CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Neeraa

---close thread--

  [Copy link]
 Author| Post time 28-11-2017 09:03 PM | Show all posts
onexox97 replied at 28-11-2017 07:59 AM
besarnya masalah tt
banyak pulak masalahnya
dan semua tu bukan boleh diselesaikan satu masa

Kita geng la kak, selalu sorang2
entahlah kak, tapi saya tahu ada org yg msalahnya lebih rumit dan mencabar drpd apa yg saya hadapi skrg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2017 09:04 PM | Show all posts
nanacomei replied at 28-11-2017 12:06 PM
sabarlah dear.. if u need someone to coffee2 sharing2 meet up.. just pm i je k..

Terima kasih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 09:25 PM | Show all posts
puccafan replied at 28-11-2017 12:12 PM
Saya doakan semoga urusan hidop &  niat murni awak nak bantu keluarga, dipermudahkan Tuhan.
I dont ...
Saya doakan semoga urusan hidop &  niat murni awak nak bantu keluarga, dipermudahkan Tuhan.
I dont blame u, ada terpikir pasal nak bunuh diri. Resources (wang)  terhad. So, nak buat apa tersekat. Apa2 pon, habiskan belajar. Buat sungguh2 bagi dapat result cemerlang.
Terima kasih banyak2. Sekarang ni saya takde dah niat nak bunuh diri tu. Bila fikir balik, saya rasa macam bodoh jugak sampai terfikir nak bunuh diri..insyaAllah saya akan usaha belajar dan grad. Saya tak pandai mcm org lain, kalau nak dapat result cemerlang tu memang tak sempat dah la kut sebab dah tahun akhir dh. Hopefully dpt la buat lebih baik utk tahun akhir ni berbanding tahun2 sebelum ni..

Yg pasal adik pompuan awak tu kan, mungkin bole cari support group dalam FB. Depression survivor sebagai contoh. Kalau bole, jangan sebut apa2 yg berkaitan jantan lahanat tu depan dia. Biar kepala dia kosong dari benda2 yg dia rasa merosakkan hidop dia.
Ohh, nanti saya cuba cari. Saya dah deactivate fb lama dah, nnt sy activate balik. Thanks sebab cdgkan ni..
Iya, memang skrg km sekeluarga elakkan utk sebut pasal jantan tu depan dia..


Yg pasal adik laki tu, mungkin dia rasa cam dia takde masa depan kot. Cuba slow talk dengan dia. Cuba tanya dia minat apa. Dari situ, mungkin awak bole lukis mind map, tunjukkan kat dia, apa yg sepatutnya dia buat utk capai cita2 dia. Contoh cam nak jadi engineer. Math &  add math kena strong. Time keje banyak calculation. Pastu nak improve critical thinking, join science fair or competition.Benda tu masuk dalam koku. &  tambah pengalaman dia jugak sebab  exposed pada benda baru. Guide dia, bercerita dengan dia supaya dia nampak apa yg perlu dibuat.
Yg pasal adik saya ni saya rasa susah sgt sekarang nak communicate dengan dia, sebab saya duk jauh sgt..and bila saya call, dia takmau cakap dengan saya..nak slow talk tu tak tahu la mcm mana. Memang mengharapkan adik perempuan yg sekolah menengah yg ada kt rumah sekarang tu la utk bercakap dengan dia. Mak memang hari2 bercakap dengan dia. Ayah pun sama gak kut, tak pasti plk. Saya maybe akan dpt balik raya tahun depan, jadi nya memang setahun lah tak dapat balik rumah..sebab saya terpaksa carik kerja lepas habis exam bulan satu nnti untuk tampung duit nak praktikal nnt..
InsyaAllah kalau boleh balik and harga tiket murah, saya akan balik. Lagipun saya rindu sgt kat adik2 saya dan family saya. Mungkin family saya banyak masalah dan tak bahagia mcm family org lain, tapi sy sayang sgt2 kat adik2 saya..hubungan km rapat sgt tp sekarang ni mcm dah renggang sikit sebab jarang communicate..sedih jugakla..

