CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2685|Reply: 5

EDISI THE PATRIOTS: Analisis Strategi Portugis Menakluk Melaka

[Copy link]
Post time 25-11-2017 01:41 AM | Show all posts |Read mode
Analisis Strategi Portugis Menakluk Melaka

Oleh Nizam GTZ, THE PATRIOTS




1. Selepas menjarah Ormuz, Afonso de Albuquerque mendapatkan banyak senjata api dan meriam sebagai ufti daripada Kerajaan Hormuz.

2. Berusaha menakluk Goa dan memecahkan perpaduan di Lautan Hindia, seterusnya bersekutu dengan Vijayanagar, Malabar dan Gujarat (hipotesis saya) selepas Perang Diu dengan Mamluk dan Kesultanan / Kerajaan2 di India.

3. Mengetahui strategi pertahanan Melaka yang dipenuhi dengan meriam dan lela, di sepanjang kubu pertahanan Melaka. diberitakan sebanyak 2000-3000 artileri yang wujud di situ.

4. Namun, persenjataan dan pertahanan Melaka dikuasai oleh 20,000 tentera upahan daripada Jawa, Gujarat dan sebagainya.

5. Berusaha menyogok tentera-tentera upahan untuk meninggalkan pos kawalan masing-masing. Taktiknya berjaya apabila tentera-tentera upahan di bawah Utimurtiraja tidak berusaha bersungguh-sungguh, malahan membantu Portugis memenangi Kota dan pasar Melaka

6. Memperolehi kemenangan moral dengan menggelarkan diri sebagai ‘raja bagi semua nagivasi’. Moral pasukan Portugis lebih memuncak apabila berjaya memaksa Sultan membebaskan tahanan-tahanan portugis dalam perang pertama 1509 dan tetap bertindak membakar kapal2 dagang dan 4 buah bangunan perdagangan di tepi pantai Melaka

7. Mendaratkan tentera di tepi jambatan dan berusaha menakluki jambatan. Hanya segelintir tentera anak jati yang berperang menggunakan istinggar, pemuras, keris dan anak panah beracun. Namun, Portugis berjaya menguasai jambatan dan berentap dengan Sultan Ahmad sendiri serta gajahnya di atas jambatan. Gambaran jambatan kayu adalah amat tidak tepat apabila gajah pun boleh berdiri di atas jambatan.

8. Berusaha meletupkan jambatan Sungai Melaka dan memutuskan hubungan antara Kota Melaka (Istana) dan Pasar Melaka. Hubungan antara keduanya terputus.

9. Tentera Portugis berundur semasa matahari jatuh kerana terlalu ampuh pasukan anak jati Melaka bertahan di dalam Kota. Malamnya, tentera-tentera anak jati berhimpun di halaman istana untuk memperdengarkan bacaan Hikayat Ali Hanafiah untuk menaikkan moral pasukannya. Dalam Sejarah melayu, yang terlibat seperti Tun Sura Negara, Tun Indera Segara, Hang Setia, Tun Salleh dan Bendahara Paduka Tuan Lubuk Batu (Bendahara Tepok) yang ada. Nama-nama besar lain seperti Hang Nadim, Hang Isap, Seri Bija Negara tiada disebutkan. Mungkin mereka berada di luar perairan Melaka dalam misi yang berbeza.

10. Sementara semua anak jati berhimpun di halaman istana, tentera-tentera upahan tidak menjalankan tugas. Portugis berjaya melepasi pintu utama Sungai Melaka (Jambatan sebagai pintu, walaupun terputus dua, ia masih tidak dapat dilepasi oleh kapal besar atau galeon perang portugis) dengan menaiki Jong besar Pedagang Cina yang berkomplot dengan pihak Portugis. Naina Chatu sebagai ketua pedagang yang menggantikan Syahbandar Datuk Mendeliar (yang mati dihukum kerana memfitnah Bendahara Seri Maharaja) membuka pintu Kota Sungai Melaka yang membolehkan jong besar itu masuk dengan senyap tanpa dikesan oleh tentera melayu. Jong Cina itu dipenuhkan dengan membawa semua soldadu, meriam dan segala artileri serta beg pasir sebagai kubu sementara Portugis, berkubu di dalam Kota Melaka.

