CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels

  [Copy link]
Post time 4-2-2018 09:55 AM | Show all posts
Happy Birthday......errr..sambung lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2018 10:08 AM | Show all posts
SHARIZAL memandu perlahan keluar dari halaman rumah usai menjamu selera hidangan tengah hari. Dia intai dari cermin pandang belakang. Sharina muncung di sebelah mama. Dia senyum puas. Mujurlah dia memberi alasan untuk kerja luar atas arahan bos dan mama percaya lalu tidak membenarkan Sharina ikut sekali.

Kereta dipandu membelah lebuhraya Utara Selatan menuju ke Melaka seorang diri. Dia perlu ke Masjid Tanah lebih tepat ke Kampung Belalang. Risikan dari Zenot, dia tahu yang Hartini berasal dari Kampung Belalang. Tidak susah untuknya mencari kampung itu memandangkan dahulu pun dia pernah ke Melaka bersama keluarga dan ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke Melaka.

Sharizal masuk melalui Tol Pedas Linggi melalui jalan lama menuju ke Masjid Tanah. Dia tahu, itu jalan yang tak banyak lampu isyarat yang dia cukup tak suka. Jalan kampung dari arah Tol Pedas Linggi itu terasa damai saja sepanjang memandu. Dulu dia pernah dengar cerita jalan lama itu mempunyai kisahnya tersendiri. Warung yang meriah pada waktu malam tetapi sebenarnya tak wujud pun. Pontianak berkeliaran mengganggu pemandu yang memandu malam-malam. Nasib baik dia memandu waktu siang sekarang ini. Keretanya membelok ke arah Masjid Tanah bila ternampak papan tanda di sebelah kiri jalan.

Perlahan keretanya dipandu memasuki jalan kecil menuju ke Kampung Belalang. Ada satu kedai kraf di depan. Kereta diberhentikan betul-betul di depan kedai itu. Sharizal menapak keluar. Matahari yang terik tadi sudah condong menandakan hari sudah menginjak ke senja. Dia intai jarum jam. Jam 5.30 petang.

Kakinya diatur ke kedai kraf yang menjual barangan anyaman dan juga dari produk tempatan. Nampak maju. Ramai juga pelanggan yang singgah membeli dan ada yang memborong.

"Ya Encik, tengok-tengoklah kalau ada yang berkenan. Nak hadiahkan untuk teman wanita pun boleh."

Sharizal mengukir senyum bila telinganya menangkap perkataan teman wanita. Selama ini, dia tak pernah ada teman wanita. Pemuda itu diperhatikan sebentar. Nampak macam sebaya dengannya.

"Tak apa. Saya tengok-tengok dulu."

Sharizal merayap setiap ruang kedai itu yang penuh dengan barangan kraf buatan tangan. Kagum melihat pelbagai produk dijual. Mungkin hasil daripada kerjatangan orang kampung Belalang, fikirnya.

"Tak pernah nampak encik datang sini?" tegur Kahar sebaik terpandang seorang pemuda berlegar-legar melihat produk dalam kedainya.

"Err..ya pakcik. Saya baru sampai. Nampak ada kedai jual barangan kraf kat sini. Saya singgah la sekejap." balas Sharizal berbahasa sambil menguntum senyum.

"Datang dari mana?"

"KL,"

Kahar mengangguk-angguk. Dia sudah biasa dengan pelanggan yang datang dari jauh. Teringat pada Dato Nazim yang berjanji akan datang pada hari ini. Hendak berjumpa Minah katanya bagi urusan jualbeli tikar dan tudung saji mengkuang. Sejak minggu lepas dia menunggu Dato Nazim datang. Mungkin sibuk agaknya. Harap-harap hari ini, jadilah datang.

"Err..pakcik. Boleh saya tanya sikit?" Sharizal mendekati Kahar semula yang sudah menapak ke arah bilik pejabat.

Kahar menoleh. "Ya?"

"Ada tak kat kampung ni, nama Hartini?"

Kahar tak jadi melangkah ke bilik pejabatnya. Dia mengubah posisi mengadap Sharizal dengan wajah berkerut. Pemuda itu dipandang tak berkelip. Kenapa tiba-tiba dia bertanyakan Hartini?

"Kenapa ya?" soal Kahar.

"tak ada..saya..saya.." Sharizal cuba mencari alasan yang terbaik.  "Err..sebenarnya saya dah berkenan dengan dia. Dia tu kawan adik saya.."

Kahar menguntum senyum. Mungkin adik pemuda itu belajar satu universiti dengan Hartini. Mungkin di situlah pemuda itu mengenali Hartini.

Sharizal meluku kepalanya sendiri. Ah, persetankan alasan apa pun. Janji dia dapat mencari kebenaran tentang Hartini. Itu yang penting.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2018 04:06 PM | Show all posts
"Oh..eloklah berkawan dulu. Kenal hati budi dulu. lagipun, Tini tu muda lagi. Jauh lagi perjalanan hidup dia. Pakcik ni dah macam ayah Tini. Pakcik rasa bertanggungjawab dalam hal macam ni. Siapa nama?" Kahar mengukir senyuman lebar.

"Saya, Sharizal. Panggil Rizal saja."

"Oh Rizal. Datang sini nak jumpa siapa? Tini tak ada. Dia kan kat kampus. Kalau tujuan datang nak merisik, elok bawa orang tua sekali. Tak manis datang macam ni." ujar Kahar.

