CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3937|Reply: 14

EDISI PENGORBANAN: Anggota Wataniah Pertama dan Termuda terima PGB – PW I (B) Ie

[Copy link]
Post time 24-12-2017 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Anggota Wataniah Pertama dan Termuda terima PGB – PW I (B) Ielias Ibrahim

Oleh Suziana Selimin  



Setiap keringat dan titisan darah anak watan dalam mempertahankan negara haruslah dihargai, kerana setiap pengorbanan yang dicurahkan tidak ternilai dengan wang ringgit. Maka kita sebagai generasi pelapis dalam mempertahankan kedaulatan negara harus sedar akan jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh perwira negara dahulu demi kedaulatan ibu pertiwi.

Untuk itu pada siri kali ini, wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, Kpl Suziana Selimin dan jurugambar Sjn Syuhaimi Saad menemui PW I (B) Ielias Ibrahim, 52, merupakan orang pertama yang dianugerahkan Pingat Pahlawan Gagah Berani (PGB) dalam Rejimen Askar Wataniah sebagai menghargai jasa dan keberaniannya menentang petualang negara pada tahun 1977. Untuk itu, ikutilah liku-liku perjalanan dan detik yang meninggalkan nostalgia dalam kehidupannya sebagai seorang anggota tentera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2017 12:06 AM | Show all posts


“Setelah menamatkan latihan pada tahun 1976, saya terus ditempatkan ke 11 Malaysian Teritorial Army (11 MTA). Setahun selepas itu pada 1977 saya ditumpangkan pula ke 11 MTA dan ditugaskan ke kawasan Grik bagi memantau pembinaan Jalan Raya Timur Barat. Tanggal 15 Ogos 1977 iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan saya (pada masa itu prebet) diarahkan bersama empat anggota yang lain iaitu LKpl Zaki Shamsudin sebagai Ketua Seksyen, Pbt Abd Halim Hassan, Pbt Md Ali dan Pbt Tajuddin Yusof untuk mengambil bekalan makanan di Pos Lima kawasan yang sama yang terletak 20 km dari Kem Banding”.

“Pada masa itu saya ditugaskan di Pos Lapan JTRB. Sebaik sahaja kami melewati Pos Enam, rakan saya Pbt Halim ternampak longgokan kulit binatang seperti baru sahaja ditinggalkan oleh pihak komunis. Seolah-olah kawasan tersebut menjadi tempat persinggahan mereka. Lantas Pbt Halim terus memaklumkan kepada LKpl Zaki namun tidak diendahkan dan beliau membuat keputusan untuk tetap meneruskan perjalanan ke Pos Lapan,” jelas anak kelahiran Batu Kurau ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 12:07 AM | Show all posts


Setelah meneruskan perjalanan lebih kurang 200 m dari tempat penemuan longgokan kulit binatang itu tadi kira-kira jam 0900 pagi, dengan tiba-tiba kumpulan mereka diserang oleh pihak komunis anggaran 30 orang dari atas bukit sebelah kanan mereka. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, rakan Ielias iaitu Pbt Md Ali telah terkena tembakan ketika sedang mencari kedudukan yang sesuai untuk berlindung begitu juga dengan Pbt Tajuddin. Malangnya, beliau terkorban pada ketika itu juga.

“Pada masa yang sama Pbt Halim turut terkena tembakan musuh semasa membuat tinjauan ke atas kedudukan musuh. Tembakan tersebut tepat mengenai perut, pinggang dan belakangnya. Beliau terus mengambil kedudukan meniarap dan tetap juga cuba melepaskan tembakan tetapi pada kali ini beliau ditembak pada bahagian bahu dan lengan kirinya pula. Bagi memastikan dirinya tidak terus menjadi sasaran pihak musuh, Pbt Halim berpura-pura mati dan ini berhasil apabila pihak komunis menyangka yang beliau telah benar-benar mati,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 12:08 AM | Show all posts


Dalam keadaan itu, Ielias yang berada dari bawah bukit menjerit-jerit memanggil LKpl Zaki bagi membantunya. Tapi apakan daya jeritannya itu, tenggelam dalam bunyi tembakan peluru yang dilepaskan oleh pihak musuh. Selepas tiga jam insiden tembak-menembak itu, pasukan sahabat melepaskan tembakan mortar ke arah kedudukan musuh.

