CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64772|Reply: 166

Kisah/Pengalaman Ber urut. (Susahnya cari tukang urut wanita/lelaki yg Tak ada &

  [Copy link]
Post time 29-10-2017 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BatikBirkin at 29-10-2017 08:12 PM

Salam.
Aku bukak benang ni untuk kita kongsi pengalaman ber urut, dan kalau ada sesiapa tahu tukang urut yg tak ada 'kawan' atau pendamping, boleh lah bertukar2 info...Susah naw naww cari tukang urut yg betul2 ada skil mengurut tanpa guna bantuan khadam dsb.

Korang pernah tak ada pengalaman ber urut? Tak kisah lah urutan tradisional biasa untuk buang angin, atau urut semasa berpantang atau kalau lelaki urut kuatkan tenaga, masaalah macam slip-disc dan sebagainya. Ada jenis tukang urut kita yang kena pergi ke tempat /ruma dia, ada juga yang boleh di panggil datang ke rumah. Beza mungkin caj yang di kenakan lah.

So aku cerita serba sedikit pengalaman aku ikut biras kepada sepupu aku ber urut. Kebetulan masa aku jumpa dia aku komplain badan rasa lemau, berangin. So sepupu aku ni (dua pupu actually hehe), kita namakan sebagai Mona lah ye. Mona terus beria suggest aku pergi ber urut ke tempat nenek saudara biras dia ni. Dia kata dia pernah datang rumah nenek yg depa panggil 'Mbah' tu sekali, biras dia rekemen. Jadi aku pun tanya lah serba sedikit cara Mbah tu mengurut. Pertanyan2 aku ialah ;

a) Mbah tu ada ke charge sen sen (upah lepas urut kdg2 pengurut tetapkan bayar rm60 satu sessi dan di tambah lagi 10 sen...Kira pengeras lah).
b) Mbah tu ada baca apa2 mantra atau jampi ke sebelum/semasa berubat.
c) Mbah tu ada tak mintak kita ni baca ayat2 tertentu
d) Mbah ni lifestyle dia cemana? Solat ke tak. (Aku tanya gitu sebab ada kawan aku, lelaki yg urban-bingai penah berurut /berubat dgn sorang mamat claim dia boleh merawat dan mengurut tapi motif mamat tu kaki beli no ekor/ kekadang layan beer
e) Mbah tu memang boleh mengurut sebab belajar mengurut dulu kala kan? Bukan tetibe lepas sakit teruk atau eksiden suddenly boleh mengurut

Lebih kurang gitu laa aku tanya. Dah sentap pulak si Mona aku tanya gitu...dia terus kata "Kau ni, takkan lah aku nak bawak kau gi tempat org yg amalkan benda2 camtu. Ilmu Allah tu luas! Ko kene ingat".  Lerrr, aku tanya bersebab, tak nak lah aku balik dengan 'ternakan' pula nanti. Benda tu kalau ikut ko lama2 bukan ke ada potensi men-declare diri dia sebagai 'saka'? Taknak cari penyakit dan Taknak jatuh syirik. Lepas tu aku diam je lah. Malam tu juga Mona set appointment dgn Mbah untuk dtg esok.  Besoknya..setelah maghrib di rnr, kami sampai rumah Mbah tu dalam pukul 8 malam camtu..Bila masuk, beri salam, salam berbalas. Aku tengok biasa2 je rumah dia,rumah kampung kayu yg tak berapa nak ada unsur mistik. Mbah berborak2 dengan kami bertiga - Mona,aku dan cucu saudara Mbah , kita panggil Jiji. 10 minit lepas tu Mbah suruh aku masuk bilik urut bersebelahan dengan ruang tamu.

