu ini saya cipta khas untuk ibu saya dan ibu-ibu di luar sana,” ujarnya.


Tapi kan, baru-baru ini kenapa Shahir nak tarik diri daripada konsert itu?

“Apa yang membuatkan saya terfikir untuk menarik diri ialah saya ingin buktikan kepada semua orang yang saya tidak mengejar dunia, populariti atau kemasyhuran malah saya tidak kisah masuk final ataupun tidak.

“Apatah lagi bila ada yang kata saya lupa diri selepas kembali membina nama di AF Megastar, ia sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan tersebut. Sebab itu saya lebih reda menjadi orang biasa daripada orang kata saya berubah disebabkan sesuatu perkara.

“Tapi memikirkan tentang tanggungjawab dan pihak produksi juga meminta saya untuk meneruskan perjalanan di pentas AF Megastar, saya lakukan kerana tidak mahu susahkan pihak lain,” katanya.


Hidup artis ni kalau tak diisi dengan 'drama', tak sah kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
alololo, meh cni meh {:love
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:07 AM | Show all posts
apa2 lah syahir....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:23 AM | Show all posts
Bakal sendu lagi di masa hadapan. He can't sing!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkan lagu tu utk erra
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:25 AM | Show all posts
hi syahir.. chuolls baca forum ek?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 10:26 AM | Show all posts
siapa menang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:29 AM | Show all posts

poyolah shahir kepam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 10:33 AM | Show all posts

idayu menang kalau tak salah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:34 AM | Show all posts
apa apa je laaa shahir!! nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:35 AM | Show all posts
eh shahir ada benang baru
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:36 AM | Show all posts
dia nyanyi tak best semlm..
pastu rasa sejenis awkward bila awie kena komen kat shahir
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:37 AM | Show all posts
samasam90 replied at 23-10-2017 10:25 AM
hi syahir.. chuolls baca forum ek?..

kalau shahir baca forum pls lah polish vocal tu. bak kata adibah noor m. nasir & tok ram

awak ada suara & visual jadi gunakan sebaiknya. penyanyi kena nyanyi selalu supaya vocal jadi 'season' dan sustain taklah terketar atau ketat bila tarik.

remember that!!

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:39 AM | Show all posts
ena80 replied at 23-10-2017 10:36 AM
dia nyanyi tak best semlm..
pastu rasa sejenis awkward bila awie kena komen kat shahir

ya sbb lama menyepi dan tak cukup practise

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:41 AM | Show all posts
zamzam replied at 23-10-2017 10:39 AM
ya sbb lama menyepi dan tak cukup practise

kann kurang polish... lama simpan mereput

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:43 AM | Show all posts
padan muka ko melingkup semalam..nasib baik astro tak umum no.2 hingga 5..kalau tak,aku yakin ko dpt no.5 and yakin ko akan terjun klcc sebab maluu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tarik diri sebab nak buktikan kepada semua orang dia tak kejar dunia, populariti, kemasyhuran...  tidak kisah masuk final ataupun tak..

choii lahh loser nii... apa punya statement lah.

Sila masuk gua balik semula... jangan keluar lagi yerr. Duduk dalam gua senyap2. Hanya gua yg sesuai utk ko shahir.
Kalau nak keluar gua pon masa ko nak bukak gigi besi tuu. Pastu masuk balik semula.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoooo tak nak kejar dunia populariti ataupun kemahsyuran. Dah tu kenapa ko jadi retis? Cakap serupa koliang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:51 AM | Show all posts
all the best to shahir. perbaiki diri dan terus maju dalam industri seni samada nyanyian atau lakunan.

masih ramai yg meminati kamu. kuatkan jati diri sebagai lelaki dan keluar dari kepompong selesa ketiak mak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:54 AM | Show all posts
aku pula yg malu tengok dia nyanyi mlm tadi, ko takleh nyanyila bro, baik mengajar budak2 ngaji lagi bagus, pahala pun dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.223369 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list