Sorry ye taip panjang2. I may have a bit of similar problems with u. So i hope i can help people go through it.
Takpe, saya tak kisah pun malahan saya bersyukur sgt sebab awk sudi taip pnjg2. Kalau awk nak share problems dgn saya pun boleh, maybe sy tak dpt tolong tapi kalau nak tolong menjadi pendengar boleh sgt2..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 09:30 PM | Show all posts
Edited by Neeraa at 28-11-2017 10:05 PM
noraidil_06 replied at 28-11-2017 02:10 PM
U lepak forum. Luahkan rase.sgt2 membantu. Ms ank kaka sakit,  kaka lepak forum  utk ilang stress. ...
Takziah kak semoga anak akak ditempatkan dalam kalangan ahli2 syurga..

U lepak forum. Luahkan rase.sgt2 membantu. Ms ank kaka sakit,  kaka lepak forum  utk ilang stress. Even ms dia pass away pn kaka ttp berforum. Org2 dlm ni byk bg moral sapot.
iya..lepas saya luah kat sini saya terkurang sikit beban..sy takut juga nak pendam, sebab takut makan diri..dapt luah kat sini pun saya rasa okay dah, dan ramai yg bagi kata2 semangat..macam akak pun bagi semangat kt saya. terima kasih, saya hargai sgt2.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 09:31 PM | Show all posts
swimswim replied at 28-11-2017 09:15 AM
i masa dkt uni dulu boleh je ada dgn group and sometimes boleh hidup sorg2 tanpa group. your life  ...

Thanks for the advice
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2017 10:03 PM | Show all posts
akik replied at 28-11-2017 01:01 PM
Awat depa tak nak kawan dengan kau TT? Aku kat Uni dulu pun tak  berkawan sangat dengan course mates ...
Awat depa tak nak kawan dengan kau TT? Aku kat Uni dulu pun tak  berkawan sangat dengan course mates sebab aku bukan stok girly dan aku tak boleh masuk dengan diorang. Tapi aku ada ramai kawan course lain.
Maybe sebab saya tak girly jugak mcm awak hehe. And saya ni susah nak carik topik sembang dengan depa. entahlah, tak boleh masuk and mereka pun takleh masuk dengan saya rasanyaa. Samalah, saya ada ramai kwn dari course lain, kdg2 keluar dengan depa tapi tak selalu la. Jarang la and most of them dah grad



Anyway tak penting pun kalau diorang taknak berkawan dengan kau. Kau dah grad dan kerja esok kau akan dapat  kawan baru. Kawan-kawan time uni aku dah tak pernah contact pun. Setakat tegur sapa kat FB je la tu pun mostly dah jadi acik2 kepam FB tak kuasa la aku nak berkawan pun.
Alright! Thanks for the advice!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2017 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Neeraa replied at 28-11-2017 07:59 PM
Terima kasih banyak2. InsyaAllah saya akan try utk jadi lebih kuat, pasal kena pulau tu takde la t ...

In sha Allah,sis..kalau niat kita betul,Allah akan permudahkan segalanya utk kita..bab medication tu,sy nk ckp byk pn x boleh especially kalau mcm sakit adik sis tu,dia berkaitan psikologi..tgk je mcm mana keadaan dia,time amek ubat cmne,time x amek ubt cmne..my kezen ada y under medication and jmpe psychiatrist sblm ni...drop out drpd study,skrg tlg kakak die bisnes..skrg die mcm ok sket,nak keluar jmpe org..

Kdg2 kita rse mcm kita ni dah ssh tp ramai lg y lg susah drpd kita..sy last week hilang sorg kezen,dh ler last month kakak arwah tu silap kena surgery ..mmg mcm2 dugaan kt family kezen sy ni..tp sokongn family members y lain btkan dorg jd kuat..sy rasa sis mmg kuat,fokus utk kejar kejayaan sis aje..mulut org,persepsi org kite xley halang tp kita boleh tutup dgn cara kita capai kejayaan tu..

In sha Allah,awk kuat..mtk tlg Allah bg kekuatan utk awk.. Yukenduit!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2017 10:40 AM | Show all posts
x mampu nak komen ape.. sedih sgt!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2017 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpelah..bende2 indah ni Allah nak bg jus nanti... tp Dia hold dulu... Dia uji dulu.... insyaAllah ade hikmah die... tak.selalunyae hidop ni gelap2... malap...mendung... akan tiba suatu hari nanti..sinar cahaya..pelangi...meteor garden... lambat atau cepat sahaja...berdoalahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2017 11:57 PM | Show all posts
Peace816 replied at 28-11-2017 01:34 AM
Setakat yng aku tau ler, RPWP tu mcm tempat pemulihan untuk jadi orng yng lebih baik and based on ap ...
Setakat yng aku tau ler, RPWP tu mcm tempat pemulihan untuk jadi orng yng lebih baik and based on ape yng diperkata orng tntng tmpat tu pun mmng elok. Tarbiah dn bimbingan ada dekat situ, jadi hng pun dah x perlu risau sangat in sha allah. mmndngkan adik hng pun dh umur 16, pelajaran pun x berapa mantap lagi untuk amik spm tahun depan, better amik spm masa umur 18 kot , next year cover balik basic2 pelajaran yang dia terlepas tu, kalau dia x nak pun, kena paksa jugak. Cdangan aku setakat nie tempat tu la sbb ada asrama & bimbingan + ade buat kerja2 amali, tapi kalau ada tempat lain yang lebih baik pun ok jugak.
Ohh, bagus jugaa. Thanks weh, nnt aku kasi tau parents aku. Iya, aku check juga pasal SPM persendirian ni, if calon menumpang depa paling maximum amik subjek teras ja (bm, bi, math, sains and math). Dan kalau boleh aku nak adik aku amik SPM, tak kisahla kalau result dia dapat teruk pun. Sebab kalau nak mohon bahagian kemahiran, depa tengok SPM. Adik aku pt3 pun tak amik. Tapi dlm kes adik aku ni, dia still boleh amik SPM walaupun tak amik pt3. Kesian adik aku..aku rasa dia asyik pendam dari kecik, sebab tu lah dia hilang keyakinan diri nak pi sekolah..tak nak jumpa org. Dia paling bongsu. Masa aku umoq 12, bapak aku start scandal dengan mak tiri (masa ni belum kahwin lagi), and adik bongsu aku ni umoq baru ja 5 tahun.
Tahun2 seterusnya sepanjang km membesar, pahit juga la kehidupan tapi kami adik beradik rapat. Aku ingat lagi masa ayah km ignore km semua, tak beli brg dapur apa semua..adik bongsu aku ni pi kutip tin and botol pastu pi jual hasil kutipan dia kat tempat recycle, dapatlah duit sikit pastu dia ajak aku pi beli makanan..tersentuh sgt hati aku masa tu, dia kecik lagi tapi ada kesedaran mcm tu dah. Kecik lagi dia masa tu, rasanya darjah 3 atau 4 kalau tak silap sebab masa ni aku sekolah menengah. Walaupun org luar especially sedara2 tengok km ni mcm tak bahagia, tapi sebenarnya aku bersyukur sgt sebab aku ada adik2 yg mcm ni. Selalu juga gaduh tapi selalu juga tolong2. Hubungan km rapat sangat..sebab tu aku takleh nak ignore apa yg jadi kat adik aku sekarang. Aku penat ada makcik aku sorg tu buat2 mcm dia care pasal adik aku ni and blame mak bapak aku pasal apa jadi kat dia, sebab dia tak pi sekolah. Malas juga aku dengan org yg asyik ada pandangan negatif kat org yg tak pi sekolah ni. Adik aku tak pi sekolah selalu start umur 11, but alhamdulillah dpt 3a2b masa upsr..