11. Ketumbukan lasykar melayu Melaka terkejut apabila meriam diletupkan dan istinggar ditembak ke seluruh arah Kota dari kubu beg pasir itu pada keesokan paginya. Kesemua tentera upahan telah menghilangkan diri. Tentera melayu Melaka yang terkejut itu tergesa-gesa mengatur serangan balas dan Sultan Ahmad sendiri menaiki gajah terbaik (Jurudemang) dengan Seri Udani dan Tun Ali Hati di belakang gajah menyerang balas, sehingga terkepung pula baginda dek askar Portugis. Lembing Portugis terkena Sultan Ahmad menyebabkan rakyat Melaka lebih dahsyat mengamuk segala ketumbukan Portugis. Fernao Gomes de Lemos berjaya menikam mata gajah dengan lembingnya menyebabkan gajah itu menguak kesakitan. Askar portugis lain melembing punggung gajah dan satu lagi tombak terkena tepat ke Seri Udani, menyebabkan gajah itu jatuh dan Raja Ahmad sendiri jatuh tercampak dari gajah itu. Seri Udani cedera parah, namun berjaya diselamatkan dari maut.

12. Portugis mengundurkan tenteranya dengan jong cina itu ke tengah laut dan berehat selama seminggu. Namun, tiada langsung kapal perang Melaka yang menyerang mereka di tengah lautan? Ini sangat memusykilkan. Dalam tempoh seminggu, banyak pedagang-pedagang yang meminta perlindungan Portugis dan membantu Portugis. Sementara Albuquerque menunggu Melaka menyerah kalah, namun tiada sebarang penyerahan dari pihak Melaka.

13. Pada 24 Ogos 1511, Portugis menyerang kembali Kota Melaka, tetapi didapati Sultan telah berundur. Mereka menjarah Kota Melaka dengan mengecualikan pedagang-pedagang yang memihak kepada mereka. Naina Chatu dilantik sebagai Walikota Melaka atau Syahbandar, sementara Utimurtiraja dihukum bunuh selepas dia dikatakan menjadi agen bermuka dua. Tentera-tentera uoahan mungkin dilantik semula menjaga kota Melaka (kecuali tentera jawa yang pulag selepas Utimurtiraja dihukum bunuh). Portugis merobohkan masjid, kota istana dan permakaman Sultan Melaka, mengambil batunnya untuk dijadikan Kota yang baru, serta menara tinggi yang ampuh, demi menghalang serangan balas. Batu-batu lada yang digunakan untuk membina masjid dan tembok istana semestinya sangat banyak untuk membina kubu tersebut.

Rujukan:

1. Sejarah Melayu Edisi W.G. Shellabear

2. Bailey Wallys Diffie, Foundations of the Portuguese Empire, 1415-1580

Sumber Artikel / Kredit:
https://www.thepatriots.asia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2017 07:08 AM | Show all posts
Bodoh. Pakaian seragam tentera melaka semua macam dalam gambar ini la



Dari kiri: Jawa, Melayu,Khurasan,Gujarat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2017 12:01 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 25-11-2017 07:08 AM
Bodoh. Pakaian seragam tentera melaka semua macam dalam gambar ini la

Nak komen bodoh tu kalau nak tuju sila tujukan pada penulis artikel Patriot.

Anda boleh bagi komen membina pada ruangan komen artikel pada pautan yang diberikan di page Patriot.

Tapi perlu login FB dulu baru boleh komen.

Melainkan anda pakai fake account, sebaiknya komen la pakai ID FB sebenar.

Sebab tiada anonymity sebagaimana forum atau reddit atau 4chan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2017 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
robotech replied at 25-11-2017 12:01 PM
Nak komen bodoh tu kalau nak tuju sila tujukan pada penulis artikel Patriot.

Anda boleh bagi ko ...

Ko ingat dia tak akan padam ka kalo aku caci dia dalam web dia sendiri ? Facebook pulak....hahahaha. Ptuih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2017 03:55 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 25-11-2017 08:11 PM
Ko ingat dia tak akan padam ka kalo aku caci dia dalam web dia sendiri ? Facebook pulak....hahahah ...

Alasan je tu. Kita bangsa Melayu bukan jenis baling batu sembunyi tangan.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 04:24 PM | Show all posts
robotech replied at 29-11-2017 03:55 PM
Alasan je tu. Kita bangsa Melayu bukan jenis baling batu sembunyi tangan.

Lu tak suka aku ludah facebook ? Hahaa. Nangis lah. Terus berdalih lah. Aku tetap caci pak jakun yang hangguk hangguk guna gambar bodoh ciptaan bahalol lain sebagai gambaran tentera melaka. Siapa nak gaduh cakap saja. Aku sentiasa ada sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.063999 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list