Polis kantoi minta RM2,000
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/284286/polis-kantoi-minta-rm2000
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 12:24 PM
Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
Anggota polis berusia 29 tahun berpangkat Sarjan ditahan reman selama enam hari mulai hari ini susulan dakwaan menerima suapan bernilai RM2,000 sebagai balasan untuk melepaskan srorang tahanan narkotik di Mahkamah Majistret, Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi.
POLIS berpangkat sarjan ditahan reman selama enam hari mulai hari ini susulan dakwaan menerima suapan bernilai RM2,000, semalam.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faizah Abdullah.
Tertuduh yang juga penolong penyiasat berusia 29 tahun itu didakwa meminta dan menerima suapan untuk melepaskan seorang tahanan yang positif dadah.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, anggota itu ditahan pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, kira-kira 1 tengah hari semalam.
“ |