CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7673|Reply: 121

[Tempatan] Akibat malu diejek sebab kemiskinan oleh rakan-rakan sekolah, adik berumur 10 ta

[Copy link]
Post time 12-11-2017 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Murid berhenti sekolah kerana malu diejek

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

Oleh FIRDAUS HASSAN


Sarina bersama anak-anaknya, Khairulnizam fadli (kiri) dan Mustika ayuni (kanan), duduk dihadapan rumahnya yang kecil dan usang akibat kemiskinan hidup, di Kg. Kedai Buloh, di sini hari ini.


KOTA BHARU - Akibat malu menjadi bahan ejekan serta dihina rakan-rakan di sekolah kerana kedaifan hidup keluarganya yang tinggal di sebuah rumah uzur, seorang kanak-kanak 10 tahun mengambil keputusan singkat untuk berhenti sekolah sejak dua tahun lalu.

Kanak-kanak itu, Khairul Nizam Fadli yang tinggal di Kampung Kedai Buloh di sini mengakui dia malu apabila menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekolah di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 1 di sini.

Menurut ibunya, Sarina Musa, 32, walaupun baharu berusia 10 tahun tetapi anak sulungnya itu amat memahami kepayahan hidup mereka sekeluarga sehingga tidak pernah meminta-minta untuk dibelikan pakaian sekolah yang baharu.

"Saya melakukan tiga pekerjaan sehari iaitu menyiang ikan untuk di buat kerepok bermula selepas Subuh, mencanting batik pada pukul 11 pagi dan melekatkan batu pada kain tudung pada sebelah petang sebelum sampai ke rumah pada waktu Maghrib.

"Melalui pekerjaan itu saya memperoleh pendapatan tidak menentu kira-kira RM20 hingga RM30 sehari untuk perbelanjaan harian. Suami saya, Fadli Jusoh, 36, bekerja sebagai pengutip kelapa," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.





Sarina berkata, akibat kesempitan hidup itu mereka sekeluarga makan serta pakai secara ala kadar sahaja selain tumpang berteduh di sebuah bangsal berkeluasan 9 meter persegi berlantaikan kayu reput, berdindingkan papan lapis dan atap zink.

Bangsal tanpa bilik serta tidak dilengkapi sebarang perabot itu dibina di atas tanah milik bapa Sarina, Musa Ali, 65, sejak 10 tahun lalu. Apabila hujan turun air akan masuk ke dalam rumah melalui celahan dinding zink serta papan lapis.

"Untuk sediakan kelengkapan sekolah Khairul Nizam saya tidak berduit. Disebabkan itu dia menjadi mangsa ejekan di sekolah kerana pakaian yang lusuh, paling teruk ialah ada kanak-kanak mengejeknya tinggal di kandang kambing.

"Khairul Nizam memberitahu dia malu dengan keadaan itu, jadi dia enggan bersekolah dan lebih selesa membantu saya dan suami. Apabila saya dan suami bekerja dia mengambil tanggungjawab menjaga adik perempuannya, Mustika Ayuni, 5, yang mengidap penyakit sawan sejak berusia lapan bulan," katanya. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2017 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
... kesian sangat. Bab ngejek ni mulayu sunni memang suka sangat .... mak pak diirang tak ajar ke? Atau cikgu2 tak pantau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 12-11-2017 09:44 PM
... kesian sangat. Bab ngejek ni mulayu sunni memang suka sangat .... mak pak diirang tak ajar ke? A ...

Sial kan perangai melayu... Kasihan adik2.. diorg kena sekolah utk ubah nasib keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik ptt g sekolah la dik. Belajar pekak kan telinga. Syg btl pendidikan terabai sb mulut budak2 pendek akal
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik duduk area cina2 xde ejek2 cam melayu, cina selongkar tong sampah hari2 xde pun cina ejek2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:12 PM | Show all posts
mungkin makpak bebudak yg suka mengejek tu pon suka menghina org lain... perangai buruk runs in the family.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2017 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x ngadu ngan cikgu kelas, cikgu disiplin ke cikgu kaunseling ke...minta bg nasihat or amaran pada kawan2 yg mengejek tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:26 PM | Show all posts

..... kenapa tak diberi bantuan RUMAH ... tapak tanah ayah dia ada ..... ini .. org yg  tak memerlukan diberikan rumah ... tak duduk pun ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 12-11-2017 10:09 PM
Baik duduk area cina2 xde ejek2 cam melayu, cina selongkar tong sampah hari2 xde pun cina ejek2

Aritu nampak remaja cina laki ikut nenek die rasenye, pergi selongkar tong sampah cri tin kosong. Ikut je nenek die, what a sight to witness...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
SelakLangsir replied at 12-11-2017 10:08 PM
Adik ptt g sekolah la dik. Belajar pekak kan telinga. Syg btl pendidikan terabai sb mulut budak2 pen ...

