|
Sebelum ini, Ika Nabella dihentam ramai apabila gambar panasnya menjadi tular di laman sosial.
Tak lupa juga kontroversi yang melanda dirinya apabila bergaduh dengan seorang wanita di KLIA.
Senyap sahaja, tapi sekarang tiba-tiba sahaja nama pelakon ini kembali menjadi bualan ramai.
Semuanya gara-gara video yang dimuat naik olehnya di Instagram.
Panas! Bercumbu, di mulut lagi! Nampak sangat romantis dan terserlah kebahagiaan pasangan ini.
Difahamkan, video tersebut diambil semasa Nabila dan suami menghadiri sebuah majlis perkahwinan bersama suami, Muhammad Zaid Azman.
Foto: IG Ika Nabella
Nampak spontan, namun aksi aktres ini menjadi perhatian ramai kerana dikatakan melampau.
Ramai netizen yang panas hati kerana ianya tidak sesuai untuk tontonan umum.
Foto: IG Ika Nabella
Kebanyakannya mengecam Ika Nabella kerana tidak sensitif dalam menjaga adab, walaupun bercium dengan suami sendiri.
Rasanya sudah banyak kali golongan artis buat begini. Macam tak sedar-sedar pula gayanya kan? -CARI
|
|