CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

[Mini Novel] DUA DIMENSI

  [Copy link]
 Author| Post time 20-11-2017 03:12 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-11-2017 03:14 PM

“Jes…” Nama itu di sebut perlahan.

“Hai Qi.”

Masih lunak, masih manja seperti waktu dulu. Anaqi kaku. Tidak tahu bagaimana patut dia bereaksi tatkala berhadapan dengan tetamu yang tak diundang itu. Kecewa, benci, sedih dan dalam masa yang sama, terselit rasa rindu di celah-celahan hati yang retak. Dia cuba menghela nafas tetapi dadanya terasa sesak.

“Eh, you nak buat apa dengan payung tu?” Soal Jeslina bersama ketawa kecil.

Kedengaran indah dan dalam masa yang sama, menyakitkan.

“Payung ni?” Anaqi tunduk memandang tangan. Baru dia sedar, payung itu masih erat dalam genggaman. Terasa bodoh pula. Terus, dia meletakkanya ke atas meja berdekatan. Perasaan berbelah bahagi, patutkah dia menghampiri Jeslina ataupun kekal di tempat dia berdiri. Atau barangkali, halau saja Jeslina keluar dari sini?

“It’s been a while, sayang…” Jeslina memecah sunyi.

Sayang? Anaqi mengangkat muka. Bagai tak percaya Jeslina menyebut 'sayang' setelah memutuskan hubungan kerana cinta beralih arah.

“Yeah, it’s been a while. 37 days, eight hours and…” Anaqi melihat jam tangan. “45 minutes more or less.”

“Qi…” Wajah Jeslina berubah. “Janganlah cakap macam tu.”

“Macam mana you boleh masuk?” Soal Anaqi.

“Masa I datang, Luq baru keluar. So I beritahu dia, I nak jumpa you.”

“Luqman…Luqman.” Anaqi geleng.

“Don’t blame him. Luq tak bagi I masuk tapi I yang degil.”

“Yup, you memang degil.”

Jeslina senyum. “Well, you know me.”

Anaqi geleng lagi. Sejenak, dia bergerak menghampiri Jeslina. Matanya tak lepas memerhatikan gadis itu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Rasanya, tiada apa yang berubah sejak kali terakhir mereka bertemu lebih sebulan yang lalu. Malah, wangian kegemaran Jeslina masih sama, menusuk perlahan ke hidung. Senyuman Jeslina mencairkan sedikit kemarahan yang terpendam.

Kerusi di tarik, lalu dia duduk berhadapan.

“You nak apa datang sini?” Anaqi menembak soalan setelah agak lama mendiamkan diri.

“Nak jumpa you.”

“For what?” Suara Anaqi meninggi.

Jeslina menarik nafas. “I’ve just heard about Adif. I…” Liurnya di telan. “I’m so sorry.” Sebak terbit dalam nada suaranya.

“You patut beritahu I awal-awal, Qi.”

“Buat apa nak beritahu you?”

“Adif is my friend too!” Hambur Jeslina. Mata bundarnya berkaca. “Dia kawan I. Kawan baik I. Lepas seminggu Adif meninggal, baru I dapat tahu. It breaks my heart, do you know that? Sampai hati you tak cakap apa-apa.”

Anaqi terdiam. Entah bagaimana, kenangan manis ketika bersama Jeslina dulu berputar kembali dalam minda. Dalam imbasan indah itu, tersisip pula imej Adif tatkala melepak bersama-sama. Bagai terdengar suara Adif memberitahu bahawa Jeslina dan dia adalah match made in heaven. Dan terngiang-ngiang pula bicara Adif memujuk dan memberi semangat tatkala Jeslina berubah hati dan meninggalkannya begitu saja.

Sekarang, Adif sudah tiada. Anaqi tertunduk menekan dada. Hulu hati terasa mencucuk pedih. Emosinya jadi tak menentu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2017 03:25 PM | Show all posts
Melihat Anaqi seperti dalam kesakitan, Jeslina di henyak bimbang. Lantas, dia menghampiri lalu memegang lembut bahu Anaqi.

“Qi, are you okay sayang? Nak jumpa doktor?”

Anaqi membuka mata. Pandangan bertaut. Perasaannya benar-benar terganggu.

“Please Jess, stop pretending.”

“Pretend apa?”

“Pretend…this. Pretend macam tak ada apa-apa pernah jadi pada kita. Pretend that you still care…”

“I do care about you. Kalau tak, I takkan datang sini.”

“Stop it.”

“Qi, come on. Kita masih kawan…kan?”

“Kawan?”

