CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1771|Reply: 10

Jual Dan Curi Ginjal Isteri, Sebagai Pengganti Wang Hantaran

[Copy link]
Post time 8-2-2018 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menipu isteri sendiri dengan menjual ginjal wanita berkenaan tanpa pengetahuannya.


Tindakan kejam itu dilakukan selepas Rita Sarkar, 28 gagal untuk membayar wang hantaran berjumlah 200,000 rupee (RM12,200).


Difahamkan, Rita dan suaminya Biswajit Sarkar sudah berkahwin selama 12 tahun.


Media tempatan melaporkan, suami dan abang iparnya menipu dan mencuri sebelah ginjalnya ketika dia menjalani pembedahan apendiks.




“Suami dan keluarga mentua sering menyeksa saya dan mendesak wang itu dibayar.


“Kira-kira dua tahun lalu saya mula mengalami sakit perut teruk dan apabila suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata, saya dimaklumkan ia akibat masalah apendiks yang perlu dibuang melalui pembedahan.


“Bagaimanapun, sakit saya semakin teruk selepas pembedahan itu dan suami mengarahkan saya tidak memaklumkan sesiapa mengenai pembedahan di Kolkata berkenaan. Saya merayu berulang kali untuk mendapat rawatan lanjut tetapi tidak diendahkan,” katanya.


Namun tiga bulan lalu, ibu bapa Rita membawanya ke hospital dan mendapati ginjal kanannya sudah tiada.


Rita telah memfailkan laporan polis terhadap suami dan abang iparnya, Shyamal serta ibu mentua, Bularani.


Shyamal dan Sarkar mengaku menjual ginjal itu kepada seorang ahli perniagaan di Chhattisgarh. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jahat giler.. duit pnya pasal. lain kli jgn kawin, slagi xjumpa org n kluarga yg baik2. andartu lg baik sis
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 09:24 AM | Show all posts
ya ampun. laki dia berpakat dgn hospital ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 11:54 AM | Show all posts
Dasar gila sekeluarga mata duitan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun kalau nak cekup,cekup sekali dgn doc yg tolong operate tu juga..dasar doc xde etika
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishh scary nye.....xda benda lain ke nk d curinya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2018 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Di india, sebelah pihak perempuan pula yg kena keluarkan duit utk hantaran ye? Adat memijak maruah perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 02:53 PM | Show all posts
No wonder dekat India.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye kena tipu aniaya cara begini. Kalau kat Malaysia jangan la buat macam ni, korang pun jangan la buat lawak suruh jual kidneys utk bayar hutang is not funny ok.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2018 03:23 PM | Show all posts
dpt idea drp movie yg van damme brlakon kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun.. apa tidaxx dibunuh saja suami nya itu..
Ya udah..... Ambik saja perut suaminya ,sedekah aja sama buaya... Hihi..
#gilalakonak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.072603 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list