CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: melnanzz

[2018] KL SPECIAL FORCE [Rosyam Noor, Fattah Amin, Syamsul Yusoff, Tania Hudson]

  [Copy link]
 Author| Post time 1-3-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by melnanzz at 1-3-2018 12:56 PM

Disebalik tabir (behind the scenes) KL Special Force.
Tengok ni je dah teruja sgt2 gais.
Definitely kebabom cinemas minggu depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2018 04:27 AM | Show all posts
Advance ticket already available for sale.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
melnanzz replied at 3-3-2018 04:27 AM
Advance ticket already available for sale.

Dah booking yang kat TGV khamis depan.RM18.Harap berbaloi la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2018 03:36 PM | Show all posts
Disebalik Tabir
KL Special Force
Rosyam Nor & Fattah Amin

video credit: instagram Syafiq Yusof & Astro Shaw

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2018 03:54 PM | Show all posts


Terjah Filem : KL Special Force janjikan debaran maksima
Lokman Hakiem Abd. Samad
instagram: @akyem_samad
06 Mac 2018 11:49 AM



Gandingan tiga garis masa barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Noor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin menjadikan KL Special Force miliki debaran serta aura yang maksima

FILEM KL Special Force arahan pengarah muda, Syafiq Yusof boleh dikatakan memberi garapan filem aksi yang baik serta debaran yang cukup maksima.

Ini kerana sepanjang 1 jam 46 minit, apabila penulis berkesempatan menonton tayangan perdananya di e@Curve, Mutiara Damansara semalam, penulis mendapati Syafiq bagaikan tidak mahu memberi peluang kepada penonton untuk bernafas, berfikir mahu pun berteka-teki.

Suka atau tidak, penonton seolah-olah ‘dipaksa’ untuk mengikuti jalan cerita filem tersebut. Namun demikian, walaupun dipaksa secara ‘keras’, penonton mungkin akan rela menerima tekanan demi tekanan pada setiap babak yang dipaparkan.

Hal ini kerana jika ada dalam kalangan penonton berganjak keluar dari panggung walaupun buat seketika, mereka pasti akan berasa rugi kerana banyak terlepas babak-babak yang menarik.

Jujur boleh dikatakan, filem KL Special Force adalah sebuah filem yang sukar dijangka kerana terlalu banyak ‘plot twist’ yang terkandung di dalamnya.



Walaupun mungkin akan ada segelintir penonton berkata KL Special Force memiliki elemen-elemen seperti filem New Police Story dan Dark Knight pada babak rompakan, persamaan itu cuma ‘timbul’ pada garapan karakter sahaja.

Hatta lakonan Syamsul Yusof sebagai Aysraf sendiri pun, penonton mungkin masih dapat melihat beliau tidak dapat lari daripada karakter Shark (KL Gangster) namun apa yang penulis berani katakan, KL Special Force bukanlah sebuah filem yang klise dari segi jalan penceritaannya.



Terlalu banyak perkara yang tidak diduga dan penonton sendiri pasti akan termain dengan emosi yang dibawa oleh para pelakon.

Kredibiliti dan kemampuan Datuk Rosyam Noor yang membawa Roslan, seorang anggota polis senior yang sudah menyelesaikan beratus kes jenayah dan sering diganggu Asyraff (lakonan Syamsul Yusof sebagai ketua geng jahat kumpulan Anarki) memang tidak dapat dinafikan, punyai aura kehebatan di situ.

Rosyam berjaya menghidupkan watak Roslan, seorang anggota polis yang telah lama berkhidmat dan punyai pendirian yang tersendiri dengan sangat cantik sekali gus menjadikan ia sebagai satu karakter yang jujur.

Sementara itu, kemunculan Fatah Amin buat julung kalinya dalam industri perfileman memberikan pengalaman baharu buat dirinya. KL Special Force benar-benar mencabar diri Fattah Amin untuk mengubah sisi lakonnya ke arah yang lebih lasak.