Umor segitu mana lah dia paham kobsep pekak kan telinga ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 12-11-2017 10:22 PM
Kenapa x ngadu ngan cikgu kelas, cikgu disiplin ke cikgu kaunseling ke...minta bg nasihat or amaran  ...

Kalau ngadu nanti kena pukul pulak, takkan tak dapat baca akai mulayu, huhuhu... cikgu kelas dia tu, takkan tak perasan aktiviti ejek mengejek nih,makan gaji buta aja ka??
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 12-11-2017 10:09 PM
Baik duduk area cina2 xde ejek2 cam melayu, cina selongkar tong sampah hari2 xde pun cina ejek2

Mulayu ni kalau ada kawan nak practice speak english pun diejek ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah buat alasan sgtlah. Anak taknak gi sek kena ejek. Sebab nak suruh jaga adik. Kalu tak sapa nak jaga adik kan....bini bekerja dari pagi kepeatang. Laki kerja pengutip kelapa????ye ke...aku tak caya  nih betul betul wat kerja. Nih taraf biawak hidup nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lostfaith replied at 12-11-2017 10:56 PM
Takyah buat alasan sgtlah. Anak taknak gi sek kena ejek. Sebab nak suruh jaga adik. Kalu tak sapa na ...

Alamat dah ada tuu. Pergilah tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
bini berusaha buat 3 kerja..
lakinya sekadar kutip buah kelapa?
dasar laki pemalas..
entah-entah memang suruh anak berhenti untuk jaga adik..
kalau betul dorang nak keluar dari kepompong kemiskinan, dia akan motivate anak untuk pergi sekolah juga..
ramai sangat ke anak orang kaya sekolah tu sampai nak ejek orang miskin bagai..
lain la kalau dia hantar anak kat sekolah taraf bandar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 11:24 PM | Show all posts
tidak seharusnya mengejek mereka yang miskin, daif dan fakir. sewajibnya kita memberi sedekah pada mereka.

dalam alquran, Allah swt berkali2 mengulang ayat taal mil miskin. memerintah umat islam memberi makan pada yang miskin.

begitu indah islam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 12-11-2017 11:14 PM
Alamat dah ada tuu. Pergilah tgk.

Sebab apa aku nak tengok. Sihat tubuh badan laki bini. Kalu tak pemalas, dadah tu jerlah. Kalau usaha bukan boleh jadi miskin melarat camni kalu sihat tubuh badan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Teori saya kalau keluarga miskin tahap gini mesti ketua keluarga x bekerja aka pemalas tp boleh menghasilkan anak yg ramai..
Ni saya bercakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman pertama adik beradik sy 9 org. Yg keje cuma bapak sorg je. Itupun keje kampung. Tp alhamdulillah hidup kami ckup makn pakai dan semua bersekolh walaupun setakat spm.

Pengalaman kedua pulak. Kakak sy berkahwin dgn suami yg tidak berkerja. Mkn pakai kakak sy tanggung termasuk rokok. Tp mampu menghasilkan enam org ank dan dilayan sang suami umpama raja. X puas ati kat suami lepas kat ank. Akhirnya kesian kat anak2 hidup tunggang langgang. Kami adik beradik dh berbuih nasihat. Mujur kakak tu kaki tangan kerajaan. Tp rasanya dia antara staf yg bermasalah selalu mc ct sbb nk uruskn anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm la org klntan tu byk yg kaya raya..
Alasan sgtla kena ejek...
Padahal xkisah pon
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki adik ni nak sambung sekolah. At least biarlah lepas SPM. Kalau tak sampai ke cucu cicitlah hidup melarat tak dpt ubah nasib keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.083791 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list