Btw lama jugak hng kne pulau sampai 3 tahun, aku kena sekejap pun x tahan. maybe sbb hng ada someone kot mse tu, tu yng x terasa sangat. kat tempat kerja pun kekdang ade jugak pulau-memulau nie, papepun doa orng yng dianaya nie makbul, jadi hng doa bebanyak ape yng hng nak, In sha allah makbul.
Iya. Takpelah, aku dah rasa lali but sometimes perasaan sedih tu dtg juga. Thanks weh. Aku harap aku kuat nak menempuh sem ni, tinggal sebulan lebih je lagi nak habis sem ni. hehe next sem praktikal dah

adik pompuan hng tu pi bawak dekat orng psikologi ke ape ntah diorng panggil. better pi bawak berubat, kesian jugak sbb bndetu  payah nak lupekan. Bagi kata2 semangat kat dia balik dn bagitau dia bnde tu jadi bukan salah dia dan jangan sesekali salahkan diri dia.
ya, adik pompuan saya yg ni memang ada sesi terapi dia takleh skip. Dia kena keep on jumpa psychatrist..and kena makan ubat. Aku tak igt la apa ubat2 tu , tp byk jugak..and adik aku ni pulak kata dia malas nak makan ubat. Tapi malas2, makanlah jugak..

Aku ada member, sblum nie dia pernah kne rogol ngan bf dia, bila dh kne mcmtu dia mula salahkan bf dia + bf dia pulak tinggalkan dia . Bnde tu bila dapat mmng dia rasa nak lagi, then dia mula jual diri dia sbb dia rasa hidup dia dah x de makna lagi. sekarang aku pun x tau dah ape jadi ngan dia, aku nasihat bebanyak pun x jadi jugak ,hopefully dia berubah. kebanyakan yng jual diri nie banyak yng datang sbb awal2 dulu BF rogol, then rasa x de harga diri, mula jual badan. ade kes tu ayah jual anak sbb nak langsaikan hutang, akhirnya jual diri jugak.

cuma tu la, aku risau ngan adik hang tu takut2 ada orng amik kesempatan kat diri dia tambah2 dia pulak teringat kisah dia dulu. Hopefully ada cara bagi dia nak lupekan perkara tu. Bagi kata2 semangat kat dia sentiasa and bimbing dia selalu.
Kesiannya member kau tu.. aku harap dia berubah..kesiannya..

ya..takut juga org amik kesempatan kat dia. Adik aku trauma lagi, sebab benda ni masih baru lagi berlaku..tu yg kdg2 dia keep on ada 'flashback' dtg especially bila dia sakit. Adik aku kata dia mcm takde keyakinan dah nak berdepan dengan org, kdg2 dia kata dia rasa mcm dia dah gila. Sebab dia dengar suara2, and even dlm surat sakit dia dia ada PTSD with psychosis. Jadi bila dia tunjuk surat tu kat lecturer, dia rasa mcm segan katanya..entahlah..aku ckp kat dia, benda yg jadi kat dia ni bukannya salah dia, and org takkan judge dia pasal ni ..

Setiap kali aku dengar kisah2 mcm hng nie kan, aku rasa sedih sangat sbb hanya sekadar nasihat dan doa yng aku dapat sampaikan.

Moga suatu hari nnti kau akan berjaya in sha allah.
Thanks weh. Terima kasih banyak2 sebab bagi kata2 semangat, aku hargai sgt2. Aku rasa better sikit skrg lepas aku luah kat sini. Aku harap Allah akan berkati hidup kau, and semoga kau bahagia dalam hidup kau.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2017 12:14 AM | Show all posts
Edited by Neeraa at 30-11-2017 12:17 AM
Victorioussss replied at 28-11-2017 02:31 AM
1. Aku pun takde rasa campus life masa study dulu
2. Aku pun bukan jenis ade geng masa campus. Lone ...
Pasal adik kene demam panas and sejarah hitam, lodge a police report. Today pakcik tu harras adik kau, esok esok tah perempuan mana dia harras atau lagi teruk, ntah2 aku mungkin diharras jugek pakcik durjana kau itu. So dengan lodge report, kau menyelamatkan gadis2 lain dan menyelamatkan aku sekali. Jgn semberono bawak adik pergi perubatan tradisional ni..banyak mohong dari betulnyer.