“Sejam berlalu, tiba-tiba saya terdengar bunyi ketukan buluh oleh pihak komunis beserta arahan dalam bahasa Cina. Sejurus selepas itu, saya ternampak dua anggota komunis menuruni bukit. Tanpa berlengah lagi, saya terus melepaskan tembakan dan berjaya mengenai salah seorang daripada mereka. Seorang yang masih hidup itu cuba untuk mengambil senjata rakannya yang terbunuh tadi namun kesempatan ini tidak saya persiakan apabila melepaskan tembakan kedua dan tepat ke arahnya. Serta-merta komunis itu mati di tempat kejadian,” terang beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 12:09 AM | Show all posts


Pada jarak 30 kaki, Ielias dapat melihat empat orang komunis yang mana salah seorang daripada mereka cuba bergerak menghampiri beliau manakala yang lain beransur-ansur meninggalkan tempat kejadian. Terlintas terus dalam fikiran beliau untuk berpura-pura mati dalam keadaan mata terbeliak. Beliau bernasib baik kerana taktiknya berjaya. Dengan semangat tidak kenal menyerah, sekali lagi beliau melepaskan tembakan dan tepat ke bahagian pinggang musuh. Akhirnya komunis tersebut rebah di situ jua.

Setelah keadaan beransur reda, Ielias terus mendapatkan Pbt Halim yang cedera parah. Pada 1600 pasukan sahabat dari Pos Lima JTRB tiba bagi membantu mereka. Anggota pasukan keselamatan yang tercedera dan terkorban telah di bawa ke Pos Lima JTRB dan diterbangkan dengan pesawat Nuri ke Markas Taktikal di Banding.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 12:11 AM | Show all posts


Ielias pula beliau dibawa ke Hospital Ipoh untuk menjalani rawatan kerana hanya mengalami luka-luka kecil akibat pertempuran tersebut. Semasa di hospital, beliau menerima khabar pihak pengganas komunis menghubungi pasukannya untuk menyerang balas atas kematian rakan-rakan mereka. Lantas kawalan keselamatan diperketatkan di hospital bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Sehinggakan saudara-mara hendak datang melawat beliau pun terpaksa menjalani pemeriksaan yang teliti. Namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Atas kerana keberaniannya yang sungguh luar biasa membunuh tiga orang pengganas komunis termasuk seorang wanita, pada bulan dan tahun yang sama, PW I (B) Ielias yang pada ketika itu berusia 21 tahun telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 29 Ogos 1977 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhun Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2017 12:21 AM | Show all posts


Dan pada 12 Dis 1977, Sultan Perak ketika itu, Sultan Idris Shah telah berkenan menganugerahkan PW I(B) Ielias Pingat Keberanian Handalan (PKH) sempena Hari Keputeraan Baginda.

Beliau kemudiannya diserapkan sebagai anggota tetap ke 9 Rejimen Renjer Diraja pada 1 Nov 1979 dan menamatkan perkhidmatan pada 1998 di unit terakhirnya Universiti Sains Malaysia sebagai Sarjan Mejar Rejimen untuk PALAPES.

