Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4194
View
133
Reply

[Idea] ...Apa paling penting dalam hidup?...

[Copy link]

Author: seribulan       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-1-2018 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Oct 3, 2017                  Apa paling penting dalam hidup?
(Kereta mayat pulak tanya sama korang)

Dalam hidup ini, apa yang paling penting?

Mungkin kita telah sedar bahawa benda penting yang pernahkita sangka ianya penting, tiba tiba menjadi kurang penting dan lama lama tidakpenting pun.

Tengok korang kita kecik, bawak mainan kesayangan waktutidur, bawak ke hulu dan ke hilir, sebab mainan sangat penting bagi kita dizaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siapcampak atau bagi pada anak jiran.

Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itupenting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potonganrambut  gaya terkini itu penting, dramaepisod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzikterkini kena update, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorangremaja,

Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, ada kereta yangmahal tu penting nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana takkisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapatkerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorangsampai tua tak ada tempat kongsi suka duka, dan korang waktu tu mungkin adacita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya denganmahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik.

Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional,kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnespaling untung sehingga jadi kaya itu penting, kemudian focus pada ada anak,maka perbelanjaan pada anak menjadi sangat penting, manusia akan sibuk cariduit, untuk kereta besar dan rumah yang selesa, anak anak pun membesar, impianbesar nak ubah dunia masa remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duituntuk pastikan anak berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalukita semua akhirnya jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktutua, apa yang penting?

Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakinmenurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengandunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tuamereka.

Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anakanak kita, kesihatan, kawan yang baik, dan hidup beragama.

Kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih pentingdari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting darikita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, pasangan hidup, dan kehidupanBergama.

Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigipalsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telingat dah tulipakai alat elketronok pun tak berapa nak dengar, kencing berak pun tak bolehnak tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita, suap makan kita?Mandi bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?

Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turutsama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kitapergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kitabersama kehidupan beragama, atau anak yang soleh dan solehah yang masih bolehdiharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.

Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukansenyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.

Lalu selepas atau sebelum musim haji, atau sebelum bulanpuasa, atau antara dua waktu solat, kita akan pergi jumpa Allah,

Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwayang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu Tuhanmudengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaahhamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku (Al-Fajr 27-30)

Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalulupa Tuhan, lupa Allah!

Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN!

Itu jer aku nak kabor.


Ps: Tuhan tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupatuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yanglupa Tuhan dan mencariNya bila nak mati sahaja, adohai..

Posted byHamka Kereta Mayat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 09:08 AM | Show all posts
Edited by AJ88 at 10-1-2018 09:10 AM

Masa muda awl 20-an lepas habis blaja, keja. Pastu byk habiskan duit, up to date fashion, hp beli smpai 3k, Pegi shopping memanjang, jln2 cari mkn, spend sana, spend sini. No savings.


Msuk 25 keatas da ada akal sket. mula berubah slow2 to a better me, keta tak tukaq2 ikot trend, maintain, jaga enjin, beli rumah, buat business homestay.


Soal jodoh tolak tepi dlu wat masa skrg walaupun andartu junior.


Tapi antara yang paling penting spnjang masa tu, family. Tuhan yang paling utama. Pegangan hidup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 09:32 AM | Show all posts
xde ape yg paling penting selain dr pegangan agama yg kuat..
xde agama,,kite xblh pk dgn waras dlm sume hal...kite jdk xde hati...xde jiwa..xde rse ksh pd keluarga...

doa..usaha..tawakal...

since dh msuk 3 series ni iols byk rse meneyesal dgn kealpaan lalu...haha...

now,,bile dh ade keluiarga sndiri,,ade anak sndiri,,iols rse tanpa agama,,mcm mane nak jdk contoh pd anak2...iols doa supaya dosa silam iols xjadik hukuman pd anak dan keturunan iols...

dan iols jugak rse duit penting..xde duit mcm mane nak survive..mmg Allahyg  bagi rezeki..tp klau kite x doa..usaha g keje..tawakal yg gaji tu cukup walau sikit jumlahnye... hihi...iols slalu nak banggakan mak ayah iols..nak bg diorg naik kenderaan selesa..nak bg diorg jalan2..mkn2..tp kdng iols pun xckup duit...haha..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 09:44 AM | Show all posts
bagi aku..

