CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6217|Reply: 66

[Tempatan] Wartawan wanita di Malaysia dedah gangguan seksual ahli politik

[Copy link]
Post time 16-1-2018 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-1-2018 03:01 AM

Wartawan wanita dedah gangguan seksual ahli politik

https://www.malaysiakini.com/news/408767

15 Jan 2018, 6:36 pm      15 Jan 2018, 7:01 pm



Beberapa wartawan wanita di Malaysia tampil mendedahkan pengalaman mereka berdepan dengan gangguan seksual oleh ahli politik lelaki.

Menurut laporan oleh Asian Corresponden, seorang wartawan baru dengan sebuah laman berita, "Ally" mendakwa seorang ahli politik dari parti pemerintah menghantar mesej kepadanya pada tahun 2014 tentang bagaimana beliau "bermimpi untuk menunggangnya di atas katil."

Ally juga berkata bahawa ahli politik yang sama pernah meraba pahanya semasa satu sesi wawancara di pejabat ketika pembantunya meninggalkan bilik seketika.

Nama wanita itu telah diubah untuk melindungi identiti beliau.

Laporan itu menyatakan bahawa walaupun majikan Ally mengetahui mengenai mesej menteri itu, beliau diberitahu untuk “menggunakannya” untuk mendapatkan berita.

Beliau juga dikatakan dihantar ke temuduga dengan menteri itu di sebuah “bar” selepas waktu pejabat, atas permintaan editornya.

Ally diminta untuk memandu menteri berkenaan ke bar yang mereka sepatutnya bertemu atas alasan pemandunya tidak bertugas pada malam itu.

"Ketika kami tiba di bar, beliau kelihatan tidak selesa dengan kehadiran orang ramai, jadi beliau bergegas meneguk minumannya dan menggesa saya untuk membawanya pulang ke rumah.

"Pada saat kami tiba, tangannya berada di seluruh tubuh saya.

"Saya terpaksa menolaknya dengan keras dan berulang kali memberitahu bahawa saya bukan seorang gadis seperti itu," kata Ally.

Bagaimanapun, godaan itu berterusan, dan ahli politik itu bukannya satu-satunya orang yang membuat sedemikian.

Ally juga dilaporkan mendakwa godaan datang daripada ahli politik kerajaan mahupun pembangkang apabila beliau dijemput ke parti "eksklusif" yang dijemput.

"Saya ke parti dan kadang-kadang mereka menyambut saya dengan meramas dan memeluk tubuh saya dan kemudian memasukkan lidah mereka ke dalam mulut saya," katanya.

Beliau berkata tidak mungkin bagi dirinya untuk menolak jemputan-jemputan berkenaan sepanjang masa apabila ada ahli politik berkata mereka akan mencari alamatnya dan menjemputnya.

Menurut laporan itu, ada yang cuba menyelitkan wang ke dalam begnya dalam usaha memujuknya untuk pulang bersama mereka.

Walaupun dirinya lebih memahami apa yang berlaku sekarang, Ally tidak menganggap kejadian berkenaan sebagai gangguan seksual ketika itu, kerana beliau beranggapan ini adalah "lumrah bagaimana media berfungsi."

Seorang lagi wartawan wanita yang mendedahkan pengalamannya adalah wartawan The Malaysian Insight, Diyana Ibrahim, yang membenarkan Asian Correspondent menggunakan namanya dalam laporan mereka.

Beliau berkata dirinya akan menerima mesej daripada seorang ahli parlimen pada lewat atau awal pagi untuk bertanya sama ada dirinya mempunyai teman lelaki atau tidak.

Beliau tidak selesa dengan soalan-soalan berkenaan kerana perbualan mereka bertukar dari profesional menjadi peribadi.

Ahli Parlimen itu juga sudah berkahwin, katanya, walaupun terdapat spekulasi beliau mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Laporan itu menyatakan motif menjadi semakin jelas kemudian apabila ahli politik itu menyoal sama ada beliau lapang untuk menemaninya untuk makan malam.

Walaupun beliau menolaknnya, Diyana berkata, beliau tidak memarahi atau melaporkannya.

"Demi mendapatkan petikan dan maklumat untuk berita, kami perlu mengekalkan perhubungan yang baik dengan mereka yang berada dalam kedudukan yang berpengaruh, namun ada di antara mereka yang menyalahgunakan kedudukan.

"Adalah mengecewakan bahawa hubungan kerja kami menjadi begitu. Ia menjejaskan pekerjaan kami, mengganggu kami dan membuatkan kami merasa sangat tidak selesa," kata Diyana.

Laporan itu juga memuatkan pendedahan gangguan seksual daripada wartawan wanita dari Indonesia dan Filipina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 11:14 AM | Show all posts
naper tah bila baca ni aku teringat laki jijet
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:25 AM | Show all posts
krustykrab replied at 16-1-2018 11:14 AM
naper tah bila baca ni aku teringat laki jijet

aku plak ingat kat mamat berbaju biru yg kena aiskrim dlm toilet

bahahhahaha

idola kau




Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempena nak PRU ke ni......mana2 tempatlah. ....ada lelaki...ada perempuan. ..jadilah. ..kes kat pejabat2 dimana2. ...bukan wartawan dan ahli politik saja. ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
x nak bgtau sape die ke..jgn nk dekat pru br petik nama. #MeToo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2018 11:49 AM | Show all posts
Siasat ahli politik ganggu wartawan wanita

https://www.malaysiakini.com/news/408803

Hari ini, 11:09 am      Hari ini, 11:13 am



Ahli politik yang melakukan gangguan seksual ke atas wartawan perlu disiasat polis, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini.

Menurut Zuraida berdasarkan laporan media mengenai kejadian itu semalam wujud elemen salah guna kuasa oleh individu terbabit.