Bapa kepada empat orang cahayamata kini mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan yang dibantu isteri tercinta, Aznah Abdul Rahman bagi menambah pendapatan apatah lagi tiga daripada anaknya masih belajar. Manakala anak sulung beliau pula mengikut jejak langkahnya menyertai Tentera Darat dan kini sedang menjalani latihan lanjutan di Melaka dalam Kor Perkhidmatan Diraja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 12:25 AM | Show all posts


Di akhir perbualan beliau turut berpesan kepada anggota tentera yang baru agar sentiasa mengenang segala jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

“Mereka seharusnya lebih menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi terkini. Tanpa golongan seperti saya dan sahabat yang terkorban ketika menentang pengganas komunis dahulu tak mungkin negara kita berada dalam situasi seperti sekarang. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada barisan atau benteng pertahanan negara yang sanggup meninggalkan keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai demi erti sebuah perjuangan yang sebenar,” kata bekas penuntut Sek Men Khir Johari, Sungai Sumun, Perak ini.

Sumber Artikel / Kredit:
https://btdmonline.net/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2017 12:30 AM | Show all posts
Dirgahayu Negaraku! - Ielias Ibrahim.

- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 12:32 AM | Show all posts
Dari serangan hendap oleh pihak komunis telah mengorbankan dua rakan beliau di tempat kejadian dan seorang cedera parah.Ieliyas yang pada masa itu telah berjaya membunuh 3 orang Komunis dengan mengunakan enam butir peluru dari 150 butir.


- Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 12:34 AM | Show all posts
Pada 1976 Negara kita memerlukan bantuan dari rakyat untuk membantu tentera tentera Malaysia menetang dari ancama Komunis.Ielias Ibrahim pada ketika itu berumur 20 tahun mengikuti dan lulus dalan pengambilan tersebut yang diadakan di tempat beliau di Taiping Perak sebagai Askar Wataniah Malaysia. Inilah cerita beliau.


- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 02:09 AM | Show all posts
Luar Biasa Keberanian Anggota Tentera Sukarela Ini, Menembak Mati 3 Komunis Dengan Hanya 5 Butir Peluru


Prebet Ielias Ibrahim, satu-satunya anggota tentera sukarela tembak mati 3 komunis guna 5 butir peluru!
Askar Wataniah (AW) adalah anggota tentera sukarela dalam pasukan Tentera Darat Malaysia. Namun walaupun cuma berstatus kerahan/sukarela, jangan ingat mereka lemah atau jangan perkecilkan kemampuan mereka. Kita ada sejarah mengenai salah seorang anggota pasukan ini yang cukup luar biasa keberaniannya dalam menentang pengganas komunis.

Pada 15 Ogos 1976 kira-kira pukul 9.30 pagi, Ielias dan empat anggota lain bertugas mengawal pembinaan Lebuh Raya Timur Barat dekat Banding, Perak.Tiba-tiba kumpulan ini diserang musuh dari kawasan atas bukit. Dalam keadaan tembakan yang bersimpang-siur, seorang anggota tentera terkena tembakan semasa cuba mengambil perlindungan dan meninggal dunia manakala seorang lagi ditembak di perut, pinggang dan belakang semasa meninjau kedudukan musuh.

Sejam kemudian, terdengar bunyi ketukan buluh oleh musuh berserta arahan dalam bahasa Cina mengarahkan mereka berkumpul membuat penggeledahan ke atas pasukan tentera yang cedera.

Ielias yang berlindung tidak jauh dari situ terlihat dua musuh sedang bergerak turun dari atas bukit. Beliau yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok dengan berhati-hati menenang ke arah musuh. Satu das tembakannya mengenai PEHA salah seorang musuh sebelum membalasnya dengan tembakan automatik.

Ielias menembak sedas lagi mengenai KEPALA musuh tersebut lalu tersungkur. Seorang lagi musuh merapati dan cuba mengambil senjata rakannya yang terbunuh tadi, malangnya semasa dia mencari perlindungan, sebutir lagi tembakan Ielias hinggap mengorbankan dirinya. Pada jarak 30 kaki, Ielias yang bersenjatakan raifal SLR dapat melihat empat lagi musuh cuba merapati kedudukannya. Dengan semangat berkobar-kobar, beliau melepaskan sedas tembakan menyebabkan seorang lagi musuh MATI di situ juga.

Kesimpulannya, dengan hanya lima butir peluru, tiga komunis ‘KOJOL’ dek bedilan senjata dari Ielias! Kesemua pengganas tadi kemudian lari dari situ.