"Oh..eh..tak..tak pakcik. Saya belum lagi nak merisik. Saya sebenarnya ada kerja kat Melaka ni. Kebetulan pulak Tini tinggal kat kampung ni. Jadi, saya saja datang sini, nak kenal kampung Belalang ni. Senang nanti kalau nak datang merisik." berpeluh Sharizal kali ini.

"Oh begitu. Kalau nak kenal rumah Tini, boleh pakcik tunjukkan. Pakcik pun tengah tunggu orang ni, dia nak ke rumah Tini jugak nanti." balas Kahar pula.

"Siapa pakcik?" berkerut dahi Sharizal.

Kahar senyum melihat perubahan wajah Sharizal. Nampak risau. Matanya dialih pada luar kedai bila mendengar deruman enjin kereta berhenti di depan kedainya. Senyumannnya semakin lebar sebaik melihat Mercedes hitam milik Dato Nazim. Panjang umur dia.

"Pakcik ke depan kejap ya. Orang yang pakcik tunggu tu dah sampai." Bergegas Kahar keluar dari kedai dan menyalami Dato Nazim.

Sharizal hanya mengintai dari cermin tingkap. Nampak seorang lelaki berpakaian kemas berdiri di sebelah Pak Kahar dan berdiri di sebelah lelaki itu pula dua orang perempuan. Seorang muda dan seorang lagi tua, mungkin isteri kepada lelaki itu. Nampak Pak Kahar berbual mesra dengan lelaki itu dan kemudian Pak Kahar kembali masuk ke dalam kedai.

"Rizal, jom! Dato pun dah sampai!" Ajak Kahar.

Dato? Sharizal mengintai sekali lagi lelaki yang digelar dato oleh Pak Kahar. Dia membontoti Pak Kahar yang sudah keluar dari kedai setelah memberi pesan kepada pekerjanya.

"Ni siapa?" soal Dato Nazim.

"Saya Sharizal," cepat saja Sharizal perkenalkan diri.

"Kita jalan sajalah ya. Tak jauh pun rumah tu." ujar Kahar.

"Nak kena jalan kaki ke?" Cebik Hani sambil melirik matanya pada arah jalan yang ditunjukkan oleh Pak Kahar. Jalan kecil yang hanya memuatkan satu kenderaan saja.

Datin Afifah turut panjangkan leher melihat ke arah jalan itu dengan muka mengeluh. "Naik kereta tak boleh ke? Jauh jugak tu. Berpeluh nanti."

"Alah, jalan la elok. Biar berpeluh badan sikit. Sambil tu, tengok suasana kampung." Dato Nazim mencelah.

Dia kemudian membontoti Kahar yang sudah berjalan ke depan bersama Sharizal. Hani dan Datin Afifah terpaksa mengikut rentak walaupun tidak suka.


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 04:38 PM | Show all posts
Wah! Dah sambung. Tq Ipo.
Happy birthday
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2018 10:25 PM | Show all posts
SEMENTARA itu, Sharina mundar mandir memikirkan sikap abangnya yang seperti berahsia. Dia tahu, tentu abangnya pergi ke Melaka hendak mencari rumah Hartini. Atau mungkin abang sudah membuat temu janji dengan Hartini di Melaka. Bosan mundar mandir, dia duduk mengadap komputer. Projek yang diberikan oleh pensyarah langsung tak disentuh. Dia akui, Hartini lebih berbakat berbanding dirinya yang terkial-kial bila pensyarah menyuruh memberi idea dan melakar rekaan fesyen yang unik.

"Ish!" Sha bangun semula.

Sekali lagi dia mundar mandir di dalam bilik. Telefon bimbitnya dicapai dari atas meja belajar dan dia mula menghubungi Sharizal. Tidak berjawab. Telefon dicampak ke atas katil dengan muka geram. Benaknya kembali diganggu dengan kata-kata perempuan cantik itu yang muncul di bilik air. Dia masih ingat perempuan cantik itu menyebut nama Hamdan. Setahunya, ayah Hartini juga bernama Hamdan. Hartini binti Hamdan.

"Sha, kenapa ni?"

Sha pantas menoleh. Mama melangkah masuk ke dalam bilik. Dia duduk di birai katil.

"Kenapa ni? Marahkan abang lagi ke?" soal Khatijah sambil mengelus lembut rambut Sharina.

"Abang tu tipu. Dia bukan ada kerja luar. Dia sebenarnya nak siasat siapa Hartini. Sha tahu sangat la mama, riak muka abang tu." rengus Sharina dengan muka ketat.

"Hartini?" Wajah Khatijah serta merta berubah riak.

"Ya! Mama tahu tak, si pelik tu sebenarnya Hartini. Yang Sha cerita hari tu?" Sharina cuba mengingatkan Khatijah tentang Hartini bila melihat reaksi wajah mamanya seperti keliru.

Khatijah diam. Nama Hartini sama seperti nama anak saudaranya yang dibela Minah. Adakah benar Sharizal mencari Hartini?

"Kejap, Hartini tu kawan Sha?" tanya Khatijah.

Sharina mengangguk.

"Dia asal dari Melaka?"

Sekali lagi Sharina mengangguk tanpa berkelip memandang Khatijah yang nampak terkejut.

Khatijah meraup muka. Kalau benar si pelik itu adalah Hartini dan kalau benarlah juga apa yang diceritakan oleh Sharina tentang jampi yang digunakan oleh Hartini, bermakna Hartini memang sudah mengamalkan jampi dari arwah Hamdan.

"Tak guna!" Khatijah mengetap bibir.

"Apa mama cakap?" Sharina terkejut. Wajah mamanya sudah berubah rona.