Jeslina mengangguk. Tak semena-mena, Anaqi bangun. Tubuh Jeslina ditolak kebelakang sehingga gadis itu tersandar di meja kaunter. Kedua-dua tangan Anaqi memaku bahu Jeslina, kuat. Nafasnya turun naik. Matanya dan mata Jeslina bertautan.

“Apa you nak buat pada I?” Suara Jeslina berbisik. Berpura-pura tenang walaupun cuak dengan perlakuan Anaqi.

“I tak tahu. Kalau apa-apa jadi sekalipun, salahkan diri you sendiri sebab datang sini.” Kecewa, dendam dan amarah lebih menguasai perasaannya Anaqi kala ini. Sukar untuk dia berfikiran waras. Kehadiran Jeslina langsung tidak membantu merawat pilu malah, menambah luka.

“Anaqi yang I kenal, bukan macam ni. Tapi, kalau apa yang you nak buat tu, akan puaskan hati you, then do it.”      

Keindahan wajah gadis itu ditatap semahu-mahunya. Kerinduan yang terpendam di lubuk hati terubat namun calar yang terguris, jauh lebih dalam. Andai dia melakukan sesuatu yang tidak wajar pada Jeslina, kelak dia juga yang bakal menerima padah. Kewarasan mulai berfungsi.  Beberapa saat kemudian, bahu Jeslina di lepaskan dan Anaqi berpaling menjauhi Jeslina.

“Baliklah Jes.” Lama membisu, Anaqi akhirnya bersuara.

“Balik? No. I tak sampai hati nak tinggalkan you sorang-sorang dalam keadaan macam ni.”

Anaqi ketawa tak semena-mena. Sukar untuk percaya kata-kata yang keluar dari bibir Jeslina tadi. Sungguh, dia tidak faham mengapa Jeslina perlu hadir di sini saat dia menghadapi masa-masa yang sukar. Keikhlasan Jeslina amat meragukan. Apakah Jeslina benar jujur, ataupun gadis itu punya niat sebaliknya?

“Qi, I tahu, I sakitkan hati you dulu. And I’m really…really sorry. Tapi, kita masih boleh berkawan...kan?" Bahu Anaqi di sentuh lembut.

"Let me be by your side, once again."

“Jess….” Anaqi menarik nafas sebelum menyambung kata. “Kau tahu tak? Hati aku sakit bila jumpa kau. Lagi teruk bila kau pura-pura macam tak ada apa-apa. Mungkin, kau boleh anggap aku kawan. Tapi, aku tak boleh. Lepas apa yang kau dah buat, aku tak mampu lagi nak terima kau walaupun sebagai kawan. Jadi, pergilah balik. Balik, dan jangan datang lagi. Leave me alone.”  

Tiada jawapan. Yang menampar cuping telinga hanyalah bunyi esakan kecil. Perasaan meruntun sayu tetapi Anaqi keraskan hati untuk tidak berpaling.

Seketika kemudian, kedengaran pula bunyi tapak kasut Jeslina, semakin lama semakin jauh dan terus lenyap.

Adif, sama macam kau…dia pun dah pergi…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 03:27 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 20-11-2017 03:07 PM
Nicki, dr td puas fikir siapa anaqi...

now dah ingat. Anak Maulana Iqbal dgn Rariru rupanya

Eh?

Iols tak ingat pulak nama anak Iqbal tu Anaqi. Bubuh Anaqi sebab nak bunyi 'An' kat depan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 03:45 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-11-2017 03:52 PM

BAB 3

TOMBOL pintu bilik Adif di pulas. Suis lampu dihidupkan. Liar matanya memerhatikan keseluruhan bilik tidur itu. Lebih kurang dua minggu Adif meninggal, ini adalah kali pertama dia menjengah. Kesukaran menerima pemergian Adif, membuatkan hati Anaqi berat untuk berada di sini.  

“Kau buat apa berdiri kat situ? Masuk ajelah.”


Tersentak. Suara Adif terlalu jelas di gegendang telinga. Anaqi sedar, bukan Adif yang berkata-kata tadi. Itu hanyalah secebis ingatan yang terluah dalam bentuk visual, membuatkan keadaan surreal itu umpama benar.

Lalu, dia masuk dan terus melabuh duduk di atas katil Adif. Selimut yang tak berlipat, di tolak ke tepi. Bilik Adif agak bersepah, senantiasa begitu. Menurut Adif - A messy room is a sign of creative genius. Teringat kata-kata Adif, Anaqi tersengih. Membongak!