apa yang penting adalah diri kita sendiri..sayangi diri paling utama baru kita dapat memberi manfaat kepada yg memerlukan. selebihnya
meneruskan perjalanan hidup tanpa apa2 pengharapan
kerana segala yg ada pada kita hanyalah pinjaman
pasti akan diambil kembali dalam pelbagai cara

ibubapa, anak2 jua pinjaman
harta apatah lagi

maka aku tiada letak sebarang kemestian
pada perkahwinan aku terima dia kerana aku percaya sudah takdir begitu
maka..teruskan jua hingga noktah terakhir jodoh kami
meneruskan tanggungjwaab dan amanah sebaiknya

rezeki..juga tiada khusus aku letak dalam mencari rezeki
Allah turunkan dari setiap penjuru untuk kita cari..jika kita berserah hanya padaNYa

tiada yg penting bagiku
kerana aku tau..semua itu tidak kekal utk aku milikki

namun..selagi ia amanah dan tanggungjawabku..adalah menjadi kekuatan utk aku terus berusaha
berserta doa,  amal dan iman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Menjalani hidup yg damai banyak hal yg perlu dipentingkan. Kepentingan manusia berbeza2, dan mengikuti level di mana manusia itu berada.  Yg penting bagi seorang anak kecil tak sama dgn apa yg penting bgi seorang tua. Secara amnya penting bagi manusia sejagat menjaga keharmonian hidup, menjaga batas adab dn adat, peting menjaga mata dn lidah dn yg paling penting tau diri dn menyandarkan segala2nya kpd Yg Abadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrizumi at 10-1-2018 10:41 AM

Bila kita sbuk mncari n mgejar apa yg kte rasa kn penting tu.. kdg kita leka n lalai dgn kewajipan n matlamat kita ats dunia sementara ni..

Bila tgok org 'pergi' seorang demi seorang..
Yang muda or tua buat kita bhnti skjap pkr apa yg kita ada untuk 'bekalan' ke sana nanti..

"Bekerjalah seolah olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal lah seolah olah kamu akan mati keesokan harinya"

So..kita kena seimbangkn semua aspek dlm hidup kita..sambil bkerja mencari rezeki,tambah juga lah amal ibadah utk bekalan nanti..

Apa yg penting dlm hidup ni kita kena sentiasa sedar akan matlamat n tujuan hidup kita semoga sejahtera dunia dan akhirat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 11:10 AM | Show all posts
masa muda ni buat amalan berjalan laju tiga puluh minit setiap hari, boleh membantu mengelak sakit lutut dan nyanyuk masa tua kelak insyaAllah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 01:57 PM | Show all posts
apa yg pling penting dalam hidup iols adalah pegangan agama iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T dan kasih sayang daripada ibubapa.
iols xdpt good result waktu spm dulu sbb waktu tu asyik ulang alik ke hospital sakit . so iols sedih gila, n then fikir punya fikir iols bulat hati pilih amik stpm jek.. tpi dlm tu iols sentiasa berdoa dkt Allah, ckp dalam hati walau apa pon yg berlaku iols mesti masuk Universiti. dalam pada tu mak n arwah abah pon mmg sokong.. so tiap2 pagi arwah abah akan hantar ke sek n hampir 2 kali nak excident waktu tu. mak pulak mmg tiap2 pagi bngun n then without fail akan buatkan breakfast utk iols...so bila hari nak dapat result stpm, iols tnya arwah abah, abah apa yg abah nak dari kita? abah ckp kalau dapat result bagus n then dapat masuk U abah dah puas hati, dah terbalas dah penat lelah abah selama ni hantor awok ke sekolah.. alhamdulilah iols dapat result bagus, n dapat masuk universiti dan skrg dah convo pon.. waktu kat univeriti dulu mmg selalu stress dgn belajar lah, lepas tu dalam masa yg sma arwah abah start sakit2, n koma..  so iols selalu jugaklah call mak n minta pandangan, nasihat dan kadang2 saja je call sebab nak dengar suara dia sbb bila dgr suara mak rse tenang jek. ada jugak masa bila terlalu stress iols akan bngun lepas tu buat tahajud, berdoa dengan Allah minta diberi ketenangan, alhamdulilah semuanya lancar lepas tu...  dlm hidup ni kita mungkin akan fikir duit, harta, jodoh, kekayaan dan kejayaan tu penting, tpi sebelum nak dapat itu semua, yg lebih penting adalah keberkatan dan keredhaan daripada ibu bapa dan  Allah S.W.T...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 03:44 PM | Show all posts
For me, ada 3 basic things yang penting dalam hidup yang saling berkaitan:
- Happy heart
- Quiet mind
- Comfortable life

Happy Heart
- semuanya perlu bermula daripada niat & hati sendiri
- buat segalanya dengan hati yang ikhlas (ikhlas berkawan, ikhlas bekerja, ikhlas berkata-kata, ikhlas membantu etc.)
- jangan dengki, jangan cemburu, jangan bandingkan hidup dgn orang lain esp. secara material
- jangan suka cari salah orang lain, jangan suka sakitkan hati orang lain
- jangan ganggu kebahagiaan orang lain, jangan caras hubby/wifey/tunang/bf/gf orang lain
- jaga lidah & percakapan, jaga manners & how you behave around others
- live humbly, tak perlu nak tunjuk & tayang segala kat socmed, it's so shallow
- love someone for who he/she is, not based on materials, $$$ & sexual intentions

Quiet Mind for Inner Peace
- Say what you mean. Mean what you say (back to keikhlasan hati as mentioned above)
- Dont say to anyone unless you can say to everyone
- Dont say inside, what you cannot say outside
- Dont say unless it is true, useful or kind
- Pray/meditate/practise yoga etc. for own spiritual peace of mind
- Avoid being an extremist in action/thinking/belief
- Always be kind to all god's living creatures (human, animal, plants etc.)

Comfortable Life
- cukup wang untuk hidup selesa & untuk simpanan, cukup makan/pakai, ada tempat berteduh yang selamat & selesa
- have someone to love & to lean on, and be loved in return
- minimum debts
- tak perlu berlawan dgn orang lain, siapa paling kaya/cerdik/bahagia/romantik/bergaya etc.
- enjoy every little things in life, treasure every moments
- always treat yourself after working hard
- before spending your hard earned money in big way, always ask yourself, do you need it or do you just want it?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 05:02 PM | Show all posts
Saya percaya apa yang penting dalam hidup ini ialah pemahaman. Dalam bahasa mudahnya, faham atau memahami.

Kita tidak akan pernah dapat mengenali Tuhan kalau kita tidak memahami siapa itu Tuhan. Al-Quran dan Hadis akan terkubur jika tidak disertai dengan pemahaman yang mendalam. Agama hanya tinggal agama jika tidak disertai dengan pemahaman yang baik.

Pemahaman yang jitu asas kepada jati diri yang mampan.  Sentiasa belajar untuk memahami. Pemahaman yang mendalam mampu menjadikan kita manusia yang lebih baik, lebih menyayangi, dan lebih menghormati antara satu sama lain.

Melalui pemahaman yang mendalam kita dapat mempelajari erti bersyukur dan menghargai setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian. Pemahaman yang baik merupakan kunci kepada kehidupan yang lebih damai dan abadi.

Segala-galanya bermula dari pemahaman yang mendalam. Untuk memahami, gunakanlah akal yang diberi serta banyakkan berfikir.

Jadi, saya percaya apa yang penting dalam hidup ini ialah sentiasa belajar untuk MEMAHAMI!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 10:30 PM | Show all posts
yg paling penting iman di dada. Bila ada iman, nk buat apa2 pun pikir dulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
There is one thing that underpins everything in your life... yes, everything!

What could it be?

Money? No despite what you think! As long as you have enough so you can eat and have shelter and can pay for essentials, money is not a factor in joy.

Health? To some degree yes but this other thing impacts your health dramatically.

Family? No. They help but dont affect everything.

Position or status in life? No that is just a label anyway.

The one thing that underpins all areas in your life is...
Firstly, most of us dont know how we feel because we have not stopped to notice for years. Jon Juradini, a professor of psychiatry at University of Adelaide, says, Life is not just about feeling good. Life is about being good at feeling.
I believe this to be true. Many of us have been numb for so long we dont even know we are numb!

Secondly, not only do we not know how we feel, but we have never really consciously thought about how we feel about ourselves. It has just been a program running in the background of our lives controlling our thoughts, actions and lives.