Ya, memang saya nak buat report. Tapi mak saya tak kasi, adalah sebab2 dia bagitau. Salah satu sebabnya sebab adik perempuan(isteri jantan tak guna tu) dia merayu. Entahlah, taktau mcm mana nak explain..tapi kalau boleh memang saya nk report.


Plus side kau ni, kau take care of ur own fam. Tu sangat honorable. High five sikit. Keep i. Touch dgn adik2 kau tu dn cont be strong depan dorang walau kau sndiri tak kuat macam the rock.

InsyaAllah..

Pasal bunuh diri, go ahead kalau nak masuk neraka permanently. Cakap mcm tak de iman, rasa nak lempang lempang je kau ni pakai boot dainese. Sila insof dan jgn terpikir benda bodo tu lagi.

Saya rasa bodoh sgt bila pikir balik pasal yg saya ada thought utk bunuh diri tu. Saya ni memang kurang iman sikit..but skrg mmg menyesal dah. Please jgn lempang saya guna boot
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:52 AM | Show all posts
dek... adik lelaki awak tu depression. sila bawa dia ke hospital for counseling and treatment.
jangan biarkan dia duduk sorang-sorang
saya rasa all of u in depression...

nak tanya... ayah awak still dengan mak ke?
macam mana dia treat awak dan mak dan adik2?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 11:35 AM | Show all posts
dik...be strong. sikit je lagi nak grad dah....sabar n kuat ye. ape2 jadi always ingat Allah ada, ngadu ngan dia..

sebenarnya kawan ni x penting pun. percaya lah satu hari nnt adik akan rasa bersyukur xde kawan cam dorang. mmg akan ada satu tahap dalam hidup kita akan sorang2...so kita akan survive sebab dah biasa kan...org yg terlalu depend kat org mmg akan depress time tu. huhuhu.

akak pun merasa gak dipulaukan kat opis tp akak buat bodoh je. buat hal sendiri n always positif. biar la apa orang nak buat kat kita. apa2 pun Allah ada untuk dengar semua masalah kita. byk kan baca aL quran
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 kat u ni sekejap je dek..sis dulu punya la  ramai bff masa kat u, pas dah keje masing2 busy dengan hal sendiri.and skrg sis lebih suka sendiri aje
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 05:29 PM | Show all posts
Edited by ms.mango at 30-11-2017 09:32 AM

Assalamualaikum tt... semoga tabah dgn dugaan yg dihadapi..

Masa saya kat u dulu pun, saya lone ranger gak... Act, mula2 ada lah kawan...tapi disebabkan saya ni xberapa nak ikut rentak dorang, lama2 dorang jauhkanla diri drp saya... memula saya xpasan pn yg saya ni dipulaukan, cth bila berempat kita berjalan dua depan, dua belakang biasanya tapi dorang berjalan tiga kedepan and saya sorang kebelakang... bila saya laju nak pergi sebelah dorang, dorang lagi laju berjalan ke depan.. ingat perasaan saya je..so saya biarkan...last2 dah 3 hari mcmtu, saya pn pergi kelas balik kelas, makan semua sendiri... bila tak pergi dgn dorang boleh pulak tanya kenapa xpergi sekali? last2 tu baru dorg terus terang yg dorang terasa bila saya tegur dorang pasal dorang sebut benda2 lucah..katanya gurau tapi hello, tiap2 hari setiap masa xhabis lg nak melucah? annoying tau x... bila ckp sekali sentap..kalo dorg yg membahan org xingt dunia... last2 saya yg jauhkan diri bawak diri sensorang... padahal kami kelas sama... cuma masa tu kalo jumpa masih bertegur cuma saya tak sekali dengan dorang... rasa seronok jalan sorang2 makan sorang2.. bila kita sorang lagi ada peluang kita bertegur dengan org lain... mcm tt ckp dalam kelas tt majority bergeng...mmg biasa pn every class mcmtu..ada clik2 dia.. tapi bagi kita yg xclick ni, kita bebas join memana kita nak and bebas nak bertegur sesiapa pn.. takkan la dalam satu U tu semua org pulaukan u kan... kalau takde tu bukanlah takde..mungkin u belum jumpa... tapi tt, u dah nak tahun akhir dah, xyah nak pikir sgt kawan tak kawan ni..jgn benda ni yg jadi reason u tak dapat pointer tinggi... kawan2 U ni pun skejap je...byk kawan2 U ni utk berseronok je..kawan baik susah nak cari... mcm saya mmg xde pun kwn baik kat U..kawan kelas adelah..nak tegur, tegur..xtegur sudah..gitu je..

