This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1000x750.
Mohd Zairi Mohd Zain, 48, suami kepada mangsa ragut, menunggu isterinya, Maria Erianty Zakaria, 40 yang kini berada di Wad ICU setelah mengalami kecederaan teruk di kepala dan patah tangan kiri akibat terjatuh dari motosikal ditunggangnya selepas diragut dua lelaki dalam kejadian di Kampung Sri Rebana, Machang ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. - Foto Faris Zainuldin
MANGSA ragut di Machang yang koma sejak minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian 9.25 pagi ini.
Maria Erianty Zakaria, 40, menghembuskan nafas terakhir selepas lapan hari tidak sedarkan diri akibat parah di kepala.
Dalam kejadian pada 10 Januari lalu itu,mangsa parah selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua beradik lelaki.
Mangsa yang tidak sedarkan diri dirawat di Hospital Machang sebelum dirujuk ke HUSM Kubang Kerian.
Suaminya, Mohd Zairie Mohamad Zain, 48, berkata, kini jenazah isterinya masih dibedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.
"Selepas jalani pembedahan membuang darah beku di kepala pada 11 Januari lalu, keadaan isteri stabil, cuma tekanan darahnya tidak stabil dan kadang-kala naik mendadak.
"Bagaimanapun secara tiba-tiba keadaannya berubah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir pagi ini.
"Pemergiaannya amat dirasai terutama empat anak namun kami reda dengan ketentuan Ilahi," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Hutan Rebana, Machang selepas Asar nanti," katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan dalam kejadian 6.30 petang itu, Maria Erianty yang dalam perjalanan pulang dari aktiviti senamrobik, parah di kepala dan patah tangan kiri akibat diragut dua beradik di Kampung Sri Rabana, Machang.
Dua beradik berusia 26 tahun dan 14 tahun yang meragut mangsa itu ditahan sejurus kejadian dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Post time 19-1-2018 01:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Alfatihah dan salam takziah.. peragut dua beradik tu da bole dibelasah smpi mampus.. amik meth da sesen xguna.. otak pun da xbetul so bang bang suh polis tembak jela
Post time 19-1-2018 10:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Semoga suami dan anak2 redha dan Allah permudahkan urusan selepas pemergian arwah.
Kpd 2 beradik peragut tu, si abang umur 26 ajak adik umur 14 join sekaki tu dah kenapa. Patutnya dia dah jahat sorang nasihatkan adik dia jgn jadi mcm dia.
ramai ahso amoi kena lagut, ramai yg mati jugak tapi lepot tak mau tangkap, tangkap pun 2-3hari keluar, macam ada lisin lagut.
sikalang busok busok olang sindiri pon kena.