Proses mengurut di mulakan. Mbah arah kan aku berkemban dan meniarap. Tak silap aku, dia tarik tangan aku sebelah dan angkat sebelah kaki dia sambil bagi salam dan pijak belakang aku. "ASSALMUALAIKUM!!". Kuat pulak tu...dah aku pelik..."dengan siapa pulak ko bagi salam ni nek..perlu ke aku jawab?". Aku dah tak sedap hati...sepanjang sesi urutan tu aku tak lepas zikir, selawat dan baca 3 qul +ayatul qursi beserta bismillah 7 dan ayat penggerak sekali.  Kalau badan aku menghadap dia, aku taknak dia rasa offended..aku cuma zikir 'lailahaillallah'. Sebab kalau mulut tutup pun boleh lagi baca kalimah tu tanpa org sedar. Bila badan aku pusing aku baca ayat2 atas. Itu je lah yg aku buat selama 1 jam dia urut aku.

Tengah tengah sesi  di urut tu, Mbah pun dah start tanya macam2 soalan. Bagi aku soalan2 tu sangat lah fishy dan buat aku lagi tak sedap hati...

Sat, aku publish dulu yg aku dok taip ni sebelum hilang....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh sambung la
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy urut kt spa. X de mentera. Kami sempat bergosip psl retis lg. Arghhh rindunye spa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-10-2017 08:21 PM
Sy urut kt spa. X de mentera. Kami sempat bergosip psl retis lg. Arghhh rindunye spa

Haha.. last g urut kat thailand. Prak prak bunyi tulang belakang huhu. Siap dia offer b to b
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik urut kat sorang tukang urut muda kat KL ni...dia urut based on berat badan.. maksudnya kalau berat kita 70kg.. bayar la rm70  utk urut sejam.. tak de unsur2 mistik pn..sebab rasanya tu effort dia..kalau ko 70kg tu dh kira agam..jenuh jua dia mengulit ko kan..  
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 29-10-2017 08:28 PM
Haha.. last g urut kat thailand. Prak prak bunyi tulang belakang huhu. Siap dia offer b to b

Eiw eiw eiw.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2017 08:34 PM | Show all posts
Edited by BatikBirkin at 29-10-2017 11:33 PM

Memula Mbah tanya aku..orang mana , bangsa apa semua lah. Lepas tu bila aku sebut bangsa belah mak bapak, dia tanya pula susur galur . Aku jawab ringkas apa adanya. Tetibe masa dia mintak izin urut dada aku, mbah kate..."Eh, macam orang belum kahwin ya. Tetibe dia suruh aku duduk ber lunjur gitu dan usap muka aku . Pehh dah la tangan Mbah tu berminyak, apa motif tah main lap kat muka   Lepas tu Mbah senyum semacam sambil usap muka aku dan kata "Cantiknyeeee enko nih. Ada pakai SUSUK ke?". Dalam2 aku blur2 tu..aku still lagi baca apa patut.  "Tak ada Mbah..ish...susuk semua ni saya tak nak pakai pun Mbah". Lepas tu Mbah dengan relek jawab "Oh..takde, aku tanye je..sebab ko kan ada darah keturunan blablabla. Kebiasaan nya kalo jawa sama bangsa tu selalu pake susuk". Aku pening, bile pulak la susuk dan segala yg syirik ni amalan bangsa2 tertentu je. Semua bangsa pun ada jugak yang jahil dan tak berapa nak jahil terjebak. Hawa nafsu nak cantek la katakan.

Sesi urutan di terus kan. Mbah buka mulut tanya lagi..."Enko ni...ada yang  jaga ye? Dari keturunan kan (sambil senyum).

Aku dah tahu makna soalan tu. Aku malas nak explain panjang lebar kat Mbah sebab aku tak nak 'membesarkan' benda tu. Makna nya aku tak nak makhluk yg kekonon dok ikut aku tu rasa 'best atau gah. "Takde Mbah, takde siapa jaga saya , saya dah buang lama dah.  Saya tak nak."

Tau tak apa Mbah tu jawab? "Ehhh...kenapa ko tak nak ? Ko terime je lah, dia jaga enko, lindung enko. Ni sebab enko selalu sakit...enko ni subur tapi semua telur di makan nya. ".

Eh, dah sesi memujuk nak psiko aku ke? Aku malas nak ber-beta dengan Mbah ni. Aku just cakap tak apa lah Mbah, saya tak nak ...kalau saya sakit sebab benda tu pun Allah yg izinkan dia sakitkan saya. Saya mintak lindung dari Allah saja."

