CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3211|Reply: 1

Perhatian! 10 Kesalahan Burukkan Lagi Keadaan Semasa Pertolongan Cemas..

[Copy link]
Post time 1-2-2018 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Kemahiran pertolongan cemas sangat penting lebih-lebih lagi apabila berada dalam situasi genting. Namun, kesedaran akan kepentingan kemahiran pertolongan cemas di kalangan rakyat kita masih rendah.


Lebih buruk lagi jika pertolongan cemas dilakukan dalam keadaan yang salah sehingga boleh memburukkan lagi keadaan.






Berikut senarai kesilapan yang paling biasa yang dilakukan semasa pertolongan cemas dilakuan. Hati-hati ketika melakukan pertolongan cemas!


Langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum memberikan pertolongan:






  • Pastikan anda tidak berada dalam keadaan bahaya.


  • Periksa nadi, pernafasan dan saiz anak mata dalam cahaya dan gelap, kerana anak mata seharusnya menjadi lebih kecil semasa menerima cahaya.



1. Sekiranya berlaku pendarahan yang teruk:



Kesalahan utama: menggunakan tourniquet dengan segera





Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghentikan pendarahan. Itulah sebabnya anda perlu ‘mengikat’ arteri yang paling dekat dengan luka. Kemudian anda perlu membaut luka dengan menggunakan kain pembalut yang bersih.

Tourniquet harus digunakan hanya dalam keadaan kecemasan. Tourniquet harus dilonggarkan selama 10-15 minit setiap jam dan jangan lupa untuk menekan arteri. Kemudian, tourniquet harus diketatkan lagi, tetapi tidak lebih daripada 30 minit.




2. Sekiranya berlaku hidung berdarah:



Kesalahan utama: mendongakkan kepala



Tundukkan kepala untuk membiarkan darah megalir dan tekan bahagian lembut hidung dengan jari anda selama tidak lebih daripada 10 minit. Mangsa harus meludahkan semua darah yang ada pada hidung selagi dia tidak mengalami muntah.


Penting: Jangan sumbat hidung dengan pad kapas atau tampon. Kaedah ini hanya perlu jika pendarahan tidak berhenti dalam masa 15 minit. Hubungi doktor dengan segera jika terlibat dalam kes ini.


3. Sekiranya hipotermia:



Kesalahan utama: gosok badan dengan minyak atau vaseline, menyebabkan suhu badan naik dengan cepat.



Pertama sekali, seseorang harus diletakkan di dalam bilik yang hangat dan bahagian tubuh yang sejuk perlu ditutupi. Pastikan mereka yang sakit memakai pakaian kering dan balutnya dengan selimut supaya berasa lebih hangat. Adalah penting untuk memberikan mereka minuman manis dan hidangan yang panas.




4. Sekiranya serangan jantung:



Kesalahan utama: melakukan tindakan yang sama untuk orang yang berbeza umur



Jika mangsa adalah orang dewasa gunakan dua belah tapak tangan tetapi berbeza pula dengan bayi, anda hanya perlu gunakan dua jari untuk mengurut atau menekan dada bayi yang mengalami situasi kecemasan seperti ini.




5. Sekiranya terbakar:



Kesilapan utama: Letakkan sesuatu seperti kain pada tempat yang terbakar



Untuk membantu orang yang terbakar, anda harus baringkan mereka dan padamkan api dengan menggunakan pakaian anda, hanya jika pakaian anda tahan api. Kemudian, hubungi doktor.


Jika terdapat sedikit kebakaran tanpa kerosakan tisu yang penting, anda boleh bilas kulit dengan air selama 20 minit. Gunakan pembalut steril dan letakkan ais atau apa-apa yang sejuk di atas luka bakar tersebut. Apabila semuanya selesai, anda perlu berjumpa doktor.




6. Halangan pada laluan pernafasan:



Kesilapan utama: cuba menggunakan kaedah teras perut (Heimlich maneuver) untuk menyelamatkan orang yang tidak sedarkan diri.





Sekiranya orang itu tercekik atau pengsan, baringkan mangsa dan letakkan tangan anda pada bahagian bawah dada magsa dan tekan ke bawah. Kemudian letakkan mangsa dalam posisi mengiring dan keluarkan benda asing dari mulutnya dengan jari anda yang telah dibalut dengan kain.


Sekiranya seorang anak kecil yang tercekik, letakkan mangsa di atas lengan kiri anda (atau kanan jika anda kidal) dengan kepala mereka ditundukkan ke bawah, kemudian lakukan tiga pukulan pada bahagian belakang dan kemudian pegang kaki mereka dan terbalikkan semula mereka dalam posisi asal




7. Sekiranya tulang tidak berada pada keadaan yang betul (dislocation):



Kesilapan utama: cuba letakkan tulang semula dalam kedudukan asal.



Kita boleh mengetahui jenis dislocation hanya dengan bantuan prosedur sinar-X. Jadi, jangan bengkokkan atau melakukan pergerakan pada bahagian tulang yang terlibat.


Anda boleh menggunakan apa-apa objek yang rata dan tirus untuk mengikat bahagian yang cedera dan sendi yang terdekat, supaya tidak bergerak. Pastikan pembalut yang digunakan tidak terkena bahagian yang cedera atau membuatkannya bergerak.




8. Sekiranya keracunan:



Kesalahan utama: kekurangan air.




Untuk ‘mencuci’ perut, seseorang harus minum 10-20 cawan air kosong. Untuk membolehkan seseorang memuntahkan semula makanan, tekan pada pangkal lidah dengan dua jari. Ulang beberapa kali sehingga air yang dikeluarkan semula menjadi jernih (tiada lagi makanan) tetapi jangan teruskan jika seseorang mulai tidak sedarkan diri.




9. Dalam kes dipatuk ular:



Kesilapan utama: menghisap bisa ular menggunakan mulut.




Pertama, baringkan mangsa supaya bisa ular tidak merebak ke anggota tubuh lain dengan cepat. Jika kaki yang dipatuk ular, ikat kaki tersebut dengan kaki yang sebelah lagi. Sekiranya orang itu tidak sedarkan diri, lakukan CPR.


Tourniquet adalah tidak berfungsi dalam kes ini, kerana ia tidak menghalang racun daripada merebak ke tubuh. Ia bahkan boleh  menyebabkan nekrosis.


10. Sekiranya sakit pada bahagian bawah perut:

Kesilapan utama: mengambil ubat penghilang rasa sakit (painkiller) atau antispasmodics




Kita sering disyorkan untuk mengambil ubat penghilang rasa sakit untuk mengurangkan sakit pada bahagian bawah perut. Tetapi doktor tidak begitu setuju dengan pengambilan ubat-ubatan seperti itu kerana kita mungkin akan terlepas pandang pada tanda-tanda penyakit yang berbahaya yang lain, seperti acute appendicitis, masalah usus atau ulser. Jadi jika anda merasakan sakit pada bahagian bawah perut anda, hubungi doktor dengan segera.


Semoga bermanfaat! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm kene take notice
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068434 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list