Khatijah hanya mampu menggeleng bila tersedar dia sudah terlepas cakap.

"Mama kenal siapa Hamdan?"

Rasa terkejut tadi masih belum hilang, kali ini ditambah lagi dengan soalan pelik yang lain daripada mulut Sharina. Khatijah memandang tepat ke muka anak gadisnya yang nampak buntu.

"Kenapa Sha tanya macam tu? Sha kenal ke?" Khatijah menelan liur. Terasa ada sesuatu yang tak kena.

Sharina melepaskan keluhan berat. Kalau dia cerita apa yang berlaku di bilik air di apartmentnya minggu lepas, mungkinkah mama akan percaya atau mentertawakannya saja? Sedangkan sebelum ini pun, mama tak percaya semua benda tu. Malah, apa yang abang Sharizal cakap itu adalah benar. Setiap kali dia ternampak benda pelik atau hantu, dia akan jatuh demam. Nasib baik malam dia ternampak perempuan cantik itu, dia tidak mengalami apa-apa demam yang teruk. Hanya wajahnya saja yang cuak dan pucat lesi. Seminggu dia murung.

"Kalau Sha ceritakan kat mama, mama jangan gelak." Sharina menarik nafas dalam-dalam sebelum mulakan cerita kisah seramnya di bilik air minggu lepas.

Khatijah terdiam. Dia tak tahu nak balas apa tentang itu. Kalau dia tak percaya wujudnya perempuan cantik seperti yang didakwa Sharina, kenapa perempuan itu menyebut nama Hamdan??

"Sha tak khayal kan mama?" soal Sharina, cuba mendapatkan penjelasan dari Khatijah.

"Sha..Sha pasti dia sebut nama Hamdan?" kedua bahu Sharina dipegang dengan mata tepat memandang anak mata Sharina. Khatijah perlukan jawapan jujur dari anak gadisnya.

Sharina mengangguk lemah.

"Kenapa mama?" Sharina sentuh bahu Khatijah yang sudah mula tunduk dengan reaksi wajah mengandungi seribu persoalan padanya.

"Sha..Hartini tu..dia.." Khatijah menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.

"Dia apa mama?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2018 11:25 PM | Show all posts
BAB 15


"ASSALAMUALAIKUM! Minah oh Minah!"

Kahar menapak ke anak tangga rumah Minah. Salam diberi sekali lagi bila salam pertama tidak berjawab.  

Sharizal dan mereka yang lain hanya berdiri di depan anjung rumah sambil memerhati sekitar rumah yang bersih dan kemas. Matanya tertancap pada deretan pokok bunga ros merah yang subur mekar berkembang bunganya. Terlintas di benaknya pada jambangan bunga ros merah di dalam bilik Sharina tempoh hari. Berkerut dahinya melihat pokok bunga ros merah yang begitu subur dan bau wangi begitu semerbak di sekitar kawasan rumah itu. Dia hanya mampu menggeleng melihat anak gadis Dato Nazim memetik bunga ros merah tanpa bertanya dahulu kepada tuan empunya pokok.

"Hani! Dont!" Datin Afifah menepis bunga ros merah di tangan Hani. Bunga ros tercampak ke atas tanah.

"Apa mama ni? Takkan tak boleh? Bunga je pun!" Rengus Hani.

"Behave sikit. Ni tempat orang." Datin Afifah menjeling tajam pada anak gadisnya yang muncung.

"Nampaknya macam tuan rumah tak ada ni." Kahar mengintai kiri dan kanan kawasan rumah Minah. Tak ada tanda-tanda kelibat Minah ada di situ.

"Walaikumussalam!"

Kahar menguntum senyum bila mendengar salamnya sudah berjawab kali ini. Wajah Minah muncul di muka pintu dengan berkain batik sarung dan baju Kedah kain kapas. Nampak wajah Minah seperti keliru melihat tetamunya di halaman rumah.

"Minah, ada pun kau. Aku ingat tak ada orang tadi. Ni, aku bawa orang yang nak beli tudung saji dan tikar mengkuang kau ni." Kahar mengajak tetamu Minah naik ke rumah.

Minah hanya melihat wajah tetamunya seorang demi seorang sampailah matanya jatuh pada seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Nazim. ya, Nazim yang pernah hidup sekampung dulu. Nampak Nazim seperti tidak mengenalinya atau sengaja berpura-pura tidak kenal.

"Masuklah. Maaf, rumah aku ni buruk. Maklumlah rumah lama. Bocor sana sini, berlubang sana sini." Minah mengukir senyuman nipis. Dia sempat melihat riak wajah perempuan yang agak sebayanya yang nampak tidak selesa memijak lantai papan.

Kahar dan yang lain sama-sama duduk bersila di atas tikar mengkuang di ruang tamu. Sharizal melihat segenap ruang rumah. Sederhana dan matanya tertancap pada satu bingkai gambar. Bibirnya mengukir senyum. Memang betullah Hartini tinggal di rumah ini.

"Minum dulu ya?" Pelawa Minah kemudian berlalu pergi ke ruang dapur.

Sepuluh minit kemudian Minah kembali ke ruang tamu menatang satu dulang berisi empat cawan teh o panas dan sepinggan karipap panas lalu dihidang kepada tetamu.

"Jemputlah. Maaf, tak sempat nak masak apa-apa. Kalau anak saya ada, boleh merasa pengat pisang. Kebetulan pisang nangka dah masak." Ujar Minah, masih tersenyum pada tetamunya. Dia melihat setiap wajah yang ada di situ. Dah sepasang anak Nazim rupanya. Kacak dan lawa. Dia kembali menatap wajah Nazim yang masih segak. Tak ada sedikitpun uban pada rambutnya.

"Susah-susah saja kau ni Minah. Jemputlah Dato, Datin. Hani, Rizal, jemput." Kahar menghulurkan cawan berisi teh o panas kepada tetamu.

"Macam ni Minah, aku terus ke tujuan la ya. Dato Nazim ni nak kau bekalkan tudung saji, tikar dan kipas kepada kedainya di KL sana. Kalau boleh, setiap bulan nak bekalan tu. Jumlah tu bergantung kepada permintaan pelanggan. Jangan bimbang,ada orang yang akan datang ambik nanti. Kan dato?" Kahar pandang pada Dato Nazim.

"Ya begitulah. Saya dah ada pekerja saya yang akan datang ambik produk. Soal bayaran, saya akan  bayar penuh bila dapat barang. Macam mana?" Nazim mula berbicara.

Minah masih diam memikirkan siapa yang akan menganyam semua produk itu sedangkan sebelum ini dia dan Hartini saja yang buat.

"Banyak ke Dato nak?" tanya Minah. Terasa janggal pula bila Nazim masih tidak mengenalinya.

"Tak banyak tapi saya nak bekalan tu sentiasa ada bila saya perlukan stok. Saya bayar cash. Tak ada hutang." Nazim mengukir senyum.

Datin Afifah dari tadi mengipas-ngipas dengan kipas kecil yang dibawa sambil mata liar memerhati sekitar ruang tamu. Hani pula dari tadi matanya jatuh pada bingkai gambar di atas meja dekat dengan almari.

"Eh, saya kenal perempuan dalam gambar tu. Dia kerja kat cafe Dato Zainuddin kan?" Hani berkerut dahi.

Minah turut menoleh pada bingkai gambar yang ditunjuk Hani. Dia kemudian mengangguk. "Anak ni kenal ke?"

"Patutlah dia kerja kuli kat cafe tu. Rumah pun dah nak runtuh macam ni. Eloklah cari duit lebih. Repair mana yang patut."

Sharizal menggeleng. Bongkak sungguh anak gadis Dato Nazim.

"Hani, papa tak ajar anak papa kurang ajar macam tu!" Marah Nazim dengan mata tajam pada Hani.

Hani hanya mencebik. Dia menoleh pada Sharizal yang dari tadi tak berkelip memandangnya. Emm..kacak juga mamat ni. Dia kemudian menguntum senyum. Dari kedai Pak Kahar lagi dia terpikat pada wajah kacak lelaki muda itu. Siapa agaknya dia ni? Anak Pak kahar?

Sharizal tunduk.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Happy birthday kak!
Suspen..siapa sebenarnya Harlina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 12:10 PM | Show all posts
Minah hanya mampu diam saja bila dicemuh begitu. Dia sudah biasa mendengar cemuhan orang-orang kaya. Biarlah, selagi dia tidak mengganggu hidup mereka, dia tak akan membalas dengan kata-kata.

"InsyaAllah Dato, saya akan cuba tapi saya tak boleh janji. Dulu, anak saya yang bantu saya buat anyaman ni semua. Sekarang ni, dia pun belajar jauh, jadi saya kekurangan orang yang mahir buat anyaman ni." Minah berterus terang.

Nazim mendengar sambil mengangguk-angguk. Wajah Minah diamati seketika. Rasanya pernah dia melihat wajah itu dulu. Apakah dia gadis yang pernah bersahabat baik dengan Kasimah?

Sharizal masih diam. Dia hanya menunggu Dato Nazim sekeluarga habis berbincang dan pulang. Tidak mungkin dia berbicara soal Hartini dengan kehadiran Dato Nazim sekeluarga. Dia berharap agar perbincangan itu ditamatkan secepat mungkin. Atau, kalau berpanjangan, mungkin dia akan minta diri dan datang esok saja. Padanya, perbincangan itu, tidak ada kena mengena dengan dirinya.

"Err..makcik, saya minta diri dulu." Sharizal merasa sudah tiba untuknya beredar. Tidak sepatutnya dia turut serta dalam perbincangan bisnes itu.

Minah bertaut keningnya melihat anak muda itu ingin beredar.

"Rizal dah nak balik ke?" soal Kahar pula.

"Ya, pakcik. Saya masih kat Melaka. Esok saya datang lagi. Tak elok rasanya saya ada kat sini. Saya orang luar." Ujar Sharizal berbahasa.

Minah masih keliru dengan kata-kata Sharizal. Jadi, dia bukan anak Dato Nazim?

"Kamu datang sini nak jumpa Hartini?" lalu Minah melontarkan soalan kepada Sharizal.

Sharizal yang mula hendak bangun itu kembali duduk bersila. "Err..begitulah makcik."

Hani pantas melabuhkan matanya pada Sharizal dengan riak tidak senang. Apa hubungan lelaki ini dengan Hartini? Kekasih? Dia turut bangun bila melihat Sharizal sekali lagi meminta diri untuk beredar.

"Tunggu!" Hani sempat menahan Sharizal yang sudah menyarun kasut semula.

Sharizal berpaling. Gadis itu diperhatikan seketika. Blaus kuning dengan skirt pendek paras lutut  yang melekat pada tubuh gadis itu agak tidak sopan kalau berada di kampung ini. Tidak sesuai untuk tatapan penduduk kampung yang rata-ratanya mengenakan baju kurung dan bertudung. Tak tahulah, kalau penduduk kampung Belalang ini berfikiran terbuka.

"Kau nak apa?"

"You kenal dengan Tini?" soal Hani.

Sharizal yang sudah siap memakai kasut mula  berdiri di depan tangga. Dia pandang Hani yang masih tercegat di anjung rumah. Wajah cantik dan manis. Kulit tidak begitu cerah seperti Hartini tetapi manis bila tersenyum.

"Ya, kenapa?"

"Nothing.." perlahan Hani menjawab. Reaksi wajah Sharizal seperti tidak senang dengan pertanyaannya. Dia segera masuk semula ke dalam rumah.

Sharizal menggeleng. Dia kemudian mengatur langkah meninggalkan rumah itu menuju ke tempat keretanya diparkir semula. Esok dia akan datang lagi untuk berbicara lanjut dengan Mak Minah. Tidak sesuai untuknya menunggu perbincangan bisnes itu selesai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2018 02:54 PM | Show all posts
DATO NAZIM mula minta diri setelah kata sepakat tercapai tentang bisnes yang akan dijalankan nanti. Lega bila Minah setuju untuk membekalkan tudung saji, tikar dan kipas mengkuang setiap bulan kepadanya. Malah dia akan menggajikan dua pekerja yang dicari oleh Minah untuk lebih memudahkan Minah nanti.

"Aku beransur dulu la, Minah." Kahar juga minta diri.

"Minggu depan, saya akan suruh orang saya datang ambil produk kat sini." ucap Nazim yang sudah berdiri di depan anjung rumah.

"Ya, boleh." balas Minah sambil memerhati tetamunya yang sudah mula mengatur langkah keluar dari halaman rumahnya. Matanya tertancap pada dua kuntum ros merah di atas rumput tidak jauh dari anak tangga.

"Oh ya makcik. Boleh saya beli ros merah tu?" sempat Hani bertanya sebelum beredar.

"Makcik tak jual. Kalau nak ambik sajalah." Minah mengukir senyum.

"Betul ni?" Teruja Hani bila tiada bantahan daripada tuan rumah.

Laju saja dia mengatur langkah ke arah deretan pokok bunga ros itu dan memetik beberapa tangkai bunga ros merah yang mekar berkembang. Datin Afifah hanya melihat saja gelagat anak gadisnya yang memetik bunga ros merah itu sebanyak mungkin.

"Sudahlah tu!" Marah Nazim pada Hani. Lalu ditarik tangan Hani meninggalkan kawasan itu.

Kahar sekali lagi memberi salam kepada Minah sebelum beriringan berjalan bersama Dato Nazim sekeluarga. Dia perasan wajah Minah berubah riak sebaik terpandang Dato Nazim tadi. Tak sempat dia bertanya hal itu kepada Minah. Mungkin esok lusa dia akan lanjutkan hal itu.  Masa dalam perjalanan ke rumah Minah tadi lagi, dia berharap agar Dato Nazim bertegur sapa dengan Minah tentang kisah di kampung dulu. Tekaannya meleset sama sekali. Nampaknya Dato Nazim seperti tidak mengenali Minah. Atau berpura-pura tidak mengenali Minah?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 03:10 PM | Show all posts
SHARIZAL memandu menuju ke sebuah resort di Tanjung Bidara, tidak jauh dari Kampung Belalang. Sudah lama dia tidak menikmati pemandangan pantai. Keretanya diparkir di tempat letak kereta tidak jauh dari kaunter penyambut tetamu resort itu. Lega bila bilik kosong masih ada. Selalunya hujung minggu begini, semua bilik akan penuh ditempah. Kalau bukan perseorangan, mungkin dari famili yang mengadakan Hari keluarga. Dia sudah faham sangat dengan keadaan itu.

"Terima kasih." Sharizal mengambil kunci selesai saja dia mendaftar masuk.

Sampai di bilik, dia berehat dan menunaikan solat Asar. Sebelum berangkat tadi dari rumah, dia sudah menunaikan solat Zohor. Jadi, dia tidak boleh menjamakkan solat Asar. Fikirannya melayang pada pertemuan di rumah Mak  Minah tadi bersama Dato Nazim sekeluarga. Dia perasan perubahan wajah Mak Minah yang asyik memerhati saja pada Dato Nazim dan Hani. Namun ada satu gambar lukisan yang menarik minatnya ketika itu. Lukisan seorang gadis yang mendongak ke langit itu sangat cantik dan unik. Wajah gadis dalam lukisan itu nampak seakan iras wajah Hani.

"Hani..Hartini.." terlontar dua nama itu dari mulut Sharizal.

Dia bingkas bangun dari katil. Suasana petang macam ini, lebih baik dia mengambil angin di pantai. Lalu kunci chalet dicapai dan dikunci sebelum dia menapak ke pesisir pantai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 04:13 PM | Show all posts
Di pesisir pantai Tanjung Bidara itu, Sharizal bersendirian berjalan sambil menikmati angin petang yang bertiup dan sesekali dia menguis ombak yang menghempas gigi pantai dengan kaki. Selipar dipegang di tangan kiri. Berdiri mengadap pantai yang cantik dan luas. Di sebelah kanan pantai pula, banyak batu-batu besar yang membentuk lengkung. Melihat keadaan itu, teringat pada pantai Teluk Cempedak dan juga Teluk Kemang yang pernah dia pergi dahulu sewaktu belajar di sekolah rendah. Setiap tahun cikgu akan membawa pelajar berkelah.

Bosan berdiri, Sharizal melabuhkan punggung di atas batang pokok yang sudah agak mereput. Sambil merenung ombak yang bergulung, mindanya kembali kepada Hartini, kisah perempuan cantik dan Sharina yang pernah melihat perempuan cantik itu. Kata-kata Hartini kembali terbayang di kotak fikiran.

"Keturunan.." Sharizal melepaskan keluhan.

Dia melemparkan pandangan ke sekitar pantai. Sudah tidak ramai pengunjung di pantai itu. Mungkin hari sudah menginjak ke senja. Jarum jam tangannya dipandang sekilas. Tepat 7 malam.

"Patut pun.." Sharizal bingkas bangun.

Sekali lagi dia menelusuri gigi pantai sambil menuju ke chalet penginapan. Sempat dia melihat sepasang kekasih sedang berbual di bawah pokok sambil menikmati burger. Dia tersenyum nipis. Apakah itu aktiviti jika sudah bergelar kekasih? Kemudian dia menggeleng. Langkahnya dilajukan bila mendengar laungan azan dari masjid berdekatan.

Sampai saja di chalet, bergegas Sharizal membersihkan diri dan segera menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak. Usai berdoa, dia segera bersiap untuk makan malam. Mungkin dia akan ke Pengkalan Balak. Dengarnya di sana, banyak warung atau restoran yang menyediakan makanan yang sedap seperti di pantai Bagan Lalang. Sotong celup tepung dan ikan bakar yang paling dia suka.

Bau wangi menujah lubang hidung sebaik saja dia ingin membuka pintu chalet. Melilau Sharizal mencari arah bau wangi seakan bau wangi ros. Ya, bau wangi yang sama yang pernah dia hidu ketika berada di dalam bilik Sharina dulu. Melingas dia mencari segenap ruang bilik  itu. Hanya ada bunga plastik saja dalam pasu bunga sebagai hiasan di atas meja berdekatan dengan televisyen.

"Perasaan aku je kut.." Sharizal segera mengunci pintu dan melangkah ke tempat letak kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 08:19 PM | Show all posts
karang citer ni macam syok sendiri jek
krik krik krik je benang......
ada ke yang baca

krk krik krik..jugak la kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 08:40 PM | Show all posts
ok tak pa..sambung sikit pastu krik krik sampai tahun depan


BAB 16


DATO ZAINUDDIN sibuk melihat akaun syarikat dari hasil beberapa buah cafe miliknya. Hujung minggu ini sepatutnya dia ada temu janji dengan seorang kenalan bisnes sambil bermain golf tetapi terpaksa dibatalkan. Dia perlu selesaikan dulu urusan yang sedia ada. Sesekali dia melihat pada jarum jam. waktu maghrib sudah 20 minit berlalu. Fail disusun dan dia melangkah ke bilik air.

Usai solat maghrib, dia menyambung semula kerjanya yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi. Sementara menunggu Zenot datang, baik dia periksa dulu akaun yang telah dikemaskini oleh akauntannya.

"Ayah!"

Dato Zainuddin mendongak. Zenot sudah tersenyum lebar di muka pintu. Matanya terarah pada gadis di sebelah Zenot. Hartini cantik mengenakan sepasang baju kurung biru dengan tudung bawal warna polos.

"Dah sampai pun. Kejap ya. Duduk dulu. Ayah nak habiskan kerja sikit."

Zenot dan Hartini bersama duduk di sofa menunggu Dato Zainuddin menghabiskan kerjanya. Dato Zainuddin sudah berjanji untuk bersiar-siar dan makan malam bersama. 20 minit menunggu, mereka bertiga beriringan keluar dari bilik  pejabat menuju ke tempat letak kereta. Kereta BMW milik Dato Zainuddin meluncur keluar dari basement menuju ke destinasi, IOI City Mall.

Sepanjang perjalanan, Hartini yang duduk di tempat duduk belakang hanya mendengar celoteh Zenot bersama ayahnya. Timbul rasa cemburu bila mengenangkan nasibnya yang kehilangan orang tua di usia 7 tahun. Terasa ingin menumpang kasih seorang ayah dari Dato Zainuddin tapi apakan daya, dia hanyalah seorang gadis miskin yang tidak sepatutnya bermimpi yang indah-indah. Sampai di IOI City Mall, mereka menuju ke restoran Tony Romas'.

"Nak order apa?" tanya Dato Zainuddin.

Zenot cepat saja mencari menu kegemarannya dan semestinya signature Tony Romas. Hartini pula masih terkebil-kebil melihat menu. Dia hanya mampu menelan liur melihat harga yang tertera.

"Err..bagi salad sajalah dan air kosong." Hartini mengukir senyum pada pelayan.

"Weyh, kau diet ke? Tak boleh!" Zenot terus memesan lamb shank dan rib eye steak bersama  ceaser salad dan jus mangga.

"Saya bayar. Jangan segan. Kan saya yang ajak keluar jalan-jalan dan makan semua ni." Lembut Dato Zainuddin berbicara. Senyum melihat telatah Hartini yang seperti resah gelisah.

Makanan sudah dipesan dan pelayan sudah beredar dari meja.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 09:06 PM | Show all posts
"Tini apa khabar? macam mana study?" Dato Zainuddin mulakan bicara sekali lagi.

"Baik. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik." balas Hartini sambil menguntum senyum.

"Dia ni, selalu lecturer puji tau. Fesyen rekaan Tini selalu mendapat tempat. Kalau ada pertunjukkan fesyen, rekaan Tini selalunya terpilih." Zenot mencelah.

Hartini menyiku lengan Zenot.