utk adik perempuan tt, semoga dia sembuh seperti sediakala..sedih dgr cerita dia... klu boleh lodge police report. sbb nanti ramai lagi yg jadi mangsa dia..klu bukan org luar, mungkin juga anak2 dia.. ntahla apa nak jd dgn society kita ni... utk adik lelaki tt, suruh dia buat benda yg dia suka... klu xsuka belajar, lepas spm amik kursus kemahiran.. bengkel ke memasak ke mcm2 semua ada... lagi satu, i cadangkan u adik beradik serta emak u pergi kauseling... u all semua ni depression yg teramat ni... jgn biarkan perasaan depression tu lama2 takut nanti xtahan benda yg lagi worse boleh jadi...

saya doakan tt sekeluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah swt. Sentiasa bersabar dan percaya, apa yg berlaku pasti ada sinar di kemudian harinya... if stress sgt, xde siapa utk luahkan, luahkan saja di forum ni... ramai yg kaka2 porumer sini ok2... btul x kaka2 sekalian? hehe.. tt, jaga diri... semoga berjaya dan lulus dgn cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 05:30 PM | Show all posts
erkk...panjang le pulekkk... maaf ye  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2017 05:45 PM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 30-11-2017 10:52 AM
dek... adik lelaki awak tu depression. sila bawa dia ke hospital for counseling and treatment.
jang ...
dek... adik lelaki awak tu depression. sila bawa dia ke hospital for counseling and treatment.
jangan biarkan dia duduk sorang-sorang
saya rasa all of u in depression...

Ya, saya pun rasa mcm tu. Memang ada makcik pakcik yg cadang suruh adik and parents pi kaunseling sekali, tapi just mcm tu jela. Keluarga km ni memang dilihat sebagai keluarga yang tak bahagia..ada seorg makcik km yg selalu datang rumah kami, selalu duk cakap mcm2 kata dia kesian kt km, tengok km x bahagia, and dia ngadu semua ni kat mak saya. Mak saya ni tahan telinga jela dengar, kesian dia..Ada lagi sorg makcik lagi, dia ni kaya la..and she always 'advice' mcm2 kat mak saya..yela, semua org pandai nasihat ja tapi kalau nak tolong tak pun..pasal nak bawa pi counseling and treatment tu , memang mak saya nak buat tapi ayah saya mcm takde pun tindakan nak buat ni. Yg memeningkan kepala, ayah sy ni terlampau percaya kt rawatan tradisional, apa2 yg jd mesti ada kait dgn jin la apa laa..heish..

sy nk sgt bwk adik sy pi counselling tp buat masa skrg mmg sy tak dpt nk tolong sebab sy tgh belajar kat sini, dahlah jauh. Adik kedua dan adik ketiga pun masih belajar, jauh juga. Adik keempat tgh stpm, dia ni pun kesian juga..kalau beli buku slalu guna duit sendiri (dia kerja)..saya kdg2 ada kasi adik2 saya duit tapi tu pun tak banyak laa..hmm..kadang2 dia mengadu sebab ayah jarang kasi duit utk dia pi sekolah, sepatutnya bagi la sebab itu tanggungjawab ayah kan..

