CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 5

[Tempatan] Rakyat nikmati taraf hidup jauh lebih tinggi berbanding dulu, kata Firdaos Rosli

[Copy link]
Post time 12-12-2017 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-12-2017 03:37 AM

Rakyat nikmati taraf hidup jauh lebih tinggi berbanding dulu

https://www.malaysiakini.com/news/405146

Hari ini, 9:35 am      Hari ini, 9:42 am



Rakyat Malaysia menikmati taraf hidup lebih tinggi dari sebelumnya, kata Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli.

Katanya rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional, di samping kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar seperti dinyatakan dalam Kajian Perbelanjaan Isi Rumah 2016.

Firdaos berkata, berdasarkan data diterbitkan Persatuan Automotif Malaysia, jualan kereta asing jenama pertengahan seperti Honda, Ford, Mazda dan Subaru mencatat kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sejak 2009 berbanding juara automotif tempatan, Perodua.

“Baru-baru ini, barangan yang dibeli melalui platform perdagangan dalam talian popular mencatat jualan lebih RM100 juta pada Singles Day pada 11 November.

"Malaysia adalah pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara dengan kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.


Tunjuk aliran menaik

Beliau juga mempersoalkan jika penyusutan ringgit benar-benar menjadi satu isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan bahawa dalam sembilan bulan pertama tahun ini, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion)?

“Malah nilai import telefon mudah alih lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan! Selain itu, harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi," tambahnya.

Menurut Firdaos, pengukuhan dolar AS berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.


"Merujuk kepada data terbaru Bank Negara, pada 10 bulan pertama 2017 nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di luar negara meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017.

"Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9 peratus pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015," katanya.

Firdaos menjelaskan, bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.

Menyentuh kadar pengangguran Malaysia yang berada di bawah empat peratus - yang ditakrifkan sebagai pekerjaan penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) - sejak 1995, kata Firdaos kadar pengangguran tidak melepasi paras empat peratus walaupun kejatuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan Krisis Kewangan Global 2007/2008.

"Pada 2016, kadar pengangguran Malaysia sebanyak 3.4 peratus adalah lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju seperti AS (4.9 peratus), Jerman (4.1 peratus) dan Korea Selatan (3.7 peratus)," katanya.


BR1M banyak membantu

Walaupun harga barangan dan perkhidmatan secara amnya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Firdaos berkata, sejak 2009, purata pendapatan isi rumah bulanan secara keseluruhannya meningkat dengan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus (B40) berkembang paling cepat berbanding kumpulan pendapatan lain.

"Selain kenaikan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK daripada 29.3 peratus pada 2008 kepada 35.3 peratus pada 2016, statistik rasmi juga menunjukkan purata pendapatan isi rumah bulanan Malaysia telah meningkat sebanyak 6.6 peratus setahun antara 2014 dan 2016," katanya.

Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup di kalangan golongan berpendapatan rendah, Firdaos berkata, rakyat Malaysia perlu mengiktiraf dua fakta utama mengenai inisiatif itu:
  • Sebilangan negara Eropah juga mula menerima idea tersebut tetapi dalam bentuk pendapatan asas sejagat
  • BR1M telah membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.


"Menurut statistik rasmi, koefisien GiNi Malaysia telah berkurang daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Trend sedemikian konsisten dalam semua kumpulan etnik, tetapi yang menariknya, komuniti Cina mencatat penurunan paling rendah daripada yang lain," katanya.

Firdaos juga berkata, pengurangan cukai pendapatan peribadi secara beransur-ansur kepada golongan berpendapatan sederhana bermakna bahawa mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang jauh lebih besar daripada sebelumnya, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2018 pada Oktober lalu. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 261,000 orang.

Mengenai pengembangan dan pemantapan sistem pengangkutan awam sejak 2009, beliau berkata, ia telah memberi manfaat kepada penghuni Lembah Klang yang menawarkan tambang murah dan juga pilihan khidmat pengangkutan yang lebih luas berikutan pengesahan perkhidmatan e-hailing.

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan bahawa kerajaan perlu mengawasi golongan yang kurang bernasib baik sambil terus membantu rakyat untuk memperoleh pendapatan, dan pekerja perlu diberi pampasan sewajarnya bagi kerja yang dilaksana, seterusnya meningkatkan produktiviti negara.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 02:26 PM | Show all posts
i agree
peluang membeli belah lebih luas dan pelbagai dalam banyak medium terutamanya online

people lebih globalized dan connected. dunia semakin kecil tetapi complex
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 02:46 PM | Show all posts
dulu max car loan 5 thn

skg max 9 tahun



org mampu beli bkn sbb byk duit tp term hutang dimudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
betul kata firdaos rosli ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 04:13 PM | Show all posts

gaya hidup rakyat Malaysia yg menentukan kos sarahidup rakyat Malaysia sama ada membebankan ataupun tidak.
bila membebankan, kerajaan jugak yg disalahkan.


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 05:18 PM | Show all posts
bukti ekonomi Negara masih baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.247044 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list