"Tak adalah uncle. Saya tak berapa pandai lagi. InsyaAllah, cita-cita saya, lepas tamat belajar nanti, saya nak buka butik. Itupun, kalau umur panjang." kata Hartini sambil melirik pada Zenot yang tersengih-sengih.

"Bagus tu! Berapa lama lagi belajar?"

"Ada dua tahun je lagi." jawab Hartini.

"Emm..dah tak lama. Pejam celik, cepat je masa berlalu. Zenot ni, uncle suruh handle cafe uncle je nanti." Ujar Dato Zainuddin.

Zenot mempamerkan muka ketat. Memang dia tak berapa suka bekerja di cafe milik ayahnya sendiri. Kalau boleh dia nak sambung belajar sampai ke Lyon, Paris. Sebuah institusi kulinari terkenal di sana. Lepas itu, buka cafe atas namanya sendiri.

"Baguslah macam tu. Siapa lagi yang nak jaga kalau bukan anak sendiri?" Hartini mula mesra berborak.

Dato Zainuddin melempar senyuman manis kepada Hartini. Wajah yang sering muncul dalam  mimpinya. Entah kenapa setiap kali bersua muka dengan Hartini, hatinya merasa lain. Pernah Zenot bergurau dengannya dulu mengatakan yang dia bersedia menerima Hartini sebagai ibu tiri jika jodohnya dengan Hartini.  Dia perasan pipi Hartini mula kemerahan. Mungkin malu bila ditenung macam tu. Dia menarik nafas dalam dalam. Perasaan aneh itu cuba dibuang jauh-jauh. Dia mulakan topik lain bila melihat Hartini seperti tidak selesa. Sepuluh minit berbual, makanan yang dipesan tiba di meja. Mereka bertiga menikmati hidangan sambil berborak mesra.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 09:36 PM | Show all posts
Hartini memandang ke satu sudut. Dari tadi dia perasan lelaki itu sedang merenungnya dan apa yang lebih menakutkan, lelaki itu adalah lelaki yang sama di cafe Zenot dulu. Hoody man!

Zenot panjangkan leher melihat kelibat yang diperhatikan Hartini. Kecil anak mata Zenot melihat lelaki itu.

"Eh, bukan ke lelaki tu..pernah makan kat cafe aku? Dia yang jadi stalker kan?"

Hartini pantas menoleh pada Zenot. "Biarlah dia.."

"Siapa?" Dato Zainuddin pula jenguk ke arah sama. Melilau dia mencari siapa yang dimaksudkan oleh Zenot tadi.

"Err..tak ada apa." Hartini tunduk sambil memotong daging dalam pinggan. Fikirannya mula berserabut. Persoalan mula timbul di benak sekarang ini. Nampaknya lelaki itu seperti mengekorinya. Jadi pengintip??

Hartini cuba berlagak biasa dan berbual mesra dengan Zenot dan Dato Zainuddin walaupun dalam hatinya merasa cuak. Berdebar melihat lelaki itu mengukir senyum di sebalik hoodie yang dipakai. Misai dan jambang masih menghiasi wajah lelaki itu. Usai makan, mereka bertiga mula berjalan-jalan di dalam pusat beli belah itu. Hartini terpaksa menerima ajakan Dato Zainuddin untuk membelikannya pakaian. Nasiblah ada Zenot sekali memilih pakaian di sebuah butik.

Penat berjalan-jalan, mereka mula bergerak untuk pulang. Hartini perasan lelaki tadi turut mengekorinya ke mana saja dia pergi. Malas dia hendak panjangkan hal itu kepada Zenot. Kecoh nanti. Kalau setakat menjadi stalker, dia tak kisah. Tetapi kalau boleh mendatangkan bahaya, dia perlu bertindak.

Sampai di kampus, Zenot dan Hartini menapak masuk ke apartment penginapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 10:23 PM | Show all posts
BAB 17

HARTINI terkocoh-kocoh berjalan ke tempat menunggu bas. Hari ini dia harus pulang ke kampung. Dengan beg galas berisi sedikit pakaian, dia berdiri di tepi jalan sambil melihat teksi yang datang. Selepas subuh tadi, dia bergegas keluar dari apartment. Dia menahan sebuah teksi yang kebetulan menurunkan penumpang di situ. Teksi meluncur ke destinasi, Terminal Bersepadu Selatan.

Sampai di TBS, Hartini bergegas membeli tiket ke Melaka. Dia menunggu di satu sudut. Bas ke Melaka hanya ada jam 11 pagi. Sekarang baru pukul 9 pagi. Hartini keluarkan sebotol air mineral dan sebungkus roti jagung. Sementara menunggu bas tiba, dia perlu mengisi perut.

"Hai..."

Kunyahan Hartini terhenti saat matanya terpandang lelaki di depan yang menegurnya. Lelaki itu mengukir senyuman lebar. Terasa degupan jantungnya terhenti seketika. Roti di dalam mulut terasa susah hendak diltelan. Tidak berkelip dia melihat lelaki memakai hud itu sedang berdiri tersenyum kepadanya.

"Boleh saya duduk?"

Tiada suara keluar dari mulut Hartini. Angguk tidak, geleng pun tidak. Lelaki itu selamba saja duduk di sebelah Hartini di bangku menunggu. Hud yang menutupi kepala dilepaskan ke belakang menampakkan wajah milik lelaki itu dengan jelas. Mata lelaki itu bersinar.

"Maaf, saya sebenarnya dah lama stalked awak. I'm sorry  if I'm scaring you all this while." ujar lelaki itu, masih tersenyum.

