CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5798|Reply: 46

[Dunia] Malaysia Berdosa besar dlm Perang Arab Saudi-Yemen. Anak2 tak berdosa kebuluran.

  [Copy link]
Post time 23-1-2018 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode




http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/28/siapa-benarkan-atm-sokong-misi-saudi-di-yaman-soal-bekas-tentera/

Siapa benarkan ATM sokong misi Saudi di Yaman, soal bekas tentera
FMT Reporters | November 28, 2017
Bekas pegawai kanan tentera mahu tahu sama ada badan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia meluluskan penglibatan pegawainya, di sebalik tuduhan jenayah perang di Yaman.
atm-arab-saudi-Mohamed-Arshad-RajiPETALING JAYA: Sekumpulan bekas pegawai tentera mempersoalkan penglibatan pegawai tentera Malaysia dalam pakatan negara Arab diketuai Arab Saudi yang kini sedang menyerang Yaman, dan mempersoalkan sama ada pendirian itu sudah diluluskan badan tertinggi angkatan tentera.

“Pernahkah Jawatankuasa Panglima Panglima (JPP) membincang dan meluluskan aturgerak tentera kita ke Arab Saudi?” soal Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK).

Presiden PPK, Brig Gen (Bersara) Mohamed Arshad Raji, turut mempersoalkan sama ada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merestui operasi ketenteraan Arab Saudi dan sekutunya di Yaman, yang setakat ini mengorbankan orang awam dan menghancurkan kemudahan infrastruktur di negara itu.

Sejak 2 tahun lalu, Arab Saudi mengetuai gabungan 9 negara Arab melancarkan serangan udara bagi membantu kerajaan Yaman melawan pemberontak puak Houthi dan pihak yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh.

Puak Houthi merupakan penganut Islam Syiah Zaidi, aliran yang dianuti hampir separuh penduduk Yaman. Kerjasama puak itu dengan Ali dikatakan menambahkan sokongan menggulingkan presiden yang disokong Arab Saudi, Abdrabbuh Mansour Hadi.

Laporan PBB pada awal tahun ini menyifatkan serangan yang dilakukan pakatan Arab di Yaman sebagai jenayah perang, dan turut berkata pegawai Malaysia merupakan antara yang terlibat membantu operasi ketenteraan itu.

PBB turut memberi amaran kepada negara lain yang membantu Riyadh, selepas penyiasatannya mendapati kebanyakan sasaran serangan di Yaman antara Mac dan Oktober tahun lalu adalah kawasan awam, melibatkan kematian 292 orang awam termasuk 100 wanita dan kanak-anak.

Media Arab Saudi pernah mengumumkan gabungan 34 negara termasuk Malaysia bagi “melawan keganasan”. Bagaimanapun Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan Malaysia terlibat dalam operasi ketenteraan, sebaliknya mendakwa ia bagi bersiap sedia menyelamatkan rakyat Malaysia.

Malaysia merupakan antara negara yang menyokong kuat pakatan yang direstui pentadbiran Donald Trump dengan alasan melawan keganasan, dalam apa yang dilihat sebagai usaha membendung pengaruh Iran di Timur Tengah.

Arshad berkata sama ada bantuan ketenteraan Malaysia adalah secara langsung atau tidak, Angkatan Tentera Malaysia dan kerajaan masih perlu memberi penjelasan mengenai penglibatan Malaysia.

“Adakah keputusan menghantar tentera negara ke Arab Saudi diputuskan oleh kabinet semata-mata? Jika keputusan ini dibuat oleh kabinet, adakah kabinet mempunyai kuasa mutlak untuk mengaturgerak tentera keluar negara untuk menyertai angkatan koalisi yang di pimpin oleh Arab Saudi?” soalnya.

Arshad berkata Kami penyertaaan Malaysia di Arab Saudi adalah “kurang bijak” dan meletakkan rakyat Malaysia dalam keadaan bahaya.

“Tidakkah kerajaan juga sedar bahawa ramai rakyat Malaysia sedang mengikuti pengajian agama di beberapa institusi di Yaman? Sekiranya konflik Arab Saudi dengan Yemen meluas ke lain-lain kawasan, tidakkah ini akan mengancam keselamatan rakyat kita di Yaman?” soalnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah dosa ini menyebabkan Malaysia jatuh papa kedana ataupun mendpt bala spt banjir & sbgnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 09:48 PM | Show all posts
Nasib yemen nih sama jah dgn darfur, kalau diperangi tuan ereb dan sekutunya nobody gives a shit. Kalau diserang us yahudi barulah acik2 bawang bersolidariti selamat malam bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 09:52 PM | Show all posts
laaaa, dia soal benda yg dah dijawab Hisham pulak daaaa, dalam satu artikel ada soalan dia & jawapan dia.... , yg tulis artikel ni pun tak sedar kot tulisan dia ni, sebab sama troop kiterrr ada kat sana standby, kalau kiterrr tak derrr kat sana pun kena gakkkk, ada pun kena gakkk dengan puak political nuts......



