CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 3

[Jenayah] bukan babi dan arak: baju superman dan acik bertudung bonggol unta terlepas huku

  [Copy link]
Post time 22-11-2017 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by memeque12 at 22-11-2017 08:59 AM



BEKAS pemandu kereta sewa di Langkawi dan teman wanitanya terlepas hukuman mati kerana kesalahan mengedar dadah apabila ditawarkan pertuduhan pilihan dan mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, hari ini.

Mengikut pertuduhan asal, Mohd Faizal Saidin, 32, dan Nor Lyly Suriyanti Ariffin, 21, dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu dengan niat bersama mengedar 22.1 gram heroin di sebuah rumah tidak bernombor di Lot 1855, Kampung Kuala Temoyong, Mukim Kedawang, Langkawi pada 11 Oktober 2015, kira-kira jam 1.15 pagi.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan membuat representasi kepada pejabat peguam negara berhubung kes itu melalui peguam Ali Munawar Razak dan ia diterima.

Hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Syazuani Syed Hussein mengemukakan pertuduhan pilihan iaitu daripada mengedar kepada memiliki dadah berkenaan mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut 39A (2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd Faizal dan Nor Lyly Surianti juga mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan iaitu memiliki methamphetamie seberat 37.55 gram dan heroin 0.25 gram, masing-masing di tempat, masa dan pada tarikh sama.

Mengikut fakta kes, pada tarikh dan masa kejadian Inspektor Shaharuddin Shah Abd Rahman bersama sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pergi ke rumah tempat kejadian dan terpaksa memecahkan pintu kerana berkunci dari dalam.

Polis menemui kedua-dua tertuduh di dalam rumah dan pemeriksaan lanjut mengesan satu straw berisi heroin di atas meja di ruang tamu, satu plastik lutsinar berisi heroin di dalam plastik hitam di atas lantai bilik tidur serta sampul surat mengandungi dua paket plastik lutsinar berisi methamphetamine.

Terdahulu, Ali Munawar memohon hukuman paling ringan terhadap kedua-dua anak guamnya yang terus mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan dan dua lagi pertuduhan.

"Tertuduh pertama, Mohd Faizal sebelum ditangkap adalah pemandu kereta sewa di Jeti Kuah, Langkawi dan mempunyai lima anak berusia lima hingga 14 tahun yang masih bersekolah. Dia kini bercerai dengan isteri selepas ditangkap untuk kes ini.

"Nor Lyly Surianti berusia 19 tahun ketika kejadian dan membantu ibunya di restoran. Dia terjebak najis dadah selepas ibu bapa bercerai dan bersekolah setakat tingkatan lima.

"Saya percaya kedua-duanya sudah insaf sejak ditahan pada 11 Oktober 2015 hingga kini dan memohon diberikan peluang kedua," katanya.

Peguam juga memberitahu Nor Lyly Surianti mengikuti kursus pastri di penjara dan bakal menerima sijil tidak lama lagi, manakala Mohd Faizal mendalami ajaran Islam.

Sharifah Syazuani pula berhujah supaya hukuman berat dikenakan kepada kedua-dua tertuduh, sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi kesalahan sama, kelak.

Hakim Chan Jit Li bagaimanapun menangguhkan keputusan hukuman pada 28 November ini bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh kedua yang juga pesalah muda.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 8:38 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2017 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniyaaaaaah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 08:24 AM | Show all posts
moga insap kerna diberi peluang untok teruskan kehidopan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2017 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay...jgn nakal lg tau!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052066 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list