Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyimpang daripada perjuangan asalnya dan “tidak mahu bersara”.
Tanpa menyebut nama bekas mentornya itu, Najib menggesa pesara polis bersedia membenarkan pemimpin muda mengambil alih dan jangan mengikut jejak “pemimpin berusia 93 tahun”.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Pesara Polis bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ahli Parlimen Pekan itu turut mendesak pesara polis menunjukkan sokongan kepada pemimpin kerajaan walaupun selepas bersara.
“Kita kena berjuang; tugas kita belum selesai.
“Jangan pula jadi macam seorang tu. Umur dah 93 tahun, tidak mahu bersara. Dia dah melalutlah tu,” kata Najib seperti dilaporkan Themalaysianinsight.
Najib menegaskan sokongan veteran sangat penting kepada kerajaan sekarang dan menggesa mereka supaya tidak terpengaruh dengan isu yang dipolitikkan.
“Saudara-saudara sekalian, kita perlu sumbang kepada masa depan negara dengan cara kita sendiri. Jadi pulanglah ke kampung dan sokonglah kerajaan,” katanya.
lantak ke dialah... esok2 menjawablah di hadapan Allah swt kenapa bini memasing tak pakai tudung. Barangkali Mahathir kena balun lebih sedangkan Najib balunnya ringan. Nasib terlebih baik, tak kena balun langsung. Allah sajelah yg maha mengadili.
Sebelum peka memerhati apa orang lain patut dan tak patut buat, cek balek kpd diri sendiri dulu laa. Kamu ni muslim ke bukan muslim sibuk sangat nak suruh muslim lain bertindak dulu. Ko tengok aje ke. Hari ini muslimin bukan lagi bodoh ttng hukum-hakam Islam. Banyak dah diceramahkan oleh agamawan di sana sini. Tinggal mau-tak mau mengikut aje. Sibuk lelebihlah pula ko ni ye?
sedangkan Allah swt berulang2 kali memberi peringatan dalam quran, apa salah kita sebagai muslim terus menerus memberi nasihat melarang nahi munkar tanpa rasa jemu??
itu sifat mulia yang dinasihati oleh nabi sendiri. itu yang ustaz2 ceramah berulang2 kali tanpa rasa bosan
bukan berputus asa lalu cakap 'lantak la, kubur lain2"