CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: seribulan

[Idea] ...BETUL BETUL BETUL...

  [Copy link]
Post time 29-12-2017 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasakan berkawan dengan orang2 positif supaya hidup lebih tenang, jauhi aura negatif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2017 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedang mencuba untuk membiasakan diri supaya mengawal tahap marah pada anak terutama bila dia buat silap. Tak mahu anak jadi takut dan tak berani nengakui kesilapan pada masa depan.

Biasakan untuk mempertimbangkan setiap perkara sama ada baik atau buruk sebelum melakukannya. Sebelum ada anak mungkin boleh ikut suka hati. Selepas ada anak kena beringat supaya anak tak mengikut contoh buruk.

Biasakan untuk menjaga hati dan perasaan suami tapi taklah sampai mengabaikan perasaan sendiri. Sebelum ni mungkin hanya memikirkan diri sendiri.

Biasakan untuk bersyukur dengan apa yang kita ada dan tidak merungut apa yang kita tak dapat. Teruskan usaha tak mustahil dengan kerja keras dan perseverance kita akan dapat hadilnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasakan untuk terus basuh pinggan mangkuk cawan lepas guna dan tidak sekadar memenuhkan sinki sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sangat bersetuju dengan quote ni..

dalam kerja buat kita seharian, perbaiki perkara yg tak berapa betul walaupun dah menjadi satu kebiasaan selama ni..

dan amalkan atau jadikan kebiasaan untuk sentiasa buat kerja ikut cara terbaik.. kalau semua org amalkan quote ni mesti kebabommm/terbaikk sesuatu organisasi itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
*Hilang Keberkatan dan Rezeki Dalam Keluarga*

1. Sering bergaduh.

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Kikir dengan pasangan dan anak-anak.

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah.

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.

7. Kurang berdoa.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 11:18 AM | Show all posts
musclemuseum replied at 5-12-2017 11:36 AM
Biasakan datang awal ke tempat kerja.
Jangan ngam2 atau lambat, bila kelam kabut mula lah tak foku ...

ini setuju, selalu time pegi keje. semua drive macam formula 1. I faham semua keje masuk pkul8 tapi jgnlah bawak kereta sampai membahayakan org lain. sangat tak berkenan dengan spesis datang keje ngam2 waktu lepas tu marah2 org bawak kereta slow(die rase slow sebab die bwk laju).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2017 08:27 PM | Show all posts
biasakan diri supaya tidak membalas kejahatan yg dilakukan terhadap kita..
hidup perlu selalu positif dan biasakan hulurkan bantuan tanpa disuruh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasakan memberi tanpa mengharap.
Memaaf tanpa mengungkit.  

These 2 are the lessons yg i am trying to teach myself.

Kdg kita sakit hati ngan layanan org lain. Bagi kita, kita dah memberi byk. Nak ajar diri utk memberi tanpa mengharap susah sgt. Kebiasaan kita memberi dgn bersyarat. Syarat org lagi suka..org lagi sayang..org tambah respect. Bila org dont behave as expected.  Kita dah kecik ati. Pemberian terdahulu dah x ikhlas.

Memaaf tanpa mengungkit. As a women this is hard. Memaafkan means we forgive not just today but forever. Im always ready to forgive today but my forgiveness has a timer on it. Once the timer starts beeping,  the hurt comes back and i realize i never actually forgave.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 03:27 PM | Show all posts
Jom betulkan kebiasaan...

Jika seseorang mendapati sesuatu yang membuatnya kagum atau mendengar kabar yang membuatnya takjub, kalimat apakah yang paling tepat? “Subhanallah” (سُبْحَانَ اللَّهِ) atau “Masya Allah” (مَا شَاءَ اللَّهُ)?

Menurut para ulama, yang lebih tepat adalah mengucapkan “Masya Allah” (مَا شَاءَ اللَّهُ). Sebagaimana firman Allah dalam surat Al Kahfi:

وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu “maa syaa-allaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).” (QS. al Kahfi: 39)

Ucapan “Masya Allah” (مَا شَاءَ اللَّهُ) ini mengembalikan kekaguman kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahwa semua yang kita kagumi itu terwujud atas kehendak Allah, bukan karena usaha kita atau orang tersebut. Dicontohkan dalam ayat tersebut, jika seseorang memasuki kebun, hendaklah ia mengucapkan “Masya Allah” (مَا شَاءَ اللَّهُ). Kekagumannya atas indahnya kebun tersebut, ranumnya buah, lebatnya tanaman dan berhasilnya perkebunan, semata-mata kebaikan-kebaikan itu atas kehendak Allah.