Hartini masih diam membisu. Dia kaget, kejung dan entah apa rasa yang ada dalam hatinya ketika ini. Lelaki yang sering memerhatinya dan malam tadi mengekorinya sehingga ke IOI City Mall. Hari ini pula ke tempat perhentian bas. Apa yang lelaki ni nak sebenarnya?? Oh, baru dia perasan tiada lagi jambang yang menghiasi wajah lelaki itu. Dia pasti, itu lelaki yang sama.

"A...awak...nak apa?" Hartini tergagap-gagap bersuara. Roti dalam mulut dikunyah laju kali ini. Rasa hampir tercekik.

"Well, I know your name. Where you live. And...who you are.."

Hartini semakin pucat. Perlahan anak matanya memandang sekitar, melihat sekitar. Ramai yang mundar mandir dan ada yang duduk di bangku menunggu bas sepertinya. Matanya dialih pada lelaki itu semula. Lelaki itu masih senyum padanya. Jika lelaki itu bertindak di luar jangkaan, dia tak akan teragak-agak untuk menjerit sekuat hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2018 10:35 PM | Show all posts
"Who..who are you?" berkali-kali air liur ditelan walaupun terasa payah.

Hartini kaku, bagai kakinya dipasak di lantai marmar.  Wajah lelaki itu ditatap sebentar, memberanikan diri menatap. Kacak. Memiliki sepasang mata bercahaya. Seakan ralit melihat wajah kacak itu. Pada hemahnya, lelaki itu mungkin berusia dalam lingkungan 30an. Dia bagaikan tersentak. Kini dia baru perasan, wajah lelaki itulah lelaki ketiga yang sering muncul dalam mimpinya selain Dato Zainuddin dan Sharizal, abang Sharina.  Semakin pucat wajah Hartini. Liur kelat ditelan payah. Dia melihat jarum jam. Ah, lama lagi ke angka 11 pagi. Apa yang harus aku lakukan sekarang ini? Tadah saja telinga mendengar kata-kata lelaki ini? Entah-entah lelaki ini seorang penipu. Mak Minah banyak kali berpesan supaya berhati-hati terutama dengan lelaki.

"Kalau you nak tahu siapa I, I think, I need to talk to you somewhere else. Not here." ujar lelaki itu.

Sekali lagi Hartini merasa cuak. Kata-kata lelaki itu seperti ingin mengumpannya. Mengajaknya ke satu tempat kononnya untuk berbual privasi tetapi sebenarnya ingin menculik dan merogolnya!

"No!" Balas Hartini dengan suara bergetar.

'I know, you fikir yang I ni akan culik dan rogol you kan? Macam tu?" Lelaki itu ketawa kecil.

Hartini tidak berkelip pandang lelaki itu yang beriak selamba. Who is he??



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2018 11:23 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-2-2018 11:27 PM

"Look, I have something that you want. You ada twin kan?"

Hartini ternganga. Luas matanya memandang lelaki itu yang masih tidak berganjak dari menatap wajahnya. Dan kali ini matanya dan mata lelaki itu bertaut lama, seperti mata berbicara.

"So, shall we?"

Hartini tunduk. Terasa sudah berpeluh seluruh tubuh. Dia serba salah. Antara hendak percaya membuta tuli atau persetankan saja kata-kata lelaki asing itu! Dalam dunia penuh tipu daya sekarang ini, semuanya tidak mustahil. Segala macam penipuan seboleh mungkin dilakukan demi memenuhi kehendak nafsu. Wang, harta, pangkat dan wanita.

"Siapa nama kau?" Hartini mula bercakap kasar. Dia tak akan berkompromi dengan orang yang cuba memperdayanya.

Lelaki itu menguntum senyum. Wajah Hartini ditatap tajam. Cantik!

"Siapa kau??" Tanya Hartini sekali lagi, kali ini suaranya sedikit kuat.

"You akan kenal I tak lama lagi. After all this messy solved. So, you nak ikut tak?" soal lelaki itu kembali.

Hartini menghela nafas panjang. Sungguh dia buntu sekarang ini.

"Kenapa nak kena ke tempat lain? Cakap saja kat sini."

"Terpulang. I ada benda yang you nak. Up to you."

Hartini menelan liur. Kali ini lelaki itu sudah memberi kata dua. Gila!! Lama dia berfikir kemudian dia mengangguk lesu. Lelaki itu mengukir senyuman lebar.

"Macam tulah. Dont worry, it wont take too long. Come." Ajak lelaki itu.

Hartini bangun perlahan dan berdiri di sebelah lelaki itu yang sudah bangun dari tadi. Dia berjalan beriringan bersama lelaki itu menuju ke tempat letak kereta. Dalam hatinya berdoa agar tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku padanya. Ah, masa inilah perempuan cantik itu tidak mahu muncul. Kalau benar perempuan cantik itu mahu melindunginya, jaga keturunannya, kenapa saat genting seperti ini dia tidak munculkan diri??

Langkah Hartini terhenti sebaik dia terpandang satu kereta mewah berwarna hitam dengan cermin gelap sedang menunggunya di tempat letak kereta.

"Kita nak ke mana?"

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya dia membuka pintu mempelawa Hartini masuk ke dalam kereta mewah tadi. Hartini teragak-agak.

"Jangan bimbang. I ada. I tunggu kat sini. Masuklah. Ada seseorang ingin berjumpa."


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang nak jumpa Tini tu? Makin suspen lak
Ala kak...saya ada ni baca..mana ada krik krik
Biar la sampai tamat
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 07:20 AM | Show all posts
Huhhu..makin misteri
Sambung lagi
Mokcun baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.066399 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list