CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2647|Reply: 11

Bercuti Tapi Rindu Masakan Melayu? Nah, 4 Restoran Di Australia Barat Ini Kan Ad

[Copy link]
Post time 15-12-2017 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Bercuti di luar negara memang menyeronokkan tetapi ada juga yang tak dapat nak tahan craving untuk makan masakan Melayu walaupun baru beberapa hari jejakkan kaki di sana.


Mana tidaknya kalau lidah sudah biasa makan pedas, berkuah, sambal dan sebagainya maka itulah makanan yang tetap akan dicari untuk memuaskan selera makan.


Bagi yang bercuti di Australia Barat seperti Perth anda tidak perlu risau kerana di sini terdapat empat restoran masakan Melayu dan sudah pastinya halal seperti yang dimuat naik dalam laman sesawang kaki.sini.com.my


Berikut adalah empat restoran masakan Melayu di Australia Barat:



1) Insan's Cafe


Foto: kaki.sini.com.my



Terletak di Murray Street di CBD Perth, Insan's Cafe menyediakan makanan asli Melayu yang dijamin halalnya buat sesiapa sahaja yang merindui masakan Melayu.


Lokasinya juga tidak terlalu jauh dari Elizabeth Quay serta Lengley Park dan berada di alamat 113-115 Murray St, Perth WA 6000, Australia.


Antara menu istimewa yang ditawarkan adalah nasi goreng makanan laut, popia goreng dan mee sup daging lembu yang boleh tahan pedasnya.


Insan's Cafe juga turut menyediakan pelbagai lagi makanan laut dengan burger dan beroperasi pada hari Sabtu hingga Khamis bermula jam 11 pagi sehingga 9 malam, manakala Jumaat pula dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.


2) Makan2 Cafe


Foto: kaki.sini.com.my



Menyediakan pelbagai jenis makanan secara bufet dan ala carte Makan2 Cafe mampu mengubati kerinduan sesiapa yang menginginkan nasi briyani, nasi lemak dan nasi kandar.


Lebih menambah keterujaan kesemua nasi berkenaan boleh dimakan bersama lauk rendang daging, kari ayam berkrim, sambal ayam, asam pedas dan sebagainya.


Tak cukup daripada itu, restoran ini turut menyediakan makanan lain seperti roti canai, roti telur, nasi goreng pelbagai jenis, mee sup tomyam bersama teh tarik atau kopi kampung.


Bagi yang ingin mencari Makan2 Cafe ianya beralamat di 357 Albany Hwy, Victoria Park WA 6100, Australia, dibuka dari jam 11 pagi sehingga 10 malam pada hari Ahad hingga Rabu dan 11 pagi hingga 11 malam hari Khamis hingga Sabtu.


3) Satay on Charcoal


Foto: kaki.sini.com.my



Sate di Perth sudah pasti menambahkan rasa keterujaan bagi yang menginginkan makanan popular di Malaysia ini.


Terletak di South Perth, Satay on Charcoal menyediakan makanan terbaik utnuk penduduk dan pengembara di Perth dengan mementingkan layanan mesra disamping memastikan makanan yang dihidangkan sempurna dari segi persembahannya.


Jangan ingat Satay On Charcoal hanya menyediakan Sate sahaja kerana restoran ini juga menyediakan menu makanan berat dan ringan seperti Tauhu Bakar, gado-gado, karipap, nasi lemak rendang daging dan nasi lemak ayam goreng berempah.


Bagi yang mencari alamat penuh Satay on Charcoal ini alamatnya, 18 Mends St, South Perth WA 6151, Australia.

4) MyRasa (Welwyn Road)


Foto: kaki.sini.com.my



MyRasa cukup terkenal sebagai sebuah restoran keluarga yang menyediakan hidangan Melayu tulen.


Mereka menyediakan makanan menggunakan pelbagai rempah, daging segar, makanan laut, sup, dan pelbagai jenis sayuran serta sambal. Menu yang ditawarkan adalah seperti mee goreng mamak Penang, char kuew teow Penang, creamy butter chicken dan banyak lagi.


Beralamat di 1/18 Welwyn Ave, Manning WA 6152, Australia, MyRasa beroperasi pada hari Selasa sehingga Khamis bermula jam 5 petang sehingga 9.30 malam, manakala hari Jumaat hingga Ahad dibuka pada 9 pagi sehingga 9.30 malam dan tutup Isnin.


Berada di luar negara pun tak jadi masalah. Agak-agak mana satu anda nak cuba? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukaaa je kdg2 g holiday berhari2 selang seli cari makanan melayu..ada kawan yg spesis x jumpa nasi la yg pening..pergi travel je dah sound siap2 nasi ngan sambal kering dia mmg nk bawak..padahal g thailand je pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 hal pun masa nak bayar jgn fikir convert duit kita berapa RM
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lah, bercuti mesti nak mkn benda lain. Baik kau bercuti dalam malaysia je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 05:09 PM | Show all posts
pernah gi insan cafe tu masa gi perth tahun lepas....not bad la...bole tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 05:39 PM | Show all posts
Akhir bulan 10 baru ni saya pergi New Zealand 2 minggu...ada bawa ibu sambal d'apbroze untuk senang masak makanan melayu...beli bahan mentah halal & masak yg simple2...ni link dia... https://www.facebook.com/ibusambaldapbroze/posts/1738938496402472
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2017 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ihsan cafe can lah not too bad not too great. Harga agak pricey for malay food tp yelah dinegara org kan.. consider bukan local food. Owner sgt friendly.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi perth haritu x try pun kedai2 makan as listed. Makan kebab owned by paki takpun masak je canned food. Will give it a try next time
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pegi south ke north island? teringin nak g NZ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyum nyumm{:dot
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:59 PM | Show all posts
SummerAutumn replied at 16-12-2017 01:22 PM
pegi south ke north island? teringin nak g NZ...

Maaf lama tak masuk sini...pergi north...south insha allah lepas raya puasa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Priceyyyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.057938 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list