View: 652|Reply: 1
|
[Tempatan]
Surface Laptop dipasaran bulan depan, cuma RM4,499
[Copy link]
|
|
Microsoft bakal memperkenalkan Surface Laptop secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 7 Februari ini dengan harga bermula RM4,499.
Surface Laptop mempunyai spesifikasi perkomputeran yang tinggi dan mudah dibawa berikutan rekaannya ringan dan ergonomik dikuasakan sistem operasi Windows 10.
Ruang dalamnya memanfaatkan pemprosesan Intel Core i7 gen-7 terbaru dan keupayaan baterinya mampu menjangkau sehingga 14.5 jam.
Hanya seberat 1.25 kilogram (kg) dan senipis 14.5mm, ia pasti menjadi gajet pilihan kepada individu yang mahu melakukan kerja secara lebih cekap dan efisien.
SPESIFIKASI:
MICROSOFT SURFACE PRO
Harga: Bermula RM4,499
OS: Windows 10 S1
Storan: SSD 128/256/512GB atau 1TB SSD
Paparan: 13.5” PixelSense 2256 x 1504 (201ppi)
CPU: IntelÆ CoreT i5-7200U/ IntelÆ CoreT i7-7660U Gen-7
Grafik: IntelÆ CoreT i5: HD 620 / IntelÆ CoreT i7: IrisT Plus Graphics 640
Memori: 4GB/8GB/16GB RAM 1866Mhz LPDDR3
Kamera: Windows Hello sign-in camera, 720p HD
Port: USB 3.0, Mini DisplayPort, Stereo headphones/microphone jack
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sahaja Surface Laptop, Surface Book 2 juga bakal masuk Malaysia. Tapi harga agak premium.
Surface laptop ni pakai Windows 10S. Tak boleh install apps selain yg ada di windows store. Masa released di US tahun lepas user boleh free upgrade ke Windows 10. Tapi offer tu dah tamat. Tak pastilah mcm mana bila masuk nanti akan ada offer sama atau tidak untuk market Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|