CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 7

[Tempatan] 7 kenderaan berlanggar. 1 meninggal, 2 cedera. Kata nya bukan sebab roadblock.

[Copy link]
Post time 20-1-2018 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by capiloton at 20-1-2018 08:00 PM

Bukan angkara sekatan jalan raya


Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

POLIS mengesahkan operasi sekatan jalan raya (SJR) berdekatan lokasi kemalangan tujuh kenderaan di Kilometer 41.3 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Kulai tengah malam semalam dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata jarak sekatan jalan raya dengan kawasan kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.

"Kemalangan berlaku dalam 500 meter dari SJR. Kawasan berkenaan cerah dengan lampu jalan.

"Operasi di buat mengikut SOP dan kes masih dalam siasatan, selain menyiasatnya dari semua aspek termasuk keadaan kenderaan terbabit," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan netizen berhubung kemalangan itu, beliau mahu tuduhan tidak berasas itu dihentikan.

"Saya minta netizen jangan membuat tohmahan tidak berasas dengan mengatakan punca kemalangan disebabkan operasi polis," katanya.
Sementara itu dalam kejadian awal pagi semalam, seorang lelaki maut, manakala lapan yang lain cedera selepas tujuh kenderaan terbabit kemalangan di Kilometer 41.3 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kulai, semalam.

Kejadian 12.50 tengah malam itu mengakibatkan mangsa, Haziq Arshad, 25, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulai.
Dalam kemalangan sama, dua kanak-kanak cedera termasuk seorang daripadanya dikenali sebagai Alishah Norpipah Abd Rahman, 3, patah paha dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sekatan-jalan-raya

https://www.facebook.com/PolisDi ... 2tn%22%3A%22O%22%7D


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2018 08:09 PM | Show all posts
alamak thread dah ada, sorry mod.
mod boleh delete.

https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 08:20 PM | Show all posts
rasanya polis kena ada papan tanda binaan 1km untuk peringatan kepada pemandu agar slow bahawa di hadapan ada roadblock.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-1-2018 08:20 PM
rasanya polis kena ada papan tanda binaan 1km untuk peringatan kepada pemandu agar slow bahawa di ha ...

Kalau SOP tue sama mcm buat roadblock kat jalan biasa memang silap besar la...

Highway kan speed 110km.. jalan biasa baru 90km tue pun kdg lg slow kalau byk kereta..

Patut polis kne ikut sop Plus cara dia penyelenggaraan jalan baik waktu siang @ mlm...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 09:31 PM | Show all posts
lostnfaun replied at 20-1-2018 09:22 PM
Kalau SOP tue sama mcm buat roadblock kat jalan biasa memang silap besar la...

Highway kan spe ...

setuju sbb ni highway lagi2 malam mmg tekan minyak je lah line clear. akak kalau jam 3 pagi tekan 200 ke atas bg mata segar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-1-2018 12:20 PM
rasanya polis kena ada papan tanda binaan 1km untuk peringatan kepada pemandu agar slow bahawa di ha ...

lebih mudah la untuk pesalah jalan raya lari.. lagi pun kalau road block, awat kereta depan tak signal red light?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis terkeluar segala bawang.. .
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 12:04 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-1-2018 08:20 PM
rasanya polis kena ada papan tanda binaan 1km untuk peringatan kepada pemandu agar slow bahawa di ha ...

kihkih.. rare.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.242692 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list