Di atas meja tulis, penuh dengan pelbagai jenis buku yang sering Adif gunakan ketika mencari rujukan untuk material penulisan. Pakaian Adif masih ada yang belum dicuci, terperuk dalam bakul laundry.

Nak start kat mana?

Anaqi berfikir sendiri. Perasaan berperang. Dia masih lagi sukar menerima kematian kembar. Sehingga untuk masuk ke dalam bilik Adif ini pun, di paksa diri berulang kali. Meskipun begitu, Anaqi sedar. Menangis air mata darah sekalipun, Adif tak mungkin hidup kembali. Untuk mereka yang tidak pernah mengalami, mungkin menganggap dia berlebih-lebihan menerima ujian dari Tuhan. Tidak, bukan begitu. Hanya mereka yang memahami saja mengetahui, betapa sukar kehilangan saudara kembar.

Dan dia, berada dalam fasa untuk menerima kenyataan.

Mama suruh dia mengemas barang-barang Adif. Ambil apa yang mahu dan dermakan apa yang tidak perlu. Barangkali, dengan cara ini kesedihannya dapat dikurangkan. Di samping itu, secara tak langsung dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik. Dapat juga pahala amal jariah.

Anaqi bangun, menuju ke almari di sudut kiri, berhadapan dengan katil. Sejurus, pintunya dibuka. Tangannya menyelak helaian baju yang tergantung dan juga, terlipat elok di bahagian bawah. Baju-baju Adif banyak, kesemuanya berwarna senada. Biru, hitam, kelabu dan putih. Citarasa Adif – ringkas, praktikal dan mudah. Sebab itu Adif sukakan warna-warna asas.

Matanya sudah aim pakaian yang dia berkenan. Selebihnya, akan di beri kepada mereka yang memerlukan. Pintu almari di tutup setelah keputusan dimuktamad.

Anaqi bergerak, menuju pula ke arah meja tulis. Buku-buku milik Adif menimbun atas meja dan yang selebihnya, masih tersusun elok di rak buku yang terletak bersebelahan. Jarinya membelek-belek beberapa buah. Ada yang Bahasa Inggeris, ada yang Bahasa Melayu. Terdapat juga kamus-kamus terjemahan dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin. Banyak juga. Anaqi terfikir-fikir, kepada siapa harus buku-buku ini diberi.

‘Pa’an.’ Nama itu terbit di minda. Mungkin, Pa’an dapat membantunya dalam soal ini. Tapi, sebelum itu, dia juga harus membantu Pa’an mencari manuskrip Adif seperti yang Pa’an minta.

Buku-buku yang berterabur, di susun kemas ke dalam rak. Yang tinggal atas meja, hanyalah Laptop biru dan sebuah buku nota. Anaqi menarik kerusi dan terus melabuh duduk. Anaqi menghidupkan laptop biru. Kata laluan dimasukkan dengan sekali taipan. Adif agak mudah dijangka. Jadi, tidaklah sukar untuk Anaqi meneka kata laluannya. Skrin laptop kini di hiasi gambar Son Goku - watak kartun yang paling Adif gemari.

Blur pulak. Apa tajuk novel terbaru Adif?

Anaqi mengeluarkan telefon pintar dari poket jeans. Jari menyusur permukaan skrin dengan pantas, mencari-cari nombor telefon Pa’an di aplikasi whatsapp. Status Pa’an – Online.

-Bro. Apa tajuk novel baru Adif?

Sambil menanti jawapan Pa’an, jari terus mengetik-ngetik tetikus tanpa arah tujuan. Beberapa folder di tekan, mencari sebarang petunjuk jika ada.

Last seen today at 10.46pm. Status terbaru Pa’an. Anaqi merengus kasar setelah memeriksa telefon pintarnya. Pandangan kembali ke skrin. Cari dan cari lagi. Walaupun Anaqi terasa yang dia membuang masa.

“Yang ini kut?” Satu folder yang diberi tajuk PHANTASMARGORIA menarik perhatian. Entah apa pula maksudnya. Agak susah nak disebut sehingga berkerut kening Anaqi. Tapi, nalurinya mengatakan, itu adalah apa yang di cari. Jari terus mengetik tetikus, membuka folder.

Skrin laptop bertukar warna. Hitam semuanya.

“Ah, sudah.” Anaqi sedikit panik, bercampur menyesal. Dah kenapa tiba-tiba rosak?

Beberapa saat kemudian, satu tulisan berwarna merah muncul perlahan-lahan.

Sila tekan pautan ini


“Apa ni?” Kerut di kening bertambah baris. Berkali-kali dia menekan tetikus namun skrin dan tulisan itu masih terpapar. "Jam pulak laptop ni."