Namun begitu, jiwa dan kelakuan romantik dirinya masih ada sehinggakan ada beberapa penonton wanita yang duduk di beberapa barisan hadapan penulis, menunjukkan reaksi teruja apabila Fattah muncul dan berkata-kata.

Mujur penulis seorang lelaki. Penulis hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala namun walau apa-apa pun, tahniah buat Fattah Amin dan penulis berikan satu ‘salute’.

Jika ditanya tentang cara Syafiq Yusof membuka cerita, penulis boleh katakan, tiada langsung babak yang santai. Dari saat mula, pertengahan sehinggalah ke penghujung. Perjalanannya sungguh padu, padu, padu dan padat.

Ditambah pula dengan skrip yang menjadi tulang belakang filem ini, ia bukan sahaja mempunyai pelbagai mesej yang tersurat serta tersirat namun ia juga datang dengan elemen-elemen metafora serta puitis.

Misalnya ungkapan yang dilafazkan oleh Syamsul Yusof dan Shaharuddin Thamby berkenaan cendawan. Bait-baitnya ada berbunyi seperti :

Penjenayah : Penjenayah ini macam cendawan. Sekali dicantas, mesti akan tumbuh balik.

Polis : Kalau cendawan yang tumbuh itu cendawan beracun, buat apa kita biarkan? Takkan kita nak biar generasi kita mati disebabkan cendawan beracun itu.

(Begitulah lebih kurang bunyi ungkapannya seingat penulis.)

Selain itu, (ini sekadar gurauan) para penonton dinasihatkan untuk membawa kalkulator jika mahu menonton KL Special Force di pawagam bermula 8 Mac ini.

Hal ini kerana sepanjang pemerhatian penulis, bermula dari awal babak sehinggalah ke pengakhirannya sampai habis, terlalu banyak adegan geng-eng jahat membaling bom tangan. Jadi penulis mohon untuk para penonton buat kira-kira, berapa butirkah jumlah bom yang telah dibaling sepanjang dalam filem tersebut.

Selain itu, setiap kali anggota polis mahu membuat penahanan atau tangkapan, mereka akan berkata, “Letakkan senjata anda.” Dialog ini juga boleh dihitung berapakah jumlahnya jika para penonton mempunyai masa yang agak lapang.

Apa-apa pun, penulis ingin ucapkan tahniah sekali lagi kepada Syafiq Yusof kerana menyajikan filem aksi yang boleh dikatakan berkualiti.



Mungkin filem ini belum sempurna di mata segelintir para penonton tetapi tidak menjadi satu kesalahan untuk penggiat filem menambahkan bilangan filem aksi untuk pasaran Malaysia.

Dan juga pesanan kepada para netizen yang gemar membuat spekulasi sebelum menonton, untuk filem KL Special Force ini, penulis boleh katakan ia berbaloi untuk ditonton. - UTUSAN ONLINE


Baca artikel penuh: Click di sini.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2018 12:33 AM | Show all posts






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2018 01:21 PM | Show all posts
yg atas nya review mcm so-so tapi hebat dari segi action tapi yg MH nya review mcm more of a fan of fattah/syamsul yusof kinda review...jumaat ni aku plak bg review..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu x amik si Syamsul tu brlakon xleh ke?? Trganngu dgn kekayuan dan lontaran monotone dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi uols. Sesiapa dah tengok boleh info tak ade subtitle english ke cite ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 12:33 PM | Show all posts
I baru tgk cite ni smlm. Lakonan Rosyam Nor mmg best! Actually cite ni mmg menceritakan diri dia sbg polis, dugaan ditawarkan rasuah, konflik keluarga dia, konflik keje dgn team. Jalan cite ni tak melalut2 mmg lepas satu aksi ke aksi yg lain tak buat kita tggu lama. I  mmg kagum cara n aksi rosyam berlakon nak dibandingkan tenaga fattah yg jauh lebih muda tu. Salute giler!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 01:12 PM | Show all posts
niena90 replied at 8-3-2018 12:33 PM
I baru tgk cite ni smlm. Lakonan Rosyam Nor mmg best! Actually cite ni mmg menceritakan diri dia sbg ...