nak tanya... ayah awak still dengan mak ke?
macam mana dia treat awak dan mak dan adik2?
Ya, still dengan mak. Dulu2 selalu gaduh, hampir nak cerai..tp entahlah..ayah taknak cerai, n then mak pun taknak sebab fikirkan km waktu tu masih kecik, sekolah2 lagi..so, skrg ni masih tinggal sebumbung cuma tdur bilik lain2 and ayah kdg2 pergi rumah sana (rumah mak tiri). If dulu, ayah pernah abaikan km, tp sekarang dah okay sikit..ada nmpakla sikit usaha dia nak berbaik dengan km..Tp tulah, semedang je ayah takde duit..adik lelaki nombor tiga selalu perli dia.."tulah, siapa suruh kahwin lain". Adik laki nombor tiga ni mulut laser and baran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 05:51 PM | Show all posts
senahitam replied at 30-11-2017 11:35 AM
dik...be strong. sikit je lagi nak grad dah....sabar n kuat ye. ape2 jadi always ingat Allah ada, ng ...
dik...be strong. sikit je lagi nak grad dah....sabar n kuat ye. ape2 jadi always ingat Allah ada, ngadu ngan dia..

sebenarnya kawan ni x penting pun. percaya lah satu hari nnt adik akan rasa bersyukur xde kawan cam dorang. mmg akan ada satu tahap dalam hidup kita akan sorang2...so kita akan survive sebab dah biasa kan...org yg terlalu depend kat org mmg akan depress time tu. huhuhu.

akak pun merasa gak dipulaukan kat opis tp akak buat bodoh je. buat hal sendiri n always positif. biar la apa orang nak buat kat kita. apa2 pun Allah ada untuk dengar semua masalah kita. byk kan baca aL quran



Thanks. Ya, saya bersabar je ni. Takpelah, saya rasa okay dah sekarang. Saya nak grad cepat2 n bantu family je nnti, tu je. Pasal takde kwn tu takpela, saya dah tempuh benda ni 3 tahun dah..sebenarnya dah lali, cuma tulah sejak akhir2 ni taktau la kenapa rasa emo pula..maybe sebab sedih. hmm, tinggal berapa bulan je lagi..I can do this! hehe

terima kasih atas nasihat akak. Ya, betul akak cakap, biarla apa org nak buat kt kita. Allah ada..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 06:10 PM | Show all posts
ms.mango replied at 30-11-2017 05:29 PM
Assalamualaikum tt... semoga tabah dgn dugaan yg dihadapi..

Masa saya kat u dulu pun, saya lone r ...
Assalamualaikum tt... semoga tabah dgn dugaan yg dihadapi..

