CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10010|Reply: 132

[Tempatan] Universiti bukan untuk latih jadi pemandu, jual nasi lemak, kata Dr Mahathir.

  [Copy link]
Post time 17-1-2018 02:18 PM | Show all posts |Read mode
'Universiti bukan untuk latih jadi pemandu, jual nasi lemak'

https://www.malaysiakini.com/news/408971

Hari ini, 1:10 pm      Hari ini, 1:19 pm





Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.

Menurut bekas perdana menteri itu seseorang rakyat di negara ini memasuki universiti bukan bertujuan untuk menjadi penjual nasi lemak atau pemandu.

Katanya, golongan terbabit menyara hidup dengan menjual nasi lemak atau pemandu Uber kerana peluang pekerjaan tiada.

"Mereka terpaksa menjual nasi lemak sebab mereka tak ada peluang kerja, dan ini menunjukkan kegagalan keraaan mentadbir negara kita supaya orang yang terlatih dengan ilmu yang tinggi dapat pekerjaana yang memberi pendapatan setanding dengan tahap kebolehan mereka.

"Bukannya kita nak latih mereka nak jadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak.

"Kalau kita nak (mereka jadi) jual nasi lemak, kita patut ada universiti yang mengajar kita bagaimana nak jual nasi lemak," katanya dalam program Policy Talk dan disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini.



Ekonomi tak baik
Dr Mahathir adalah pemimpin disegani ramai semasa berada dalam Umno dan pernah menjadi presiden parti itu selama 22 tahun.

Bagaimanapun berlaku ketegangan hubungan dengan Datuk Seri Najib Razak ekoran isu 1MDB yang kemudian membawa beliau meninggalkan Umno.

Dr Mahathir - bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - akhirnya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai pengerusi.

Selepas BERSATU menyertai dengan Pakatan Harapan (HARAPAN), Dr Mahathir dilantik menjadi pengerusi gabungan terbabit, dan dinamakan sebagai calon perdana menteri sebagai persediaan mereka menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Kata Dr Mahathir, sesuatu yang memalukan apabila ramai lepasan universiti di negara ini menjadi penjual nasi lemak.

"Sebaliknya mereka yang terlatih dengan kepakaran tinggi ini patut bekerja dengan menggunakan kebolehan dan ilmu yang mereka perolehi.

"Kita sedar oleh kerana ekonomi tak baik, peluang pekerjaan kurang, maka lepasan universiti terpaksa menjual nasi lemak.

"Kita tak boleh bangga dengan mereka yang terpaksa menjual nasi lemak atau menjadi pemandu Uber untuk menampung pendapatan sebab mereka tak ada pekerjaan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
betui... aku sokong ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:23 PM | Show all posts

aku pun sokong
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni akak setuju dgn Atok Nyanyok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:28 PM | Show all posts
x semua org perlu masuk universiti pun..bila segala org ko sumbat masuk universiti..ni lah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:31 PM | Show all posts
Siapa yg pernah kerja zaman Tun M tahu senangnya nak dpt pekerjaan.
Ramai yg tak setuju dg aku... zaman Tun M dulu zaman industri. Sekarang ni lain... ntah zaman apa. GST atau BRIM kot.

Alasan paling suweiii, ekonomi tak baik. Mangkuk hayun sangat la kalau kamu memerintah bg alasan macam tu. Harap ada mana2 yg memerintah mampu menyediakan peluang pekerjaan yg cukup utk rakyat. Kalau perlu cina/India/Iban/kedazan/ dusun perlu jadi PM pun aku tak kisah kalau PM melayunya layu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
exactly.. sekarang yg dapat kerja tu kroni jah.. but not with me, u b*tch lazy ass.. benci tul aku dgn budak, hi nama saya bla bla bla bla bla, pakcik saya kerja kat cne, bapa saya kerja kat cne, moyang saya kerja kat cne.. so, dek? company bapa kau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:49 PM | Show all posts
Universiti perlu wujudkn course baru

1. Kejuruteraan Nasi Lemak dan Nasi Paprik
2. Kejuruteraan Pemanduan dan pengkayuhan dan penyelaman dan penerbangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 02:53 PM | Show all posts
IPT berlambak lambak esp IPTS. Sesiapa saja boleh masuk IPTS. SPM tarak, apa tarak pun boleh masuk. Janji bawak duit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:59 PM | Show all posts
Eh kan ke sorang prof baju batik itu hari ckp govt tidak menjaminkan kerja makan gaji buat lulusan Uni.