Akhirnya, Anaqi memutuskan untuk menutup saja laptop itu. Entah-entah, terkena virus.  Butang Ctrl dan Alt ditekan saing sebelum menekan butang Delete. Paparan legam terus hilang. Son Goku tersenyum memandang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 03:48 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-11-2017 03:27 PM
Eh?

Iols tak ingat pulak nama anak Iqbal tu Anaqi. Bubuh Anaqi sebab nak bunyi 'An' kat depa ...

eh, idok lerrr.. anak zahiril adzim dgn sheera lorr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 03:54 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-11-2017 03:56 PM

10 saat kemudian, skrin komputer kembali hitam.

Sila tekan pautan ini


Keluar tulisan yang sama. Anaqi terkebil-kebil. Butang Ctrl, Alt dan Delete ditekan sekali lagi.

Sila tekan pautan ini

Paparan hitam bertulisan merah itu muncul lagi.

Ctrl, Alt, Delete. Pantas jari bekerja.

Sila tekan pautan ini

“Jahanam betul…” Berkali-kali butang ditekan, berkali-kali juga tulisan berwarna merah itu muncul.

Sila tekan pautan ini

Sila tekan pautan ini

Sila tekan pautan ini

Tolonglah tekan pautan ni...


“Okey…okey. Aku tekan!” Rasa agak sewel kerana melayan tulisan itu yang langsung tidak berputus asa, muncul berkali-kali tanpa diundang. Bertambah sewel lagi, kerana dia merasakan tulisan itu gigih memujuk.

Pautan itu ditekan. Tiga saat, skrin laptop bergelap sebelum terbit pula ayat baru.

Selamat pulang ke Amariya


Anaqi terpinga-pinga. Seiring dengan ayat itu, cahaya putih muncul perlahan-lahan, semakin lama semakin terang dan menyilaukan. Matanya mulai mengecil dan terus tertutup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2017 03:58 PM | Show all posts
DENGKINGAN batuk yang kuat menerjah telinganya. Anaqi membuka mata. Sedikit panik apabila merasakan dia berada dalam bilik yang gelap, kecil dan sempit. Tangannya mulai meraba-raba sehinggalah dia tersentuh sesuatu yang bulat. Terus, diputarkan.

Kluk. Objek bulat itu berbunyi kecil.

“Pintu?”

Di tolak perlahan daun pintu itu. Terus dia melangkah keluar.

“Eh…”

Kakinya pegun. Malah, seluruh badannya menjadi kaku.  Keganjilan suasana yang gelap dan suram itu mengundang gerun. Anaqi mengangkat dua tangan sehingga paras mata. Tangannya berwarna kelabu. Anaqi memandang ke depan. Benarlah, matanya tidak menipu. Dunia yang dia nampak kini hanyalah berwarna hitam, putih dan kelabu. Seperti gambar dahulu-kala. Lalu, Anaqi berpaling ke belakang dan masuk kembali ke dalam almari kecil. Di raba-rabanya seluruh bahagian, mencari jika ada jalan untuk dia pulang semula ke dunia asal.

Malangnya, tiada. Tidak ada pintu atau lubang yang membolehkan dia melarikan diri.

Dengkingan batuk yang kuat kedengaran lagi, bersambung dengan erangan. Anaqi membatukan diri. Bunyi itu sepertinya seekor binatang liar yang sedang dalam kesakitan. Rasa ingin tahu mulai membuak-buak. Tidak dipedulikan akalnya yang menyuruh dia kekal setempat. Rasa seram diredakan dengan tarikan nafas beberapa kali. Almari kecil ditinggalkan, menjejaki bunyi yang dia dengar tadi.

Anaqi melewati lorong kecil dihadapan. Agak sukar dia berjalan dalam suasana kelam dan suram sebegitu. Tangannya menyentuh bahagian kiri dan kanan. Terasa seperti memegang besi.

“Penjara…” Anaqi mengagak sendiri.

Batuk dan erangan semakin jelas. Bersambung-sambung. Anaqi memasang telinga. Dalam erangan itu, bercampur dengan bunyi tangisan. Pilu dan sayu. Anaqi melangkah pantas sehingga menghampiri hujung lorong.

Terpempan. Kaki terhenti apabila melihat kelibat seseorang sedang berdiri kaku sambil berpeluk tubuh. Melalui susuk badannya yang tegap dan sasa, Anaqi yakin yang berdiri itu adalah seorang lelaki. Pandangan lelaki itu hanya kekal pada satu arah.

