CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 11

[Tempatan] Lepas 18 tahun diharamkan (isu virus Nipah), Singapura terima babi hidup dari Ma

  [Copy link]
Post time 19-11-2017 05:28 PM | Show all posts |Read mode

Sekadar Hiasan. Bukan nama sebenar



SINGAPURA, 19 Nov — Buat pertama kalinya sejak 18 tahun lepas, Singapura semalam menerima penghantaran pertama babi hidup dari Malaysia, selepas sebuah ladang di Sarawak menjadi satu-satunya sumber yang diluluskan di negara ini untuk mengeksport babi hidup ke Republik ini, lapor Straits Times hari ini.

Tambahan itu menjadikan ia sumber kedua Singapura untuk babi hidup selepas Pulau Bulan di Indonesia, menurut laporan itu.

Laporan itu menambah import semua babi hidup dan daging babi mentah dari Malaysia telah diharamkan sejak 1999, ketika wabak virus Nipah yang dibawa oleh haiwan itu mengorbankan 100 penternak babi di Malaysia dan pekerja rumah penyembelihan di sini.

Memetik Pihak berkuasa Pertanian-Makanan dan Veterinar (AVA), laporan itu berkata apabila tiada laporan mengenai wabak virus Nipah yang baharu di Malaysia, penggantungan itu dikekalkan kerana daging babi mentah dari bahagian lain di negara itu tidak bebas daripada penyakit kaki dan mulut.

Produk daging babi diproses daripada pertubuhan yang diluluskan di Malaysia pula perlu dirawat haba untuk menyahaktifkan penyakit itu sebelum dibenarkan untuk diimport.

Penyakit itu tidak memberi kesan kepada keselamatan makanan tetapi import haiwan atau daging dari kawasan yang terlibat akan menjejaskan status Singapura yang bebas penyakit kaki dan mulut, serta mungkin memberi kesan kepada perdagangan eksport, kata AVA.



Sarawak diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia sebagai kawasan yang bebas penyakit kaki dan mulut pada 2010 dan AVA kemudian menilai program kesihatan awam haiwan dan veterinar di negara timur Malaysia itu serta meluluskan ia untuk mengeksport daging babi beku ke Singapura pada 2015.

Tahun ini, pertubuhan itu meluluskan sebuah ladang di sana untuk menghantar babi hidup ke Singapura.

“Pembelian daripada pelbagai sumber menyediakan penimbal penting terhadap kemungkinan gangguan bekalan makanan jangka pendek di luar negara daripada mana-mana sumber,” kata AVA.

Terdapat 24 negara pada masa ini yang mendapat akreditasi oleh AVA untuk mengeksport produk daging babi beku ke Singapura termasuk Australia, Austria dan Brazil. Kanada dan Amerika Syarikat adalah antara enam negara yang diakreditasi untuk mengeksport daging babi sejuk ke Singapura.

Singapura mengimport 116,700 tan daging babi tahun lepas yang mana Brazil, Indonesia dan Australia adalah tiga sumber utama.

Sementara itu, import babi hidup dari Indonesia menyumbang sebanyak 20,3000 tan pada tahun sama. — Bernama
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
baru petang td iols hampir eksiden laggor babi hutan
menonong je dia sekot srkor kan..geram.aje iols..naseb xde kete di belakang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
baru petang td iols hampir eksiden laggor babi hutan
menonong je dia sekot srkor kan..geram.aje iols..naseb xde kete di belakang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-11-2017 08:59 PM
baru petang td iols hampir eksiden laggor babi hutan
menonong je dia sekot srkor kan..geram.aje iol ...

Shernazz dok kat puncak alam ke?....

Kat sana byk babi sesat....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-11-2017 10:39 PM
Shernazz dok kat puncak alam ke?....

Kat sana byk babi sesat....

x..ni tadi balik kampung
lalu jalan lama kat kg gajah..
takajut okeh..besor plak.tu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-11-2017 10:39 PM
Shernazz dok kat puncak alam ke?....

Kat sana byk babi sesat....

x..ni tadi balik kampung
lalu jalan lama kat kg gajah..
takajut okeh..besor plak.tu..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-11-2017 10:45 PM
x..ni tadi balik kampung
lalu jalan lama kat kg gajah..
takajut okeh..besor plak.tu..haha

Ooo....kg gajah, tapi babi pulak yg kuar.....

Bertabah lah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah babi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 12:14 AM | Show all posts
Siapakah babi tersebut.....

tahniah lah.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-11-2017 10:47 PM
Ooo....kg gajah, tapi babi pulak yg kuar.....

Bertabah lah....

ya lor
haha
kalau gajah kuar..iols.undur balik kl.la...hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:34 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-11-2017 12:14 AM
Siapakah babi tersebut.....

tahniah lah.....

ketua pengeksport @dcruins
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:34 AM | Show all posts
good job babi!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.092161 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list