Artikel Oleh Maly Rosli | Video Oleh Tan Zhen Sheng | Suntingan Visual Oleh Ling Angie|
Bahasa Melayu kini kian tenggelam. Prof Datuk Dr Teo Kok Seong meramalkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, sebahagian besar kosa kata bahasa Melayu akan digantikan dengan bahasa Inggeris berikutan kecenderungan masyarakat menggunakan bahasa rojak.
Kenapa masyarakat hari ini lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda? - CARI
bahasa indonesia tak ade rojak langsung,,kalaupun ade yang disadur itu wajar sahaje sebab bahase inggris pun ade banyak mengambil dari bahase asli ciptaan indon ,,tapi indon tak ade pernah cipte loghat inggris sendiri seperti loghat malaysian english
Post time 26-10-2017 11:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jelas bahawa sebab kemunduran BM tu sebab org melayu sendiri.. hujung2 bising psl cina x fasih BM. Sendiri malu guna bhs ibunda sendiri. Dasar melayu.. salahkan org selagi blh..
Post time 26-10-2017 11:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya rasa DBP kena cari imbuhan bergantung baharu utk gantikan semula spy istilah x jd panjang. Imbuhan awalan nir dah diterima pakai utk less atau tanpa.
Post time 26-10-2017 12:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Meleis sendiri yg pinjam word English jdi word meleis. Contohnya, perhubungan jadi komunikasi, pengenalan jadi orientasi, maklumat jadi informasi. Jgan salahkan org lain lah dek.
Post time 26-10-2017 12:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
finesse replied at 26-10-2017 11:48 AM
Jelas bahawa sebab kemunduran BM tu sebab org melayu sendiri.. hujung2 bising psl cina x fasih BM. S ...
Spidey bersetuju dengan Adik Fin pasal ini.
Teringat lagi zaman persekolahan tahun 80an hingga 90an dahulu. Seronok mempelajari BM sebab perkataan2 sangat asli.
Tapi semenjak Spidey berjinak dalam Cari Forum dan dunia Facebook, Wechat bagai hari ini, Spidey menghadapi kejutan budaya sebab rata-rata netizen gemar menggunakan ayat-ayat yang entah apa-apa.
Malah lat media arus perdana pun lebih gemar menggunakan perkataan baru yang dipinjamkan dari Bahasa Inggeris.
Contohnya 'tempat letak kereta' kini disebut sebagai 'parkir'.
Tak faham kenapa perkataan2 Bahasa Melayu yang asli dan sedap didengar perlu ditukar. Adakah ia ditukar atas nama globalisasi? Tak ada pihak berkuasa seperti DBP atau kerajaan mengawal keadaan ini yang semakin kritikal?
Spidey mahukan keaslian Bahasa Melayu dikekalkan sehingga ke generasi cucu cicit kita. Tak perlu terikut-ikut dengan budaya atau pengaruh orang luar.