Beza pemikiran Tun dgn pemikiran pemakan dedak. Mcm langit dgn bumi!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 17-1-2018 02:31 PM
Siapa yg pernah kerja zaman Tun M tahu senangnya nak dpt pekerjaan.
Ramai yg tak setuju dg aku... z ...

Skang zaman industrial revolution 4.0 bang!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:01 PM | Show all posts
kalo pekerjaan bidang professional, kebanyakan kompeni nak yg ada pengalaman.
zaman sekarang tak ramai yg berani amik risiko hire fresh grad.

satu lagi, mungkin sebab zaman elektronik ni makin kurang tenaga manusia diperlukan.
sume pakai robot/komputer jek.

kalo dulu 5 jenis keje, 5 org yg buat.. sekarang tidak lagik..
sekarang 5 keje satu org buat.. jimat kos!
kalo satu org tu boleh buat 10 keje.. 10 keje la die bagi..

mcm2 faktor sekarang ni jd sebab tak byk peluang pekerjaan.. bukan sebab ekonomi dan ekonomoney jek..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:04 PM | Show all posts
ermmm reality ramai lg yg jobless n bakal di jobless kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:06 PM | Show all posts
ini pun nak dipolitikan??? masalah lama dah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:06 PM | Show all posts
saladin780 replied at 17-1-2018 02:28 PM
x semua org perlu masuk universiti pun..bila segala org ko sumbat masuk universiti..ni lah jadinya

Universiti adalah gedung ilmu. Mereka yg mahu berilmu, ilmu yg tinggi pasti mencari peluang masuk U. Soal perlu tak perlu itu pertimbangan memasing orang dn terpulang bgaimana dia menilai ilmu. Ilmu perlu ada untuk mencapai kejayaann kerana tanpa ilmu manusia akan kecundang. Ilmu dicari, diamalkan atau kemudian disebarkan barulah kita boleh menjadi manusia yg dpt memberi manfaat kpd manusia yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 17-1-2018 02:28 PM
x semua org perlu masuk universiti pun..bila segala org ko sumbat masuk universiti..ni lah jadinya

Kan dekkk...? Kalau semua masuk unibersiti, sapa nak jadi pengutip sampah persis @kasihantam tu dek? Unless la buat course baru program untuk jadikan expert pengutip sampah khennn... professor dia yang layak tak lain tak bukan si kasihantam tu la dek. Bayaran kita bagi setakat kupon marrybrown tu je pun dah terlebih cukup sangat dah tu dek. Bonus tahunan kita bagi saintifik calculator, sissssss....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 03:16 PM | Show all posts
Universiti kedoktoran Dr.Forex kat Singapura dulu ajar dia camnerrr guna foreign reserve kot untuk jadi currency manipulator & untuk kalah main forex.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:18 PM | Show all posts
zach2008 replied at 17-1-2018 02:31 PM
Siapa yg pernah kerja zaman Tun M tahu senangnya nak dpt pekerjaan.
Ramai yg tak setuju dg aku... z ...

dulu org lompat2 kerja

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:24 PM | Show all posts
Bell replied at 17-1-2018 02:53 PM
IPT berlambak lambak esp IPTS. Sesiapa saja boleh masuk IPTS. SPM tarak, apa tarak pun boleh masuk.  ...

xde ke IPT punya inovasi yg boleh dikomersialkan langsung menjadi gergasi?
haritu ada keluar berita student utm ke apa cipta kabel hp bleh cut elektrik automatik baca lagi rupanya dah ada org cipta dari China

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:27 PM | Show all posts
Edited by dcruins at 17-1-2018 03:29 PM

Siapa nak belajar guna foreign reserve negara untuk main forex, sila ke University tempat Dr.forex belajar kat Singapura....

Ijazah MD & Finance satu pakej...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062634 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list