bagus eh? brp rating you bagi utk filem ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 02:17 PM | Show all posts
nisako replied at 8-3-2018 01:12 PM
bagus eh? brp rating you bagi utk filem ni

I bagi 4/5. Berbaloi la utk ditonton. Walaupun special effect utk kesan tembak n luka berdarah tu agak mcm kartun skit tapi boleh diterima sbb jalan cerita bagus, watak rosyam n perompak2 pun best.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 03:19 PM | Show all posts
niena90 replied at 8-3-2018 02:17 PM
I bagi 4/5. Berbaloi la utk ditonton. Walaupun special effect utk kesan tembak n luka berdarah tu  ...

boleh le g tgk weken ni kalo best.......td asben dh ajak p tgk tp nak tunggu review dulu...takut nanti tak berbaloi cite ngan harga tiket....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 04:03 PM | Show all posts
zasssssss replied at 8-3-2018 03:19 PM
boleh le g tgk weken ni kalo best.......td asben dh ajak p tgk tp nak tunggu review dulu...takut n ...

pegilah tgk. I pegi dgn niat nak tgk fattah bawak watak polis. tp tak sangka terkagum dgn lakonan rosyam yg superb tu plak!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
review by tontonfilem aka fadli al akiti.

http://tontonfilem.blogspot.my/2018/03/kl-special-force-2018.html?m=1


KL Special Force ialah Gerak Khas: Kuala Lumpur. Secara jelasnya, ia pastis (pastiche) atau interpretasi semula dari perspektif anak muda Syafiq terhadap hasil drama polis TV ayahnya yang membuat duit di siaran RTM. Untuk percubaan ini, terdapat beberapa hal yang boleh dipuji daripada buah tangan anak muda ini. Paling utama, filem Syafiq kali ini amat menghiburkan, dengan bentuk ngeri aksi yang bergerak sangat mendebar, laju dan penuh intensiti. Paling bagus adalah percubaan Syafiq (yang menulis lakon layar dan cerita asal filem ini) melakukan twist and turn pada setiap satu minit cerita filem ini bergerak. Ada keadaan babaknya membuatkan aku tercungap nafas, tertanya-tanya motif dan kebaikan watak, malah ada satu babak pada titik puncak membuat gigi aku melaga dengan keras kerana intensitinya mencanak agak tinggi bagi sebuah filem ngeri Malaysia.

Aku menyedari bahawa Syafiq melakukan pastis terhadap Gerak Khas apabila pada babak awal-awal lagi, bentuk aksi filem ini secara peliknya mengingatkan aku kepada Gerak Khas ayahnya (ingat siri filem Gerak Khas The Movie itu?), babak amat terang tanpa sudut syot yang bermaya, syot canggung polis meloncat atau sakit/mati tertembak, ledakan api dengan suntingan laju berubah sudut ala filem Kollywood. Ia kelihatan palsu dan melanggar konti. Walaupun penonton umum akan berasa jengkel dengan keadaan ini - kerana kita akan menuduh seakan-akan Syafiq tidak move on daripada bentuk gaya hasil ayahnya - namun Syafiq agak berani melakukan homaj terhadap ayahnya dengan babak awal ini. Namun, kita juga menyedari terdapat cita rasa baharu daripada Syafiq, apabila setiap tubuh polis dan penjenayah yang diratah peluru, tersembur darah ala filem Micheal Mann; begitu jelasnya sentuhan Syafiq bahawa he means business.

Untuk keganasan sedemikian rupa, aku syorkan mak ayah agar tidak membawa anak-anak kecil anda ke filem ini (sepatutnya diklasifikasikan 18) kerana bukan sahaja tahap ganas filem ini boleh tahan ganasnya tetapi setiap kali polis dalam filem ini memekik-mekik (bayangan KL Gangsterkah?) terpacul perkataan "sial" berkali-kali (Amir, tanda petik ni aku gunakan dengan betulkan, sial?). Ini ialah filem Syafiq: gelap, ganas dan berisi.