Anaqi memberanikan diri untuk menghampiri. Terfikir-fikir sama ada patut atau tidak dia menyapa. Bergerak-gerak bibirnya tetapi, tiada satu perkataan pun yang keluar. Lelaki itu diperhati walau dihambat cuak. Dalam kekaburan, wajah tampan milik lelaki itu masih dapat dilihat.

Aneh. Walaupun pisah jarak hanya dua langkah, lelaki itu bagai tidak menyedari kehadirannya. Anaqi membuka mulut sekali lagi untuk menegur tetapi niatnya mati apabila satu suara bergema.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 04:02 PM | Show all posts
“Bunuh aku sekarang, Amsyar.”

Suara dari dalam penjara itu kedengaran garau dan dalam.

“Tidak, Zulkhan.”

Pendek jawapan yang diberi oleh lelaki yang dipanggil Amsyar.

“Arrggghhh….” Jeritan keras itu bercampur dengan batuk yang panjang.

“Aku tak sanggup terus hidup dalam keadaan seksa begini. Mengertikah kau, Amsyar?”

Amsyar tidak menyahut.

“Tak tertanggung rasanya sakit ini.” Zulkhan merintih, bersilih ganti dengan bunyi erangan.  

“Bunuhlah aku.” Rayu Zulkhan.

“Tak mungkin aku sanggup membunuh saudaraku sendiri.”

“Hahahahahaha. Hahahahahaha.” Tiba-tiba saja, ketawa Zulkhan terhambur.

“Aku tahu. Kau sebenarnya takut padaku, Amsyar. Kau takut, aku akan menuntut takhta Amariya, bukan?!”

Amsyar mengeluh. Sikap Zulkhan berubah, dan ini bukan kali pertama. Jika tadi, Zulkhan masih boleh berbicara waras, kini dia bersikap angkuh. Penyakit misteri yang dihidapi Zulkhan membuatkan saudaranya itu sukar berfikir dengan betul.

Iya, Zulkhan sakit. Dan kerana Zulkhan juga, kegemparan telah berlaku di kota. Buat kali pertama, Amiraz - kota utama di Amariya itu bermandi darah dek amukan Zulkhan. Ramai penduduk telah tercedera dan ada yang terbunuh akibat kegilaan itu.

Mujur Zulkhan dapat dibendung. Amsyar sendiri yang menundukkan Zulkhan dengan kudratnya. Bimbang sesuatu yang lebih buruk akan terjadi, maka terpaksalah dia mengurung Zulkhan di sini walau hatinya tidak sanggup untuk melakukannya.

Tangan yang bersilang di dada kini diturunkan. Jeriji besi yang menjadi penghadang antara dia dan Zukhan dihampiri.

“Kau sedang sakit.”

Zulkhan batuk berdengking.

“Bukan niatku mahu mengurung kau di sini. Tapi keadaan kau tidak mengizinkan dirimu bersama-sama dengan kami. Apatah lagi, untuk memerintah Amariya dengan saksama.”

Zulkhan merenung tajam.

“Kau pembelot! Kau dengan sewenang-wenangnya merampas Amariya dari aku. Apa yang membuatkan kau terfikir, bahawa kau layak memerintah Amariya?!”

Amsyar merasakan, Zulkhan telah melampaui batas namun dia kekal diam. Tiada gunanya cuba menjelaskan apa-apa kala ini. Saudaranya itu tidak dapat berfikir dengan waras. Fikiran Zulkhan bagai dirasuk.  

“Ingat kata-kata ini. Amariya milik aku. Jangan sekali-kali kau berani menafikan hak. Jika aku mati, keturunanku akan kembali menuntut. Dia…akan kembali menuntut!” Kata-kata Zulkhan diakhiri dengan gema tawa. Sikap Zulkhan berubah ikut kepala anginnya.

“Tiada sesiapa yang merampas Amariya darimu, Zulkhan. Aku hanya menjalankan tanggungjawabku. Andai satu masa, kau kembali pulih, aku akan kembalikan takhta Amariya kepadamu.”

Zulkhan ketawa, sinis kedengarannya. Tetapi, ketawanya tidak lama. Berganti dengan tangisan sayu. Berselang-seli dengan batuk yang kuat.

“Usah berdusta, Amsyar. Kau sendiri tahu, dengan semua perbuatan yang telah aku lakukan, tidak mungkin aku dapat memerintah Amariya lagi. Seluruh rakyat Amariya mahukan pembelaan. Mereka membenciku. Mahukan aku dibunuh. Apa kata kau serahkan aku kepada mereka? Biarkan mereka saja yang jatuhkan hukuman.”

“Kau sakit, Zulkhan. Fikiran dan akalmu tidak dapat dikawal. Ini bukanlah dirimu yang sebenar.”

“Siapa aku yang sebenar?” Soal Zulkhan.

“Kau adalah Raja Zulkhan. Waris keturunan Raja Aryan, pemerintah agung Amariya. Ayahanda telah mempertanggungjawabkan Amariya kepadamu. Semenjak itu, kau telah memerintah Amariya dengan adil dan saksama. Seluruh rakyat amat sayang padamu.”

“Sehinggalah aku jatuh sakit.” Zulkhan memintas kata-kata adindanya. “Mereka mahukan keadilan, Amsyar.”

Amsyar jeda.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2017 04:06 PM | Show all posts
“Bunuh aku Amsyar. Tiada guna lagi aku hidup begini.” Rayu Zulkhan buat kesekian kali.

“Aku akan sedaya-upaya mencari penawarnya. Aku mohon, kau bersabar dan bertahan.”

“Penawar? Hahahahhaa.” Zulkhan meludah. “Penawar apa? Tiada penawar dalam dunia ini yang mampu merawat penyakitku.”

“Setiap penyakit dalam dunia, ada penawarnya, Zulkhan. Melainkan…mati.”

“Aku mahu mati.”

“Tidak. Aku tidak akan berputus asa. Kau pasti akan sembuh.”

“Aku mahu mati, Amsyar! Aku sudah tidak sanggup lagi. Setiap kali rasa ini datang, bisanya menjalar ke setiap urat saraf. Sakitnya tak dapat ku tanggung lagi. Aku rayu padamu, Amsyar. Tolonglah. Bunuh saja aku. Hentikan seksaan ini.”

“Kita bersaudara. Masakan aku sanggup membunuhmu…”

“Lakukan saja! Tikam dadaku ini dengan Pedang Ariese kepunyaanmu.”

“Maaf Zulkhan, aku tak sanggup.”

“Bunuh aku!”

“Aku mahu kau tabah. Aku akan mencari penawarnya.”

“Aku tidak mahukan penawar. Aku mahu mati. Mati!”

“Kau tak boleh mengalah, Zulkhan!”

“Ini kemahuanku, Amsyar. Sebagai pemerintah Amariya, aku perintahkan kau jatuhkan hukuman mati ini secepat mungkin.”

“Zulkhan…”

“Bunuh aku!”

Dan kemudian, Zulkhan menggumam-gumam tanpa dapat diketahui biji butir bicaranya.

Amsyar mengeluh dan menggeleng. Zulkhan terus tenggelam ke dalam dunianya yang tersendiri. Misteri penyakit Zulkhan masih belum dapat dirungkai. Penawar penyakit Zulkhan masih belum dijumpai. Menurut tabib, penyakit Zulkhan tiada ubatnya. Tapi, pada Amsyar, penawarnya pasti ada. Cuma belum ditemui lagi. Amsyar akui, dia buntu namun belum berputus harap.

Amsyar mengangkat kepala. Zulkhan kekal begitu.

“Aku pergi dulu. Esok, aku akan datang lagi.” Amsyar mohon diri setelah merasakan tiada apa lagi yang boleh dilakukan buat masa ini.

Belum sempat dia melangkah, bergema namanya dilaung.

“Amsyar!”

Amsyar kaku, mematikan niat untuk meninggalkan tempat itu.

“Aku tak mungkin dapat bertahan. Andai nyawaku diambil Sang Pencipta, aku mohon, kau peliharalah puteriku. Sayangi dan kasihi dia sebagaimana kau mengasihi anakmu sendiri. Katakan padanya, aku tidak pernah berniat untuk meninggalkannya. Aku tidak berniat menjadikan dia, yatim piatu. Berjanjilah padaku.”

“Aku berjanji.” Sahut Amsyar.

“Terima kasih.”

Bicara mereka mati.

“Bertahanlah saudaraku.” Amsyar berbisik sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 04:11 PM | Show all posts
Anaqi hanya memerhatikan saja lelaki yang dipanggil Amsyar itu berlalu pergi. Kehadirannya langsung tidak disedari oleh Amsyar waima jarak antara mereka kala itu hanya beberapa tapak. Setelah kelibat Amsyar hilang, Anaqi menghampiri pula kotak berjerisi besi yang menempatkan lelaki yang dipanggil Zulkhan.

Dalam kesamaran, dia sedaya-upaya dia memusatkan pandangan kepada Zulkhan yang berterusan merintih. Lelaki itu sepertinya dalam penderitaan yang terlalu.

