[size=0.875em]Penyanyi Azreen Manan yang menjadi fenomena pada awal 1990-an menghidap kanser serviks tahap empat dan kini ditempatkan di Institut Kanser Negara, Putrajaya. [size=0.875em]Ibunya, Zawanai Ahmad Affandi, 63, berkata, selain penyakit itu, Azreen turut berhadapan masalah komplikasi buah pinggang dan usus tersumbat. [size=0.875em]"Dia menghidap penyakit itu sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari. [size=0.875em]"Kami sangka penyakit itu sudah tiada sebab doktor kata semua ketumbuhan sudah dibuang sehinggalah tiga bulan lalu dia mengadu sakit kaki.
[size=0.875em]"Selepas lakukan imbasan MRI doktor beritahu terdapat lebih enam ketumbuhan di sekitar kawasan tersebut," ujarnya kepada mStar Online. [size=0.875em]Zawanai berkata, keadaan kesihatan anaknya yang semakin merosot menyebabkan dia tidak boleh menjalani pembedahan.
iNFO: mstar online
mari kita doakan kesembuhan beliau..
sedih sangat..
|