CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5924|Reply: 2

ILMU I'RAB SEBAHAGIAN DARI ILMU NAHWU

  [Copy link]
Post time 29-11-2017 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by KitabTurath at 29-11-2017 10:58 AM

PENDAHULUAN

Kenapa dalam Quran, kalimah Allah berbeza harakat akhirnya, (اللهُ  اللهَ  اللهِ) Allaha, Allahi dan Allahu. Bagitu juga kalimah Rasul (رسولُ  رسولَ  رسولِ) Rasuulu, Rasuula dan Rasuuli

Contoh;
1. خَتَمَ اللهُعَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ
"Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka" [QS2::7]
2.
يُخَادِعُونَ اللهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ
"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri" [QS2::9]

3. وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ للهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
"dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar." [QS2::23]

4. أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ
"Apakah setiap datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu [pelajaran] yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; " [QS2::87]


5. رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ
"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau" [QS2::129]

6. الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ"[Yaitu] orang-orang yang menta’ati perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka [dalam peperangan Uhud]" [QS3::172]


Perubahan harakat akhir ini dapat dipelajari dalam Ilmu I'rab iaitu salah satu dari cabang ilmu Nahwu.

Jadi, apa itu Ilmu I'rab?
Ilmu I'rab ialah;

"I’rab itu adalah berubahnya akhir-akhir kalimat karena perbedaan amil-amil yang masuk atasnya baik secara lafadz atau taqdir."


Oleh kerana baris akhir suatu kalimah itu boleh berubah, maka perubahan ini mengalami 4 keadaan iaitu;

1. keadaan rafa' (marfu' - alamat harakat asas ialah dhammah)
- Contoh; kalimah اللهُ dikatakan berada dalam keadaan rafa', dan alamat rafa' ialah harakat dhammah.


2. keadaan nashab (manshub - alamat harakat asas ialah fathah)
- Contoh; kalimah اللهَ dikatakan berada dalam keadaan nashab, dan alamat nashab ialah harakat fathah.


3. keadaan khafad (majrur - alamat harakat asas ialah kasrah)
- Contoh; kalimah للهِ dikatakan berada dalam keadaan khafad, dan alamat majrur ialah harakat kasrah


4. keadaan jazam (majzum - alamat harakat asas ialah sukun)
- Contoh; kalimah
لَمْ يَلِدْ ۙ وَلَمْ يُوْلَدْ ۙ
dikatakan berada dalam keadaan jazam, dan alamat jazam ialah harakat sukun.

Apabila kita tadabbur al-Quran, adalah lebih baik kita perhatikan juga keadaan i'rab setiap kalimah yang terdapat dalam ayat2 dalam al-Quran samada kalimah tersebut mabni atau mu'rab. Ini menambahkan lagi kefahaman kita terhadap tatabahasa al-Quran sebagai kalam Allah.

Mabni - kalimah yang tetap harakat akhirnya, tidak berubah.
Mu'rab - kalimah yang boleh berubah harakat akhirnya.... insyaaAllah bersambung




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2017 03:26 PM | Show all posts
Edited by KitabTurath at 1-12-2017 07:54 AM

BAB MENGENAL TANDA2 I'RAB


A. RAFA' mempunyai 4 tanda
1. Dhammah
2. Alif
3. Waw
4. Nun


B. NASAB mempunyai 5 tanda
1. Fathah
2. Alif
3. Kasrah
4. Yaa
5. Buang nun


C. KHAFAD mempunyai 3 tanda
1. Kasrah
2. Yaa
3. Fathah


D. JAZAM mempunyai 2 tanda
1. Sukun
2. Al-Hafzu

Semua tanda2 tersebut adalah untuk isim kecuali i'rab majzum dan nun untuk fe'il- Alamat dalam petak putih ialah untuk ISIM
- Alamat dalam petak kelabu ialah untuk FE'IL

Isim mufrad yang marfu mempunyai tanda dhammah.
(> Alamat I'rab > Marfu' > Dhammah > Isim Mufrad.)
Contoh 1;
خَتَمَ اللّٰهُ عَلَىٰ قُلُوۡبِهِمۡ وَعَلٰى سَمۡعِهِمۡ‌ؕ

"Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka " [QS2::7]
- Perhatikan kalimah Allaahu;
-- Kalimah ini ialah isim mufrad yang marfu dan tanda rafa'nya ialah harakat dhammah dan ia adalah Faa'il


Contoh 2;
اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الۡحَـىُّ الۡقَيُّوۡمُ

"Allah, tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus [makhluk-Nya];" [QS2::255]
-- Kalimah Allaahu ialah isim mufrad yang marfu dan tanda rafa'nya ialah harakat dhammah dan ia adalah Mubtada

Contoh 3;
وَلَمَّا ضُرِبَ ابۡنُ مَرۡيَمَ مَثَلًا اِذَا قَوۡمُكَ مِنۡهُ يَصِدُّوۡنَ

"Dan tatkala putera Maryam [’Isa] dijadikan perumpamaan tiba-tiba kaummu [Quraisy] bersorak karenanya. " [QS43::57]
-- Kalimah ٱِبْنُialah isim mufrad yang marfu dan tanda rafa'nya ialah harakat dhammah dan ia adalah Naib Faa'il

Disini kita dapat lihat setiap isim yang berkedudukan sebagai Faa'il, Mubtada dan Naib Faa'il adalah berkeadaan marfu dan tanda marfu ialah dengan dhammah.

*******


Apabila kita tadabbur Al-Quran hendaklah kita memerhatikan sekurang2nya beberapa perkara berikut;
1. Tajwid
2. Makna dan Tafsir
3. I'rab setiap kalimah
Contoh;
قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِۙ

Perhatikan kalimah النَّاسِۙ
Tajwid:
1. Huruf nun adalah termasuk dalam kumpulan 'syamsyiah' - maka lamnya tidak dibaca.
2. Alif disini ialah hamzah wasal - tidak dibaca ketika sambung.
3. Nun bertasydid - wajibal ghunnah iaitu wajib dengung 2 harakat.
4. Bacaan mad aridh lisukun jika diwakaf.

Erti:
النَّاسِۙ - bermaksud seluruh umat manusia sejak Nabi Adam hingga kiamat/akhirat.

I'rab:
Kalimah an-nas adalah bersifat;
1. Makrifat
2. Berkeadaan majrur
3. Isim khofad
4. Sebagai mudhaf ilaihi
*******
... bersambung











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2017 02:57 PM | Show all posts
Edited by KitabTurath at 1-12-2017 03:13 PM

ISIM-ISIM YANG MARFU'


Isim2 yang marfu ada 7 kedudukan dalam i'rab iaitu;
1. FAA'IL
2. NAIB FAAIL
3. MUBTADA
4. KHABAR
5. ISIM KAANA
6. KHABAR INNA
7. TABI'


1. FAA'IL (Pelaku atau Subject)
.
Setiap Faa'il adalah marfu. Jika faa'il itu isim mufrad, jamak taksir dan jamak muannath salim, tanda marfunya ialah dengan harakat dhammah. Ia disebut selepas fe'il. Jenis faa'il ada dua iaitu 1) faa'il isim zahir 2) faa'il isim dhamir.Contoh;
1. ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَا يُبْصِرُونَ
"Allah hilangkan cahaya [yang menyinari] mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat. " [QS2::17]
Kalimah 'Allahu' berkedudukan sebagai faa'il zahir dan ia terletak selepas kalimah fe'il ذَهَبَ





... bersambung

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057043 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list