Sedangkan kalimat “Subhanallah” (سُبْحَانَ اللَّهِ), dalam Al Qur’an disebutkan lima kali. Yakni dalam surat Al Mu’minun ayat 91, Al Qashash ayat 68, Ash Shafat ayat 159, Ath Thur ayat 43 dan Al Hasyr ayat 23.

Dalam surat Al Mu’minun ayat 91 dan Ash Shafat ayat 159, kalimat “Subhanallah” digandengkan dengan “ammaa yashifuun” yang artinya Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan. Sedangkan dalam tiga ayat lainnya, kalimat “Subhanallah” digandengkan dengan “ammaa yusyrikuun” yang artinya Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Jadi dalam Al Qur’an, kalimat “Subhanallah” digunakan untuk menyatakan kesucian Allah dan menyangkal hal-hal negatif yang dituduhkan orang-orang musyrik.

Sedangkan dalam hadits, ucapan “Subhanallah” dipakai ketika seseorang heran sikap seseorang. Heran, bukan kagum.

Misalnya ketika Abu Hurairah junub dan tidak mau berdekatan dengan Rasulullah yang suci. Rasulullah pun bersabda:

سُبْحَانَ اللَّهِ إِنَّ الْمُسْلِمَ لاَ يَنْجُسُ

“Maha Suci Allah, sesungguhnya muslim itu tidak najis” (HR. Al Bukhari)

Ucapan “Subhanallah” juga dipakai Rasulullah ketika ada peristiwa besar. Namun, bukan bentuk kekaguman.



DAN AKHIR SEKALI.. biasa kan sedekah ALFATIHAH utk kedua ibu bapa kita samada masih hidup ataupon yg dah tiada terutamanya selepas solat..tak smestinya parent yg dah xde baru nk sedekah..InsyaAllah murah rezeki & dipermudahkan urusan seharian kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita dah terbiasa ajar anak perempuan dengan kerja rumah.
Dari memasak.. membasuh pakaian.. mengemas..
Sampaikan anak lelaki kita hanya jadi peneman ayah dan bersenang lenang.

Sedangkan kerja rumah adalah tanggungjawab bersama. Ajar anak lelaki utk sama2 bertanggungjawab dan menyelesaikan kerja rumah..
InsyaAllah dia akan jadi lebih komited dan rajin serta sangat ringan tulang.
Ingtkan anak lelaki kita akan akhlak mulia Rasulullah saw yang selalu membantu isteri2 baginda dalam menyelesaikan urusan kerja rumah.

Didikan kita yang bagus boleh menjamin kesejahteraan keluarga anak2 kita di kemudian hari.. hehw

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 02:36 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-12-2017 10:50 PM
Contoh...
http://www.magwuzz.com/2015/03/kebiasaan-buruk-merusak-otak.html?m=1

bila kita kurang tidur... segala benda kita akan tergendala.. mood keje tak ada.. kesihatan pun terjejas..
anak2 malas nak ke sekolah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2018 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Since it's a new year, I will touch on goals. Ramai org ada byk azam bila tahun baru, tp by end of the year, tak achieve pun. Here are some tips.

Biasa kan diri utk selalu make small,  achievable,  short term goals on top of big goals. Sebagai contoh, kalau ada cita2 nak turun 10 kg dlm 6 bulan, kena set a biweekly target. Target setiap 2 minggu nak turun 500gm to 1kg. Sometimes, if kita just focus on the main goals, kita rasa susah nak capai and jadi demotivated. Kalau kita slowly achieve small goals, InshaAllah akan capai the big goals.

Biasa kan juga to make a checklist of all the things you want to achieve instead of ckp mulut or letak dlm kepala. Write down all your goals, and cross if off the list if dah achieve so that you know how far is your achievement. Cara ni juga akan cepat kan kita nak capai aim kita. Bila kita tgk byk yg belum cross off, kita akan work towards it. If kita tgk byk yg dah cross, kita lebih semangat nak set an even bigger goals.

Happy new year semua!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 04:00 PM | Show all posts
slogan ni pnh diguna pakai dek bos lame aku..tp die sndiri pun kdang xbrape nak pakai slogan tu

byk bnd yg kite boleh start utk biasakn yg betul,betulkan yg biasa ni...dr yg sekecil2 perkara hingga la yg sebesar2 perkara..klau x mula dr hal yg kecik,,mcm mne nak buat yg hal besar kan...cthnye,,biasakan minum air masak selepas bangun tidur utk sihatkan jantung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
'' saya takda harta pun, kenapa nak buat wasiat? ''
- Memastikan kebajikan waris waris terjamin

Rata rata yang bekerja samada sebagai penjawat awam atau swasta pasti mempunyai akaun perbankan sekurang-kuranya satu, akaun KWSP , dan bagi yang beragama Islam mempunyai akaun Tabung Haji. Sekiranya kita meninggal dunia, semua akaun ini akan terbeku dan waris tidak boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut tanpa surat kuasa. Sekiranya tiada penama bagi akaun tersebut, waris perlu pergi ke Mahkamah Tinggi untuk permohonan surat kuasa.