Kita akan diperkenalkan dengan watak Lan (Rosyam Nor) dan Zul (Fattah Amin), dua polis yang perlu berganding bahu untuk menumpaskan penjenayah hi tech generasi baharu, Syamsul Yusof. Lan ialah wakil polis lama/tua mewakili zaman ayah Syafiq (serius, termasuk selitan watak pipih India dan Cina di samping si Melayu Lan), dan Zul, polis generasi baharu. Metod polis Lan yang cara lama, tersusun dan prosedural menyebabkan kesushana kerana Syamsul dan kumpulan Anarkinya terus-terusan berjaya merompak bank milik Dato' Meor (Mahmud Ali Basha yang masih pelakon kadbod), menyebabkan Ketua Polis (Shaharuddin Thamby) memilih untuk membawa masuk Zul untuk membantu Lan. Lebih-lebih lagi, Lan dipujuk oleh Syamsul untuk bekerja dengannya, menjadi mata-matanya. Syak wasangka berlaku.

Dalam segala cat and mouse dan siasatan dan aksi pukul dan menembak, terdapat dinamisme perhubungan antara Lan-Zul yang menarik dibina-bangunkan oleh Syafiq. Sikap saling tidak percaya, konflik dan perlawanan kebijaksanaan dan taktik antara Lan dengan Zul menampilkan beberapa wacana yang menarik dan kelihatan sengaja disampaikan oleh Syafiq terhadap cerminan keadaan politik dan masyarakat sekarang. Zaman ini ialah zaman orang muda menyoal dan memperlekeh pimpinan dan susun atur orang tua, merasai kaedah orang lama sudah basi dan tidak berkesan. Malah, politik lama kini dipersoalkan, lebih-lebih lagi dengan keadaan rasuah dan mainan politik wangnya. Persoalan ini berlegar dalam watak-watak berkonflik Lan dan Zul. Walaupun ada bahagian dalam filem ini terasa komikal, ketelusan Rosyam dan mengejutkan, Fattah, untuk membawa perwatakan mereka dan konflik hubungan mereka dengan satu fokus membina suatu dinamisme perbalahan dan ujian kesetiaan yang sangat baik.




Rosyam benar-benar membawa filem ini hingga ke akhir (walaupun aku cukup menyinga dengan babak jeritnya harus berlaku setiap lima minit dalam filem), menyampaikan sisi manusia dan peribadi kemudian amanah yang mencengkam bahunya. Lan ialah watak polis yang lebih serius daripada Saheizy Sam dan Zizan dalam Polis Evo. Kalut dan permasalahannya lebih gelap. Syafiq bijak apabila Lan di sini, dijadikan teraju, bukan Zul, kerana kita yang bermula sedari awal, sudah mengesyak sesuatu yang kurang baik terhadap watak Lan. Filem ini seterusnya akan terperosok masuk dalam ruang subgenre polis kotor, satu-satunya genre filem polis yang belum pernah dibikin di sini atas sensitiviti kerajaan terhadap memberi imej yang buruk terhadap pihak berkuasa. Untuk itu, ada percubaan yang licik oleh Syafiq dalam hal ini apabila dia semacam bermain silat dengan LPF untuk menampilkan sisi teka-teki gelap-putih dan di antaranya dalam watak Lan, kemudian Zul, sewaktu kedua-duanya dengan metod yang berbeza, cuba menangkap Syamsul dalam kubu warna merah dan birunya. Hal ini jadi lebih menarik lagi apabila suatu pandangan matang Syafiq apabila menampilkan, bukan sahaja isu bersatu untuk menumpaskan musuh yang sama, tetapi perlunya masyarakat mempunyai sikap empati untuk memahami keluh dan kecamuk keadaan masyarakat sekarang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosialnya. Syafiq, dengan tidak sengaja menjadi seorang guru sosiologi di sini, dan ini amat mengujakan. Dalam hal ini juga, aku perlu memuji Fattah Amin yang boleh berganding bahu dengan bahu bersama Rosyam Nor untuk menumpahkan emosi dan luahan dialog yang seadanya, walaupun terdapat beberapa babak yang Fattah masih terasa membuat-buat daripada berlakon. Mantapnya, aksi dan gerak fizikal Fattah bagus, sebaik aksi-aksi sendiri Rosyam.

