CHOOK SOON HUP didenda RM10,000 atas kesalahan memasang set parabola haram di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID
RASAH 17 Nov. - Seorang peniaga didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan menggunakan set parabola yang tidak diperakui seperti dikehendaki peraturan di sebuah rumah di Port Dickson dekat Telok Kemang dua tahun lalu.
Tertuduh, Chook Soon Hup, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui mengikut Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Dia didakwa mengunakan satu unit dekoder, satu unit piring parabola Antenna dan tiga unit penukar turun blok berhingar rendah (LNB) jenama Smartsat model ST-900B.
Soon Hup melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat PT 846, Taman Sentosa dekat Port Dickson kira-kira pukul 12.30 tengah hari pagi pada 3 September 2015.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibacakan bersama Peraturan 16(3) dan boleh dihukum mengikut Peraturan 37, Peraturan-Peraturan sama.
Sabit kesalahan, boleh denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pertuduhan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Norhani Mohd. Adzhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE
Dulu ada lobai low class mengadu kat forum yang dia ada beli gadjet dekat Pasar Road yang didakwa boleh dapat rancangan Astro tapi gadjet itu tak berfungsi.......hahahahahaha
Yang bagusnya dia kata dia memilih untuk membeli gadjet pelesu itu bukan sebab dia tak mampu melanggan Astro tetapi sebab siaran Astro putuih putuih masa hujan! Kahkahkahkahkah
pengharaman penggunaan satelit dish di semenanjung Malaysia dilaksanakan oleh PM tersebut sebelum Astrok diwujudkan..supaya Astrok tak mungkin muflis..kaya raya...jadi biliana...pandai PM tersebut..bagi kawan2 dia kaya...
Nasib aku punya dah dismantle 5 years ago..
kalau astro boleh tala ke Measat jer.. kalau ada parabola antena and decoder sendiri boleh tala mana mana satelite yang within reach.
kat sabah sarawak tu banyak lagi orang pakai... tapi undang undang ni applicable kat semenanjung jer kot.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada lobai low class yang ada hati nak cuba membeli gadjet pelesu di Pasar Road untuk mendapatkan rancangan Astro percuma.......hahahaha
Maideen~Yang tak menahan tu bila gadjet pelesu tak dapat memberi rancangan Astro secara percuma. boleh komplen kat Forum....hahahahahaha