-----------------
quote

Bagaimanapun Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan Malaysia terlibat dalam operasi ketenteraan, sebaliknya mendakwa ia bagi bersiap sedia menyelamatkan rakyat Malaysia.


quote

"Tidakkah kerajaan juga sedar bahawa ramai rakyat Malaysia sedang mengikuti pengajian agama di beberapa institusi di Yaman? Sekiranya konflik Arab Saudi dengan Yemen meluas ke lain-lain kawasan, tidakkah ini akan mengancam keselamatan rakyat kita di Yaman?” soalnya."


------------

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 10:52 PM | Show all posts

Media Arab Saudi pernah mengumumkan gabungan 34 negara termasuk Malaysia bagi “melawan keganasan”. Bagaimanapun Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan Malaysia terlibat dalam operasi ketenteraan, sebaliknya mendakwa ia bagi bersiap sedia menyelamatkan rakyat Malaysia.


military support menyerang yemen = usaha menyelamatkan rakyat msia. logik apakah inihh?

ini juga bermaksud secara tidak langsung sokong penggunaan cluster bombs yg diharamkan oleh PBB, dijatuhkan ke atas org awam termasuk kanak2.





Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 23-1-2018 11:06 PM

Seingat ak if misi menyelamatkan rakyat Malaysia di kawasan konflik..ianya akan dibuat melalui pejabat kedutaan yg paling dekat

Plus mhantar psawat khas utk bawa blk rakyat mcm kes Arab Spring dulu

Bukanya mhantar tentera ke kwsn konflik..if hantar tentera pun under bendera PBB..bukanya JV ngan mana2 negara yg tgh bperang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2018 10:57 PM | Show all posts
Veteran2 ni pun bawa la bukti2 gambar ke atau intel kalau ada yg menunjuk kan kiterrr nyerr askar trigger happy tembak warga Yemen....

Kita hantar standby salah, kalau tak hantar pun meroyan gak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Israel tu tak berani pulak korang serang....sekadar provok je kannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2018 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada masa nanti nak baca laporan PBB tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lari naik teksi sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:47 AM | Show all posts
dani-rox replied at 23-1-2018 09:48 PM
Nasib yemen nih sama jah dgn darfur, kalau diperangi tuan ereb dan sekutunya nobody gives a shit. Ka ...

lagi satu sebab rupa heshe tak persis kokesen macam palestina dan syrian sister.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-1-2018 12:41 AM
Jangan lari naik teksi sudah.

Memang goblok malon ikot campor suatu saat orang yamen balas perbuatan kau , ini bukan antara arab dan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaha... askar lari naik grabcar
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 07:07 AM | Show all posts
Vokuro replied at 24-1-2018 12:47 AM
lagi satu sebab rupa heshe tak persis kokesen macam palestina dan syrian sister.

kan, malah disambut bak vvip di airport lg




Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 07:22 AM | Show all posts
Malaysia kan sudah akrab dengan saudi. so apa saudi buat / suruh ikut jer...
saudi kata lawan pengganas kat yemen.. ok jer
saudi kata kita berkawan dengan israel, ok jer..

siap bagi tanah kat putrajaya kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 07:28 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 24-1-2018 07:56 AM

Nak masuk Kabah, tunjuk kat rakyat Malaysia, betapa sucinya
dia dapa masuk Kabah, Najib sanggup membunuh rakyat
Yaman yang tak berdosa. Betullah kata Major Rosli TUDM
Bersara, pilih orang-orang tak bekemampuan, inilah jadinya.
Langsung takda hati perut.
Najib dan Hishamuddin takda sekelumit sifat MALU.
Sanggup buat apa sahaja demi nak dapat kuasa.
Minta maaflah, aku takkan undi umno/BN lagi
Undi umno/BN sama macam kita bunuh rakyat Yaman.

PAS yang konon memperjungkan ISLAM, apa buat........????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Perang menentang Syiah. Malaysia mesti sokong punya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:28 AM | Show all posts
Bila veteran2 ni nak tunjuk bukti kiterrr "trigger happy" tembak warga Yemen??, dari pihak Yemen pun belum ada apa2 laporan tentang kiterrr, veteran pulak lebih2 ......

dah lama netizen2 kat beberapa portal2 FB Military tuuu tunggu bukti2.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:30 AM | Show all posts
ultra78 replied at 24-1-2018 12:41 AM
Jangan lari naik teksi sudah.

xkot...xkan beraninya jejak pergunungan yemen
Sudan pun dah xtahan

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:44 AM | Show all posts
kalu myanmar bunuh rohingya kita marah tp kita pulak sokong arab saudi serang yemen...yemen tu kn negara Islam...ksian tngok nasib kanak2 bila perang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.218830 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list