CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3175|Reply: 30

[Tempatan] Musang King cecah RM800 untuk 1kg di luar negara.

  [Copy link]
Post time 16-11-2017 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Musang King cecah RM800 1kg

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/11/284232/musang-king-cecah-rm800-1kg

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 5:31 AM

Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my


MUSANG King baka baik

Seremban: Permintaan tinggi terhadap durian Musang King (D197) menyebabkan harga raja buah terbabit melonjakkan sehingga mencecah RM800 sekilogram di luar negara.

Ia berikutan buah berkenaan mendapat sambutan baik terutama dari China, Singapura, Hong Kong dan Australia sekali gus memberi impak kepada harga di pasaran tempatan yang mencecah antara RM60 sehingga RM100 sekilogram.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mat Iesak Ngathinee berkata, disebabkan itu pihaknya menggalakkan usahawan menceburi penanaman durian Musang King yang mampu memberi pulangan lumayan selain menjana hasil baik sama ada untuk pasaran tempatan mahupun luar negara.

“Jabatan yang mencari mereka berminat untuk mengusahakan penanaman itu dengan sasaran 50 peserta membabitkan keluasan satu hektar tanah bagi setiap seorang bermula tahun depan.

“Peserta yang berminat perlu berhubung dengan pegawai pertanian di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami akan membantu daripada segi baja dan khidmat nasihat,” katanya selepas program Hari Ladang Peringkat Daerah Seremban di Balai Raya Kampung Gebok, di sini, kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Datuk Abu Ubaidah Redza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 09:12 AM | Show all posts
elok la.. jual lagi mahal2. pegi la jual lagi mahal kat luar negara.

kita rakyat malaysia mengemis di bumi sendiri nak mkn durian. eloklah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:16 AM | Show all posts
3 -4 thun dulu musang king pun 68sekilo ..kalu masih ingt kt bulatan berkeley uncle campiyen jer jual doyan premium kt situ..

sebijik serat lebih aku taler ngan anak2 smpi pitam
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:16 AM | Show all posts
pi makan doyan tapah sedap. doyan kampung
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:17 AM | Show all posts
sebijik Rm10 je doyan kampung
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:18 AM | Show all posts
sofiazara replied at 16-11-2017 09:17 AM
sebijik Rm10 je doyan kampung

aah..haritu tapau doyan kpg sebijik lebih kurang 10..isi cantik..rasa durian
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2017 09:19 AM | Show all posts
sofiazara replied at 16-11-2017 01:17 AM
sebijik Rm10 je doyan kampung

Doyan kampung kat area2 Tronoh, Batu Gajah, Kampung Gajah, Tanjung Tualang di Perak lebih kurang RM9 ke RM13 sekilo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:20 AM | Show all posts
rospinki replied at 16-11-2017 09:18 AM
aah..haritu tapau doyan kpg sebijik lebih kurang 10..isi cantik..rasa durian

kan, aku dah selamat pi beli buat tempoyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 09:22 AM | Show all posts
sofiazara replied at 16-11-2017 09:20 AM
kan, aku dah selamat pi beli buat tempoyak.

hebat..aku beli buat makan begitu saja..hingga menjilat jari
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:23 AM | Show all posts
EJALTI replied at 16-11-2017 09:19 AM
Doyan kampung kat area2 Tronoh, Batu Gajah, Kampung Gajah, Tanjung Tualang di Perak lebih kurang R ...

belah2 bota kanan pastu lepas jambatan ke bota kiri titi gantung tu pun banyak juai doyan

tapi aku rasa doyan tapah sedap lagi


walobagaimanapun doyan lembah (macam perak) susah nak lawan kesedapan doyan kampung area pahang (doyan bukit)

cumanya aku kecewa org jual doyan belah pahang dah dicemari dengan doyan musang king/d24/udang merah dll tak best. dah jarang jumpa duyan kampung mungkin belah pahang pokok duyan kampung pun dah besar2 tua2 tak berbuah

kejap doyan kejap duyan lantakla kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:28 AM | Show all posts
rospinki replied at 16-11-2017 09:22 AM
hebat..aku beli buat makan begitu saja..hingga menjilat jari

Saya suka bubur kacang hijau yang dicampur durian


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:36 AM | Show all posts
ultra78 replied at 16-11-2017 09:28 AM
Saya suka bubur kacang hijau yang dicampur durian

saya pun suka..nanti nk cari durian kpg buat bubur kacang
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:46 AM | Show all posts
wow mahal tul.....................
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 11:52 AM | Show all posts
EJALTI replied at 16-11-2017 09:19 AM
Doyan kampung kat area2 Tronoh, Batu Gajah, Kampung Gajah, Tanjung Tualang di Perak lebih kurang R ...

laki i kt umah mak dia smlm kt gopeng

sempat buat bini terliur dia tnjuk gmba doyan sekotak dr dusun pakcik dia


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 11:53 AM | Show all posts
ultra78 replied at 16-11-2017 09:28 AM
Saya suka bubur kacang hijau yang dicampur durian

sedapnyeee letak plak dlm peti ais bawa keluar makan sejuk2 nyum nyummm  
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang tak rasa ke musang king ni overrated?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade sesiapa di china , hong kong singapore yg bole sahkan mmg rege MK ni hingga rm800/kg ? Kalo takde maka i susah nak percaya tambah plak hmetro jika berita hanya hoax maka i rase ia hanya la strategi utk menjual MK ni dgn rege yg mahal di tanah air ini.
BTW i rase semua durian ni sama jah rasenya. Samalah macam mangga perlis. So mengapa bayar lebih. Gunala trivago
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat negara sendiri nak makan pun tak mampu ..eloklah jual mahal kat luar sana.  Diorang pun nak merasa jugak..nak tanam pokok tak boleh.

Sini pokok berlambak ..buah sampai terbuang ...rela biarkan dari jual murah-murah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:30 PM | Show all posts
Mahalnya. Kesian anak-anak kita esok.
Bolehlah dipertimbangkan projek dusun musang king selepas bersara nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
beli durian kampung jah. 30rm dpt 7 bijik. Puas hati makan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.146424 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list