Selalunya proses untuk mendapatkan surat kuasa akan menganbil masa sekurang kurangnya 6 bulan dan mungkin akan menjadi lebih lama sekiranya tidak mengikut proses yang betul. Bagaimana pula dengan nasib waris kita dalam tempoh satu tahun pertama itu? Sekiranya isteri yang ditinggalkan adalah suri rumah sepenuh masa dan hanya berharap pada gaji si suami. Selepas kematian suami perlukah si isteri pergi meminjam dari sanak saudara kerana duit peninggalan suami telah terbeku dalam bank?

Dengan adanya hasrat yang bertulis, bertarikh dan bersaksi, semua waris maklum dan ada wasi          ( pentadbir ) yang akan memulakan proses. Proses untuk mengeluarkan wang simpanan daripada semua akaun si mati juga akan menjadi mudah dan cepat. Keluarga yang ditinggalkan juga tidak perlu risau bagaimana untuk teruskan hidup selepas ketiadaan ketua keluarga mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya, "biasakan yang betul, betulkan yang biasa..". (pada yang biasa dan sempat belajar bersama dengan beliau, mesti familiar dengan frasa tu..perasan tak?) Frasa yang bagi saya sangat simple namun sudah cukup untuk membentangkan makna yang sangat luas pada kita untuk sama-sama direnung dan difikirkan. Benar, sangat besar maknanya..

Ya, umumnya terlalu banyak perkara yang telah menjadi kebiasaan dan amalan dalam hidup kita kini. Pada amalan yang baik lagi disenangi umpama suka bantu-membantu, membaca mencari ilmu, bersedekah pada mereka yang perlu dan banyak lagi amalan baik yang lain. Ahamdulillah, syukur kepada Allah swt. Ya!! teruskanlah amalan itu, masyarakat senang, Allah juga sayang. InsyaAllah. Namun, tidak terkecuali juga amalan yang menjadi kebiasaan dalam hidup kita ini wujud ciri-ciri yang tidak menepati spesifikasi syariat Islam tanpa kita sedari, atau mungkin sengaja tidak mahu kita hindari. Na'uzubillah..

Terkadang, perkara yang sudah sekian lama menjadi amalan kebiasaan bagi diri, kita rasa senang dan mudah untuk melakukannya tanpa rasa ragu. Justeru, ia menjadikan kita susah untuk menjauhkan diri sekali gus mahu ditinggal dan tidak mengamalkannya lagi. Seolah-olah amalan itu sudah sebati dengan diri, bersarang penuh kukuh dalam hati, menjadi sukar untuk dicuci, payah untuk dibenci, apatah pula mahu ditinggalkan pergi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:43 AM | Show all posts
Tangani Marah dengan
1.Jangan terlalu taasub dengan sesuatu: contoh pendapat sendiri adalah benar, yang lain salah.
2.Bila orang sindir  sesuatu jangan kaitkan dengan dia tegur kita, walaupun macam dia tuju ke kita.
3. Lepaskan saja tidak perlu kita pertahankan dan nakkan semua ikut kita.
4. Sedar apa yang sedang berlaku dalam diri, penat sangat ke, lapar ke etc. Bila kita lapar kita akan cari sebab untuk nak marah
5. Belajar untuk luahkan apa yang sedang anda alami : “ bila awak buat begitu, saya rasa marah.”

Credit :
Dr Christian Conte

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 03:16 PM | Show all posts
biasakan diri berkomunikasi secara dua hala yang baik dengan suami isteri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Basuh pinggan mangkuk sebelum tido, clearkan sinki supaya rezeki melimpah ruah- us kazim elias

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjagaan wajah

1. Biasakan pakai toner lepas cuci muka. Bukan cuci muka pastu terus pakai pelembap. Barula liang pori x sebesar kawah bulan

2. Biasakan pakai sunblock. Bukan sebab mengada taknak kulit jadi lebih gelap je, untuk perlindungan dari sinar uv jugak

3. Biasakan 'dap dap' bedak/foundation. Bukannya tenyeh. Barula nampak more natural. Lagipun kesian muka kalau tenyeh2 kasar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.157274 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list