Thirdly, we dont realize that how we feel about ourselves is often embedded by the time we are 5. We carry those beliefs and fears embedded at that time for the rest of our lives unless we become aware of them. So as parents, its seriously worth considering this and discussing it with your children as soon as they are old enough to comprehend a conversation about fears.
Go forth and start exploring! Begin an inner journey and find out how you feel about yourself it will affect everything else everything! Maybe begin just by feeling it is sometimes harder than it sounds! Then work on finding out how you feel about yourself.

Then start to forgive yourself; accept yourself and ultimately love yourself. It is the key to all success!

Do you believe you are safe and can create your own safety by setting boundaries?

Do you feel connected and loved or do you fear death, separation or abandonment.

These core fears are often the keys to how we feel about ourselves. We use words like insecure, poor self esteem and lacking in confidence to describe the same thing people who dont feel good about themselves.

Great leaders can create an environment that makes people feel good about themselves.

Great parents say and do things and model behavior that helps children feel they are worth loving, safe and secure.

New, adoring partners can help us see the astonishing beings that we really are and help us feel great about ourselves until things go downhill... which then reinforces all the fears that stopped us feeling good about ourselves before the relationship began!

Friends who unconditionally accept us often reinforce the fact that we are lovable, worth loving and loved. All of which makes us feel better about ourselves.

Achieving targets we set for ourselves helps us feel good about ourselves.

Serving others transforms how we feel about ourselves and gives us some sense of purpose and meaning in life which changes everything.

Connecting to something bigger than ourselves and realizing that there is something out there that is wiser than we are, accepts us unconditionally, is more loving than we can imagine and there to help us makes a difference to how we feel about ourselves.

Learning and growing teaches how that we are smart and capable and enhances our confidence.

So begin today find your fears, eradicate them and feel good about yourself. Then focus on helping others feel good about themselves.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 12:29 PM | Show all posts
of course la jawapan sebenar plg penting ALLAH

tapi sepanjang berapa tahun dah hidup ni selalu terlupa mementingkan ALLAH dalam xtvt hidup seharian...sibuk dengan dunia...kerja...carik duit...family...suami anak mak abah adik beradik...shopping..berjimba2...akhirnya solat wajib pon ujong2 waktu...solat sunat?!...terawih je kot...tu pon x penuh 30 hari...puasa yg wajib je...quran?!...dah bertahun2 x habis baca

terima kasih kerana mengingatkan bila terlupa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 12:59 PM | Show all posts
semestinya dgn pencipta

selain tu...
dlm kehidupan sekeliling aku baru perasan benda ni
benda yg paling penting utk jadikan hidup aku lebih bahagia ialah

senyuman dari org2 yg aku sayang

parents, adik beradik, dan anak isteri
mmg aku suka buat diorg senyum atau ketawa
bila tgk diorg gembira sbb kita rasa mcm tenang lain mcm
rasa mcm aura positif mencurah2 masuk dlm badan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Kesihatan
2) Keluarga yg bahagia
3) Rakan yg jujur
4) Ketenangan jiwa
5) Sweet memories

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by missinpiece at 16-1-2018 03:38 PM

Forumer @coldrunning dah jawab semua yg penting bagi saya pada umur 30an ni..

1) Kesihatan diri dan keluarga
2) Keluarga yg bahagia dan sentiasa ada disisi.
3) Tempat berteduh yg selesa.
4) Amal ibadat yg sempurna.
5) Rakan yg jujur dan saling mengingati.
6) Ketenangan jiwa dalam meniti usia tua
7) Sweet memories..
8) Simpanan dan persediaan secukupnya.

Berbeza sgt masa muda2 dulu.
Muda2 dulu dlm kepala pk duit duit duit.
Dapat duit shopping shopping shopping.
Shopping sambil pegi melancong.
Sambil tu intai2 kereta baru, phone baru.
Rumah sewa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakannya memberi jawapan berdasarkan sandaran atas hukum agama dan kehendak hidup.
Survivor with skills.

Selagi bernafsu, selagi berkehendak, selagi ingin memuaskan diri dengan bentuk perbuatan dan kata-kata, selagi itu memerlukan agama kerana manusia masih kurang kesedaran dan lebih memilih menjalani hidup dengan peraturan  yang sedia ada tanpa mempersoalkan apa dan barang si apa. Dan lalu kerosakan terus berlaku setiap detik. Ia tak menyembuhkan, ia tak merawat, akarnya terus menumbuhkan kanser.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-1-2018 07:50 AM | Show all posts
teman sembang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:48 PM | Show all posts


Health is Wealth!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.108856s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list