Mbah cuma mampu diam, aku masih di urut dan mengikut si Mona dan Jiji, depa selalu kene urut dalam 45 minit je ...aku sampai 1 jam lebih tolak campur. Masa aku baring terlentang, mbah duduk membelakangi aku sebab tengah urut tangan dan bahu. Posisi aku yg terlentang tu betul2 berdepan dengan dinding kayu bilik sebelah. Masa tu lah aku dengar dengan JELAS dan kuat, bunyi Harimau Mengaum. In a split second!  Suara aku dengar macam dari bilik sebelah ..yaitu bersebelahan dinding kayu menghadap aku tu. Sebab bunyi tu kuat, so rasa macam dekat lah. Pelik sebab si Mbah buat relek semacam tak dengar apa, dan akupula bagai terkunci mulut untuk tanya apa2.

Selesai urutan aku keluar dan minta izin dari Mbah untuk tumpang amik wudhu dan solat isya sebelum balik. Masa aku lalu ruang tamu jiji dan Mona sibuk berborak...hmmm sah lah diaorang tak dengar langsung bunyi mengaum...

(sambung, nak isyak jap)


* Buat pengetahuan, segala yg berkaitan keturunan aku dulu aku dah buang. Yg penting bukan lah saka sejenis harimau yg sibuk mengaum tu! Haiyo, masih terngiang lagi ngauman nye...naduzubillah! Ingatkan benda ni kalau kita tak layan, dia blah camtu je la. Tapi tak ye, kene ada ikrar pemutus, kena cari perawat Islam yg tahu apa dia buat tanpa melanggar hukum hakam agama. Maknanya perawat tu bukan nya guna "Jin yg lagi power" untuk halau jin saka. Kalau cari jugak perawat camtu, alamatnya...jin yg berjanji dgn nenek moyang dulu blah, jin perawat pula take over. hehehehe*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
makciksombong replied at 29-10-2017 08:33 PM
Makcik urut kat sorang tukang urut muda kat KL ni...dia urut based on berat badan.. maksudnya kalau  ...

Mbak tukang urut kt tmt i,  kalau org gemuk  sgt dia caj extra. Sbb dia kate penat sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2017 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-10-2017 08:34 PM
Eiw eiw eiw.

Hehehehhehee
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 08:57 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-10-2017 08:21 PM
Sy urut kt spa. X de mentera. Kami sempat bergosip psl retis lg. Arghhh rindunye spa

badan dh molek pun nak urut ke?

baby shark doo doo
baby shark doo doo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2017 09:14 PM | Show all posts
Edited by BatikBirkin at 29-10-2017 11:06 PM

Sambungan..


Perasaan aku masa lalu ruang tamu tempat si Mona dan Jiji duduk tu agak bengang dan marah juga lah. Dah si Mona tu kate Mbah tu takde unsur2 mistik segala, apa jadah aku tengok cara dia dah macam nak jadi 'orang tengah' pulak sampai nak pujuk aku terima jin sebagai pelindung. Aku masa dia tanya kenapa aku tak nak 'terima' tu pun aku dah hampir seratus persen saspek yang dengan si Mbah ni sekali memang ada 'kawan'. Dah macam mana pulak ko tahu pasal benda2 tu semua berkait dengan aku?

Lepas amik wudhu aku masuk solat isya, di ikuti solat hajat 2 rakaat. Aku mintak kat Allah kalau ada apa2 yg masuk badan aku tolong keluarkan, kalau ada makhluk2 yg nak ikut aku balik...tolong halang. Tolong lindung aku dari syirik yang terang terangan dan syirik tersembunyi.