Masa saya kat u dulu pun, saya lone ranger gak... Act, mula2 ada lah kawan...tapi disebabkan saya ni xberapa nak ikut rentak dorang, lama2 dorang jauhkanla diri drp saya... memula saya xpasan pn yg saya ni dipulaukan, cth bila berempat kita berjalan dua depan, dua belakang biasanya tapi dorang berjalan tiga kedepan and saya sorang kebelakang... bila saya laju nak pergi sebelah dorang, dorang lagi laju berjalan ke depan.. ingat perasaan saya je..so saya biarkan...last2 dah 3 hari mcmtu, saya pn pergi kelas balik kelas, makan semua sendiri... bila tak pergi dgn dorang boleh pulak tanya kenapa xpergi sekali? last2 tu baru dorg terus terang yg dorang terasa bila saya tegur dorang pasal dorang sebut benda2 lucah..katanya gurau tapi hello, tiap2 hari setiap masa xhabis lg nak melucah? annoying tau x... bila ckp sekali sentap..kalo dorg yg membahan org xingt dunia... last2 saya yg jauhkan diri bawak diri sensorang... padahal kami kelas sama... cuma masa tu kalo jumpa masih bertegur cuma saya tak sekali dengan dorang... rasa seronok jalan sorang2 makan sorang2.. bila kita sorang lagi ada peluang kita bertegur dengan org lain... mcm tt ckp dalam kelas tt majority bergeng...mmg biasa pn every class mcmtu..ada clik2 dia.. tapi bagi kita yg xclick ni, kita bebas join memana kita nak and bebas nak bertegur sesiapa pn.. takkan la dalam satu U tu semua org pulaukan u kan... kalau takde tu bukanlah takde..mungkin u belum jumpa... tapi tt, u dah nak tahun akhir dah, xyah nak pikir sgt kawan tak kawan ni..jgn benda ni yg jadi reason u tak dapat pointer tinggi... kawan2 U ni pun skejap je...byk kawan2 U ni utk berseronok je..kawan baik susah nak cari... mcm saya mmg xde pun kwn baik kat U..kawan kelas adelah..nak tegur, tegur..xtegur sudah..gitu je..
Waalaikummussalam.

Ohh, kesiannya awak . Takpelah , bagus lagi bawa diri sorg2 kan..
ya, saya dah tak pikir sgt dah pasal kwn..cuma sejak akhir2 ni je sy terpikir, ntahlah knapa boleh jadi ter emo sgt huhu..tp sekarang sy ok dah.
Fokus sy skrg cuma nak habiskan semu ni, and then grad. Bantu family , tu je.

utk adik perempuan tt, semoga dia sembuh seperti sediakala..sedih dgr cerita dia... klu boleh lodge police report. sbb nanti ramai lagi yg jadi mangsa dia..klu bukan org luar, mungkin juga anak2 dia.. ntahla apa nak jd dgn society kita ni... utk adik lelaki tt, suruh dia buat benda yg dia suka... klu xsuka belajar, lepas spm amik kursus kemahiran.. bengkel ke memasak ke mcm2 semua ada... lagi satu, i cadangkan u adik beradik serta emak u pergi kauseling... u all semua ni depression yg teramat ni... jgn biarkan perasaan depression tu lama2 takut nanti xtahan benda yg lagi worse boleh jadi...Ai

Amin. Terima kasih.. ya, mmg nak lodge police report tp mak tak izinkan plak..adeh..
ya..memang rancangan nak pi counselling ajak mak n adik semua pi counselling tu ada, tapi tu la..duit takde lagi, n takde sapa yg boleh htr kan pergi sana buat masa skrg. Ayah mcm tak setuju sgt dgn cadangan ni, dia kata kalau saya nak teruskan..buat jela sendiri, dia taknak masuk cmpur. Tp mcm mana saya nak buat kalau saya pun tersekat belajar kat sini? And mak saya surirumah, bawak kereta apa semua pun tak pandai. Jadi memang agak tersekat sikit di situ. InsyaAllah lepas habis belajar nnt saya nak terus ajak mak n adik pi counselling. Buat masa ni saya tengah kumpul duit lagi and nak kumpul maklumat juga , tanya2 org yg pernah pergi counselling.

saya doakan tt sekeluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah swt. Sentiasa bersabar dan percaya, apa yg berlaku pasti ada sinar di kemudian harinya... if stress sgt, xde siapa utk luahkan, luahkan saja di forum ni... ramai yg kaka2 porumer sini ok2... btul x kaka2 sekalian? hehe.. tt, jaga diri... semoga berjaya dan lulus dgn cemerlang
Terima kasih byk2. saya doakan awak sekeluarga pon sihat dan dirahmati Allah. InsyaAllah..terima kasih ya byk2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 06:12 PM | Show all posts
namr replied at 30-11-2017 01:41 PM
Kawan2 kat u ni sekejap je dek..sis dulu punya la  ramai bff masa kat u, pas dah keje masing2 busy d ...

good
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.194566 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list