Di atas keberaniannya yang luar biasa itu, daripada seorang anggota prebet dan anggota simpanan biasa, Ielias Ibrahim telah dianugerahkan pingat kedua tertinggi negara – Panglima Gagah Berani (PGB) dari Yang Dipertuan Agong.

Beliau telah bersara dengan pangkat terakhirnya Pegawai Waran II. Hingga kini beliau masih memegang rekod satu-satunya anggota Askar Wataniah yang mendapat pingat PGB- belum ada siapa dapat pecah rekod Ielias sampai sekarang.



Sumber Artikel / Kredit:
https://www.thevocket.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 02:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 02:35 AM | Show all posts
Reservist a hero at just 21, an inspiration ever since



IELIAS Ibrahim is a 60-year-old man who spends most of his time educating youngsters and promoting Malaysians to join the military reserve force or Wataniah.

“Our country needs more reser-vists. Participation from all ethnicities in the country will not only ensure the safety of the nation but also instil patriotism among the citizens,” he said.

He should know. As First Warr-rant Officer, Ielias became the youngest and only reservist to be awarded the Panglima Gagah Bera-ni medal of valour for killing three communist terrorists 39 years ago.

An inexperienced army private then, 21-year-old Ielias had just completed his one-month basic training at the Territorial Army Training Centre in Ipoh.


“It was a day before Ramadan and we were asked to collect our rations from another post located a few kilometres from my base. The sound of monkeys whooping could be heard from far that day.

“Suddenly, we saw a pile of monkey skins on the side of the pilot track made by bulldozers for the highway construction,” said Ielias, who knew immediately something was not quite right.

“We continued walking for another 200m when suddenly a loud blast of automatic rifle fire came from higher ground on our right. We were right in the middle of a killing zone,” Ielias told The Star in an interview at his daughter’s house in Setiawangsa recently.

Young Ielias and his friends were facing battle hardened communists who outnumbered them six to one.

“I was the most junior. My four friends were all married and in their 30s,” Ielias recalled.

It was 8.05am. From his hiding place, he could hear his mates Pvt Tajuddin and Pvt Ali in pain just a few metres away.

From his cover, he tried to spot the enemy who was cheering.

“Oi askar, serah diri, kalau tak lu mampus! (Oi soldiers, surrender, or you will die!),” shouted one of the insurgents.

Ielias yelled for his friend, Zaki. “Corporal Zaki!,” he shouted.

Ielias’ voice exposed his concealment. A rain of bullets followed.

Then, it was raining mortar shells as security forces started firing.

“It was scary. I was glad I was not hit by the mortar shells because some of them dropped very close to me,” said Ielias, who thought he was going to die.

“I was only a private, fresh from my basic training. I did not know much. If I were going to die, I would be satisfied to be able to kill at least one of them,” he said.

Ielias had anticipated that the insurgents would send a search party for him and his four mates.

“I could not move much and I was lying on my back. I heard two people coming towards me. I was ready,” motioning his hands like he was holding a 7.62 SLR rifle.

Ielias heard a thud. What he thought was a grenade was actually a rock. Not far from him, Tajudin was grunting in pain. He had been shot. Pvt Ali was dead.

At about one 1pm, Ielias saw his first enemy. The reservist took aim. A double-tap shot hit his enemy in the knee and stomach. From the same spot he killed two more communists.

Ielias was conferred with the Panglima Gagah Berani medal in August 1977 by Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra. He was later awarded the Pingat Kebe-ranian Handalan by the Sultan of Perak Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah in December 1977.

He was later absorbed into the 9th Royal Ranger Regiment in 1977 before retiring in 1998 as Regiment Sergeant Major from the Universiti Sains Malaysia Reserve Officer Training Unit.

Source: The Star
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 04:55 PM | Show all posts
Apa jadi pd LKpl Zaki yg tidak mengendahlan laporan tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.232268 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list