Masa dah nak balik tu, aku hulur lah kat si Mona ni rm70  (Caj yg di kenakan oleh Mbah) , Mona yg akan pass kat Mbah masa bersalam. Then cucu saudara Mbah ni, si Jiji la....tetibe bersuara ingatkan aku .."Jangan lupe bagi 15 sen sekali". Aku kerling si Mona..."Ko je lah bagi!".
Mona sebenarnya dah rasa macam something bila aku keluar dari bilik urut tu, manis je jelingan aku bagi kat dia. Bongok kan....ko nak guna hujah "Ilmu Allah tu Luas" , tapi lari konteks.  Dalam hati  aku merungut "Tunggu ko Mona, dalam kete nanti aku basuh".  Mona tanpa banyak tanya tunduk dan salam Mbah dan bagi sampul dengan dia punya 15 sen sekali!

Jalan nak balik rumah ni, yg ditugaskan bawak kereta ialah Mona. Aku duduk sebelah seat dia jadi co-pilot. Demi je kereta  kitaorang keluar dari pagar rumah Mbah, kira kira dalam 100 meter dari pagar kitaorang masing2 tersentak. Kedengaran bunyi bonet di tendang tendang. Haaa kau. Korang bayangkan movie2 mafia scene orang kene culik dan di letak dalam bonet. Meronta ronta camtu. Kuat ya hamat. Aku pandang Mona, pucat muke dia. Takut le tuu! Jiji pulak tunduk menenangkan anak dia yang meraung menangis entah kenapa.

Masa Mona pandang aku sambil slow kan kete tu aku bagi dia signal jari telunjuk suruh pull over kat bahu jalan. "Sekarang ko bukak bonet tu luas2. Aku bukak juga pintu belah aku dan Jiji bukak kedua dua belah pintu belakang. Aku suruh jiji baca 3 qul dgn ayat al qursi dan hembus ubun2 anak dia. Aku pesan kat Mona ko selawat dan baca lah apa patut sambil buka bonet /pintu tu. Kitaorang tunggu dalam 5 minit sebelum start kete dan teruskan perjalanan balik.

Dalam kereta tu aku takdelah terus nak bambu si Mona ni. Dah Mbah tu biras dia punya nenek sedara kan, taknak lah biras dia berkecil hati.

Lepas hantar Jiji balik, ha masa tu lah aku bagi sedas dua dekat si Mona ni. Aku kate ko tak boleh lah sesenang itu nak justify method merawat seseorang perawat tu. Hanya dengan "Ilmu Allah itu luas". Kene la tengok cara dia macam mana...abis tu kalau lah satu hari nanti ko jumpa perawat ke tukang urut ke yg guna ayat quran ber jus jus dalam sesi rawatan dia then lepas tu perawat tu suruh ko sembelih ayam ke apa ke....ko nak guna hujah yg sama ke?". Sebab bila aku tanya dia memula cara Mbah tu mengurut ada ke tak unsur mistik , jawapan dia "Takkan lah. Mbah tu jenis sembahyang!".  Point aku simple...Tak layak bercampur yg haq dan yg batil. Mana permissible kalau  buat setengah syirik setengah ikut syariat.

Kesimpulannya, malam ni aku ber urut, esok subuh aku demam panas 2 minggu...kejap  kebah kejap panas balik. Bila ubat doktor dan antibiotik habis pun aku still demam, masa tu la dengan si Mona dan hasben sekali bawak gi jumpa sorang perawat islam ni. Ruqyah macam biasa dan ada lah ustaz pesan baca la quran dan jaga solat. InsyaAllah di jauhkan dari benda2 halus ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-10-2017 08:21 PM
Sy urut kt spa. X de mentera. Kami sempat bergosip psl retis lg. Arghhh rindunye spa

Hahaha, syok Kan urut spa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-10-2017 08:21 PM
Sy urut kt spa. X de mentera. Kami sempat bergosip psl retis lg. Arghhh rindunye spa

Huhu.. spa mana tu...best nya...nak join...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 29-10-2017 09:37 PM
Huhu.. spa mana tu...best nya...nak join...

Kt temerloh.1st time buat kt situ. 5 hours u know! Mcm2 treatment. Then lps 2 hours mcm tu jelah. Siap mandi herba n susu bagai.

1st time pegi urut+batu tungku+tangas+sauna+body scrub+mandi susu.