Tangan Anaqi menyentuh jeriji besi. Matanya dikunci pada Zulkhan, raja agung yang sedang diasak derita. Lelaki itu terperosok di sudut hujung. Tangan dan kakinya terpasung dengan rantai besi, kiri dan kanan. Zulkhan duduk dengan kepala terpunduk.

Anaqi hanya memandang perilaku lelaki itu.

Secara tiba-tiba, Zulkhan mengangkat kepala, tegak. Sorotan matanya yang tajam ditala tepat ke hadapan. Serentak dengan itu juga, Anaqi rasa meremang di seluruh badan. Pandangan tajam Zulkhan seolah-olah menembusi dirinya.  Menggeletar tubuh lalu dia terundur, setapak demi setapak.

BUK.

Anaqi merasakan tubuhnya terhempas ke tanah. Pandangannya terus gelap. Bunyi nyaring dan berdesing menyapa telinga. Semakin lama semakin kuat.

Tidak tahu berapa lama dia terbaring. Hanya setelah debar di dadanya betul-betul hilang, barulah mata dibuka semula. Bunyi berdesing turut lenyap. Terasa berpinar tatkala melihat benda berpusing di atasnya. Hampir seminit dia mengambil masa untuk meneka apakah benda itu.

Kipas.

Anaqi memandang ke kiri dan kanan dengan tangan teraba-raba. Penglihatannya semakin jelas kini. Dan mujurlah, semuanya kembali berwarna. Bukan hitam, putih dan kelabu. Anaqi menarik nafas lega. Dia bangkit dari pembaringan. Terus dia memandang ke arah skrin laptop. Son Goku tetap kekal tersenyum.

What the hell is that?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 05:53 PM | Show all posts
Oh qi tercampak ke amariya, betul2 di penjara.
Menarik.
Anyway, jeslina hashim tu muncul di cafe tu macam hantu
Mula2 baca tadi, ingat hantu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 09:12 AM | Show all posts

yuhuuuu...

haluuu...haluuu.....


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 09:13 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-11-2017 11:06 AM
BAB 1

KETUKAN kuat di pintu pejabat mengejutkan Anaqi. Segera dia mengalihkan pandangan, dari skr ...


Hi nicki....lama uols termendap...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 09:59 AM | Show all posts
UsuFie replied at 21-11-2017 09:12 AM
yuhuuuu...

haluuu...haluuu.....

long time no hear. muahciked

meh ler memeriahkan semula bod yg kian sendu nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:13 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 21-11-2017 09:59 AM
long time no hear. muahciked

meh ler memeriahkan semula bod yg kian sendu nih {:1_152 ...


nenanti usu masuk sini menyemak yer..
skrg takleh..sb hati berdebar2 tgu pc fattzura..eh...ehh...


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 10:28 AM | Show all posts
Edited by ladyFinger12 at 21-11-2017 10:49 AM
UsuFie replied at 21-11-2017 10:13 AM
nenanti usu masuk sini menyemak yer..
skrg takleh..sb hati berdebar2 tgu pc fattzura..eh...ehh. ...

amboi! org tu dok berseronok, usu lak berdebar ya?

Join aje lah usu, bg komen ke next pun boleh

tuan tanah mano tah poie

ok tt, iols nak hadamkan dulu bab 3. Nanti komen eh


ps: dah baca.
komen lady: sekejap sgt qi berada di dunia amariya mcm tak puas. Mkin next plot lebih lama supaya tak rasa mcm ni.... alaa! br nak feel dah tercampak balik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 09:56 AM | Show all posts
haiiiii... meow kembali ..........
i am waiting......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 10:40 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 23-11-2017 09:56 AM
haiiiii... meow kembali ..........
i am waiting......

Hai Nay

Seriau pulak rasa tetiba bila Mod datang mencemar duli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 10:44 AM | Show all posts
UsuFie replied at 21-11-2017 09:13 AM
Hi nicki....lama uols termendap...

Hi Usu.

Ha... iols termendap kat Lautan Andaman

@ladyFinger12 Kena 'introduce' Amariya slow-slow. Sekarang ni kita main cak-cak dulu. huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2017 10:47 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 23-11-2017 08:55 PM

BAB 4

CAHAYA putih itu lenyap.

Dalam kepayahan, Andra sedaya-upaya cuba untuk bangun. Sekali, dua kali dan akhirnya, dia rebah kembali. Matanya masih kabur akibat disimbah silau cahaya terang sebentar tadi. Lalu, dia terpaksa menggunakan pancaindera lainnya untuk mengenal pasti di mana dia berada. Tangannya meraba-raba ke sekeliling. Sentuhan itu terkena sesuatu yang lembut melata, sedikit basah.   