"Gangguan seksual haruslah dipandang serius dan sekiranya bersalah, mesti dihukum sewajarnya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memegang jawatan tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan petikan gangguan dialami wartawan wanita dengan salah seorang daripadanya melibatkan sentuhan fizikal.

Hanya mahu dikenali sebagai Ally, wartawan terbabit mendakwa godaan dihadapinya bukan saja datang daripada ahli politik kerajaan malah melibatkan pembangkang.

Laporan Asian Corresponden itu juga memetik pengalaman wartawan The Malaysian Insight, Diyana Ibrahim, yang menerima mesej daripada seorang anggota parlimen pada lewat atau awal pagi untuk bertanya sama ada dirinya mempunyai teman lelaki atau tidak.

Diyana mengaku tidak selesa dengan soalan-soalan berkenaan kerana perbualan mereka bertukar daripada hal-hal profesional menjadi peribadi.



Kata Zuraida laporan Asian Correspondent mesti dipandang serius oleh pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Keterangan daripada dua wartawan wanita ini merupakan langkah positif bagi membasmi gejala gangguan seksual dan kami menyeru sesiapa sahaja yang mengalami situasi yang sama untuk tampil ke hadapan.

"Jika masih lagi terdapat kes-kes seperti ini, kami mengalu-alukan mereka untuk berjumpa dengan kami dan sekiranya boleh kami akan memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka," katanya.

Zuraida juga menawarkan bantuan kepada pihak yang ingin berkongsi masalah sama dengan menghantar e-mel kepada bantuan.keadilan@gmail.com.

Pada masa sama Anggota Parlimen Ampang juga menjelaskan perlindungan untuk wanita yang berhadapan dengan gangguan seksual ketika ini amat terhad dan hanya meliputi Akta Kerja (Akta A1419) dan Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi. Gangguan Seksual Di Tempat Kerja oleh Kementerian Sumber Manusia.

Katanya peruntukan Seksyen 509 Kanun Keseksaan tidak merangkumi gangguan seksual kerana ia hanya merujuk kepada “mengaibkan kehormatan seseorang” sebagai jenayah yang membolehkan pelaku untuk mendapat hukuman penjara lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

"Sebagai seorang anggota parlimen, saya akan mengusulkan agar rang undang-undang gangguan seksual dibawa ke sidang Dewan Rakyat dan akan berusaha agar rang undang-undang ini akan diluluskan," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 11:56 AM | Show all posts
kalau tuan punya badan tak report, nak siasat macam mana..
semua jaga periuk nasi sendiri..
semua jenis ambil kesempatan..
apa pun, tepuk sebelah tangan tak bunyi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah dark, tall n handsome ada dlm senarai itu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 12:03 PM | Show all posts
"Saya ke parti dan kadang-kadang mereka menyambut saya dengan meramas dan memeluk tubuh saya dan kemudian memasukkan lidah mereka ke dalam mulut saya," katanya.

tak suka yadayada blablabla tapi lidah masuk dalam mulut jugak
camne gitu???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa wartawan tu? tkb? acik skirt kuning? siapa? siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ahlisihircute replied at 16-1-2018 04:02 AM
Adakah dark, tall n handsome ada dlm senarai itu....

akalau dark, tall n handsome, iolls sanggup serah diri.. kalau jamal tongkol, noh udang? puhleaseeeeeeeeeeeee see u in court yach..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 16-1-2018 12:23 PM
akalau dark, tall n handsome, iolls sanggup serah diri.. kalau jamal tongkol, noh udang? puhleasee ...

Kan..aku pon rela klu dia....
Lagi satu mat maslan...x sanggup weii...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:30 PM | Show all posts
hasanah betul...saper ahli parti politik tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:32 PM | Show all posts
agak agak ahli politik mana ya???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:40 PM | Show all posts
benda biasa berlaku di mana mana pun.....tak terhad pada ahli politik semata......
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:43 PM | Show all posts
samasam90 replied at 16-1-2018 12:23 PM
akalau dark, tall n handsome, iolls sanggup serah diri.. kalau jamal tongkol, noh udang? puhleasee ...

perempuan tarak harga diri kau ni
mesti dah beribu kali kau dah kangkang free kat jantan dark tall negro

lunyai sudah kau bohsia














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 12:44 PM | Show all posts
ahlisihircute replied at 16-1-2018 12:25 PM
Kan..aku pon rela klu dia....
Lagi satu mat maslan...x sanggup weii...hahaha

kau ni lagi sekor bohsia tarak maruah diri

kesian jantan yg kawin dgn kau dapat bini tarak value






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:48 PM | Show all posts
Mungkin ahli politik itu sudah dikuburkan, sebab tu malas nak buat
laporan ganguan seks. Ahli politik arwah ni, dikatakan memang suka
buat gangguan seks kat perempuan, bukan je wartawan termasuk
pelayan bar dan restoran.
Dia pilih orang-orang yang tak berdaya.
Bawak ke mahkamah, kes jadi panjang.
Baik tak baik, si pengadu disalahkan dan dimalukan.
Jadi diam jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:51 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 16-1-2018 12:48 PM
Mungkin ahli politik itu sudah dikuburkan, sebab tu malas nak buat
laporan ganguan seks. Ahli polit ...

tokei superMARKET pun dah malas nak buat laporan barang kena CURIK dengan setan2 kecik penCURIK superMARKET

hari ni report, esuk lusa setan2 kecik cam anak sedara kau datang menCURIK lagi

setan2 kecik celaka tak pedulik akan duit haram hasil curian


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:51 PM | Show all posts
Nothing new pun berita sebegini dah macam cerita turun temurun je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.165786 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list