2nd time batu tungku+body scrub+mandi herba
Kitr x off topic kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 29-10-2017 09:18 PM
Hahaha, syok Kan urut spa

Best.pasang plak degung sunda. Mmg terlelap
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-10-2017 08:57 PM
badan dh molek pun nak urut ke?

baby shark doo doo

Sebok la. Gi main jauh2. Citer la pengalaman sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2017 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CardiGans85 at 29-10-2017 10:22 PM

Sy berurut sampai ke Labu. Alhamdulillah.. suami isteri mgurut. Tp skrg x pegi,sbb jauh dan sy beralih ke arah berbekam pula. Alhamdulillah n da bole exercise blk mcm jog blk 5-6x per week (slps setahun x bole work out due to severe allergy).

Tp yg lain..entah la..penah sy pgl tukang urut dtg rumah yg auranya mmg pelik/vibe. X rs senang betul sy tgk dia, lg2 tang ekor mata mak cik tu.then dia charge 200. Esok bengkak2 bdn n demam.

Sorg lg,pgl ke rumah juga..borak2 n sy tya mcmana dpt ilmu mgurut ni..tp dr segi cerita sy mmg x bkenan la..so, sekali je la. Yg ni charge 80.

Pegi spa muslimah kt s.alam pula..abis skt bdn sbb dia mmg x pandai urut. Tp facial ok.So, sekali je ke spa ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya dah lama tak jumpa mcm ni skrg. Ada lagi rupanya siap tanya2 lg.

Me as a massage therapist selalu jugak customer tanya, ehh muda nya jadi tukang urut..memang keturunan urut ke? Sy cakap la sy tukang urut pgi kelas hehe.. Hampir semua customer sy taknak yg tukang urut keturunan ni smpi takut nak pgi urut. Pergi spa taknak tak feel katanya.. Apa2 jelah kakk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 10:59 PM | Show all posts
misslauren replied at 29-10-2017 10:27 PM
Takutnya dah lama tak jumpa mcm ni skrg. Ada lagi rupanya siap tanya2 lg.

Me as a massage therapi ...

adalah sis.

ada orang pandai masak tanpa belajar, pandai bersilat tanpa pergi kelas silat, pandai mengurut tanpa belajar mengurut.

bila dialog dengan jin, satu kerajaan jin ada dalam tubuh badan daripada sultan, tukang urut, dayang, tentera berkuda, tukang masak rakyat jelata. siap panggil kontraktor buat istana. jin saka daripada keturunan di warisi kepada pesakit. agak2 brape ratus ribu jin dalam tubuh badan pesakit?

sultan ni sultan islam, dia sudi keluar daripada tubuh badan dan berharap perawat janji akan jaga si pesakit. nak jadi cerita punca pesakit ni sering sakit rupanya ada lagi satu jin puteri jin yang jatuh cinta kepada sultan. sultan tak layan puteri ni dan utamakan rakyat jelata. jadi si puteri jin ni duk torture jasad  pesakit. korek punya korek puteri jin muncul ngaku cemburu sultan tak layan dia dan mengaku dia lah yang buat pesakit ni demam bisa kat kepala.perawat pun dialog dengan sultan kenapa tak nikah puteri tersebut. sultan bertitah dia xnak rakyat jelata sedih dan utamakan rakyat jelata daripada diri dia sendiri. sebelum semua keluar sultan nikah dengan puteri jin ni.  dengar bunyi tentera berkuda tanya mana istana sultan. perawat bagitahu sultan musnahkan dan arahkan semua keluar daripada badan pesakit. tentera berkuda akur dan panggil rakyat jelata  untuk keluar.

yang ada pendamping ni kalau mengurut kita khuatir. sebab ada amalan sihir atau proses jamu jin mereka gunakan tubuh badan pelanggan mereka urut untuk jamu kepada jin atau pun untuk uji ilmu sihir mereka.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2017 10:59 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 29-10-2017 08:28 PM
Haha.. last g urut kat thailand. Prak prak bunyi tulang belakang huhu. Siap dia offer b to b

Itu kau pi urut 'i lov yu long time. kam kam i give yu love'!
Choyyyyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079922 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list