Rumput. Dan mungkin juga daun-daun yang gugur.

Bayu yang bertiup lembut menampar wajah, membawa bersama aroma semulajadi, lagi menyegarkan, menusuk ke hidung. Namun itu, belum mampu memberi ketenangan. Keberadaannya masih lagi sesuatu yang misteri. Malah, apa yang terjadi padanya tadi, masih tidak dapat difahami. Seperti sebelumnya, dia di bawa ke satu tempat yang pelik lagi asing.

Desing di telinga beransur-ansur hilang. Berganti pula dengan bunyi-bunyian aneh seperti geseran dan dentingan besi. Seiring dengan itu, suara-suara penuh semangat bergema mewarnai suasana. Terlalu gerun untuk bergerak, Andra kekal ditempatnya sambil terus memasang telinga.



ARANIA merenung jauh ke depan dengan kepalanya ditegakkan. Nafasnya ditarik dan dilepaskan secara teratur beberapa kali. Setelah itu, dia merapatkan kedua tapak tangannya lalu membuat kisaran. Dengan kemas dia, membuka satu langkah kehadapan lalu mula berpencak tari silat. Gemalai gerakannya namun kemas dan tangkas.

Semakin lama, gerakannya semakin pantas. Terakhir sekali, Arania membuat loncatan dan berbalik kuang di udara, sebelum mendarat teguh kembali ke bumi. Nafasnya yang kencang dek kerana melakukan pencak silat tadi diatur semula agar kembali tenang.

Tajam telinganya menangkap bunyi gemersik angin. Matanya bundarnya membulat.

ZUP!

Pantas Arania melompat dan mengelak. Anak panah itu hanya mampu tercacak di di atas tanah, sedikit pun tidak menyentuh tubuhnya. Arania tersenyum sinis.

“Itu saja yang kau mampu?” Teriaknya.

Dua lagi anak panah menjunam ke arahnya. Arania lebih bersedia kali ini. Sekali lagi, dia melakukan lompatan untuk mengelakkan anak panah itu.

Tatkala mendarat ke tanah, matanya segera menjeling ke arah pedangnya, yang terletak 10 langkah dari dari tempatnya berdiri sekarang. Tidak berkira-kira, Arania langsung berlari ke arah pedangnya.

ZUP!

Satu lagi anak panah dilancarkan. Arania bergolek ke tepi untuk mengelak lalu mencapai pedangnya. Pantas, dia bangkit kembali dan bersiap-siaga, menantikan penyerangnya itu keluar mempamerkan diri.

Satu serangan dilancarkan padanya dari arah belakang. Arania menunduk dan melutut, menahan serangan dengan pedangnya yang masih bersarung. Dia bergolek ke depan dan kini, dia dan penyerangnya saling berhadapan. Arania tersenyum sinis lagi.

Arania merenung penyerangnya yang juga dalam keadaan bersiap sedia. Mereka berpusing-pusing dalam satu bulatan, menantikan peluang untuk melakukan serangan. Penyerangnya hanya bersenjatakan busur tapi Arania tahu, lawannya tidak boleh dipandang rendah. Busur itu juga bukan busur biasa yang diperbuat dari kayu. Ianya busur yang diperbuat dari campuran besi tembaga. Keampuhannya bukan calang-calang.

“Adakah kau yakin, mampu mengalahkan aku hanya dengan menggunakan busur?” Arania sengaja mencabar.

“Mengapa tidak?"

Penyerangnya berlari maju ke depan, sekali lagi melakukan serangan.Arania mengelak lalu menendang tepat ke arah dada penyerangnya. Tapi, langsung tak terkesan. Dengan mudah saja penyerangnya bangkit kembali. Beberapa kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya sama tangkas, sama handal.

Kali ini, Arania meluru untuk melakukan serangan. Pedang yang masih tersarung di hayun kiri dan kanan. Sikit pun tidak mengena sasaran. Satu lagi hentakkan cuba dilakukan namun sempat dihadang dengan busur. Satu tendangan dihalakan padanya. Arania segera menangkap namun si penyerang melompat membuat balik kuang, menjauhi Arania.

Sekali lagi, mereka berdiri saling berhadapan, bersiap-siaga. Masing-masing mencuri masa untuk mengatur nafas agar kembali tenang seperti sediakala.

Kemudian, terukir senyuman dibibir masing-masing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.094576 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list