Bagi aku, Syamsul Yusof adalah antara masalah dalam filem ini. Dia tidak cukup gelap untuk membawa watak psikaotik (Saheizy Sam lebih sesuai setakat ini? Syafiq, apa perlunya kau merujuk Joker dengan topeng-topeng badut itu?) yang pandir. Lakonannya tetap mendatar dan lapisan emosi yang diperlukan tidak disampaikannya dengan kemas. Ia menyedihkan kerana skrip adiknya ini memohon seorang watak yang sangat-sangat kacau dan mengganggu untuk dibawa dengan betul, menjadi mega seteru yang dihadapi oleh pihak polis.

Gaya-gaya aksi dalam filem ini walaupun bising, dan kadang-kala terlalu mengada-ngada, mempunyai sentuhan kareografi yang baik dan menjalin dengan plot. Aku suka babak-babak kejar kaki dan kereta dalam filem ini, tangkas, mendebarkan dan meluncur baik. Malah, kali ini aksi parkour dibuat dengan betul dan bergaya sekali dalam filem Malaysia, mempunyai ritma, sentapan dan gerakan untuk menaikkan saspens yang betul dan sesuai. Malah, gerak kinetik ini yang digunakan oleh Syafiq (kita tidak diberikan masa untuk berdiam merenung), terus-terusan bergerak dan membuka cerita baharu dan mengawal saspensnya. Ini dibantu dengan suntingan Syafiq sendiri dan Akash, walaupun tidak secantik yang dilakukan dalam Polis Evo. Walaupun aku geli dengan lakonan Sabrina Ali sebagai isteri Rosyam dan babak-babak keluarga Lan terasa dibuat-buat, ia tetap penting untuk struktur filem ini, walaupun kelihatan terlalu mendesak. Sinematografi Azami Alias biasa kerana sengaja menghomaj era Skop Productions terdahulu. Skor muziknya mengikut gaya biasa Skop, yang kadang-kala kita dapat mendengar nada-nada filem gothik di dalamnya. Terdapat babak akhir yang sangat canggung (kita tidak mempercayai watak boleh terjerumus setahap itu), merosakkan naratif ngeri Syafiq yang sudah cukup mengkagumkan.

Sebuah filem yang tangkas, getir dan menghiburkan hingga ke akhir. Gerak Khas sudah mematangkan dirinya dan tidak lagi menjadi "sebuah lagi drama polis yang corny".
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ok review dari tellygeram pulak. mmg buat aku tak sabor nk tgk klsf.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss dah tgk td.. mmg berbaloi.. sumenya superb la.. fattah pon xde nmpk kayu.. lupa plak dialog syamsul mse scene last tue ckp kat fattah bakat dah ada tapi..... lupa plak.. yg tue mmg rmai glak.. mula2 fkir rosyam nor jhat lps tue dok fkir fattah plak jhat.. last2 tue baru tau apa sbbnya.. mmg bt org trtanya2.. byk pngajaran dlm cerita nie..emosi sedih, marah, dendam mmg bt kita trut rse prasaan tue.. sian kat fattah tue kan.. bgitu pengakhiran hdup dia.. overall mmg berbaloi tgk cite nie.. terbaik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2018 08:31 PM | Show all posts
review dari Mangga Media:












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni ok la.Cuma tak suka style bercakap menjerit jerit tak ketahuan.Polis pulak asyik bergaduh sepanjang cerita.Watak penjahat tu macam tak berapa sampai.Tapi overall masih menarik untuk ditonton.Tadi ramai la juga menonton.Mungkin hall kecik,jadi nampak ramai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2018 10:46 PM | Show all posts
review dari kakimuviee










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.303200 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list