CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1911|Reply: 7

Runsing Tak Dapat Banyak Likes? Ini Waktu Terbaik Untuk Post Gambar Di Instagram

[Copy link]
Post time 15-11-2017 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Pernah tak rasa tertekan bila gambar yang anda muat naik di laman media sosial kurang mendapat perhatian? Rasa tak lengkap dan berdebar-debar jantung menunggu mereka memberikan likes.


Bagi sesetengah orang, menerima  banyak likes atau double-tap di Instagram menjadikan diri mereka gembira dan rasa lebih dihargai.


Ada satu rahsia sebenarnya untuk mendapatkan jumlah likes yang tinggi! Mesti teruja nak tahu kan?


Foto: NDTV Gadgets


Menurut kajian yang dijalankan Hopper HQ, waktu terbaik untuk muat naik gambar di Instagram adalah antara 6 petang hingga 7.30 malam.


Manakala bagi hujung minggu pula adalah pukul 11 pagi. Kenapa? Sebab pada waktu inilah kebanyakan orang akan menggunakan aplikasi tersebut.



Ia bermakna akan lebih ramai orang yang akan melihat gambar anda di timeline dan seterusnya akan memberi respon.


Walau bagaimanapun, ia juga bergantung kepada berapa banyak follower yang anda ada, atau mungkin mereka berada di zon waktu berbeza, bekerja lebih masa dan sebagainya.


Foto: www.hopperhq.com


Satu lagi rahsia terbesar, gunakan filter jenis Gingham dan Clarendon kerana ia berpontensi untuk mendapat likes yang banyak.


Lebihkan gambar yang berkisarkan pengalaman peribadi seperti melancong, gambar pemandangan atau penurunan berat badan kerana secara purata ia akan menerima 22 peratus lebih likes berbanding gambar lain.



Foto: Passion Passport



Gambar-gambar haiwan pun boleh mendapat banyak likes juga ya. Jadi apa lagi bolehlah jadikan ini sebagai panduan nanti ya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha bagusnya kajian pasal ni pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
{:hoorayaku x kisah pon. Ada like bukan dapat duit pon..sekadar share ilmu pon dah seronok dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:29 PM | Show all posts
batak like............
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:36 PM | Show all posts
batak like di mana mana
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak penting pn like byk mana. Ada aku kesah?  Tp research ni mmg bgs and ada kebenarannya. Ada time yg mmg akan dpt byk like.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2017 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Psfzi: Tak penting pn like byk mana. Ada aku kesah?  Tp research ni mmg bgs and ada kebenarannya. Ada time yg mmg akan dpt byk like.


Penting unk yg meniaga. Hihi.
Kalau instafemes plk penting like tu.. Utk iklan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Org biz guna ig penting dgn likes ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.062916 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list