CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 527|Reply: 3

[Tempatan] PELANCONG China ditahan polis selepas merokok dalam tandas pesawat

[Copy link]
Post time 18-1-2018 10:54 AM | Show all posts |Read mode
PELANCONG lelaki warga China, 41, ditahan polis selepas merokok dalam tandas pesawat AirAsia yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, semalam.

Menurut sumber, sebelum kejadian, lelaki itu dikatakan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menuju ke Tawau, pada 11 pagi.

Katanya, kira-kira 12.30 tengah hari, lelaki itu dikatakan pergi ke tandas dan merokok, sehingga mengaktifkan sistem penggera asap.

"Kapten kapal yang menyedari kejadian segera mengarahkan kru pesawat untuk memeriksa tandas sebelum mendapati seorang lelaki berada di dalamnya dan sedang merokok.

"Kru mengarahkan lelaki itu berhenti merokok dan mengambil puntung rokok terbabit," katanya.

Tambahnya lagi, kapten kapal kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Tawau.

"Lelaki terbabit ditahan polis sejurus pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Tawau pada 1.47 tengah hari," katanya.

Difahamkan, lelaki itu menaiki pesawat itu bersama 10 rakan senegara untuk ke Tawau, sebelum mereka mahu ke Pulau Pom-Pom, Semporna.

Lelaki itu dipercayai berasal dari wilayah Yunnan, China dikatakan mahu melancong ke pulau berkenaan selama dua hari dan dijangka pulang ke negara asal, Sabtu ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Sekysen 100 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016

kerana merokok di dalam pesawat," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 12:02 PM | Show all posts
aduh sebeleum naik flight merokok le puas2 ........
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:30 PM | Show all posts
Ni mesti geng ulu banat baru dapat duit kebun duit jual tanah gigih nak gi holiday tak peduli peraturan kan dah mendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:54 PM | Show all posts
bodoh betul spesis ni
ada je perangai camsial bawak merata
bagus lagi chinese kita dari dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.097210 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list