Dengan sekali lafaz pelawak Tauke Jambu sah bergelar suami kepada model sambilan, Nadia Mohd Affendi, 28, pada pukul 12 tengahari tadi (Sabtu).
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang juga imam Masjid At Taqwa, TTDI, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Affendi Mohamad.
Tauke atau nama penuhnya Zamratul Amri Zakaria, memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan jumlah wang hantaran RM30,000.
Selain itu pelawak berusia 41 tahun itu turut membawa lima dulang hantaran, juga dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan.
Majlis pernikahan yang serba ringkas tetapi meriah yang berlangsung di De Laman Event, Shah Alam itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada sanak saudara pasangan pengantin dan rakan rapat.
Ini merupakan perkahwinan keempat Tauke dan pertama bagi Nadia.
Malam ini akan berlangsungnya majlis resepi yang bertemakan fairy tale di lokasi sama.
Terdahulu pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.
ko jangan soalkan misteri si lelaki itu yang berjaya menarik perhatian pompuan2 muda baya2 aku..ko persoalkan cane pompuan muda nak2 baya2 aku tu leh nak ngn spesis camni...
Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya.
Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka. Saya pernah terjumpa dengan seorang anak saya di Facebook dan cuba menghubunginya di sana.
Tetapi selepas itu, saya terus disekat. Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka dan berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti
Ini merupakan perkahwinan kali keempat bagi pelawak berkenaan dan mempunyai enam orang anak hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu